1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

26 November 2012

Langkah sumbang skuad Harimau Malaya



REAKSI kecewa Norshahrul Idlan selepas rembatannya tersasar melepasi palang gol lawan dalam saingan Piala 
Suzuki AFF 2012 menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi. Singapura menang 3-0. - 
REUTERS


KUALA LUMPUR - Apa lagi mahu dikata? Permulaan menarik yang diharapkan buat Harimau Malaya 
dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Suzuki AFF nampaknya hanya tinggal harapan kosong 
semata-mata.

Kita kalah dengan cara yang memalukan 0-3 kepada Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Dua gol melalui ketua pasukan, Shahril Ishak pada minit ke-32 dan 37 sebelum disudahkan dengan penuh bergaya oleh pemain berusia 42 tahun, Aleksandar Duric pada minit ke-75 untuk melengkapkan mimpi ngeri 
jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan para pemain Harimau Malaya di hadapan kira-kira 40,000 penonton.

Masalah sama yang sebenarnya sudah boleh dapat dikesan dalam perlawanan persahabatan sebelum ini 
nampaknya tetap terjadi dengan kelemahan ketara bahagian pertahanan dan tengah yang menjadi punca kepada kemenangan Singapura.

Rajagobal jelas tidak mengambil pengajaran berguna apabila melihat jentera tengah yang dikawal oleh
 Safiq Rahim dan Amar Rohidan cukup pincang dalam mengawal permainan lantas membuka ruang 
kepada lawan mencipta gerakan-gerakan berbahaya ke kubu Malaysia.

Namun, masalah paling ketara buat skuad bimbingan Rajagobal ialah barisan pertahanan yang banyak 
melakukan kesilapan mudah dengan persefahaman para pemain menjadi persoalan besar.

Dua daripada tiga gol Singapura ternyata merupakan kecuaian pertahanan yang tidak merantai kemas 
pergerakan penyerang lawan terutamanya Shahril yang menjadi pemusnah semangat perjuangan 
Harimau Malaya.

Gandingan Aidil Zafuan, Fadhli Shas dan Azmi Muslim sering sahaja 'lemas' dengan hantaran-hantaran 
lintang berbahaya daripada Shahdan Sulaiman di samping prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat 
yang sedang sibuk memikirkan soal perkahawinannya pada 28 Disember depan tiba-tiba berada di tahap 
yang meragukan.

Biarpun Malaysia memberikan harapan besar seolah-olah mampu menjinakkan Singapura pada 30 minit
permainan melalui gerakan berbahaya Norshahrul Idlan Talaha, segala-galanya berubah apabila pelawat 
memecahkan kebuntuan dua minit kemudian dengan gol daripada Shahril Ishak.

Berpunca daripada hantaran silang Shahdan dari sebelah kiri, Shahril bijak mengeksploitasi kelemahan 
komunikasi antara Azmi Muslim dan Fadhli Shas sebelum mudah menyepak masuk ke dalam gawang 
Malaysia yang ternganga luas.

Gol itu ternyata menyentap semangat anak-anak buah Rajagobal yang bagaikan hilang fokus selepas itu 
dan ia memberikan ruang kepada Shahril sekali lagi mengukuhkan kedudukan Singapura dengan jaringan kedua pada minit ke-37.

Segalanya bermula dengan kesilapan Khairul Fahmi yang menepis bola ke belakang yang cuba
diselamatkan oleh Fadhli yang dapat menanduk keluar atas garisan gol namun Shahril dapat menyambar bola tersebut dengan menanduk kemas ke dalam pintu gol.

Membawa masuk Wan Zack Haikal di separuh masa kedua menggantikan Khyril Muhymeen tidak 
memberikan apa-apa impak dengan Safee Sali serta Norshahrul masih gagal mendapatkan bola 
hantaran berkualiti daripada barisan tengah.

Duric yang hanya dibawa masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-70 akhirnya dapat melepaskan 
hajatnya menjaringkan gol ketika berdepan Malaysia apabila dia yang tidak dikawal oleh Aidil serta 
Fadhli, lima minit kemudian menanduk cantik hantaran Shahdan yang layak dianggap pemain terbaik 
pada perlawanan itu.

Gol itu ternyata membunuh apa perjuangan pemain Harimau Malaya dengan penyokong-penyokong 
Malaysia mula keluar stadium secara perlahan-lahan sambil segolongan penyokong yang digelar Ultras 
Malaya menyorak dengan memperkatakan "Rajagobal, apakah yang engkau buat." bagi menamatkan 
malam penuh mengecewakan Harimau Malaya.


*Komen daripada penulis - Saya tahu kesalahan pemain Malaysia dengan perlawanan dengan Singapura 
dan sebelumnya tetapi susah ingin ungkapkan. Apa yang dikatakan oleh akhbar utusan memang betul. 
Saya berharap semoga buatlah apa yang terbaik pada Raja Gobal dan pemain skuad harimau kita. 
Kalau ingin tukarkan atau tidak ketua jurulatih itu, saya tidak kisah. Asalkan saya inginkan skuad 
harimau kita tukar taktikal semasa lawan dengan Laos rabu ini dan corak permainan diubah serta 
kesilapan barisan tengah dan pertahanan  dapat dibetulkan segera. Walaupun kita  tahu semua 
orang rakyat khususnya rakyat Malaysia kecewa sangat tetapi jangan lupa teruskan sokongan kita ke 
HARIMAU MALAYA untuk perlawanan dengan Laos!!!! Ingat bangkitlah wahai pemainku. Akhir kata, 
saya ingin memberi lagu Bangkit agar menyuruh bangkit semula.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails