Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Blog lain
Malaysia Secara Ringkas
Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.
Muat turun Risalah: Percutian Menarik
Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!
Selamat menyambut kemerdekaan ke 54
"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"
Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda
WOW!!
I love Malaysia!!!!!!!
20 Mac 2013
perkembangan terbaru
Ketika ini, saya baru sahaja menghabiskan ujian Kalkulus dalam semester bulan Mac. Tunggu keputusan sahaja selepas cuti sekolah. Insya-Allah, saya akan terlibat dalam koir untuk latihan sehingga lusa bagi majlis graduasi senior kami (kami akan merasakan juga) pada hari Sabtu. Sebenarnya, RM 12 000 untuk laman web database itu tidak dipersetujui oleh proffesor kami (pengarah). Oleh kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat diceritakan secara panjang seperti prof mentor kami bimbang jika kami tidak dapat ikut beliau untuk membuat kajian mengenai spesis reptila. Oleh kerana itu, kami bergabung dengan mentor lagi seorang (dalam bidang serangga anai-anai). Insya-Allah, kami akan berbincang pelajar PhD dan Master mengenai apa yang perlu dibuat, teknik dan serangga apa ingin dikaji pad hari Ahad.
Kalau tiada aral melintang, saya akan balik rumah untuk cuti ini hari Isnin dan setiap hari Ahad, kami akan mengkaji sehingga bulan Jun ini. Kebetulan semalam keputusan STPM berlangsung, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang. Esok pula keputusan SPM. Insya-Allah ramai pelajar akan dapat 'straight A' dan mendapat apa yang diimpikan tetapi jangan lupa kejayaan amat bermakna kepada negara kita dan dunia Islam itu sendiri.
Isnin minggu lepas, Putera Mahkota Abu Dhabi telah datang ke PERMATApintar bersama Datin Rosmah. Semasa sesi bergambar, muka saya berada di tengah-tengah rambut dua orang pelajar India. Oleh itu, semua mungkin tidak perasan dengan muka saya dalam TV. Semua mungkin sudah menontonnya jadi tidak perlulah saya bercerita panjang lebar.
Teruskan perjuangan wahai anggota keselamatan Malaysia dalam memburu pengganas Sulu yang ingin merampas Sabah. Jangan ambil sangat mengenai politik yang berlaku sekarang ini. Semua perkara ingin dipolitikkan. Itulah hakikat demokrasi, sistem penjajah yang berjaya memecahbelahkan umat Islam di Malaysia.
Lihatlah video bawah ini.
07 Mac 2013
tiada ruang Sulu tuntut Sabah
KESULTANAN Sulu merupakan antara kerajaan lama yang wujud seiringan dengan kerajaan Brunei, Melaka dan banyak lagi kerajaan yang pernah wujud dalam sejarah Asia Tenggara.
Seperti kebanyakan kerajaan lama, Kesultanan Sulu mula hilang pengaruh dan kuasanya dengan kedatangan penjajah dari Barat dan akhirnya tiada lagi pemerintahan berdaulat di dalam sempadan negara Filipina moden.
Kesultanan Sulu juga kini dilihat berpecah di bawah beberapa orang waris yang menuntut takhta sedangkan kerajaan Filipina sendiri sudah tidak mengiktiraf kewujudannya.
Namun, masih ada dalam kalangan kerabat Sulu yang mahu menuntut Sabah daripada Malaysia atas alasan ia jajahan warisan mereka.
Pembahagian kuasa di antara koloni British dan Belanda serta pilihan majoriti rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia seperti dilaporkan Suruhanjaya Cobbold pada 1962 menghakis pengaruh Kesultanan Sulu.
Tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah juga menimbulkan persoalan mengapa tuntutan serupa tidak dibuat ke atas jajahan nenek moyang mereka yang kini berada di bawah sempadan Filipina dan Indonesia.
Selepas hampir 50 tahun, sejauh mana kekuatan fakta yang mampu dikemukakan Kesultanan Sulu ke peringkat antarabangsa dalam tuntutan mereka ke atas Sabah yang dahulu dikenali Borneo Utara?
Bagi penganalisis politik antarabangsa (Asia Tenggara) Universiti Utara Malaysia, Ahmad Zaki Hassan, bukan sahaja Filipina telah menarik tuntutan ke atas Sabah malahan dokumen perjanjian lama menunjukkan Sabah hak Malaysia walaupun ada bayaran yang ditetapkan.
"Jika tuntutan ini dibawa ke mahkamah antarabangsa sekalipun tidak akan memihak kepada Kesultanan Sulu, ini amat jelas.
"Mereka mempunyai banyak dokumen sejarah tetapi mahkamah mahukan dokumen semasa dan melihat aspek siapa yang banyak mentadbir Sabah kini," katanya.
Jelasnya, Malaysia telah lama mengurus dan membangunkan Sabah tanpa sebarang kaitan dengan Kesultanan Sulu dan fakta ini penting di peringkat antarabangsa.
Beliau berpendapat pihak Kesultanan Sulu juga mengetahui fakta ini tetapi disebabkan Malaysia menghampiri pilihan raya umum (PRU) maka digunakan kesempatan ini untuk berunding kembali perjanjian lama itu.
"Mereka sudah tidak dapat melakukan apa-apa lagi (tuntut Sabah) melalui kerajaan Filipina. Oleh itu, mereka cuba berunding secara terus dengan Malaysia pula.
"Masalahnya, pemerintahan Kesultanan Sulu sudah tamat dan sekarang tinggal waris-waris yang menuntut takhta sahaja. Bagaimana mahu ditentukan pihak yang sah memerintah," soal beliau.
Tambahnya, taktik yang digunakan di Sabah kini juga seperti apa yang berlaku dalam Perang Vietnam di mana Amerika Syarikat (AS) dipaksa berundur oleh rakyatnya sendiri.
"Perang Vietnam contoh hampir tepat. Apa yang Kesultanan Sulu perjuangkan kini tidak mengharapkan kemenangan fizikal tetapi kemenangan politik dengan membuatkan rakyat Malaysia sendiri menentang dan menekan kerajaan.
"Bagaimanapun, saya jangka Malaysia tiada masalah dalam aspek perhubungan antarabangsa termasuk dengan Filipina atas persefahaman ASEAN dan tidak akan ada campur tangan dalam urusan negara kita," ujarnya.
Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam juga menegaskan Kesultanan Sulu sudah tiada hak ke atas Sabah atas beberapa faktor terutama sekali kerana kerajaan Sulu sudah tidak wujud sejak 1917.
"Kerajaan Sulu bermula pada tahun 1457 dan tamat pemerintahannya selepas 460 tahun akibat kalah dalam peperangan dengan Sepanyol. Tiada kerajaan, tiadalah tuntutan.
"Tambahan pula, sejarah menunjukkan sultan-sultannya yang terdahulu telah pecahkan sendiri jajahan mereka dan kini jajahan itu terletak dalam sempadan Malaysia, Filipina dan Indonesia," jelas pakar sejarah itu.
Menurut beliau, Sabah sebelum ini di bawah Kesultanan Melayu lama Brunei yang kemudiannya hanya memberi bahagian timur Sabah kepada kerajaan Sulu atas bantuan mereka menentang pemberontak.
Tambahnya, Brunei menyerahkan Sabah kepada British ketika zaman penjajahan dan ketika British mahu merdekakan Borneo Utara dan Sarawak, majoriti rakyat ketika itu telah memilih menyertai Malaysia pada 1963.
"Semuanya telah berlaku dan tercatat dalam sejarah tetapi bukan justifikasi untuk mencabar kerajaan moden sekarang dan mereka perlu hormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
"Bila penaklukan berlaku ke atas mereka, kalah dan tidak dapat dihidupkan kembali, mereka tidak boleh menuntut hanya berdasarkan sejarah. Jika tidak, semua kawasan pun boleh dituntut jajahannya mengikut sejarah," tegasnya.
Beliau menegaskan tuntutan ke atas Sabah tidak sama seperti isu Palestin-Israel walaupun dari segi sejarahnya kerajaan Rom yang menjatuhkan dan memecah orang Yahudi di sana.
"Dunia kini tidak boleh gunakan cara seperti Yahudi kembali ke tanah sejarah mereka dengan bantuan British dan AS. Mengikut sejarah di Filipina sendiri, mereka (Kesultanan Sulu) suka serah jajahan sendiri dan akhirnya bertukar-tukar tangan.
"Isunya kini, Kesultanan Sulu sudah tiada, Sabah bukan lagi Borneo Utara dan kini merdeka di bawah sebuah negara berdaulat. Jika ikut logik, mereka kena juga tuntut jajahan di bawah Filipina dan Indonesia," ujarnya.
Dalam pada itu, Ramlah turut mengaitkan perkembangan tuntutan di Sabah dengan tambahan pampasan ekoran kemakmuran yang dinikmati rakyat negeri itu di samping apa yang berlaku di sebalik tabir dengan penyertaan anasir atau elemen dalaman.
Beliau memetik detik sejarah penubuhan Malaysia dahulu yang ditentang Filipina dan Indonesia di sebelah luar sementara Pas, Parti Rakyat Malaya dan Parti Komunis Malaya menentang dari dalam negara.
"Ketika itu, kumpulan ini mendapat kerjasama dan bantuan kewangan dari Indonesia untuk burukkan keadaan," dakwanya.
Tambahnya, pihak tertentu menggunakan isu terbabit untuk pengaruhi rakyat apabila negara huru-hara adalah strategi biasa kerana seperti dalam sejarah, mesti ada sokongan orang dalam.
Beliau juga berpendapat mungkin wujud anasir subversif di Sabah mahupun dalam Malaysia yang melibatkan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
"Apa pun, sekarang kita bercakap tentang keselamatan dan kedaulatan negara. Orang politik tuduh orang politik, itu perkara lain tetapi dalam kalangan rakyat perlu ada kemahuan untuk negara terus kekal aman," tegas Ramlah.
05 Mac 2013
cerita dan perkembangan saya
Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia
Saya minta maaf kerana sudah lama tidak menulis artikel ini selama sebulan. Baiklah, saya dapat masuk pertandingan koir dan berlatih sebelum bulan April. Selain itu, saya juga dapat buat persembahan bersama pelajar PERMATA Seni yang bertemakan konsert Palestin baru-baru ini seperti pengunjung blog menontonya tetapi tidak jadi kerana prof kami tidak membenarkan tingkatan 5 masuk supaya fokus pelajaran tidak terganggu sedangkan logiknya saya ada berlatih hari Sabtu dan Ahad petang dan konsertnya pada Isnin dan Selasa malam.
Pada 23/2 lepas, kami ada merentas desa dan mendapat nombor 30 tetapi pingat hanya diberikan kepada top 20 sahaja. Keesokannya, kami menonton talentime (persembahan junior kami) sehingga tengah hari.
Seminggu lalu, kelas kami ada membuat aktiviti BBQ ayam percik dengan macam-macam jenis makanan dan minuman yang sedap. Allhamdulillah!!!! Pada 2/3 lalu, kami melawat rumah Anak Yatim Darul Hikmah di Kajang, Selangor sambil mengajar mereka Matematik (peringkat tinggi sedikit). Penat kami melayan kerenah mereka. Maklum sahajalah. Akhirnya, saya telah berjaya temui 2 orang (tahun 6 dan sebaya dengan saya) untuk diambil sebagai anak angkat (hati sedang berangan). 3 petang, kami balik ke PERMATApintar semula.
Seminggu lepas, saya pergi ke pemilihan badminton untuk wakil MSSD tetapi tidak dapat semasa peringkat kedua. Doakan semoga kelab kami (Children Society) untuk ke Hospital UKM, Cheras dalam minggu ini tercapai. Rabu depan, kami ada ujian akhir 1. Doakan saya semoga dapat jawab dengan cemerlang dan sedang ulang kaji untuk minggu depan sehingga 20/3.
Allhamdulillah!!!!!!! 7/2 lalu, ada perjumpaan mentor penyelidikan dan kami telah bertemu dengan Prof Dr Hayati, pakar biodiversiti haiwan. Kami telah usulkan untuk laman database untuk maklumat haiwan yang kami cari dengan RM 12,000 serta pakar dan penolongnya dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Selain itu, kami mengikut mereka di makmal mereka dan membuat kajian di Kuala Lompat, Hutan Simpan Krau, Pahang. Doakan semoga penyelidikan kami berjaya dalam masa singkat sebelum Future Scientist Conference. Jika ada perubahan, saya akan maklumkan.
09 Februari 2013
ucapan saya tahun baru cina dan Rumah Demang 'Raja Kecil'
Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina yang dikatakan jatuh pada tahun ular. Raikanlah dengan semangat 1Malaysia.
TERLETAK kira-kira 22 kilometer dari Bandar Melaka, pekan Merlimau merupakan antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong terutama dari luar negara yang biasanya lebih berminat untuk melihat peninggalan masyarakat terdahulu berbanding warga tempatan.
Antara lokasi tumpuan adalah makam Tun Teja, perigi Tun Teja, perigi Portugis serta beberapa medan ikan bakar berdekatan yang kebanyakannya menjadikan nasi lemak sebagai hidangan utama untuk 'dipadankan' dengan ikan bakar segar.
Namun, jika anda berkunjung ke sana, jangan lupa bertanya kepada penduduk tempatan di mana letaknya Rumah Demang Abdul Ghani yang sering juga disebut sebagai 'Istana Merlimau'.
Jika sudah tahu lokasinya, berkunjunglah. Di situ anda berpeluang meneliti keunikan seni bina rumah tersebut yang masih mengekalkan identiti rumah Melayu Melaka. Namun dalam masa sama turut menyelitkan unsur-unsur seni luar dalam pembinaannya.
28 Januari 2013
Cerita saya dan ucapan
Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.
Di sini, saya mengucapkan salam Maulidur Rasul 1434 H kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkan selawat, cintai dan mengamalkan sunnah serta mengikuti apa yang Rasullulah SAW lakukan.
Isnin dan Selasa lepas, saya terlalu sibuk dalam berlatih koir kerana sudah ada kumpulan koir baru di PERMATApintar dan pengajarnya dari Pusat Kebudayaan UKM. Allhamduillah!! Setelah kami berlatih akhirnya kami berjaya membuat persembahan koir (lagu Anak Permata, Varsiti Kita dan Negaraku) semasa program penutupan orientasi tingkatan 3 & 4 (pelajar tingkatan 3 yang skornya tinggi daripada pelajar junior semasa UKM3, dapat masuk ke sini) pada hari Rabu. Kiranya ini merupakan lompat tanpa perlu ambil PMR dan boleh habiskan belajar di universiti dalam usia muda serta singkat. Ada 20 orang pelajar daripada Tingkatan 3 dan selebihnya daripada Tingkatan 4. Mereka ada off level test untuk pemilihan bagi mengikuti program fast track (TOEFL dan SAT itu). Kemudian, saya diberi memimpin untuk senamrobik petang (iaitu warming up) serta kawan sekelas saya lain (kelas kami -5K7). Allhamduillah!!!!
Pada hari Khamis, AJK Kerohanian Kolej dan MPP mengadakan sambutan maulidur rasul. Ia dimulakan dengan perarakan (seronok) melalui kawasan perumahan kakitangan UKM, kemudian diikuti dengan pembentangan kain rentang daripada setiap kelas. Akhirnya, kelas kami dapat nombor tiga dan dapat bingkai Al-Quran. 4 hari kami menyiapkan kain rentang tersebut. Tema kebangsaan tahun ini ialah 'Wasattiyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Akhir sekali, kami dihidangkan dengan ceramah.
Petang itu, kami ada raptai untuk malam ini. Selama 2 malam, saya dan 10 orang kawan lain yang menyertai kumpulan marhaban berlatih untuk memimpin selawat marhaban selepas solat Maghrib. Setiap kali ada peristiwa, kumpulan koir dan marhaban (kumpulan saya) insya-Allah akan mempersembahkan persembahan kami. Malam itu, ada persembahan nasyid dan sajak (oleh saya sendiri dan kawan sekelas saya -Alya). Akhir sekali, kami ada tayangan video mengenai Rasululah. 10.40 malam, berakhirlah sambutan ini.
Saya berasa sedih kerana cikgu tidak memilih saya untuk pegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar yang dalamnya ada exco-exco (macam di universiti) bahkan juga ketua kolej asrama tidak memilih saya untuk pegang jawatan dalam AJK kolej asrama walhal ada sesetengahnya saya berbakat dalam sesetengah jawatan itu. Selain itu, saya juga tidak terpilih untuk ikuti Program Nobel Laurate selama 4 hari (semalam hingga Khamis ini). Di dalamnya, ada kerja dan 'lecture' dari 8 pagi hingga 7 malam (tidak termasuk 'lunch' dan solat) bersama beberapa orang pengajar dari US. Khamis atau Rabu ini ada majlis penutup yang dirasmikan oleh Datin Rosmah. Program ini secara tidak langsung membolehkan pelajar berfikiran tinggi dalam mencipta sesuatu yang baru.
Akhir kata, saya mengucapka selamat Thaipusam kepada seluruh yang beragama Hindu.
11 Januari 2013
Cerita saya di PERMATApintar
Assalamualikum wbt dan salam sejahtera.
Saya ingin menceritakan dalam dua minggu ini di PERMATApintar. Pada minggu pertama, kami tidak belajar kerana ada pelbagai taklimat yang ingin diberikan. Kami bergotong-royong dalam minggu ini membersihkan asrama, dewan makan dan surau serta tidak terkecuali kelas dan makmal. Cantik jugalah asrama dan surau kerana asrama ada tirai berwarna-warni dan meja belajar mempunyai banyak ruangan untuk disimpan dengan katil yang empuk. Saya sebilik dengan rakan karib saya, Shah Hakimi. Normalnya, kami bermain bola sepak di belakang blok bilik instruktor baru macam 1 bilik 2 orang guru kami manakala main bola tampar di depan blok pentadbiran. Seterusnya, di dewan pula kami bermain badminton sampai pukul 6 petang.
Allhamduillah!! Saya mendapat 5 atau 6A pada semester akhir 2 lepas. Oleh kerana 70% pelajar pointer bawah 3, jadual kami terlalu padat.
1. Pagi Isnin - Jumaat - belajar.
2. Petang itu, ada kelas PQS dan PSI (saya tidak mengambil pun dan selebihnya prep). Ada juga kelas LMS (Learning Management Self) di mana instruktor memuat turun sesetengah 'assignment' dalam laman web tersebut.
3. Malam itu, ada prep setiap hari termasuk hari Khamis, kelas kalkulus kelas kami. Manakala kelas bahasa Jepun pula 2.30-4.30 petang.
4. Petang Jumaat, ada sesi kaunseling. Untuk aktiviti kokurikulum,
Kelab - Robotik.
Unit beruniform - Bulan Sabit Merah Malaysia.
Permainan - Badminton.
Perjumpaan dibuat bermula bulan depan. Manakala aktiviti kesenian dimasukkan hari Sabtu (9-11.30 pagi). Saya memilih untuk menyertai koir sekolah di mana setiap kali peristiwa atau petandingan, kami akan buat kerana saya pernah berpengalaman dalam koir setahun.
5. Dalam hujung bulan ini, kami bermula membuat kajian research dengan mentor kami dari UKM. Saya tidak menyangka (hari jadi saya 4 Januari) disambut meriah oleh instruktor, akwan-kawan dan prof kami dalam sejarah hidup saya. Allhamduillah!!!!!! Hadiahnya tidak terdaya saya untuk habiskannya dengan kek lagi. Kalau pointer bawah 2, kena buang. Kemudian, kalau pointer di atas 3, dapat menyertai pertandingan. Saya menyeru kepada semua supaya doakan kejayaan saya di sana termasuk terpilih menyertai kejohanan sukan Hulu Langat bulan April ini dan genius olimpiad.
6. 18 & 19 Januari ini, kami ada 'open day' untuk perjumpaan ibu bapa dengan instruktor mengenai prestasi keputusan ujian lepas. Setelah itu, ada hari anugerah, tidak dapat pun dan juga mesyuarat PIBG. Insya-Allah, keluarga saya akan datang ke sini. Untuk pendaftaran pelajar baru tingkatan 4, ia akan berlangsung pada 21 Januari ini. Itu sahaja.
01 Januari 2013
Ucapan tahun baru
Saya mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua orang di dunia ini dan laksanakan azam anda semua. Allhamuduillah!! Akhirnya saya berjaya menyiapkan proposal research bersama dua orang kawan saya untuk tahun ini. Topiknya bulan September ini insya-Allah. Esok bermulalah alam baru dan alam persekolahan. Semoga impian saya untuk tahun ini menjadi kenyataan, insya-Allah.
14 Disember 2012
nasihat saya dalam peristiwa AFF Suzuki yang lalu
Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
14. Saya berharap semoga kita dapat mengulangi dan sekali lagi menjulang piala AFF Suzuki 2014 seperti kita kalahkan Indonesia dua tahun lepas dalam final dan perlawanan bola sepak selepas ini khususnya piala Asia 2013.
berita malang lagi menyedihkan buat rakyat malaysia
Malaysia gagal ke akhir Piala Suzuki AFF 2012
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Malaysia gagal mengulangi pencapaian 2010 apabila tewas
dalam perlawanan separuh akhir Piala Suzuki 2012 kepada Thailand dengan agregat 3-1
di Stadium Supachalasai, Bangkok.
Pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil kedua-dua
pasukan terikat 1-1.
Thailand akan bertemu Singapura pada perlawanan akhir yang berlangsung Rabu
(Stadium Jalan Besar) dan Ahad ini (Stadium Supachalasai).
10 Disember 2012
Harimau Malaya seri dengan gajah putih 1-1

SKUAD KEBANGSAAN gagal memanfaatkan peluang beraksi di halaman sendiri apabila
sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Thailand dalam perlawanan separuh akhir
pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Kemenangan ditempat lawan agak sukar jika cara permainan hentam kromo dipraktikkan.
Nampak sangat bahagian midfield tidak menyerlah, banyak hantaran jauh yang tidak tepat. Rajagopal perlu memberikan teknik yang lebih baik untuk menghidupkan semula bahagian
midfield.
Kawalan bola pemain Malaysia juga kurang menyerlah berbanding pemain Thailand.
Gol Malaysia dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-48 manakala
Thailand menerusi Teerasil pada minit ke-79.
Keputusan ini meletakkan Malaysia di laluan tertekan untuk memburu tiket ke final.
Harimau Malaya akan bertandang ke Thailand Khamis ini untuk perlawanan timbal balik.
Pada perlawanan malam ini, sebaik permainan bermula Malaysia lebih agresif dengan
beberapa percubaan berbahaya dan seawal minit kelima, kubu skuad Gajah Putih diuji,
namun sepakan percuma yang dilaksanakan oleh Safiq Rahim gagal menembusi gawang
lawan.
Pada minit ke-12, benteng pertahanan skuad negara pula diuji oleh dua percubaan dari
jarak jauh, daripada Adul tetapi tindakan pantas penjaga gol Malaysia, Mohd Farizal
Marlias berjaya menafikan percubaan itu.
Hasil serangan balas, skuad Harimau Malaya hampir berada di depan pada minit ke-18,
tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha, yang turut dikenali Mat Yo, gagal mengatasi
barisan pertahanan Thailand.
Peluang pertama Thailand hanya hadir pada minit ke-27 menerusi hantaran bahaya
Datsakorn, begitu pun berjaya dikeluarkan oleh Mohammad Aidil Zafuan.
Thailand sekali lagi mempunyai peluang membolosi gawang lawan apabila cubaan Anucha
memberi bola kepada Datsakorn dari sayap kiri dan Teerasil membuat hantaran pada minit
ke-29, tetapi Farizal berjaya menyelamatkan hantaran.
Selepas itu, cubaan Datsakorn mencipta peluang untuk Thailand terus tidak berjaya pada
minit ke-44 apabila Aidil menghalang pemain lawan dari mengambil kesempatan.
Selang beberapa minit memasuki babak kedua perlawanan, belum sempat Thailand
melakukan asakan, tandukan Mat Yo pada minit ke-49 hasil hantaran Mahali di sayap
kiri telah menggegarkan stadium apabila meledak gol pertama buat Malaysia.
Thailand menggandakan asakan. Hantaran Piyapol Bantao dari sayap kanan pada minit
ke-55 gagal dikawal rakan sepasukan dan Aidil menyepak bola keluar dari keadaan
bahaya.
Mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong sendiri, Malaysia sekali lagi berpeluang menambah jaringan gol menerusi percubaan baik oleh Mat Yo, bagaimanapun pasukan
tuan rumah gagal ambil kesempatan setelah dipesong keluar oleh Kawin.
Thailand nyata tidak berputus asa apabila terus melakukan serangan, namun Farizal
berjaya menepis keluar percubaan Thailand dan tendangan sudut pasukan pelawat itu
gagal mendatangkan hasil.
Kelekaan pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila penyerang sensasi
Thailand, Teerasil menyamakan kedudukan dengan tandukan baik pada minit ke-79.
Mohd Safee cuba menguji benteng pertahanan Thailand pada minit ke-88, namun
kuisannya gagal disambar rakan sepasukan untuk kedudukan tersebut kekal sehingga
wisel penamat.
Senarai pemain Malaysia:
Mohf Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Mohammad Aidil Zafuan,
Safiq Rahim (kapten), Norshahrul Idlan Talaha, Amar Rohidan, Gary Steven Robbat,
Azammudin Akil, Baddrol Bakthiar, Mohd Fadhli Mohd Shas
Senarai pemain Thailand:
Kawin Thamsatchanan (kapten), Panupong Wongsa, Theerapyhon Bunmathan,
Chonlatit Jantakam, Datsakorn Thonglao, Teerasil Dangda, Anucha Kitpongsri,
Adul Lahsoh, Jakkapan Pornsai, Phichitphong Choeichiu, Piyaphon Buntao
Pengadil perlawanan: Torki Mohsen Ramezanali (Iran)
Komen: Betul apa yang dikatakan itu. Saya berdoa semoga HM menang atau seri 2 mata
ke atas Thailand. Do your best......
02 Disember 2012
Garuda rebah
*Berdasarkan penilaian saya, memang benarlah apa yang dikatakan oleh Utusan memang benar kerana saya setia
bola sepak dan akhirnya kita layak ke separuh akhir (saya selalu menonton perlawanan di televisyen). Tahniah
kepada pasukan kita. Kita terpaksa berlawan dengan Thailand walaupun kita ada sudah ada harapan berlawan
dengan Filipina. Hal ini kerana Singapura kalahkan Laos 4-3 yang menjadikan Singapura memungut 7 mata
sekaligus Malaysia jatuh ke naib juara kumpulan B di belakang Singapura. Oleh kerana kita berjaya belasahkan
pasukan Garuda itu, Indonesia jatuh ke nombor 3 dan kita no 2 dengan 6 mata keseluruhan. Saya melihat taktikal
yang dibuat oleh K.Rajagopal dan perubahan ke lebih terbaik pasukan kita telah berjaya golkan dalam masa
5 minit sahaja. Saya berharap semoga 9 Disember nanti (perlawanan dengan Thailand) nanti menempah kejayaan.
Insya-Allah.
29 November 2012
Garuda 'kecut' ngauman Harimau Malaya.
*kredit daripada utara news.
SKUAD Kebangsaan mempamerkan kehebatan luar biasa apabila menundukkan Laos
4-1 dalam perlawanan kedua Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam
kelmarin. Dengan meraih kutipan tiga mata, harapan anak buah Datuk K.Rajagobal untuk menempah tiket ke separuh akhir Piala AFF Suzuki kembali terbuka. Harimau Malaya
yang dikritik kerana persembahan hambar pada saingan pertama bagaimanapun
mempamerkan aksi garang sebaik sahaja perlawanan bermula.Pada minit ke-11, Safee
Sali hampir membuka tirai jaringan, namun sepakan beliau tersasar ke kanan gol.
Selang minit kemudian, gerakan cantik Kunanlan Subramaniam dari kiri ke kotak penalti
dan membuat hantaran kepada Safee terus gagal membolosi gawang Laos.
Penantian gol Malaysia akhirnya tertunai apabila sepakan percuma yang diberi kepada
Harimau Malaya di kotak penalti berjaya dilakukan baik oleh Safiq Rahim pada minit
ke-15 untuk mendahului di depan. Susulan gol pertama, Malaysia nyata bersemangat dan gerakan menarik Mat Yo yang membawa bola ke dalam kotak penalti untuk membuat hantaran
kepada Safee, sekali lagi gagal apabila percubaan penyerang pelita jaya itu tidak menepati sasaran. Selepas itu, peluang baik Malaysia untuk menjarakkan kedudukan pada minit ke-29
menerusi Mat Yo tidak berhasil apabila sepakannya dari kanan tersasar Malaysia terus
mengasak, Safee sekali lagi membuat rembatan dari luar kotak penalti tetapi masih tidak
berjaya.
Kealpaan benteng pertahanan Malaysia akhirnya mengundang padah apabila jaringan
Khonesavanh Sihavong menyamakan kedudukan pada minit ke-39. Sepuluh minit
separuh masa kedua, Mat Yo hampir memberikan gol kedua buat Harimau Malaya,
begitu pun pengerakan cantik Mat Yo tepat kepada penjaga gol Laos. Selepas itu,
hantaran Mahali kepada Safee dari sudut kanan terus tidak berhasil apabila tandukan
Safee tidak menepati sasaran. Safee akhirnya berjaya menembusi gawang gol Laos
hasil hantaran Wan Zack Haikal dari kanan sekali gus selesa mendahului 2-1. Susulan itu, Malaysia terus ghairah menambah jaringan apabila Wan Zack Haikal meledakkan gol ketiga
buat tuan rumah. Pelawat bagaimanapun masih tidak berputus asa dan terus membuat
percubaan bagi mendapatkan gol, begitu pun gagal membolosi gawang lawan. Anak
buah Rajagobal menutup tirai perlawanan dengan gol keempat menerusi Mohd Khyril
Muhymeen pada babak terakhir perlawanan.
*Komen - Tahniah kepada pasukan skuad kita kerana berjaya kembalikan maruah
kemenangan ke atas Laos. Saya melihat pemain skuad kita lebih bersemangat dan paling
saya banggakan kerana seperti semasa mencari mata kedua untuk Malaysia yang mana
Wan Zack dan Safee sama-sama menjaringkan gol. Itulah perubahan yang mendadak
yang saya lihat. Apapun, skuad kita perlu tingkatkan mana yang sudah ada dan membuat
strategi lebih hebat supaya kita kalahkan Indonesia demi mencari mata untuk melayakkan
kita ke separuh akhir.
26 November 2012
Langkah sumbang skuad Harimau Malaya
KUALA LUMPUR - Apa lagi mahu dikata? Permulaan menarik yang diharapkan buat Harimau Malaya
dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF nampaknya hanya tinggal harapan kosong
semata-mata.
Kita kalah dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
Dua gol melalui ketua pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 sebelum disudahkan dengan penuh bergaya oleh pemain berusia 42 tahun, Aleksandar Duric pada minit ke-75 untuk melengkapkan mimpi ngeri
jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para pemain Harimau Malaya di hadapan kira-kira 40,000 penonton.
Masalah sama yang sebenarnya sudah boleh dapat dikesan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini
nampaknya tetap terjadi dengan kelemahan ketara bahagian pertahanan dan tengah yang menjadi punca kepada kemenangan Singapura.
Rajagobal jelas tidak mengambil pengajaran berguna apabila melihat jentera tengah yang dikawal oleh
Safiq Rahim dan Amar Rohidan cukup pincang dalam mengawal permainan lantas membuka ruang
kepada lawan mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke kubu Malaysia.
Namun, masalah paling ketara buat skuad bimbingan Rajagobal ialah barisan pertahanan yang banyak
melakukan kesilapan mudah dengan persefahaman para pemain menjadi persoalan besar.
Dua daripada tiga gol Singapura ternyata merupakan kecuaian pertahanan yang tidak merantai kemas
pergerakan penyerang lawan terutamanya Shahril yang menjadi pemusnah semangat perjuangan
Harimau Malaya.
Gandingan Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi Muslim sering sahaja 'lemas' dengan hantaran-hantaran
lintang berbahaya daripada Shahdan Sulaiman di samping prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat
yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap
yang meragukan.
Biarpun Malaysia memberikan harapan besar seolah-olah mampu menjinakkan Singapura pada 30 minit
permainan melalui gerakan berbahaya Norshahrul Idlan Talaha, segala-galanya berubah apabila pelawat
memecahkan kebuntuan dua minit kemudian dengan gol daripada Shahril Ishak.
Berpunca daripada hantaran silang Shahdan dari sebelah kiri, Shahril bijak mengeksploitasi kelemahan
komunikasi antara Azmi Muslim dan Fadhli Shas sebelum mudah menyepak masuk ke dalam gawang
Malaysia yang ternganga luas.
Gol itu ternyata menyentap semangat anak-anak buah Rajagobal yang bagaikan hilang fokus selepas itu
dan ia memberikan ruang kepada Shahril sekali lagi mengukuhkan kedudukan Singapura dengan jaringan kedua pada minit ke-37.
Segalanya bermula dengan kesilapan Khairul Fahmi yang menepis bola ke belakang yang cuba
diselamatkan oleh Fadhli yang dapat menanduk keluar atas garisan gol namun Shahril dapat menyambar bola tersebut dengan menanduk kemas ke dalam pintu gol.
Membawa masuk Wan Zack Haikal di separuh masa kedua menggantikan Khyril Muhymeen tidak
memberikan apa-apa impak dengan Safee Sali serta Norshahrul masih gagal mendapatkan bola
hantaran berkualiti daripada barisan tengah.
Duric yang hanya dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-70 akhirnya dapat melepaskan
hajatnya menjaringkan gol ketika berdepan Malaysia apabila dia yang tidak dikawal oleh Aidil serta
Fadhli, lima minit kemudian menanduk cantik hantaran Shahdan yang layak dianggap pemain terbaik
pada perlawanan itu.
Gol itu ternyata membunuh apa perjuangan pemain Harimau Malaya dengan penyokong-penyokong
Malaysia mula keluar stadium secara perlahan-lahan sambil segolongan penyokong yang digelar Ultras
Malaya menyorak dengan memperkatakan "Rajagobal, apakah yang engkau buat." bagi menamatkan
malam penuh mengecewakan Harimau Malaya.
*Komen daripada penulis - Saya tahu kesalahan pemain Malaysia dengan perlawanan dengan Singapura
dan sebelumnya tetapi susah ingin ungkapkan. Apa yang dikatakan oleh akhbar utusan memang betul.
Saya berharap semoga buatlah apa yang terbaik pada Raja Gobal dan pemain skuad harimau kita.
Kalau ingin tukarkan atau tidak ketua jurulatih itu, saya tidak kisah. Asalkan saya inginkan skuad
harimau kita tukar taktikal semasa lawan dengan Laos rabu ini dan corak permainan diubah serta
kesilapan barisan tengah dan pertahanan dapat dibetulkan segera. Walaupun kita tahu semua
orang rakyat khususnya rakyat Malaysia kecewa sangat tetapi jangan lupa teruskan sokongan kita ke
HARIMAU MALAYA untuk perlawanan dengan Laos!!!! Ingat bangkitlah wahai pemainku. Akhir kata,
saya ingin memberi lagu Bangkit agar menyuruh bangkit semula.
22 November 2012
Perjanjian gencatan senjata Hamas Palestin dan Israel mencapai persetujuan
Allahu Akbar!! Syukur Alahamdulillah...
Akhirnya, tepat jam 3 pagi tadi waktu Malaysia, PERJANJIAN GENCATAN SENJATA dipersetujui oleh Gaza
dan Israel.
Di antara isi kandungan genjatan senjata antara Israel dan Hamas:
1. Israel perlu menghentikan segala bentuk serangan ke atas Gaza samada dari darat, laut dan udara . Ini termasuk pencerobohan sempadan dan mensasarkan serangan ke atas individu tertentu.
2. Pihak Hamas perlu menghentikan serangan roket ke atas Israel dan juga serangan di sempadan.
3. Selepas 24 jam tempoh genjatan senjata berjalan, pihak Israel harus membuka semua pintu sempadan dan
membenarkan pergerakan penduduk Gaza dan barang keperluan keluar dan masuk Gaza.
Menteri Hamas , Khaled Mesy'al mengulas mengenai genjatan senjata ini dengan berkata, israel telah gagal dalam
mencapai segala tujuan dan sasaran mereka dan mereka terpaksa tunduk kepada tuntutan genjatan senjata ini.
*Genjatan senjata ini dijamin oleh Presiden Mesir, Dr Mursi.
19 November 2012
Keajaiban di peperangan Gaza
Subhanallah..Allah Akhbar.
Keajaiban di peperangan Gaza
Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?
Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!
18 November 2012
bangkitlah wahai saudaraku umat Islam !!!!!!!!
Kita melihat pada awal tahun 1434 hijrah, umat Islam sedang meraikan sambutan maal hijrah. Namun, malangnya Palestin diserang balik oleh tentera Israel. Tambahan pula, dengan adanya pertambahan tentera darat & udara untuk menyerang Palestin. Sudah beberapa kali Palestin meminta sebagai bukan anggota PBB dengan persetujuan majoriti negara di dunia tetapi AS menghalangnya usaha ini atas dasar kerjasama dengan Israel. Akibatnya, ada yang terkorban lagi dalam jihad mati syahid. Persoalannya, kita sudah tentu terutama negara-negara di dunia khususnya membuat demonstrasi, tetap menghulurkan bantuan kepada rakyat jihad Palestin khususnya dari negara kita. Saya memuji kerana ada sesetengah negara dunia walaupun tidak menghulurkan bantuan senjata tetapi dari segi mental & psikologi. Ramai khususnya saya sendiri menanyakan di mana tindakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap keganasan tentera Israel. Hal ini kerana saya melihat bahawa PBB dikatakan telah mengambil tindakan dengan membuat perjanjian tetapi peperangan masih lagi tiada menemui tanda noktah bermula dari tahun 1948.
Saya mengatakan jawapannya PBB tidak bersungguh-sungguh menangani pergolakan ini termasuk isu Syria dan Iraq. Namun begitu, saya berasa bersyukur kerana Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang memenangi pilihan raya umum ingin menarik balik tentera Amerika Syarikat daripada menyerang Iraq dan Afganistan. Namun begitu, isu Palestin belum ada kesudahan. Seperti mana kita ketahui, PBB secara sejarahnya ditubuhkan selepas kekalahan Jepun pada tahun 1948, iaitu tahun Israel mengganas dengan rakyat Palestin. PBB ditubuhkan adalah untuk keamanan dunia tetapi hanya jelas mementingkan isu yang ada kepentingannya atau yang berpihak kepada mereka sahaja. Sebaliknya, negara yang enggan mengikuti arahan Barat akan diserang. Di manakah kewibawaan PBB? Hal ini kerana PBB kebanyakkannya dianggotai oleh negara Amerika Syarikat, Britain, Perancis atau dalam erti kata kuasa-kuasa besar. Disebabkan itulah, isu yang bergolak ini tiada berkesudahan.
Saya rasa generasi sekarang sudah tentu ingat yang isu Palestin ini berpunca daripada keganasan Yahudi. Namun begitu, sedar atau tidak sedar yang hal ini berpunca daripada kita sendiri khususnya negara Arab membantu British dan Perancis menghancurkan kerajaan Khilafah Uthmaniyah. Akibatnya, tiada lagi khalifah lagi sejak dibatalkan oleh Mustafa Kamal Attartuk dan akhirnya umat islam dilanyak habis-habisan termasuk isu Innonence of Muslim baru-baru ini yang mencetuskan kemarahan negara islam seluruh dunia. Namun begitu, negara-negara khususnya negara Islam di Arab, mengapakah anda semua tidak bersatu dalam berdemonstrasi? Ini jelaslah semangat nasionalisme yang ditanamkan oleh barat sehingga meninggalkan semangat khalifah dan islamisme. Saya melihat kebanyakkan negara Arab tidak bersungguh-sungguh membantu negara Arab dan Timur Tengah khususnya Palestin tetapi yang bersungguh-sungguh membantu hanyalah negara buka Arab. Jelas-jelaslah masih mempercayai kuasa barat daripada islam itu sendiri. Oleh kerana umat islam sendiri tidak mahu mengikuti ajaran Al-Quran (Allah swt) dan hadis sunnah Rasullulah SAW serta suka membuat maksiat di situ sana sini, terpengaruh dengan rancangan hiburan yang merosakkan dan sebagainya sehingga umat islam terus lemah dan lemah. Bukankah tahun hijrah seharusnya kita berubah ke arah lebih baik tetapi semakin teruk. Bukankah itu dikatakan kecelakaan?
Baiklah, saya ingin berbalik semula kepada sejarah mengapa umat islam terjadi begini dan isu Palestin tiada kesudahan. Hal ini kerana sejarah ini telah diubah oleh orang barat khususnya dalam subjek sejarah dan agama islam yang tidak menceritakan lebih lanjut mengenai peristiwa kejatuhan kerajaan Uthmaniyah dan itulah yang pelajar selalu menghafal dan ingat itu sahaja ceritanya semata-mata untuk peperiksaan. Ingatlah jika umat islam semua khususnya pelajar Malaysia mengetahui dan menghayati peristiwa ini, saya merasakan sudah tentu ada kesedaran untuk bangkit semula mewujudkan khalifah baru setelah hampir seratus tahun umat islam dalam keadaan gelap. Kita melihat benarlah kata-kata ulama bahawa sekarang ini umat islam dalam proses kebangkitan dalam menentang kemungkaran kiamat akhir zaman yang semua tanda telah ada setelah melalui proses kegelapan di mana setelah kejatuhan islam 1924, banyak negara bukan barat telah dijajah oleh negara barat khususnya dan mengubah & meracuni pemikiran umat islam melalui pemerintahan ideologi sekular sehinggalah serangan Jepun ke hampir seluruh dunia.
Kita sudah mengetahui pada zaman rennisance & reformation, kebangkitan orang eropah menentang kezaliman paderi gereja sehingga menjadikan ideologi-ideologi sebagai tuhan mereka dalam mencapai kejayaan orang Eropah sehingga memisahkan agama daripada kehidupan seharian. Ingatlah, sejarah tidak pernah menipu kita. Umat Islam masa itu asyik tinggalkan perintah Allah swt dan sesetengah pemerintah selepas Sultan Sulaiman memerintah ikut cara Barat. Mana tidaknya Allah membalas perbuatan dosa kita ini ke atas kita agar kita insaf. Kita tahu orang barat khususnya Britain dan Perancis, Austria, Jerman & juga Rusia merancang jahatnya untuk hancurkan Islam dan umat islam tidak dapat bangkit selama-lamanya. Mereka mencetuskan hasutan dan nasionalisme terhadap negara Arab dan mereka mempercayai orang barat. Selain itu, orang Arab enggan dengar nasihat Sultan Abdul Hamid, khalifah terakhir umat islam dan larangan Allah swt. Akibatnya, di sebalik helah mereka, negara-negara Arab seperti Teluk Tunisha, Mesir dan sebagainya dijajah akhirnya oleh orang barat.
Akibat juga daripada pengkhianatan pegawai kerajaan Uthmaniyah terhadap Sultan Abdul Hamid, banyak kuasa besar serang kerajaan Uthmaniyah sehingga banyak negara naungan baginda jatuh ke tangan kuasa besar. Kekalahan paling memalukan ialah pada perang dunia pertama. Akibat kita juga, orang Yahudi ambil kesempatan untuk merampas Palestin. Hal ini kerana mereka selalu kalah apabila berperang dengan umat islam selepas Salehudin Al-Ayubi dalam mendapat hak Palestin, kota paling dimuliakan Allah swt kerana di dalamnya terdapat Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa. Kita sendiri telah disuruh Allah dalam Al-quran untuk menjaga kedaulatan Palestin. Namun malangnya, umat islam semakin jauh dengan al-quran dengan pemerintah khalifah masa itu sesetengahnya melaksanakan undang-undang barat dan sesetengah pegawai membantu orang barat untuk hancurkan kerajaan islam. Kita sudah tentu ingat lagi bahawa Freemason (perkenalkan mata wang berasaskan kertas yang boleh jatuh nilainya bila-bila masa), bankers Yahudi dan lain datang menuntut Palestin daripada Sultan Abdul Hamid tetapi baginda enggan serahkan kerana itu milik umat islam.
Akibatnya, bankers yahudi dengan bantuan orang barat serang Palestin demi mendapatkannya semula walau apa jua risiko. Walaupun negara-negara islam Asia Tenggara khususnya alam melayu di melaka atau johor tidak ditakluk oleh kerajaan uthmaniyah tetapi mereka bernaung di bawah uthmaniyah (atau seluruh dunia umat islam kuasai selama 1400 tahun). Kita juga melihat setelah orang barat hampir hancurkan islam dengan menguasai satu demi satu negara sebagai jajahan, turki muda kebangsaan di bawah Mustafa Kamal Attatuk laknatullah boleh pula memecat Sultan Abdul Hamid (turki muda dikatakan pro barat) dan memusnahkan pejabat khalifah sehingga menggubal undang sekular seperti tidak boleh pakai tudung. Akhirnya, tiada lagi khalifah dan 3 mac 1924 merupakan sejarah hitam dan kegelapan umat islam serta akhirnya kita tidak mampu bangkit kerana tiada penyatuan terutama negara Arab (nasionalisme). Ini bermakna kita semua telah berdosa besar. Akibatnya, yahudi mudah dapat Palestin tahun 1948 dan banyak negara khususnya Asia tenggara (Malaysia- tanah melayu dan Indonesia) jatuh satu demi satu ke tangan barat. Akhirnya, hampir semua negara di dunia merdeka atas dasar nasionalisme dan kadangkala melaksanakan pentadbiran sekular. Walaupun Malaysia bukanlah negara sekular tetapi pemerintahan islam di negara kita tidak menyeluruh. Semua negara menerima konsep demokrasi berparlimen di bawah tajaan British, bukannya Syura. Inikah dikatakan kita mengikuti perintah Allah??
Sekarang, 88 tahun genaplah kita dalam kesengsaraan. Banyak konflik peperangan di Myammar (umat islam rohginya), palestin, Iraq dan sebagainya tiada kesudahan. Negara Arab dan PBB tidak bersungguh-sungguh membantu negara bergolak terutama Palestin. Sebaliknya, negara bukan Arablah yang tidak ‘hangat-hangat tahi ayam’ membantu Palestin terutama dari negara kita. Astaghfirullah!!!!!!!! Akhir kata, ingatlah selagi kita banyak meninggalkan perintah-Nya, melebihkan hiburan, menjalankan pentadbiran islam tidak sepenuhnya, berpakaian seksi dan tidak bersatu, selagi itulah umat islam hidup sengsara, banyak maksiat bermaharajalela dan palestin tidak akan merdeka. Walaupun kegemilangan islam semula dan merdekanya palestin berlaku apabila turunnya dan wujudnya khalifah semula (yakni imam mahdi & nabi Isa a.s.) tetapi apa salahnya kita bangkit sama-sama!!!!!!!!!!! Ayuhlah bangkit wahai umat islam!!!!!! Bukannya bangkit atas dasar bangsa!!!!!!!!!! Ingatlah 300 juta umat islam sedangkan 15 juta adalah orang kafir (non muslim) di dunia, tak akan pula kita boleh kalah. INGATLAH UMAT ISLAM KUAT DAN BERKUASA DENGAN JIHAD, KETAATAN DAN BERSATU.
Penulis:
Arif Anwar bin Lokmanol Hakim
Pelajar Program Pendidikan Menengah PERMATApintar,
Pusat PERMATApintar Negara,
Universiti Kebangsaan Malaysia
Wakil bagi umat Islam seluruh dunia.
15 November 2012
ucapan maal hijrah 1434
Assalamualaikum wbt dan salam 1malaysia
Saya nak ucapkan salam maal hijrah 1434 . Contohilah hijrah zaman Rasullulah yg niat mereka atas nama kegemilangan islam lebih cerah setelah hijrah di madinah. Hasilnya, Islam mencapai kegemilangan dan kini penyebaran islam lebih luas. Oleh sebab itu, hijrahlah kita ke arah kebaikan agar niat & perbuatan kita lebih baik daripada tahun lepas.
13 November 2012
selamat hari deepavali
Selamat sejahtera dan salam 1malaysia.
Di sini saya mengucapkan selamat hari deepavali kepada seluruh warga Malaysia dan dunia yang beragama Hindu. Sambutlah perayaan ini dengan penuh kesyukuran dan peliharalah keamanan negara kita.
01 November 2012
ucapan dan cerita saya di PERMATApintar
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya minta maaf kerana sudah lamq tidak post artikel. Hal ini kerana selepas balik dari Kem Lambaian Danau, kami ada 'final semester 2' (ujian akhir tahun) bermula 23 oktober sehingga cuti akhir tahun (9/11). Cumanya tiada exam semasa hari raya korban, itupun sibuk buat ulang kaji dengan tidak sempat melihat penyembelihan kerbau di kawasan saya. Oleh kerana saya sibuk, terlupa pula untuk ucapkan selamat hari korban kepada semua umat Islam di dunia walaupun ucapan saya jatuh pada 16 Zulhijjah. Saya berpesan supaya memperingati kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam penghayatan kita bahawa kita perlu berkorban dalam apa sahaja.
Sekarang ini saya sedang mengulangkaji agama Islam. Justeru doakan saya semoga dapat jawab exam dengan baik. Kepada pelajar yang mengambil SPM pada minggu hadapan, jawab dengan teliti dan cuba berikan keputusan terbaik kerana keputusan ini penentu kehidupanmu di masa depan.
Selasa lepas, (30/10) , kami pelajar tingkatan 4 ada 'Astronout public lecture' anjuran ANGKASA di Dectar UKM. Dr Sheikh Muzafar dan Dr Daniel T Barry, angkasawan dari US. Pada sebelah petang, ada pertandingan program LED untuk helikopter gabungan PERMATApintar dengan Asasi Pintar. Itupun guru kami buat pemilihan, tetapi saya tidak dapat. Hanya 14 orang PERMATApintar sahaja terpilih. Sedih hati yang entahlah. Kepada yang tidak terlibat dengan helikopter itu, ulang kaji sejarah untuk keesokannya. 2 daripada 12 group yang mengandungi 4 orang.group termasuk 2 orang kawan saya terpilih untuk persembahkan helikopter mereka di Parlimen di hadapan perdana menteri. Cemburu bertamu di hati saya berterusan. Hari ini mereka pergi. Dalam 2 group, terdapat 4 orang kawan saya. Oklah azan semakin hampir berkumandang dan baca post artikel hari raya korban tahun lepas.
Cuti ini mesti kosongkan bilik sebab asrama PERMATApintar baru siap dan akan berpindah tahun hadapan (bawa barang semula ke sana - berat dan letih).