1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

21 November 2010

Menduga arus Sungai Kampar

 HALIM HADI



SELEPAS merasai sendiri debaran dan keseronokan menyusuri jeram berarus deras di Sungai Sedim suatu ketika dahulu, penulis tidak dapat menolak pelawaan daripada seorang rakan untuk mengulanginya semula.
Berbeza dengan pengalaman tidak sampai lima minit (percubaan) yang ditawarkan semasa mengikuti kunjungan media di Kedah dahulu, cabaran bermain arus yang dijanjikan kali ini dikatakan mampu bertahan selama beberapa jam.
Perjalanan dari Kuala Lumpur pada pagi Sabtu baru-baru ini membawa kami ke Kampung Sungai Itek, Gopeng, Perak. Laluan redup diapit dusun dan kebun getah sebaik sahaja melepasi Pekan Gopeng memisahkan kami jauh daripada kesibukan harian.
Jalan kampung yang berturap berakhir di Kem Hanifa, lokasi pertemuan kami dengan kumpulan Radak Adventure yang mengendalikan aktiviti rakit arus deras di Sungai Kampar, lokasi sejauh kira-kira 15 kilometer dari Ipoh.
Penulis menemui Mohd. Hasrol Kamis, Pengarah Pengurusan Radak Adventure untuk mengikuti taklimat keselamatan sebelum aktiviti berakit bermula tengah hari itu.
Selepas ujian keyakinan diri di dalam air, para peserta yang dilengkapi dengan jaket keselamatan, topi keledar dan pendayung melangkah masuk ke dalam rakit pelampung yang setiap satu dipandu oleh seorang pendayung berpengalaman (guide).
Rakit yang memuatkan enam peserta kemudian dilepaskan mengikut arus. Laluan sungai yang mendatar pada peringkat awal memberi peluang kepada kami untuk memahami cara pengemudian dan mendapatkan posisi yang betul di dalam rakit.
Tidak lama selepas itu, lambungan arus dirasakan semakin kasar bermain di bawah rakit membuatkan jantung mula berdegup kencang.
"Backpaddle, backpaddle, backpaddle," laungan kedengaran dari mulut Hasrol yang mengemudi rakit kami.
Arahan tersebut memaksa kami menukar arah dayungan untuk mengurangkan kelajuan sebelum menuruni jeram yang deras dan tinggi.
Sebuah demi sebuah rakit berjaya melepasi cabaran dan ada juga yang tersangkut. Kejayaan melepasi jatuhan jeram dengan menggunakan teknik yang diajar membuatkan kami menjerit kepuasan.
"Sungai Kampar sepanjang 13 kilometer ini menyajikan kepuasan berakit selama tiga jam. Ia mempunyai 13 jatuhan yang mencabar," katanya.
Kepenatan seharian bermain arus di jeram Sungai Kampar pada petang itu disambut dengan hidangan bubur kacang dan kopi panas yang dinikmati bersama rakan-rakan baru di tepi sungai.
Bermula dengan perasaan gemuruh, cabaran yang menguji semangat berkumpulan, kudrat dan ketahanan mental akhirnya berbalas dengan kepuasan yang sukar digambarkan.
Itulah sebahagian daripada cabaran yang dilalui semasa berakit menyusuri arus Sungai Kampar, satu daripada lokasi aktiviti rakit arus deras utama di negara ini.
Bagi Muhamad Zain Mat Idris, 30, pengalaman kali pertama mengikuti aktiviti itu menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan. Bagi dirinya, tanggapan yang mengatakan aktiviti itu terlalu merbahaya untuk dicuba tidak begitu berasas.
"Daripada apa yang diperhatikan saya dapati ia sebenarnya aktiviti yang selamat.
"Paling penting para peserta harus mendengar, memahami dan mengikut setiap prosedur yang ditetapkan,'' ujar Arkitek Projek di Kuala Lumpur itu.
Seorang lagi peserta kali pertama, Emilia Emilly Joeneh, 22, berkata, keyakinan diri untuk berdepan dengan arus deras datang daripada kepercayaan pada guide yang berpengalaman dan peralatan yang dipakai.
"Jika mereka boleh melakukannya dengan selamat selama ini kenapa kita perlu rasa takut,'' kata Pembantu Hidupan Liar di Jabatan Perhilitan itu.
Namun tidak dinafikan, aktiviti air itu sememangnya mempamerkan imej yang agak ekstrem berbanding kebanyakan aktiviti lasak lain.
Bagaimanapun jika dilakukan dengan cara yang betul, ia masih selamat untuk diceburi.
Perkara itu diakui oleh Hasrol yang mengendalikan pakej rakit arus deras di situ sejak lebih lima tahun tanpa sebarang kemalangan.
Beliau memberitahu, mereka yang ingin mencuba aktiviti itu harus memilih lokasi berarus sederhana dan mempunyai laluan air yang selamat.
"Sungai Kampar yang menjadi laluan rakit kami boleh dikategorikan sebagai kategori dua atau tiga. Ia sesuai untuk mereka yang baru berkecimpung.
"Bagi yang sudah berpengalaman, beberapa kawasan di sungai ini tetap memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya," katanya.
Tambah Hasrol lagi, sebagai jaminan keselamatan peserta, pengendalian rakit hanya dilakukan oleh kakitangan berpengalaman yang merupakan antara guide terawal di sungai itu.
"Perkara paling utama jangan sesekali panik. Hadapi setiap cabaran yang berada di depan kita dengan tenang dan lakukan mengikut apa yang telah dirancang," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails