1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

06 Disember 2012

Percutian lengkap di ibu kota



JIKA anda merancang untuk bercuti sambil melakukan aktiviti di ibu kota, Hotel One
World yang terletak di Petaling Jaya sedia memenuhi segala keperluan anda sepanjang
bercuti.

Hotel bertaraf lima bintang yang dibina dengan ciri-ciri kontemporari dan klasik itu pasti
tidak mengecewakan setiap tetamu yang datang.

Ini kerana Hotel One World menawarkan pakej penginapan dan percutian lengkap yang
sukar dinikmati pengunjung jika menginap di hotel lain.

Selain terletak dalam lokasi berkembar dengan pusat beli-belah terkenal 1 Utama, hotel
ini juga menyajikan pelbagai hiburan dan kemudahan lain yang mampu mengisi masa
berkualiti setiap tetamunya.

Keterujaan dan kelainan di Hotel One World dapat dirasai sebaik sahaja anda melangkah
masuk ke ruang lobi. Melihat susun atur, kilauan warna perang serta lampu candelier
yang menghiasi siling, pasti memberi ketenangan kepada para pengunjung.

Ditambah pula dengan layanan mesra daripada kakitangan hotel tersebut, membuatkan
anda tidak sabar untuk memulakan ekspedisi ke seluruh pelosok hotel, sekali gus merasai kemudahan yang disediakan.

Di dalam bangunan setinggi 20 tingkat itu, turut disediakan adalah pelbagai kemudahan
lain seperti coffee house, restoran, gim, kolam renang, spa, lounge, pusat bisnes dan
Kelab Havana yang membolehkan anda berehat tanpa gangguan.

Sebelum melangkah ke kamar tidur, penulis yang berpeluang menginap di hotel itu
baru-baru ini, singgah dahulu ke Cinnamon Coffee House untuk merasai masakan yang
disediakan.

Ternyata hidangan para chef berpengalaman dan berkemahiran di hotel itu berjaya
'menangkap' selera rakyat Malaysia dan Asia.

Di Cinnamon Coffee House, anda boleh mendapatkan pelbagai sajian tidak kira tempatan atau antarabangsa yang disediakan mengikut kehendak sendiri, sama ada bufet atau ala carte.

Namun, untuk merasai suasana yang lebih santai, pengunjung boleh melepak di kafe The Sphere Lounge yang terletak bersebelahan lobi. Di sini, suasana yang lebih santai sesuai untuk
sesi bersembang.

Kafe berkonsep terbuka itu mampu menampung hampir 150 pengunjung pada satu-satu
masa.

Pada sebelah malam, pengunjung The Sphere Lounge akan dihiburkan dengan
kumpulan muzik. Sambil melepak bersama rakan atau keluarga, pasti halwa telinga
terhibur mendengar alunan muzik yang menghiburkan.

Selain itu, anda juga boleh menikmati juadah di Restoran Cina Zuan Yuan, Restoran
Jepun Kura, Long Bar serta Kelab Havana.

Untuk menginap di Hotel One World, pengunjung diberi pilihan penginapan di enam
jenis bilik daripada 438 bilik yang sedia ada.

Antaranya adalah bilik Superior, Deluxe, Executive Deluxe, Suite Junior, Suites Premier
dan Executive Suites yang menjanjikan keselesaan.

Walaupun bilik tersebut mengikut kelas tertentu, namun kesemua unit dilengkapi dengan kemudahan utama termasuk set televisyen dengan rangkaian stesen tempatan dan satelit,
telefon dengan talian dail terus antarabangsa (IDD), bar mini dan sebagainya.

Sepanjang berada di hotel ini, pengunjung boleh beristirehat dengan memanjakan tubuh
menerusi rawatan badan di Thann Sanctuary Spa yang telah memenangi pelbagai
anugerah.

Tatkala anak-anak riang bermandi-manda di kolam renang, ibu dan bapa berkesempatan memulihkan kesegaran tubuh dengan rawatan dan urutan tradisional Thai di spa tersebut.

Bagi golongan lelaki yang meminati sukan golf, mereka boleh mengintai ke Bandar
Utama Golf Driving Range yang menyediakan 60 lapangan serta permainan golf
sembilan lubang.

Selain bercuti, Hotel One World sesuai untuk mengadakan kursus atau mesyuarat kerana
dilengkapi dengan bilik seminar yang lengkap dengan kemudahan asas seperti projektor,
pembesar suara dan sebagainya.

Malah dewan yang ada cukup untuk memuatkan 2,000 peserta pada satu masa, selain
dewan berkenaan juga sering digunakan bagi majlis perkahwinan atau makan malam.

Berikutan kelebihan itu, Hotel One World sepanjang tahun ini telah berjaya menggondol
Anugerah Hotel Antarabangsa Asia Pasifik 2012 bagi kategori Hotel Persidangan Terbaik
Malaysia dan Asia Pasifik dan Anugerah Pilihan Pengembara TripAdvisor 2012 bagi
kategori Hotel Mewah di Malaysia.

Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 603 7681 1111 atau 7712 2222 atau
layari www.oneworldhotel.com.my.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails