1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

14 Ogos 2009

kronologi dari 1945-1957(sejarah kemerdekaan Malaysia)

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum — pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih — sebelum ini. Pertempuran ini membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia II.

Latar belakang
Sewaktu antara tempoh perperangan, strategi tentera British di Timur Tengah dilemahkan oleh kurang perhatian dan belanjawan.

Rancangan kerajaan British bergantung terutamanya pada meletakkan angkatan laut yang kuat di pangkalan Tentera Laut Singapura apabila berlakunya sebarang pergeseran dengan musuh, untuk melindungi kepentingan Timur Tengah British dan laluan ke Australia. Bagaimanapun, tempoh jangkaan tiba Tentera Laut Diraja British, sekiranya Tanah Melayu atau Singapura diancam, disambung dari minggu ke bulan, sehingga akhirnya, apabila perang meletus di Eropah pada 1939, ia jelas kelihatan bahawa tiada angkatan laut mungkin akan tiba.

Sebaik sahaja Perang Dunia II meletus, Britain, Timur Tengah dan Soviet Union dianggap lebih penting dalam pembahagian sumber tenaga manusia dan peralatan, sehinggakan angkatan tentera udara Tanah Melayu yang dirancang antara 300 hingga 500 kapal terbang tidak pernah tercapai dan bilamana tentera Jepun menjajah dengan dua ratus kereta kebal tentera British di Tanah Melayu tidak mempunyai walau satu kereta kebal pun.

Penjajahan Jepun
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Tentera Jepun melancarkan serangan serangan amfibi (amfibious assault) di pantai utara Tanah Melayu di Kota Bharu dan mula maju kebawah ke pantai timur Tanah Melayu. Ini dilakukan bersama dengan pendaratan di Pattani dan Singgora di Thailand, di mana mereka bergerak keselatan melalui jalan darat menyeberangi sempadan Malaysia-Thailand untuk menyerang sebelah barat Tanah Melayu.

8 Disember - 18 Disember 1941
Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 8 Disember 1941, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pelabuhan Pearl. Pertempuran itu merupakan detik rasmi permulaan Perang Pasifik serta merupakan permulaan sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu ke pantai sehingga pihak British terpaksa berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bharu. Pada masa yang sama, pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pelabuhan Pearl melalui udara.

Lockheed Hudson Mk V
Pihak Jepun berjaya menawan Lapangan Terbang Sungai Petani, Butterworth dan Alor Star pada 9 Disember 1941. Pada 10 Disember 1941, kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju ke arah tempat pendaratan Jepun yang dilaporkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, pesawat Jepun menyerang dengan gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua-dua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.
Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

Kemasukan tentera Jepun dari Siam
Pihak Jepun telahpun mengugut kerajaan Thai bagi membenarkan mereka menggunakan pengkalan tentera Thai bagi melancarkan serangan ke Tanah Melayu, selepas bertempur dengan tentera Thai selama lapan jam dalam Pertempuran Prachuab Khirikhan pada awal pagi. Thailand kemudiannya akan terlibat dalam perikatan tentera rasmi dengan Jepun untuk terus menyerang Tanah Melayu. Bagi pasukan yang mempertahankan koloni, terdiri daripada tentera British, Australia dan India, Pertempuran Tanah Melayu merupakan kempen yang membawa bencana.

Ketumbukan ke 5 tentera Jepun yang dipimpin oleh Lt. Jeneral Takaro Matsui telah ditugaskan menyerang Kedah mula mendarat di Singgora pada 8 Disember 1941. Pada awal pagi 10 Disember 1941, pasukan tentera Jepun di bawah perintah Kolonel Saeiki mula menyerang sempadan Bukit Kayu Hitam tetapi serangan tersebut dapat ditangkis tentera British. Namun serangan balas pada pagi tersebut juga memaksa tentera British berundur ke Asun. Tentera British yang mempertahankan Asun kemudiannya diasak dan memaksa mereka berundur ke Jitra. Dalam masa yang sama, tentera British yang mempertahankan Perlis terpaksa berundur ke Jitra. Semasa pengunduran, tentera British meletupkan beberapa jambatan kecil di sepanjang jalan antara Kodiang dengan Jitra. Ini menyebabkan banyak senjata berat tidak dapat di bawa ke Jitra.

Sementara itu, di sebelah pantai timur, tentera Jepun yang mendarat, pada awalnya ditentang oleh Kor ke III India dari Tentera India dan beberapa batalion tentera British. Tentera Jepun dengan pantas mengasingkan unit India yang mempertahanan pantai, sebelum menumpukan tentera mereka bagi mengepong dan memaksa pasukan bertahan agar menyerah. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak ke pantai timur menuju ke Kuantan, dan satu lagi ke selatan menuju kearah Sungai Perak.
Pasukan Jepun mempunyai sedikit kelebihan dari segi jumlah tentera di utara Tanah Melayu, dan kelebihan yang banyak dalam sokongan udara dekat, kereta kebal, kordinasi, taktik dan pengalaman oleh unit Jepun yang pernah bertempur dalam China. Sementara, pihak Jepun mempunyai jumlah kapal terbang yang kurang sedikit, kapal terbang pejuang mereka pada kebiasaannya lebih baik dan mencapai kelebihan udara. Pihak Berikat tidak mempunyai kereta kebal, yang meletakkan mereka dalam keadaan kurang baik. Pihak Jepun juga menggunakan infantari berbasikal dan kereta kebal ringan, yang membenarkan pergerakan pantas pasukan mereka melalui darat dan melalui muka bumi yang diselitupi hutan hujan tropika yang tebal.

Pihak British telah mempunyai rancangan bagi melewatkan pendaratan Jepun di Selatan Thailand tetapi Ketua Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham, Panglima Tertinggi (Commander-in-Chief) bagi Markas Gerakan Timur Jauh British menolak memberikan kebenaran bagi melancarkan Operasi Matador dan Operasi Krohcol sebelum serangan Jepun, bagi mengelakkan risiko membangkitkan perang yang akan meletus.
Force Z tentera laut, terdiri daripada kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse, bersama dengan empat pembinasa, dan diperintah oleh Laksamana Tom Phillips telah tiba sejurus sebelum permusuhan meletus. Bagaimanapun, kelebihan tentera udara Jepun mendorong kepada Penenggelaman HMS Prince of Wales dan HMS Repulse pada 10 Disember 1941, menjadikan persisiran pantai barat Tanah Melayu terdedah dan membenarkan tentera Jepun untuk meneruskan pendaratan mereka.

Kemaraan turun Semenanjung Tanah Melayu
Pengunduran pasukan tentera British bukan sahaja menjatuhkan moral pasukannya, malah memberi kesan taktikal kepada pertahanan Kedah. Serangan Jepun diteruskan hingga ke malam dan mereka berjaya memduduki beberapa tempat yang strategik di Bukit Jantan dan Bukit Alor iaitu dua tempat yang penting bagi pertahanan Jitra. Akibatnya pasukan British berundur ke selatan dan cuba memperkuatkan kedudukannya di Sungai Bata dan Kelubi dengan menggunakan askar Gurkha dan Punjab.

Sementara itu di pihak Jepun, Mejar Jeneral Saburo Kawamura, pemerintah Briged ke - 9 mengarahkan pasukan pimpinan Kolonel Saeki diberi tambahan kereta kebal dan jurutera bagi membolehkan pasukan Jepun menawan jambatan Jitra sebelum British meletupkannya. Beliau mengarahkan Rejimen ke - 40 supaya menyerang bahagian timur jalan. Taktik penyeludupan juga dibuat untuk mara ke kawasan musuh dengan lebih cepat. Bagaimanapun serangan Jepun pada sebelah malam gagal akibat hujan lebat tetapi bernasib baik kerana pasukan Punjab tidak diselaras bagi menyerang pasukan Jepun, akibat kelemahan sistem perhubungan tentera British.

Mejar Jeneral Murray - Lyon yang mengetuai pertahanan British di Kedah mengambil keputusan berundur ke Gurun. Langkah ini dipersetujui oleh Ibu Pejabat Pemerintah Tanah Melayu. Pengunduran tentera British dari Jitra dijalankan dalam keadaan cuaca buruk.

Ternyata ketumbuhan ke - 11 mengalami kemusnahan agak teruk berbanding tentera Jepun. Pertahanan Jitra yang dibina selama tiga bulan musnah dalam masa lima belas jam sahaja.
Kekalahan tentera British dan India ini di Jitra oleh tentera Jepun, yang disokong dengan kereta kebal bergerak keselatan dari Siam pada 11 Disember 1941 dan kemaraan pantas pihak Jepun melalui darat dari beachhead Kota Bharu disebelah pantai barat daya Tanah Melayu mengatasi sistem pertahanan British di utara. Tanpa sebarang kehadiran tentera laut, pihak British tidak mampu mencabar operasi tentera laut Jepun di persisiran pantai Tanah Melayu yang terbukti berguna bagi tentera penjajah. Tanpa kehadiran kapal terbang British, pihak Jepun turut menguasai langit, menjadikan tentera darat Komonwelth dan penduduk awam terdedah kepada serangan udara. Pada 11 Disember 1941, pihak Jepun mula mengebom Pulau Pinang.
Sementara itu, ketumbukan ke-11 kemudiannya berjaya diundurkan ke selatan Sungai Kedah pada 13 Disember 1941. Dalam pada itu, tentera Jepun telah sampai ke Alor Star dan ramai yang berjaya menyeberangi Sungai Kedah. Bagi menyelamatkan keadaan, Murray -Lyon mengambil keputusan meletupkan jambatan Sungai Kedah dan jambatan keretapi.

Pengunduran dari Alor Star ke Gurun kemudiannya diteruskan walaupun persediaan pertahanan di Gurun tidak memuaskan.
Jitra jatuh ke dalam tangan Jepun pada 12 Disember 1941, dan kemudiannya Alor Star pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan. Pada 16 Disember 1941, pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

Sementara itu Pulau Pinang dibom hebat setiap hari oleh pihak Jepun dari 8 Disember sehingga ia ditinggalkan pada 17 Disember. Senjata, bot, bekalan, dan radia station yang berfungsi ditinggalkan begitu sahaja dalam tergesa-gesa dan jatuh ketangan tentera Jepun. Pengunduran orang eropah dari Pulau Pinang, dengan penduduk tempatan dibiarkan begitu sahaja ditangan tentera Jepun menyebabkan malu besar bagi pihak British dan mengasingkan mereka dari penduduk tempatan.

19 Disember 1941 - 31 Januari 1942
Pada 23 Disember Major-General Murray-Lyon dari Division Infantari India ke-11 ditukarkan dari bertugas tanpa memberi apa-apa kesan. Menjelang hujung minggu pertama Januari, keseluruhan daerah utara Tanah Melayu telah jatuh ketangan Jepun. Pada masa yang sama, Thailand secara rasminya menandatangani Persefahaman Persahabatan (Treaty of Friendship) dengan kerajaan Imperial Jepun, yang melengkapkan pembentukan perikatan tentera yang longgar. Thailand kemudiannya dibenarkan oleh pihak Jepun bagi meneruskan penguasaan mereka terhadap beberapa kesultanan di utara Tanah Melayu, dengan itu mengukuhkan pendudukan mereka.

Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam Pertempuran Kampar berlangsung selama tiga hari dan tiga malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942, sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942, dua pasukan Briged India Tentera British dipintas dalam Pertempuran Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari, kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor, dan meninggalkan Kuala Lumpur. Ia tidak mengambil masa yang lama bagi tentera Jepun menakluk matlamat mereka seterusnya, bandar Kuala Lumpur. Tentera Jepun masuk dan menduduki Kuala Lumpur tanpa ditentang pada 11 Januari 1942. Pulau Singapura kini berada hanya kurang daripada 200 batu dari tentera penakluk Jepun.

Pertahanan Johor
Barisan pertahanan British ditubuhkan di utara Johor antara Muar di barat sehingga Segamat, dan kemudiannya sehingga Mersing di sebelah timur. Briged Ke-45 ditempatkan di bahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia diletakkan pada kedudukan tengah dan bergerak maju ke utara dari Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.
Pada 15 Januari, Divisyen Ke-15 yang merupakan pasukan tentera utama Jepun, tiba dan bertempur buat pertama kali dengan pasukan Australia Division ke 8, di bawah pemerintahan Major-General Gordon Bennett. Semasa pertempuran dengan tentera Australia, tentera Jepun mengalami kekalahan taktikal buat kali pertamanya, disebabkan tentangan sengit yang diberikan oleh (Tentera Imperial Australia) di Gemas. Pertempuran tersebut, berpusat sekitar Jambatan Gemencheh, memberikan kerugian besar kepada pihak Jepun, yang mengalami 600 korban tetapi jambatan itu sendiri, yang telah dimusnahkan semasa pertempuran, diperbaiki dalam tempoh enam jam.

Pihak Jepun kemudiannya cuba mengelilingi pertahanan pasukan Australia di barat Gemas, dengan itu memulakan pertempuran paling sengit dalam kempen penaklukan Tanah Melayu yang bermula 15 Januari di persisiran pantai barat Semenanjung Tanah Melayu berhampiran Sungai Muar. Bennett meletakkan Brigade India ke 45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah bagi mempertahankan tebing Selatan sungai Muar tetapi unit tersebut dipintas oleh unit Jepun yang mendarat dari laut dan Brigade tersebut hampir musnah sepenuhnya dan komandernya Brigadier Duncan terbunuh.

Pihak British mengarah Batalion Ke-19 dan Ke-29 ke barat, dan batalion Ke-19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar. Diketuai oleh AIF Liftenan-Kolonel Anderson, tentera India yang berundur disokong oleh tentera Australia membentuak pasukan Muar dan bertempur sengit selama empat hari bagi membenarkan sisa tentera Komenwelth berundur dari utara Tanah Melayu, dengan itu mengelakkan dipintas dan berundur melalui pasukan Jepun kekawasan selamat. Apabila Pasukan Muar sampai ke jambatan di Parit Sulong dan mendapati ia ditangan musuh, Anderson, dengan jumlah yang mati dan tercedera meningkat, mengarahkan setiap orang cuba 'menyelamatkan diri masing-masing'. Mereka yang mampu melalui hutan, paya, dan ladang getah bagi sampai ke ibupejabat batalion di Yong Peng. Mereka yang tercedera ditinggalkan kepada ihsan Jepun dan kesemua kecuali dua dari 135 disiksa dan dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong. Leftenan-Kolenal Anderson dianugerahkan Victoria Cross bagi perjuangannya semasa berundur..

(Royal Engineers) bersedia bagi memusnahkan jambatan semasa berundur.
Pertempuran berlanjutan sehingga 18 Januari, dan pada 20 Januari, pendaratan lanjut tentera Jepun dilakukan di Endau, walaupun menerima tentangan hebat dari serangan udara pengebom torpedo Vickers Vildebeest yang lapuk. Pertahanan terakhir Komonwelth di Johor Batu Pahat-Kluang-Mersing kini diserang sepanjang garis pertahanannya. Malangnya Percival telah menentang pembinaan pertahanan kaku di Johor, di persisiran utara Singapura, mengenepikan permintaan berulang untuk memulakan pembinaan oleh Ketua Juruteranya, Brigadier Ivan Simson, dengan ulasan "Pertahanan buruk untuk moral".

Di sebalik cubaan Batalion Ke-19 dan Ke-29, Garis Pertahanan Johor roboh. Jeneral Wavell memerintah pengunduran umum menyeberangi Selat Johor ke pulau Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke dalam tangan Jepun.

Kronologi peristiwa
1 Mac 1933, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kompeni Percubaan untuk Rejimen Askar Melayu ditubuhkan dengan 25 orang rekrut. Kompeni ini diistilahkan sebagai percubaan kerana tujuannya hanya untuk melihat sama adaorang-orang Melayu boleh mengikuti disiplin ketenteraan. Lambang Rejimen yang dipilih menggunakan sepasang harimau berjuang yang menyokong sebuah mahkota raja. Di dalam bulatan terdapat keris dan sarungnya bersilang dan cogan kata Rejimen "Ta'at Setia" ditulis dengan huruf Jawi. Kompeni percubaan ini dilatih oleh pegawai-pegawai yang dipilih khas oleh Pejabat Kolonial . Mejar G. McI. S. Bruce dari Rejimen Lincolnshire dilantik menjadi pegawai pemerintah pertama pasukan ini. Senarai 25 orang rekrut perintis boleh didapati dalam rencana Askar Melayu

1 Januari 1935, Port Dickson, Negeri Sembilan
Kompeni percubaan Askar Melayu dibesarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan permulaan seramai 150 orang. Pengambilan rekrut dipercepatkan, Dengan tambahan 232 orang rekrut, 2 kompeni raifel ditubuhkan dengan sebuah markas Batalion termasuk satu Platun mesingan dilengkapkan dengan mesingan Vickers, Seksyen Semboyan dan Kumpulan Tambur (Corps of Drums).

1936, Port Dickson, Negeri Sembilan
Berek pertama untuk Rejimen Askar Melayu dibina dalam tahun 1936 menghadap laut berhampiran bandar Port Dickson. Kemudahan disediakan termasuklah bangunan-bangunan Rejimen, pejabat-pejabat, kuarters dan dewan makan.Dengan pembesaran pesat, Rejimen Askar Melayu kekurangan pegawai dan ketua platun. 4 orang askar yang berkebolehan dipilih untuk kenaikan menjadi Ketua Platun, dan dijadikan pegawai muda. Mereka menerima latihan ringkas selama 3 bulan di Port Dickson dan kemudiannya ditumpangkan dengan Rejimen Royal Inniskilling Fusiliers di Singapura untuk mendapatkan pengalaman operasi.
1937

Latihan lanjutan Askar Melayu dijalankan di Singapura, dan ramai anggota Askar Melayu mengambil bahagian dalam latihan bersama tentera yang terbesar pernah diadakan di Timur Jauh.

1938
Rejimen Askar Melayu dihantar ke Singapura untuk latihan tentera peringkat batalion dan lain-lain latihan lanjutan.Anggota Askar Melayu mula dikenali kerana kemahiran menembak mereka. Dalam satu kursus kendalian Bren gun di Singapura, pegawai kadet Askar Melayu mendapat 4 tempat pertama dalam kemahiran menembak. Rejimen Askar Melayu juga mula membuat latihan penggunaan mortar dan senjata anti-kereta kebal.

1941

Mac 1941
Shenton Thomas memberikan kuasa untuk penambahan anggota Rejimen Askar Melayu menjadikan dua Batalion.
Gabenor Negeri-Negeri Selat Sir Shenton Thomas memberikan kuasa untuk penambahan anggota Rejimen Askar Melayu menjadikan dua Batalion. Pengambilan rekrut dipercepatkan. Leftenan Kolonel J.R.G. Andre dinamakan sebagai Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu .

April 1941
Perancangan Tentera British merancangkan pelan sulit gerak perang dipanggil Operasi Matador. Jeneral Pemerintah Markas Gerakan Tanah Melayu Leftenan Jeneral Arthur Ernest Percival membuat strategi menggunakan pasukan-pasukan yang ada untuk kegunaannya. Jen. Percival merancang untuk menggunakan satu Divisyen untuk pertahanan bahagian Selatan Semenanjung Tanah Melayu dan menempatkan satu Kor Tentera dengan dua Divisyen untuk pertahanan perbatasan di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu.Pelan melibatkan penghantaran pasukan tentera memasuki wilayah Thailand sebelum pendaratan askar-askar Jepun di Songkhla dan Pattani dan menafikan penubuhan tapak pendaratan untuk askar-askar Jepun. Operasi Matador meramalkan tempat paling baik untuk menyekat kemaraan askar Jepun adalah di jalan raya menuju Pattani di satu kedudukan dikenali dengan nama “The Ledge”

Ogos 1941
Platun menggunakan 10 buah kenderaan Bren Gun Carrier ditubuhkan di bawah pemerintahan Kapten R.R.C. Carter. Platun ini berlatih dengan Batalion Kedua Rejimen Loyals.

15 Ogos 1941
Satu kumpulan besar Askar-askar Australia Dari Divisyen ke-8 tiba di Singapura.
Askar India Sampai ke Singapura Untuk menguatkan Pertahanan.

28 November 1941
Flotilla Penyapu Periuk Api Ke-21 ditubuhkan di Singapura menggunakan korvet HMAS Maryborough, HMAS Bendigo, HMAS Goulburn dan HMAS Burnie.

November 1941

29 November 1941
Markas Udara Singapura menerima amaran bersedia melancarkan Operasi Matador dalam masa 12 jam. Arahan kemudian dibatalkan apabila Sir Shenton Thomas dan Robert Brooke-Popham enggan melancarkan serangan.

30 November 1941
Pegawai pemerintah Ketumbukan Ke-25 Jepun (25th Army), Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita menerima perintah untuk melaksanakan penaklukan SingapuraNo. 1 Skuadron Tentera Udara Diraja Australia ditempatkan di pangkalan udara Sungai Petani.

Disember 1941

1 Disember 1941
Keadaan Darurat diisytiharkan di SingapuraSebilangan pegawai-pegawai terlatih dari batalion pertama Rejimen Askar Melayu . ditukarkan untuk menjadi teras penubuhan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu . di bawah pemerintahan Leftenan Kolonel F.W. Young. batalion kedua Rejimen Askar Melayu . ditubuhkan.
2 Disember 1941

HMS Prince of Wales Masuk Ke Pelabuhan Singapura Untuk Berlabuh
Dua buah kapal perang besar Tentera Laut Diraja HMS Prince of Wales and HMS Repulse dengan 4 buah kapal pembinasa tiba di Singapura untuk membantu mempertahankan Semenanjung Tanah Melayu daripada serangan Jepun. Kapal HMS Prince of Wales disiapkan dalam bulan April 1941 dan diberikan nama jolokan 'HMS Unsinkable' (HMS Tidak Boleh Tenggelam) kerana perisai perlindungan khas yang dipasangkan di kapal tersebut. Kapal pengiring terdiri daripada HMS Electra, HMS Express, HMS Tenedos, and HMAS Vampire.

3 Disember 1941
Jeneral Tomoyuki Yamashita membuat keputusan untuk menjadikan 11 Februari sebagai tarikh menawan Singapura. Tarikh ini adalah tarikh Hari Kebangsaan Jepun dan ulang tahun ke 2,600 pertabalan Maharaja Jimmu.

4 Disember 1941
Angkatan laut penaklukan Jepun meninggalkan Pelabuhan Samah, Hainan semasa waktu subuh dan belayar arah selatan.

5 Disember 1941
Ketua Marsyal Udara Sir Robert Brooke-Popham sebagai Panglima Tertinggi Timur Jauh diberikan kuasa menggunakan budi bicara sendiri untuk melancarkan Operasi Matador tanpa perlu merujuk lagi kepada Jabatan Perang di London.

6 Disember 1941
Leftenan Jeneral A. E. Percival membuat persiapan untuk melancarkan operasi maatdor tetepi tidak mendapat persetujuan Shenton Thomas dan Brooke-Popham

Kuala Lumpur
Leftenan Jeneral A. E. Percival sedang dalam perundingan dengan Leftenan Jeneral Sir Lewis Heath, Panglima III Kor Tentera British India apabila mereka diberitahu berita mengenai kumpulan kapal pengangkut Jepun sedang menghampiri Tanah Melayu. Percival mengarahkan penghantaran kata kod rahsia “Raffles” kepada semua unit di bawah Markas Gerakan Tanah Melayu meletakkan semua unit pada tahap siaga tertinggi. Percival buat persiapan untuk melancarkan Operasi Matador dan terbang semula ke Markas Gerakan Tanah Melayu di Fort Canning, Singapura.

Singapura
Percival mengadakan perbincangan dengan Gabenor Sir Shenton Thomas, dan Robert Brooke-Popham, Panglima Tertinggi Timur Jauh. Brooke-Popham masih keberatan untuk melancarkan Operasi Matador. Peluang untuk bertindak terlepas.

7 Disember 1941
Sebuah pesawat PBY Catalina RAF dalam misi tinjauan ditembak jatuh oleh Tentera Jepun, dengan jelas menyatakan hasrat Jepun untuk berperang

Singapura
Sebuah pesawat PBY Catalina RAF dalam misi tinjauan ditembak jatuh. Beberapa jam kemudian, sebuah pesawat Lockheed Hudson RAAF mengesan kumpulan kapal Jepun 115 kilometer dari SongkhlaSatu lagi perbincangan pegawai-pegawai tertinggi diadakan di Markas Gerakan Tanah Melayu pada jam 10.30 malam, dan sekali lagi Brooke-Popham keberatan membuat keputusan untuk melancarkan Operasi Matador. Beliau menangguhkan keputusan untuk satu hari lagi.

8 Disember 1941
Askar-askar Jepun Turun Dari Kapal Pengangkut Untuk Mendarat Di Thailand
Tentera Jepun melancarkan serangan mengejut ke atas Armada Pasifik Tentera Laut Amerika Syarikat di Pearl Harbor (tarikh serangan adalah pada 7 Disember 1941 tetapi disebabkan oleh Garisan Tarikh Antarabangsa (International Date Line), ketika serangan dibuat pada jam 7 pagi waktu Hawaii, tarikh di Malaya sudah 8 Disember)Jepun menyerang Hong Kong dan Filipina. Amerika Syarikat dan Britain mengisytiharkan perang ke atas Jepun.Brooke-Popham membuat keputusan untuk menangguhkan pelancaran Operasi Matador. Pesawat Lockheed Hudson
Tentera Udara Diraja Australia mengesan kapal-kapal Jepun 240 batu dari Kota Bharu, terdiri sebagai sebuah kapal kruiser, 4 buah kapal pembinasa dan sebuah kapal pengangkut tentera kira-kira 112 km dari Songkhla.

Kota Bahru - Singora - Patani
Sejurus selepas tengah malam, askar-askar Jepun membuat pendaratan serentak dan menubuhkan turus pantai (beach head) di 3 buah pantai berlainan. Di Songkhla dan di Pattani, askar-askar Jepun dari Ketumbukan ke-25 mendarat tanpa tentangan oleh Tentera Thailand. Sebaliknya di Kota Bharu, askar-askar Jepun dari Divisyen ke-18 Jepun ditentang hebat oleh Tentera British India dan mengalami korban jiwa yang tinggi.

Singapura
Pada jam 4.30 pagi, satu serangan terselaras dilancarkan menggunakan 17 buah pesawat pengebom Tentera Laut Jepun yang berlepas dari Saigon untuk menyerang limbungan kapal di Keppel Harbour, pangkalan Tentera Laut Singapura dan pangkalan udara di Tengah dan Selatar. Krew pesawat pengebom harian melihat Singapura terang benderang dilimpahi cahaya sepanjang serangan pengeboman tersebut dan semboyan serangan udara tidak dibunyikan.

Kesan dari serangan ini, Pihak Berkuasa Singapura mengarahkan semua rakyat Jepun di Malaya dan Singapura ditahan. Kapal-kapal Jepun di yang berada di Pelabuhan Singapura juga dikenakan perintah tahanan.

Perbatasan Utara
Rencana utama: Krohcol
Menjelang siang hari, dua kompeni askar mekanis dari Divisyen ke-11 India diperintah masuk ke wilayah Thailand untuk menyekat kemaraan askar Jepun di jalan menuju Songkhla. Kolonel H. D. Moorehead memimpin Krohcol masuk ke wilayah Thailand dari Kroh dengan harapan dapat menduduki “The Ledge” untuk menyekat kemaraan askar Jepun.

Serangan Udara
Sepanjang hari, pesawat Jepun menyerang pangkalan udara British di Alor Setar, Sungei Petani, Butterworth dan Pulau Pinang. Pangkalan udara di Kuala Terengganu dan Kuantan juga diserang.7 buah kapal terbang Lockheed Hudson RAAF menyerang kapal-kapal pengangkut tentera Jepun di Kota Bharu Pesawat RAAF dari 1 Skuadron dan 8 Skuadron menyerang pasukan Tentera Jepun yang mendarat.No. 21 Skuadron diarahkan berundur ke Butterworth.

Singapura
Menjelang senja, Force Z terdiri dari HMS Prince of Wales dan HMS Repulse dan 4 buah kapal pembinasa sebagai kapal pengiring meninggalkan Pangkalan Laut Singapura untuk menyerang kapal-kapal Jepun yang membawa angkatan penaklukan. Laksamana Sir Tom Phillips sedar beliau tidak akan mempunyai perlindungan udara.

9 Disember 1941
Jepun dengan pantas menggunakan pangkalan Kota Bharu untuk menempatkan pesawat-pesawat perangnya.

Pangkalan Udara Kota Bharu -Pada awal pagi, pesawat Hudson RAAF dari [TUDM KuantanKuantan]] menyerang pasukan Jepun di Kota Bharu tetapi 5 buah pesawat ditembak jatuh. Askar Jepun yang kini dibantu oleh kereta kebal memaksa askar Tentera British India untuk berundur. Askar Jepun membelok untuk menawan bandar Kota Bharu pada jam 2.00 petang.Pasukan Tentera British meninggalkan pangkalan udara di Gong Kedak dan Machang. Tentera Jepun dengan cepat mengambil pangkalan tersebut untuk kegunaan mereka.
Songkhla –Jeneral Tomoyuki Yamashita membuat persediaan untuk mara dan menawan bandar Jitra, markas Divisyen ke-11 India. Bandar ini juga penting kerana mengawal jalan raya dan jalan kereta api ke pangkalan utara besar di kawasan utara Semenanjung di Alor Setar dan Sungai Petani. Yamashita menugaskan detasmen Saeki dan Briged Kawamura untuk mara menggunakan jalan raya Songkhla – Jitra. Pasukan ini mengatasi satu percubaan menyekat oleh dua kompeni askar India dari 11 Divisyen India di Sadao. Pada tengah malam, pasukan ini menyeberangi sempadan memasuki wilayah Malaya.

KuantanPangkalan Udara Kuantan diserang oleh pesawat udara Jepun yang mengakibatkan 3 buah pesawat Hudson RAAF musnah.

Betong, Selatan Thailand – Detasmen Ando dari Divisyen ke-5 Tentera Jepun yang melalui jalan PattaniKroh menghapuskan pasukan Tentera British India (Rejimen Punjab) dari kumpulan Krohcol di kawasan sempadan berhampiran Betong.
Butterworth –Hanya sebuah pesawat pengebom Bristol Blenheim terselamat dalam serangan udara oleh Tentera Jepun ke atas pangkalan udara Butterworth sejurus sebelum pesawat-pesawat pengebom RAF dijangka berlepas untuk melakukan serangan ke atas pasukan Tentera Jepun di Songkhla. Pesawat tunggal yang terselamat dipandu oleh Sqd-Ldr A. S. K. Scarf meneruskan misi pengeboman bersendirian. Semasa mengebom pangkalan udara di Songkhla, Scarf cedera parah dan mendarat cemas di Alor Setar. Anak kapalnya terselamat tetapi Scarf meninggal dunia di Hospital Alor Setar. Untuk keberaniannya, Sqd-Ldr A. S. K. Scarf diberikan anugerah Victoria Cross.Pesawat udara Jepun terus mengebom pangkalan udara Butterworth dan menyebabkan dua buah pesawat pejuang Brewster Buffalo RAAF dari 21 Skuadron RAAF dimusnahkan. 21 Skuadron diperintah undur ke Ipoh.

10 Disember 1941
HMS Prince of Wales dan HMS Repulse dapat ditenggelamkan oleh pesawat-pesawat Jepun
Laut China Selatan, berhampiran Kuantan -
Force Z terdiri daripada HMS Prince of Wales, HMS Repulse dan 4 buah kapal pembinasa diserang oleh pesawat Jepun jenis Nell dan Betty yang berpangkalan di Saigon. HMS Prince of Wales dan HMS Repulse dapat ditenggelamkan oleh pesawat-pesawat Jepun tersebut.Brooke-Popham memutuskan untuk menggunakan mana-mana pesawat RAF dan RAAF yang masih selamat untuk pertahanan Singapura sementara menunggukan bantuan sampai. 4 buah pesawat Lockheed Hudson RAAF yang terselamat dari dimusnahkan serangan Jepun atas pangkalan Kuantan diterbangkan ke Sembawang, Singapura.

11 Disember 1941
Rencana utama: Pertempuran Jitra
Pertempuran Jitra bermula. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk membantu luruan askar infantri menyerang garisan pertahanan yang dijaga Batalion 1/14th Punjab dan batalion 2/1 Gurkha Rifles dari 11 Divisyen India (Mej. Jen. David Murray-Lyon). Askar-askar India tidak menunjukkan kesungguhan berjuang dan dengan mudah ditewaskan. Selepas pertempuran yang mengambil masa hanya 15 jam, kedudukan di Jitra jatuh ke tangan Jepun, dan menjelang petang, garisan pertahanan dicerobohi di beberapa tempat. Murray-Lyon) memerintahkan pasukannya berundur sejauh 10 batu untuk dan berkumpul semula di sebelah selatan bandar Jitra.Banyak kelengkapan British seperti pengangkutan lori, minyak dan persenjataan ditinggalkan dan ditawan oleh Tentera Jepun. Jepun menawan 50 meriam berat, 50 mesingan berat, 300 buah lori tentera dan paling penting sekali, minyak dan bekalan untuk peperangan selama 3 bulan! Briged ke-15 India mengalami kemalangan jiwa setinggi 75 peratus, dan Briged ke-28 India mengalami 700 kemalangan jiwa. Lebih 3,000 orang askar India dan British menyerah diri. Askar Jepun hanya mengalami 27 kematian dan 83 kecederaan.

Kapten Patrick Heenan, seorang pegawai Tentera British India kelahiran New Zealand memberikan maklumat rahsia pergerakan Tentera British kepada Tentera Jepun. Maklumat yang diberikan membolehkan Jen. Tomoyuki Yamashita memaksimumkan kekuatan Ketumbukan Ke-25 Tentera Jepun.
Tentera Jepun menggunakan pangkalan udara Alor Setar yang baru ditawan untuk melancarkan serangan udara ke atas Pulau Pinang. Brooke-Popham mengarahkan semua pesawat udara British dan Australia diundurkan ke Singapura dan digunakan hanya untuk pertahanan Singapura dan pertahanan konvoi sahaja dan tidak untuk memberikan bantuan kepada Tentera British yang bertempur di Tanah Melayu.

12 Disember
Askar Jepun Mendarat

Kota Bharu
Markas Gerakan Tanah Melayu mengarahkan 8 Briged India untuk berundur dari kawasan Kota Bharu. Mengikut perancangan yang disediakan oleh Jeneral A. E. Percival, Briged akan berundur menggunakan laluan jalan kereta api dengan kumpulan menyekat yang kuat, untuk membolehkan bekalan dan kelengkapan diselamatkan dari pangkalan Kuala Krai. Satu Kompeni dari Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu turun membuat pertahanan di Kuala Krai
Kroh

Batalion 3/16 Punjab diserang hebat oleh Tentera Jepun di Kroh. Markas Gerakan Tanah Melayu takutkan serangan Jepun ini satu gerakan geraham kacip dan akan mengakibatkan 11 Divisyen India terkepung.

Pulau Pinang
85 buah pesawat pengebom Jepun membuat serangan ke atas kawasan awam di Pulau Pinang, menyebabkan lebih 700 kematian dan lebih 1,300 lain cedera. Pesawat pejuang jenis Brewster Buffalo dari 2 buah skuadron Tentera Udara Diraja New Zealand bertempur kali pertama dengan pesawat jenis Mitsubishi Zero Jepun. Pesawat Mitsubishi Zero dengan mudah mengalahkan pesawat Brewster Buffalo.

Laut China Selatan
HMAS Vampire mengiringi kapal pemasang periuk api HMS Teviot Bank memasang periuk api di Laut China Selatan.

13 Disember 1941
bendera Azad Hind

Jitra
11 Divisyen tidak berdaya mengekalkan kedudukan dan berundur ke arah selatan. Askar India yang kurang terlatih lari meninggalkan kedudukan mereka dan membuang senjata mereka. Askar Jepun mara ke arah Alor Setar dan mengambil lebih 3,000 orang askar India dan British sebagai tawanan. Tentera Udara Jepun merumitkan keadaan dengan melakukan misi pengeboman dan menyerang askar British yang berundur. Askar-askar Jepun menggunakan basikal dan berpakaian seperti orang-orang tempatan untuk mengelirukan askar British.Mejar Mohan Singh, salah seorang daripada tawanan perang bersetuju menubuhkan Tentera Nasional India dengan pasukan khas terdiri daripada askar India, Burma dan Thai untuk menentang British. Slogan yang digunakan untuk membakar semangat adalah “Asia untuk Asia”

14 Disember 1941
Alor Setar
Tentera Jepun memasuki Alor Setar dari arah Utara dan menawan pangkalan udara Alor Setar tanpa apa-apa kerosakan kepada landasan dan kemudahan. Bom disusun dengan elok dalam himpunan-himpunan tersusun menunggu untuk dipasang kepada pesawat pengebom. Di ladang getah berdekatan, 1000 tong minyak kegunaan pesawat disimpan. Di mes pegawai, makanan masih panas menunggu untuk dihidangkan. Menjelang tengah hari, pihak Jepun memindahkan pesawat dari Songkhla dan Pattani ke Alor Setar. Menjelang petang, satu skuadron pesawat pengebom Jepun menggunakan minyak dan bom yang ditinggalkan oleh Tentera British meninggalkan pangkalan Alor Setar untuk menyerang askar-askar yang berundur.

Gurun
Pada jam 3 petang pihak Jepun menyerang kedudukan British di Gurun. Menjelang malam, 11 Divisyen berundur dan berlindung di seberang Sungai Muda. Usaha 11 Divisyen melengahkan kemaraan Tentera Jepun dengan meletupkan jambatan tidak kesampaian kerana Tomoyuki Yamashita mempunyai pasukan askar jurutera yang cukup cekap. Apabila jambatan merintangi Sungai Kedah diletupkan, pihak British menganggarkan kerja pembaikan akan mengambil masa 3 hari, tetapi pihak Jepun membaiki jambatan itu dalam tempoh 36 jam sahaja.
15 Disember 1941

Pihak British mengharapkan pesawat Brewster Buffalo dapat menandingi pesawat Mitsubishi Zero tetapi hampa apabila mendapati pesawat Buffalo serba kekurangan

Butterworth
Pihak British meninggalkan pangkalan udara Butterworth selepas satu minggu mengharungi pengeboman oleh pesawat Jepun. Sekumpulan pesawat pengebom junam (dive bomber) jepun menyerang sekumpulan pesawat Brewster Buffalo RAAF dan berjaya menembak jatuh sebuah daripada pesawat Buffalo itu.

Alor Setar
Tomuyuki Yamashita memindahkan ibu pejabatnya ke Alor Setar. Malam itu dia dan pegawai kanan meraikan kemenangan mereka di mes pegawai pangkalan udara Alor Setar

Pulau Pinang
Tentera Jepun mengebom Pulau Pinang. Pasukan darat merampas kapal dan boat yang berada di pelabuhan.

Medan Perang Utara
saki baki 11 Divisyen kini menghadapi masalah moral yang rendah dan kini bertaburan dalam kumpulan-kumpulan kecil di antara Bukit Mertajam dan Sungai Muda dan mengalami korban perang yang tinggi dan kehilangan senjata yang banyak.

16 Disember 1941
Pulau Pinang
Tentera British meninggalkan Pulau Pinang.
Medan Perang Utara
Apabila Tentera Jepun berjaya menggerakkan pasukan utama mereka dari Pattani menggunakan laluan Kroh, Lt. Jen. Sir Lewis Heath, Panglima III Kor India mengarahkan pengunduran segera ke kawasan pertahanan baru di Sungai Krian. 11 Divisyen pada mulanya berundur ke Sungai Krian, dan kemudiannya ke Kuala Kangsar sebelum membuat pertahanan di Sungai Perak.Barisan pertahanan III Kor kini bercelaru. Askar-askarnya kini keletihan kerana kurang tidur dan makan. Mereka gemuruh disebabkan oleh serangan udara yang berterusan. Mereka tiada jawapan kepada pergerakan pantas askar Jepun dan penggunaan taktik yang baik yang mementingkan pengepungan, penyusupan dan gerakan merusuk (outflank). Bilangan korban perang yang tinggi meruntuhkan moral tentera.

17 Disember 1941
Pulau Pinang
Tentera Jepun menawan Pulau Pinang tanpa menghadapi sebarang apa-apa tentangan.
Medan Perang Utara
Pengunduran Tentera British berterusan, dan kegagalan mereka memusnahkan pangkalan-pangkalan udara mereka sebelum berundur membawa padah kerana Tentera Jepun menggunakan pangkalan-pangkalan untuk melancarkan pesawat Mitsubishi Zero untuk membuat serangan ke atas mereka.Lt. Jen. A. E. Percival membuat keputusan untuk membuat pertahanan di Sungai Perak. Seorang pegawai British menulis “keadaan tidak boleh berlanjutan. Anggota sudah terlalu letih. Mereka hanya mendapat rehat semasa bertinggung di dalam lori yang berlebihan muatan semasa perpindahan di waktu malam. Apabila sampai mereka terus bekerja membina pertahanan. Pergerakan mereka menjadi lembab, dan perlu disergah untuk menjalankan arahan-arahan yang mudah. Mereka bergerak bagaikan robot dan menyorok apabila pesawat udara terbang 200 kaki dari aras bumi”.

Ipoh
Enam buah pesawat RAAF berundur ke Singapura. Dua buah pesawat dari 21 Skuadron musnah dalam satu serangan udara.

Alor Star
Pasukan perintis dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun termasuk Panglima Divisyen Lt. Jen. Takuma Nishimura dan Ketua Turus Mej. Jen. Imaye tiba dari Bangkok dengan kereta api. Permusuhan dan kecurigaan tercetus di antara Jeneral Yamashita dengan panglima Divisyen Pengawal Imperial Jepun tersebut. Yamashita mendapati Nishimura sombong dan suka menyendiri. Pergeseran ini akan berterusan dan menjadi duri Jen. Yamashita sepanjang kempen.

18 Disember 1941
Tentera British yang berundur daripada Pulau Pinang membuat pertahanan di Selama, selari dengan Sungai Krian. Lt. Jen. Percival terbang ke Ipoh untuk merundingkan strategi dengan Lt. Jen. Lewis Heath. Mereka menyusun semula pasukan-pasukan yang mengalami korban perang yang tinggi menjadi pasukan yang oleh berperang. 6 Briged dan 15 Briged digabungkan menjadi 6/15 briged. Dua batalion dari Rejimen ke-16 Punjab disatukan. Batalion dari Rejimen Leicestershire dan Rejimen East surrey digabungkan menjadi Batalion British

19 Disember 1941
Jalan Grik ke Kuala Kangsar
Pada waktu fajar, satu batalion Argyll and Sutherland Highlanders mara menuju Grik dengan tujuan menyekat kemaraan Jepun menggunakan Jalan Grik ke Kuala Kangsar. Mereka bertembung dengan askar Jepun 54 kilometer dari Kuala Kangsar dan pertempuran sengit berlaku. Menjelang malam, batalion itu terpaksa berundur 6 kilometer ke Lenggong.
Ipoh

Jen. Percival dan Jen. Lewis Heath membuat tinjauan bersama kawasan-kawasan pertahanan selatan daripada bandar Ipoh.

Di Markas Gerakan Tanah Melayu, Jen. Percival membuat perancangan baru, berdasarkan kepada janji yang diberikan oleh London bahawa pasukan bantuan yang dalam perjalanan ke medan perang di Timur tengah akan dialihkan ke Malaya. Strategi baru ini memerlukan kemaraan Tentera Jepun disekat di bahagian tengah Semenanjung Tanah Melayu dan menafikan Tentera Jepun penggunaan pangkalan udara di Kuala Lumpur, Paroi dan lain-lain tempat. Pertimbangan kritikal adalah kedudukan-kedudukan bertahan di antara Ipoh dan Kuala Lumpur. Jen. Percival memilih Kampar sebagai tempat pertahanan utama, dengan Tapah, Bidor dan Slim River sebagai tempat pertahanan lain.

20 Disember 1941
Singapura

Brooke-Popham meluluskan rancangan baru Jen. Percival.

Lenggong
Askar-askar Jepun menggunakan taktik baru untuk menyusup masuk ke dalam barisan pertahanan askar British. Mereka menggunakan rakit untuk menyusuri Sungai Perak dan menyerang pasukan British di Lenggong. Pasukan Argyll & Sutherland Highlanders menyebabkan kadar korban perang yang tinggi di kalangan penyerang, tetapi terpaksa berundur ke Kota Tampan.

21 Disember 1941
Bangkok
Kerajaan Thailand menandatangani pakatan pertahanan dengan Jepun berkuatkuasa serta merta. Di bawah pakatan ini, Thailand akan membantu Jepun menggunakan apa juga keupayaan politik, ekonomi ataupun ketenteraan mengikut keupayaan.

Lenggong
Askar Jepun menggunakan rakit untuk merentasi Tasik Chenderoh. Walaupun sebilangannya dikesan dan ditembak oleh askar-askar British, kebanyakannya berjaya menyusup barisan pertahanan British dan menyerang Kuala Kangsar.Jen. David Murray-Lyon merasa cemas dan mengarahkan askar-askar berundur lagi dari kedudukan mereka di Sungai Perak.

22 Disember 1941
Kuala Kangsar
Batalion 3/2 Punjab yang berundur dari Grik membuat serang hendap ke atas kumpulan askar Jepun dan menyebabkan bilangan korban yang tinggi. Ini merupakan pertempuran terakhir di kawasan pertahanan Sungai Perak.Pasukan dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun tiba dari Bangkok untuk menggantikan Detasmen Ando yang berjuang tanpa henti sejak pendaratan di Pattani pada 8 Disember 1941.

Askar-askar Gurkha juga berperang di Tanah Melayu menentang Tentera Jepun

23 Disember 1941
Kuala Kangsar
Pihak British berundur sepenuhnya menyeberangi Sungai Perak sebelum tengah hari. Berikutan pengunduran ini Tentera Jepun menyerang Kuala Kangsar. Kesemua pesawat Brewster Buffalo dari 453 Skuadron RAAF yang masih boleh diterbangkan berundur ke pangkalan Sembawang di Singapura.

24 Disember 1941
Ipoh
Di bahagian utara Ipoh, askar-askar India bertempur dengan pasukan Pengawal Imperial Jepun]] di kawasan Chemor untuk melengahkan kemaraan pasukan Jepun. Ini untuk membolehkan Briged 6/15 (gabungan 6 Briged dan 15 Bridged) membuat perkubuan dan pertahanan di kawasan yang telah dipilih oleh Lt. Jen. Percival dan Lt. Jen Heath. Pertempuran di Chemor menyebabkan bilangan korban yang ramai di kedua pihak berjaya memberikan masa untuk pihak British mengundurkan anggota dan kelengkapan dari Ipoh menggunakan kereta api dan jalan raya.

Singapura
HMAS Vampire membuat tugasan iringan untuk kapal yang membawa mereka yang terselamat semasa penenggelaman kapal HMS Prince of Wales dan HMS Repulse dari Singapura.

25 Disember 1941
London
Winston Churchill berjanji kepada John Curtin Perdana Menteri Australia yang Singapura tidak akan jatuh ke tangan Jepun.

Ipoh
Semua kelengkapan di Ipoh yang tidak dapat dibawa oleh Tentera British dimusnahkan untuk menafikan penggunaannya kepada Tentera Jepun. Bandar perlombongan bijih timah kini menunggu di tawan oleh Tentera Jepun.Dalam masa 18 hari sahaja, pihak Jepun telah menawan wilayah sebelah utara Sungai Perak dan wilayah Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu. Pulau Pinang dan pelabuhannya sudah ditawan. Dua buah kapal perang utama telah ditenggelamkan. Pasukan Tentera Udara British sudah hampir musnah dan kesemua pangkalan udara di sebelah utara dan di sebelah Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu sudah ditawan tentera Jepun. Tentera Udara Jepun kini menggunakan lapangan terbang itu sebagai pangkalan untuk melancarkan serangan ke atas kedudukan British.
21 Skuadron dan 453 Skuadron digabungkan untuk menjadikan 21/243 Skuadron.

Askar Jepun menunjukkan ketangkasan melalui hutan tebal di tanah melayu, sesuatu yang dikatakan oleh perancang Britsih sebagai sesuatu yang mustahil dilakukan

26 Disember 1941
Ipoh
Pertempuran Ipoh melihatkan askar-askar Ipoh cuba melengahkan kemaraan askar Jepun di sebelah utara bandar Ipoh.Dalam keadaan di mana pihak Tentera Jepun bertukar-tukar pasukan yang menerajui kemaraan ketumbukan Tentera Jepun, Lt. Jen Percival mendapati bahawa beliau tidak langsung mempunyai pasukan simpanan dan dengan itu tidak dapat merehatkan askar-askarnya. Percival juga risaukan dengan kadar korban perang yang terlalu tinggi dialami oleh askar-askar India yang bertempur di Ipoh untuk melengahkan kemaraan askar Jepun. Pecival mengarahkan kepada semua pemerintah di medan untuk mengurangkan bilangan korban perang.Apabila mengalami kemalangan dan korban yang terlalu tinggi, askar-askar India berundur ke kawasan di selatan bandar Ipoh. Divisyen Ke-5 Jepun memasuki dan menawan bandar Ipoh. Jen. Yamashita memerintahkan askar Jepun menyeberangi Sungai Kinta pada jam 8.00 malam.

Taiping
Yamashita memindahkan Markas Gerakannya ke Sekolah Tinggi Taiping.

Singapura
Brooke-Popham menghantar kawat ke London untuk meminta pasukan bantuan.Brig. Jen. Ivan Simson, Ketua Askar Jurutera dilantik menjadi Ketua Pertahanan Awam dan bukan untuk membuat pertahanan bagi pertahanan Singapura. Simson bertanyakan perkara pembinaan perkubuan kepada Lt. Jen Percival yang menafikan permintaan Simson, dengan alasan pembinaan kubu seperti yang dicadangkan adalah tidak baik untuk moral orang awam dan anggota tentera.

27 Disember 1941
Singapura
Panglima Tertinggi Timur Jauh Sir Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Lt Jen. Sir Henry Pownall.Maklumat risikan Markas Gerakan Tanah Melayu melaporkan satu kumpulan 34 buah kapal Jepun berada di Songkhla. Ini dinilaikan sebagai kebarangkalian Jepun membuat pengukuhan pasukan yang menakluk Tanah Melayu. Laporan lain menceritakan baj pendaratan kecil yang dipunggah di Songkhla telah dibawa dengan jalan darat ke pantai di selatan negeri Kedah. Ini menunjukkan kemungkinan Jepun menggunakan serangan melalui laut untuk menyusup di belakang garisan pertahanan British.

British memusnahkan apa yang tidak dapat dibawa mereka untuk menafikan penggunaan kepada pihak Jepun

Taiping
Dalam perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Ketumbukan Tentera Ke-25, Yamashita menggariskan pertukaran taktik baru dalam strategiknya menawan Tanah Melayu. Yamashita berhasrat menghantar 1,500 orang askar daripada Divisyen ke-5 Tentera Jepun dengan bot pendaratan menuruni Selat Melaka dan mendarat di belakang garisan pertahanan Tentera British dan menyerang daripada belakang.

Robert Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Lt Jen. Sir Henry Pownall.

28 Disember 1941
Kampar
Askar-askar dari Batalion British, bersama-sama askar India dari 6/15 Briged India dan 28 Briged India yang juga mempunyai askar-askar Gurkha selesai menyiapkan pertahanan di sekitar Kampar. Pasukan British diberikan bantuan artileri dari 155 Rejimen Artileri Medan Lanarkshire Yeomanry dan 88 Rejimen Artileri Medan.Pasukan Argyll & Sutherland Highlanders mengawal jalan masuk dari arah utara Kampar.Kampar dijadikan kedudukan pertahanan British yang terkuat sepanjang kempen penaklukan Jepun. Lt. Jen. Percival bertaruh kepada kebolehan pasukannya menyekat kemaraan Tentera Jepun di Kampar dan mengehadkan medan tempur di bahagian tengah Semenanjung Tanah Melayu. Pasukan British di Kampar berhadapan dengan askar-askar Pengawal Imperial dan dua rejimen dari Divisyen Ke-5 Jepun iaitu 41 Rejimen Infantri (Okabe) dan 42 Rejimen Infantri (Ando).

29 Disember 1941
Kampar
Rondaan di kawasan hadapan oleh kedua-dua pihak berakhiran dengan pertempuran-pertempuran kecil yang berterusan di merata tempat. Pada waktu malam, Tentera Jepun memulakan serangan. Bedilan tepat pasukan artileri British ke atas kedudukan Jepun dimulakan dan menyebabkan keresahan ke atas pemerintah-pemerintah Jepun mengenai jumlah korban mereka.

Sembawang
Serangan oleh pesawat Jepun menyebabkan kerosakan teruk ke atas pesawat-pesawat RAAF di pangkalan Sembawang.

30 Disember 1941
Kampar
Tentera Jepun membuat serangan merusuk (outflanking attack) untuk melepasi barisan pertahanan di timur bandar Kampar apabila mereka ditentang oleh 28 Grup Briged India dan menghalang percubaan mengepung oleh tentera Jepun. Bedilan artileri British tepat mengenai kedudukan askar-askar Jepun dan menyebabkan bilangan korban yang tinggi.

Kuantan
Askar-askar Jepun dari Detasmen Takumi (23 Briged Infantri) tiba dengan lori dari Kota Bharu dengan melalui jalan pantai yang kurang elok dan menyerang pertahanan hadapan di Kuantan yang dipertahankan oleh 22 Briged Infantri dari 9 Divisyen India. Mereka juga menyerang serentak pangkalan feri yang merentasi Sungai Kuantan dan di sekitar bandar Kuantan. Detasmen Takumi diarahkan menawan Kuantan.

Diorama Kubu Pemerintahan di Fort Canning

Johor
Lt. Jen. Percival yang dalam kerisauan meninggalkan markasnya di Fort Canning untuk ke Tanah Melayu untuk perjumpaan penting dengan pemerintah-pemerintah di medan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, Lt. Jen. Percival memberitahu Pemerintah Pasukan Australia Mej. Jen. Bennett mengenai perancangannya untuk berundur ke Singapura dan meletupkan Tambak Johor di antara Johor Bahru dan Singapura

Telok Anson
Untuk menentang kebarangkalian penyusupan oleh pasukan Jepun yang dibawa melalui jalan laut, 1 Kompeni Bebas dihantar ke Teluk Anson (sekarang ini Teluk Intan) untuk mengawal laluan dari situ ke Kampar.

31 Disember 1941
Selat Melaka
'Tentera Laut Diraja (Royal Navy) menghantar 5 buah bot peronda laju kelas Eureka ke arah utara dari Singapura melalui Selat Melaka. Kesemua bot peronda itu diserang oleh pesawat udara Jepun dan di tenggelamkan ataupun tersadai di atas pantai.

Kuantan
'Tentera Jepun melancarkan serangan ke atas pangkalan feri Kuantan tetapi ditentang hebat oleh askar-askar India dan British yang bertahan di sana. Tentera Jepun menghantar lain-lain unit Tentera di Kuantan untuk menguatkan pasukan penyerang. Sementara itu Tentera Jepun memasuki dan menguasai bandar Kuantan.

'Slim River
'Lt. Jen. Percival dan Lt. Jen. Heath pergi ke Markas 11 Divisyen di Tapah dengan kereta. Dalam perjalanan, Percival singgah di Slim River untuk berbincang dengan Kol. Ian Stewart, Panglima 12 Briged. Percival, Heath dan Kol. Stewart bersetuju bahawa persimpangan jalan kuala kubu baru mesti ditahan oleh Tentera British sekiranya Tentera Jepun hendak dihalang daripada menguasai pangkalan-pangkalan udara di wilayah tengah Semenanjung Tanah Melayu sebelum pasukan-pasukan bantuan yang dijanjikan sampai ke Singapura pada pertengahan bulan Januari.

'Kampar
Askar-askar Jepun yang dikecewakan oleh bedilan artileri yang amat tepat dari kedudukan pertahanan British cuba memecah kebuntuan dengan melancarkan serangan ke atas kedudukan askar-askar Gurkha di bahagian timur pertahanan Kampar. Tetapi askar Gurkha memberikan tentangan bermati-matian dan bertempur tanpa senjata menggunakan senjata kukri mereka dan dapat memaksa askar-askar Jepun mengundur diri. Serangan dilakukan sepanjang hari tetapi kedudukan Askar Gurkha dapat dipertahankan.

1 Januari 1942
Kampar
'Tentera Jepun menggunakan askar-askar yang cukup berehat untuk melancarkan serangan baru ke arah perimeter pertahanan yang dikawal oleh Batalion British pada jam 7.00 p.m. Pertempuran sengit meletus dan berterusan, kadangkala menjadi cukup celaru. Tentera Jepun mempunyai kelebihan serangan bantuan rapat daripada pesawat-pesawat udara. Mereka juga mempunyai bantuan kereta kebal untuk menguatkan serangan mereka. Sekali lagi, bentuk rupa bumi dan juga penggunaan bedilan artileri yang tepat membolehkan pasukan British mempertahankan kedudukan mereka. Askar Jepun diserang dengan tembakan artileri semasa mereka berada di tanah lapang dan menyebabkan banyak korban.Pasukan Argyll juga dapat mematahkan serangan demi serangan dari askar-askar Jepun. Menjelang malam, pertahanan Kampar masih dalam kawalan Tentera British.
2 Januari 1942

Meriam 2 Pounder digunakan untuk memusnahkan kereta kebal Jepun
Kampar
Hari keempat pertempuran melihatkan percubaan kegila-gilaan oleh Tentera Jepun untuk menawan kedudukan-kedudukan yang dipertahankan oleh Batalion British, tetapi percubaan ini sia-sia.Sebuah Kompeni askar Sikh batalion 1/18 Rejimen Punjab menangkis serangan hebat askar-askar Jepun dengan cara membuat serbuan bayonet dengan bantuan dari tembakan meriam mortar dan tembakan mesingan . Hanya 30 orang anggota Kompeni askar Sikh itu terselamat tetapi kedudukan itu dapat dipertahankan.Tetapi maklumat yang diterima oleh pemerintah pasukan British daripada Changkat Jong memberitahu bahawa Jepun sedang mengancam laluan utama pembekalan (Main Supply Route) dari arah selatan diancam oleh Tentera Jepun. Ini bermakna Tentera British perlu meninggalkan Kampar dan meninggalkan perkubuan-perkubuan yang telah menahan kemaraan Tentera Jepun selama 4 hari yang lepas. Menjelang tengah malam, pasukan British mula berundur ke kedudukan di belah selatan. Pasukan artileri British membuat bedilan hebat untuk menyembunyikan pengunduran askar-askar British.Bedilan meriam ini disalah sangka oleh panglima-panglima Jepun yang menyangkakan bedilan meriam itu adalah selingan dan persiapan untuk suatu serangan balas oleh Tentera British. Selepas beberapa hari bertempur secara berterusan, Panglima Tentera Jepun buat pertama kali mempertimbangkan sama ada perlu untuk mereka berundur ataupun tidak memandangkan bilangan korban yang tinggi dialami oleh unit-unit tempur mereka. Kelegaan terasa apabila mereka mendapati bedilan itu sebenarnya helah British untuk mengaburi mata pihak Jepun mengenai pengunduran oleh Tentera British mulai tengah malam.
'Singapura
Jen. Percival pulang ke Singapura dan disambut dengan berita bahawa Jepun telah membuat serangan dari arah laut di Kuala Selangor, 45 di selatan Sungai Bernam dengan menggunakan baj pendaratan (kebanyakan baj ini ditawan oleh pihak Jepun semasa menawan Pulau Pinang). Kuala Selangor hanyalah 60 batu jauhnya dari Kuala Lumpur, ibu negara Semenanjung Tanah Melayu dan Markas Gerakan III Kor India
Ipoh
Jen. Yamashita memindahkan markas medannya dari Taiping ke Ipoh
3 Januari 1942
Singapura
Kumpulan pertama askar-askar bantuan yang dijanjikan kepada Percival mulai tiba di Singapura, dikumpulkan di sekitar Grup 45 Briged Infantri India. Malangnya, briged ini sebenarnya baru sahaja ditubuhkan dan anggotanya terdiri daripada askar-askar yang baru masuk tentera dan masih belum tamat latihan ketenteraan sepenuhnya.Di Fort Canning, Percival dan perancang-perancangnya mula mencurigai keupayaan pihak British mempertahankan kedudukan di Kuala Kubu Baru khususnya dengan pengesahan bahawa satu pasukan Jepun telah mendarat di Sungai Bernam dari arah laut. Penggunaan jalan laut oleh pihak Jepun untuk melangkau barisan pertahanan Tentera British membawa dimensi baru kepada strategi keseluruhan pertahanan Tanah Melayu. Percival membuat keputusan untuk meninggalkan bandar Kuantan. Askar-askar di Kuantan diarahkan berundur ke Maran di cabang jalan ke Jerantut.
Maran
Pasukan Jepun melancarkan serangan hebat ke atas pasukan barisan belakang (rearguard) yang melindungi pengunduran. Tentera Jepun berjaya membuat serang hendap ke atas Batalion 2/12 Rejimen Frontier Force; hanya 40 orang sahaja terselamat dari pasukan tersebut. Pegawai pemerintah batalion tersebut Lt. Kol. A. B. Cumming dianugerahkan pingat Victoria Cross kerana keberanian yang ditunjukkan semasa pertempuran.
4 Januari 1942

Askar Jurutera British memasangkan bahan letupan untuk memusnahkan jambatan untuk melengahkan kemaraan Askar Jepun
Kampar
Askar-askar British berundur ke kedudukan pertahanan yang disediakan oleh 12 Briged di Slim River. Kedudukan di Slim River dikuatkan lagi dengan ketibaan unit-unit yang berundur dari Kampar, dan juga oleh unit-unit yang berundur dari pertempuran di Telok Anson dan Sungai Bernam.Askar Jurutera British memasangkan bahan letupan untuk memusnahkan jambatan yang menuju ke Slim River dan juga memasang medan ranjau periuk api di laluan yang digunakan sebagai ikhtiar untuk melengahkan kemaraan Detasmen Ando (42 Rejimen Infantri pimpinan Kolonel Tadao Ando) dan Detasmen Okabe (41 Rejimen Infantri pimpinan Kolonel Kanichi Okabe).
Selangor
Tentera Jepun mara ke arah timur menyusuri tebing sebelah utara Sungai Selangor, mereka bertembung dan bertempur dengan satu detasmen askar dari Briged 6/15 di sebuah jambatan penting di Batang Berjuntai.Lt. Jen. Percival meminta Tentera Laut Diraja (Royal Navy) untuk memintas baj dan bot pendarat Jepun dengan menggunakan kapal-kapal kecil. Tentera Laut Diraja menghantar sekumpulan Bot Torpedo (motor torpedo boat) untuk menyerang pasukan pendaratan Jepun tetapi sebaliknya kumpulan Bot Torpedo Tentera Laut Diraja diserang oleh pesawat udara Jepun dan kesemua bot torpedo itu ditenggelamkan.Oleh kerana Tentera Udara Diraja British sudah tiada sengat lagi (kadar kehilangan pesawat Brewster Buffalo terlalu tinggi dan tiada pesawat gantian dihantar ke Tanah Melayu), pesawat-pesawat Zero dan pesawat Oscar menguasai ruang udara, dan menjalankan misi pengeboman dan menyerang dengan tembakan ke atas kedudukan askar-askar British tanpa diberikan apa-apa tentangan melainkan dengan tembakan senjata ringan.Pegawai Pemerintah Batalion 5/2nd Punjab dari 12 Briged menulis : "Anggota batalion ini terlalu letih .. pegawai-pegawai tidak dapat tidur langsung. Batalion ini telah berundur sejauh 176 batu dalam masa tiga minggu dan hanya dapat berehat selama 3 hari sahaja. Dalam mas itu, batalion mengalami korban perang seramai 250 orang, kebanyakannya terbunuh. Semangat juang anggota-anggota batalion sudah rendah dan batalion ini sekadar 50% tahap efisien tempur.
5 Januari 1942
Segamat
Lt. Jen. Percival, Heath, Mej. Jen. Bennett dan pegawai-pegawai kanan Markas masing-masing mengadakan perjumpaan di rumah perburuan Sultan Johor di Segamat untuk membincangkan ulasan berkritis mengenai strategi medan perang mereka.Lt. Jen. Percival menjangkakan ketibaan askar-askar bantuan dan membuat satu perancangan strategi yang baru melibatkan pengunduran ke satu barisan pertahanan menggunakan satu garisan khayalan yang menghubungkan Mersing dengan Segamat dan ke Muar.
Selangor
Tentera Jepun terus melangkau kedudukan Tentera British menggunakan pergerakan dengan jalan laut. Tentera Jepun menyerang 4/19 Hyderabad dan menyebabkan 60 orang askar dari batalion itu terbunuh. Mereka menyerang lagi pada waktu malam, dan selepas waktu tengah malam, berjaya melepasi barisan pertahanan dengan bantuan bedilan meriam dari pasukan artileri Jepun.HMAS Vampire menjalankan tugasan mengiring konvoi kapal-kapal dagang melalui Terusan Sunda dan Terusan Banka.
6 Januari 1942

Archibald Wavell yang baru dilantik menjadi Panglima Tertinggi Pasukan Bersama ABDA
Singapura
Jen. Sir Archibald Wavell yang baru dilantik menjadi Panglima Tertinggi Pasukan Bersama ABDA. Wavell membuat persiapan untuk melawat Tanah Melayu untuk melihat sendiri keadaan medan perang di Semenanjung Tanah Melayu dan mencari sebab-sebab mengapa Tentera British tidak menang.
Slim River
Askar Jepun melompat turun daripada lori mereka di Batu 61 dan bertempur dengan Batalion 5/2 Rejimen Punjab. Pada mulanya, askar-askar Punjabi dapat menangkis serangan askar-askar Jepun itu, sehingga mereka menjumpai jalan-jalan pintas dan melangkau kedudukan Punjabi dan mara ke Batu 62.Kolonel Deakin dari Rejimen Punjab menulis, “Hingarnya tidak boleh diceritakan …kereta kebal berderet, enjin berderum, dengan krew mereka melaung kuat … mesingan memuntahkan peluru… di tengah-tengah tembakan mortar dan meriam. Platun askar kami di tepi jalan membaling grenad (bom tangan) dan rantai sebuah kereta kebal rosak terkena tembakan raifel anti-kereta kebal. Sebuah kereta kebal yang lain rosak terkena periuk api.Kompeni simpanan dan Kompeni Markas Batalion dapat menyekat kemaraan tentera Jepun selama satu jam. Pada jam 6.30 pagi, Tentera Jepun menyedari mereka boleh melangkau kedudukan askar British dan berbuat demikian. Mereka kemudiannya meluru untuk menyerang kedudukan yang dikawal oleh Rejimen Argyll and Sutherland HighlandersPasukan Argyll menentang kereta kebal T95 Jepun dengan menggunakan kereta perisai yang dilengkapi dengan raifel anti-kereta kebal Boys, tetapi tidak memberikan kesan. Tentera Jepun melais barisan pertahanan askar-askar dari Scotland itu dan memaksa mereka berundur.Tentera British mempunyai masalah besar mengekalkan saluran komunikasi mereka – hutan tebal mengganggu operasi peralatan radio dan talian telefon sering kali terputus.Tentera Jepun sampai pada jam 8.30 pagi ke Jambatan Slim River dan menghuruharakan kedudukan batalion 1/1 Gurkha. Rejimen Artileri Medan Ke-137 juga dapat dimusnahkan, dan hanya meriam 40 mm Bofors sahaja yang tinggal. Meriam ini tidak dapat menyekat kemaraan kereta kebal Jepun.Tentera Jepun meneruskan kemaraan mereka tetapi disekat oleh bedilan meriam 4.5 inci yang digunakan oleh Rejimen Artileri Medan Ke-155. Tetapi retak telah menjadi belah, dan dua buah briged British sudah kucar kacir, 12 Briged sudah hampir tidak wujud lagi dan 28 Briged mengalami kadar korban 66 peratus. Tentera British juga kehilangan banyak persenjataan dan kenderaan pengangkutan termasuk lori untuk membawa askar. Ini memaksa British berputus asa untuk mempertahankan bahagian tengah Semenanjung Tanah Melayu. 3,200 orang askar Tentera India British menyerah diri.
7 Januari 1942
Singapura
Mej. Jen. Gordon Bennett mengadu kepada Jeneral Wavell dan menyalahi pihak British kerana tidak memberikan latihan kepada Divisyen Ke-8 Australia. Bennett berikrar untuk menyekat kemaraan askar Jepun.Brigedier Jeneral Ivan Simson, Ketua Askar Jurutera di Singapura menunjukkan bahagian utara Pulau Singapura yang tidak mempunyai kubu-kubu pertahanan dan tiada perancangan membina kubu-kubu pertahanan. Wavell mengamuk dan bertanyakan Percival kenapa kubu pertahanan tidak dibina. Percival menyatakan pembinaan kubu hanya akan merendahkan moral askar dan orang awam. Wavell mengarah Percival membina kubu tetapi Percival tidak mengendahkannya. Pencapaian Wavell terhad kepada penyingkiran Stanley Jones, Setiausaha Kolonial yang amat dibenci.
Slim River
Dalam Pertempuran di Slim River, Tentera British mengalami kerugian besar dalam bilangan kelengkapan tentera. 23 laras meriam berat musnah ataupun ditinggalkan untuk ditawan oleh askar Jepun. 6 laras meriam anti-pesawat juga dimusnahkan ataupun ditawan oleh tentera Jepun, bersama-sama 50 buah kereta perisai dan 550 buah lori pengangkutan tentera. Turut ditawan juga adalah simpanan makanan yang banyak, bersama simpanan peluru dan perubatan. Tentera Jepun berseronok mendapat bekalan Tentera British, ramai di antara mereka merasa ‘corned beef’ buat pertama kali.
8 Januari 1942

Wavell kagum dengan Jen. Bennett yang memimpin Divisyen ke-8 Australia
Kuala Lumpur
Jeneral Wavell bersama-sama Jen. Heath memandu dari markas Divisyen ke-11 India di Batu Caves, Kuala Lumpur dan selepas itu berjumpa dengan askar-askar yang terselamat dalam Pertempuran di Slim River dan merasa amat terkejut dengan keadaan mereka. Wavell mendapati 500 orang askar yang merupakan saki baki dari dua briged Tentera British India yang sudah tidak boleh berperang lagi.Jen. Wavell mengarahkan Jen. Heath untuk menyediakan satu rancangan pengunduran sejauh 150 batu bermula daripada kedudukan Tentera British di Batu Caves, Kuala Lumpur ke kedudukan pertahanan yang disediakan di Johor.Wavell bertekad untuk membalikkan arahan yang dikeluarkan oleh Jen. Percival selepas perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanannya di Segamat 3 hari sebelumnya dan untuk menggunakan strategi pertahanannya sendiri.Wavell mempunyai keraguan sama ada Heath mampu menangkis secara berkesan serangan-serangan oleh Tentera Jepun. Wavell juga mula hilang keyakinan terhadap Jen. Percival.Sebaliknya Wavell sebaliknya amat kagum dengan Jen. Bennett yang memimpin Divisyen ke-8 Australia. Wavell mahu menggariskan strategi perangnya di sekitar keupayaan divisyen Australia itu mempertahankan Johor.
Ipoh
Jen. Yamashita mengadakan perjumpaan dengan panglima-panglima medan selepas kemenangan di Slim River untuk membincangkan strategi untuk pertempuran-pertempuran akhir untuk menawan Singapura. Sekali lagi idea Yamashita untuk menggunakan askar-askar yang dibawa untuk penyusupan dengan menggunakan baj melalui jalan laut.Panglima-panglima medan beliau kesemuanya mahu menggunakan jalan darat yang telah terbukti kejayaannya. Yamashita terpaksa menerima hakikat bahawa Divisyen ke-5 Tentera Jepun mengalami kesukaran bergerak disebabkan oleh kurang pengalaman menggunakan baj sebagai pengangkutan perang.Tetapi Yamashita yakin ancaman penyusupan oleh pasukan itu sudah cukup untuk mencelarukan Tentera British dan menyebabkan mereka terus berundur. Akhirnya Yamashita menukarkan pasukan Pengawal Imperial untuk menggantikan Divisyen ke-5 Tentera Jepun menggunakan baj untuk operasi penyusupan. Divisyen ke-5 Tentera Jepun diarahkan mara terus ke Kuala Lumpur sementara Detasmen Takumi (23 Briged Infantri) menghampiri Kuala Lumpur menggunakan jalan utama Kuala Lumpur-Kuantan.
9 Januari 1942
Kerana mengikut desakan oleh Wavell, Jen. Percival mengubah semula segala menyeluruh arahan-arahan yang diberikan untuk pengunduran pasukan Tentera British ke Johor. Rancangan baru melihat penubuhan pasukan ‘Westforce” di bawah pimpinan Jen. Bennett, Panglima tertinggi untuk askar-askar Australia di Tanah Melayu. Westforce terdiri daripada Divisyen Ke-8 Australia (tidak termasuk (22 Briged Australia) dan Divisyen ke-9 India. Jen. Bennett bercadang menyekat kemaraan Tentera Jepun dengan menggunakan serangan-serangan hendap.Jen. Bennett dan pasukan Westforce pimpinannya dipertanggungjawabkan untuk pertahanan negeri Johor meliputi garisan khayalan yang merentasi Mersing, Kluang dan Batu Pahat. Di kawasan Barat Laut negeri Johor, yang dilihat sebagai kawasan pertahanan paling penting, garisan pertahanan Jen. Bennett diterangkan dengan satu garisan meliputi Segamat di bahagian tengah barisan pertahanan hingga ke Gunung Ledang di sebelah barat.Strategi baru ini bermakna Tentera British akan meninggalkan sepenuhnya kedudukan-kedudukan pertahanan di Selangor termasuk pelabuhan penting Port Swettenham, Kuala Lumpur, Negri Sembilan dan Melaka. Ini bermakna bandar-bandar utama seperti Seremban, Tampin dan Melaka sendiri akan diserahkan kepada Tentera Jepun tanpa apa-apa tentangan. Pengunduran Tentera British dari kawasan- kawasan tersebut dijadualkan bermula pada 10 Januari 1942.
10 Januari 1942
Serendah
Hanya beberapa jam sebelum pengunduran yang telah dijadualkan, kedudukan askar-askar Gurkha di Serendah diserang oleh pasukan askar Jepun. Setelah memberikan tentangan hebat termasuklah pertempuran jarak dekat tanpa menggunakan senjata, kedudukan itu ditawan oleh askar Jepun dan askar-askar Gurkha itu mengalami jumlah korban yang tinggi. Menjelang petang, pasukan Gurkha itu menyertai pengunduran beramai-ramai ke arah Kuala Lumpur sebelum ke Johor.
Segamat
Jen. Percival mengadakan satu lagi perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanannya di Segamat. Setelah membincangkan strategi pertahanan yang diutarakan oleh Jen. Bennett, Jen. Percival, Jen. Heath dan Bennett melawat Jambatan Gemencheh, 16 kilometer dari Gemas, yang dipilih oleh Bennett sebagai lokasi serangan hendapnya ke atas pasukan Jepun.
11 Januari 1942

Askar-askar Jepun menyerbu Stesen kereta api Kuala Lumpur

Askar Jepun mempastikan Kuala Lumpur bebas dari ancaman Tentera British.
Kuala Lumpur
Askar-askar India British selesai membuat pengunduran melalui Kuala Lumpur pada awal pagi. Jambatan-jambatan diletupkan apabila pasukan terakhir melepasi jambatan tersebut. Jambatan terakhir diletupkan pada jam 4.30 pagi. Pada jam 8.30 pagi, askar Jepun dari Divisyen ke-5 Jepun memasuki Kuala Lumpur dan menawan pangkalan udara di Sungei Besi Kuala Lumpur dan di Batu. Pangkalan ini dengan cepat dipulihkan dan digunakan oleh kumpulan Udara Endo. Simpanan petrol telah dibakar oleh pihak Tentera British tetapi masih banyak bekalan lain yang dapat ditawan.
Muar
Tentera Jepun membuat serangan udara pertama ke atas kedudukan-kedudukan tentera di Muar. Keadaan takut menyebabkan orang ramai berpusu-pusu melarikan diri ke kawasan pedalaman. Feri Muar ditinggalkan oleh pekerja-pekerjanya, dan operasi feri dikendalikan oleh askar jurutera British.
Singapura
Duff Cooper, Menteri Untuk Hal Ehwal Timur Jauh pulang ke London di atas arahan Winston Churchill.
12 Januari 1942
Kuala Lumpur ke Negri Sembilan
Pengunduran besar-besaran oleh Tentera British menyebabkan kesesakan terus jalan raya utama arah selatan dan juga jalan kereta api. Kesesakan ini menghindar dan melewatkan pengunduran. Keadaan menjadi lebih kelam kabut, dan melewatkan pergerakan pasukan kelak akan menjejaskan kesediaan pasukan terlibat mengukuhkan kedudukan pertahanan yang baru. Masalah dirumitkan dengan keperluan untuk bergerak di waktu malam untuk mengurangkan kesan serangan udara oleh pasukan Jepun.
Singapura
112 buah pesawat tentera Jepun membuat serangan pengeboman ke atas Singapura.Gabenor Sir Shenton Thomas mengeluarkan arahan “Hari-hari kertas minit sudah lepas. Jangan ada lagi tolak menolak fail dari satu jabatan ke jabatan yang lain, dan dari seorang pegawai ke pegawai yang lain.” Akhbar tempatan memberikan komen bahawa arahan Gabenor Thomas sebenar terlambat selama dua setengah tahun.488 Skuadron dari Tentera Udara Diraja New Zealand yang menggunakan pesawat Brewster Buffalo bertembung buat pertama kali dengan tentera udara Jepun yang menggunakan pesawat Mitsubishi Zero dan berkesudahan dengan kemenangan kepada pihak Jepun.
13 Januari 1942
Singapura
Kapal dagang America Syarikat tiba di Singapura membawa pasukan bantuan terdiri daripada Grup Briged Ke-53 Infantri British, pasukan awalan Divisyen ke-18 Infantri British. Kapal-kapal itu juga membawa 2 rejimen pasukan meriam anti-kapal terbang bersama-sama dengan 50 buah pesawat pejuang jenis Hawker Hurricane (diangkut dalam kotak atau ‘’crated’’)Askar-askar Grup Briged Ke-53 Infantri British sudah belayar selama 11 minggu dan mendarat di Singapura tanpa kelengkapan pengangkutan dan kelengkapan artileri mereka tang masih belum sampai kerana dibawa dengan konvoi lain.Pesawat Hawker Hurricane dipasangkan semula di beberapa tempat di Singapura untuk mengurangkan risiko dimusnahkan serentak sekiranya diserang oleh pesawat Jepun. Tetapi malangnya, bilangan juruterbang yang masih boleh bertugas hanya tinggal 24 orang sahaja.
14 Januari 1942
Rencana utama: Pertempuran Jambatan Gemencheh

Frederick Gallagher Galleghan
Gemencheh
Pada jam 04.30 pagi, Mej. Jen. Bennett mengambil alih pemerintahan medan pertempuran di Tanah Melayu. Persiapan serangan hendap yang disediakan oleh Black Jack" Galleghan disediakan.Pada jam 4.00 petang, askar Jepun dari Detasmen Mukaide berbasikal menyeberangi Jambatan Gemencheh tanpa menyedari bahawa mereka sedang memasuki perangkap yang disediakan oleh Black Jack" Galleghan dan Batalion 2/30 Australia. Setelah lebih 500 orang askar Jepun menyeberang jambatan, jambatan itu diletupkan dan pasukan Australia itu melepaskan tembakan. Serang hendap itu mengambil masa hampir 20 minit.Kira-kira 700 orang askar Jepun terbunuh dan beberapa buah kereta kebal musnah dalam serang hendap di Jambatan Gemencheh. Ini adalah jumlah kekalahan paling besar dan mengakibatkan jumlah korban paling tinggi dialami oleh Tentera Jepun dalam satu pertempuran di sepanjang kempen penaklukan Tanah Melayu. Pasukan Australia mengalami korban 8 kematian dan 80 orang cedera. Apabila kejadian ini dibawa kepada pengetahuan Jen. Yamashita, dia dengan segera mengarahkan pasukan bantuan dihantar ke Gemas. Menjelang malam, pasukan Australia melalui hutan dan ladang getah sejauh 5 kilometer untuk pulang ke barisan pertahanan mereka. Serangan hendap di Jambatan Gemencheh hanya melewatkan kemaraan askar Jepun untuk beberapa jam.
15 Januari 1942
Muar
Pasukan Pengawal Imperial Jepun mara dari Melaka ke Muar dengan mudah mengalahkan pasukan 45 Briged yang bertahan di Muar. (45 Briged yang baru tiba di Tanah Melayu dan tidak terlatih dan belum menyesuaikan diri dengan iklim di Tanah Melayu). Tentera Jepun dengan pantas menguasai tebing sebelah utara Sungai Muar di pinggir bandar Muar.Anggota pasukan meriam Australia yang memberikan sokongan kepada 45 Briged menangkis percubaan Tentera Jepun untuk menyeberangi Sungai Muar dengan menembak dari jarak dekat baj-baj yang dipenuhi askar Jepun.Pada waktu malam, pasukan Jepun itu menyusup ke seberang Sungai Muar dan menyerang kedudukan yang dipertahankan oleh dua batalion Tentera India British dari 45 Briged dan berjaya menguasai bandar Muar. Laluan penting dari Muar ke Yong Peng kini terputus. Saki baki pasukan terdiri daripada 45 briged dan pasukan askar Australia berundur ke BakriPergerakan Jepun mengancam untuk memutuskan hubungan jalan raya utara-selatan dan mengasingkan Mej. Jen. Bennett dan markas Westforce d Segamat daripada pasukan-pasukan di barisan hadapan. Pergerakan ini juga membolehkan pasukan Jepun bergerak menuju Yong Peng dan boleh merusuki Westforce.
Melaka
Pengawal Imperial Jepun juga menggunakan baj untuk menyusup dan mendarat di Parit Jawa dan Batu Pahat
Gemas
Askar-askar Australia di Jambatan Gemencheh berundur ke kedudukan di sebelah timur bandar Gemas. Jen. Yamashita mengarahkan Divisyen ke-5 Jepun yang sudah mendapat masa untuk rehat dan rawat di Kuala Lumpur untuk meneruskan serangan di Gemas bagi menggantikan Detasmen Mukaide (9 Briged) yang mengalami jumlah korban yang tinggi.
16 Januari 1942
Segamat
Lt. Jen. Percival dan Mej. Jen. Bennett berjumpa waktu tengah hari di Markas belakang Westforce kira-kira 6.4 kilometer di sebelah timur Yong Peng. Kedua-dua panglima itu melihat kepada alternatif yang agak sugul – pengunduran segera dari barisan hadapan di Segamat ataupun menghantar pasukan bantuan untuk mengukuhkan dan seterusnya menstabilkan barisan hadapan di Muar.Pertempuran utama kini tertumpu di kawasan Labis – [{Segamat]], kira-kira 90 km di sebelah utara Yong Peng
17 Januari 1942
Muar
Lt. Jen. Percival mengarahkan Grup 53 Briged ke Johor sebagai pasukan bantuan untuk menguatkan Westforce. Batalion ke-6 Rejimen Norfolk (6 Norfolk) bergerak dan menubuhkan pertahanan di Bukit Pelanduk sementara sebuah platun daripada batalion itu ditempatkan untuk mengawal Jambatan Parit Sulong. Bukit pelanduk adalah satu kawasan tinggi menguasai simpang laluan jalan Batu Pahat dan Jalan Yong PengMuar. Markas 45 Briged kini berada di Bakri, 22 km dari Bukit Pelanduk.53 Briged baru sahaja 3 hari sebelumnya mendarat di Singapura dan belum dapat menyesuaikan diri dengan iklim Tanah Melayu dan tahap kecergasan yang belum mencukupi (unfit) kerana sudah 11 minggu berada di laut. 53 Briged pada asalnya ditugaskan untuk menyertai peperangan di Mesir dan Libya bersama-sama Tentera British di Gurun Barat
Gemas
Di Gemas, Batalion 2/30 Australia yang menghadapi serangan hebat dari 5 Divisyen Jepun melaporkan bahawa kedudukan mereka berkemungkinan besar akan jatuh ke tangan Jepun.
Medan Pertempuran Muar
Tanpa disedari penganalisis perisikan tentera pasukan-pasukan British dan Australia, pasukan Tentera Jepun mulai bergerak utara dari Batu Pahat menuju Bukit Pelanduk dan arah timur dari Muar untuk merangkap pasukan British dan pasukan Australia di situ. Setelah terperangkap, pasukan itu dengan mudah dapat dimusnahkan oleh Tentera Jepun.
18 Januari 1942

Askar Pengawal Imperial Jepun Semuanya Mempunyai Ketinggian Melebihi 6 kaki
Muar
Mej. Jen. Bennett menggerakkan Batalion 2/19 Australia dari Jemaluang di sebelah timur Johor ke kedudukan baru di Bakri untuk mengawal jalan raya Yong PengMuar. Batalion 2/19 Australia dikuatkan dengan hantaran Batalion 2/29 yang membuat pertahanan di antara Bakri dan Parit Sulong. Setengah jam selepas pasukan itu sampai, pasukan Jepun memulakan serangan mereka. Walaupun mengalami jumlah korban yang tinggi, pasukan Australia itu berjaya menyekat kemaraan askar-askar Jepun.Pasukan Jepun juga membuat serangan ke atas kedudukan yang dikuasai oleh 45 Briged India yang kini dibantu oleh pasukan meriam dari Divisyen ke-8 Australia. 45 Briged juga dikuatkan dengan kehadiran 2 batalion infantri Australia.Di ruang udara, pesawat Buffalo menembak jatuh dua buat pesawat udara Jepun tanpa mengalami apa-apa kerugian di pihak sendiri.Mej. Jen. Bennett masih berpegang kepada strategiknya untuk membuat serangan hendap ke atas pasukan Jepun. Serang hendap yang dilakukan hanya mencapai kejayaan kecil dan dapat dipatahkan oleh pihak Jepun yang menghantar pasukan kereta kebal dan menggunakan kelebihan kuasa tembakan mereka untuk mengatasi serang hendap yang dibuat ke atas pasukan mereka. Askar-askar Australia terpaksa berundur. Bennett sendiri menjauhkan diri daripada barisan hadapan dan mempastikan markasnya berada jauh di belakang.
Singapura
Laporan perisikan British menunjukkan kesan ancaman Jepun di kawasan pertempuran di Muar dan ke atas jalan utama menghubungkan Muar dan Johor Bharu. Laporan itu menunjukkan Divisyen Pengawal Imperial Jepun bergerak di Muar dan Divisyen ke-5 Jepun mendahului kemaraan di jalan raya utama menuju Johor Bharu. Percival dan Bennett kini menyedari betapa sia-sianya usaha mereka menghantarkan pasukan bantuan ke Muar dengan harapan untuk menstabilkan medan pertempuran di Muar. Melihatkan keadaan medan pertempuran yang tidak memanfaatkan pihak British, Lt. Jen. Percival dan Mej. Jen. Bennett membuat keputusan untuk mengundurkan Westforce ke Sungai Segamat sebagai langkah awal untuk satu gerakan pengunduran yang lebih besar.
19 Januari 1942
Bukit Pelanduk
Pasukan Tentera Jepun mara dari arah Batu Pahat dan mengusir 6 Norfolk dari perkubuan mereka di Bukit Pelanduk. Pengunduran oleh pasukan Rejimen Norfolk ini menyebabkan perhubungan darat dengan pasukan Australia dan India di Bakri kini terputus. Pasukan Tentera British diarahkan menawan semula kedudukan di Bukit Pelanduk tetapi pasukan British yang ditugaskan tidak dapat mencapai objektif yang ditetapkan.
Muar
Satu serangan udara Jepun mengenai Markas 45 Briged dan membunuh ataupun mencederakan kebanyakan daripada pegawai kanan briged itu. Melihatkan 45 briged kini tidak mempunyai pegawai kanan untuk memimpinnya, Lt. Kol. Charles Anderson, pegawai pemerintah Batalion 2/19 Australia mengambil alih tampuk pimpinan kesemua pasukan tentera Komanwel yang bertempur di medan Muar.

Jambatan Di Parit Sulong
Singapura
Perdana Menteri Britain, Sir Winston Churchill mengeluarkan 10 strategi untuk pertahanan Singapura, dan menyatakan bahawa “ Singapura hendaklah dijadikan sebuah kubu kota (citadel) dan hendaklah dipertahankan ke titisan darah terakhir. Menyerah diri tidak boleh diberikan pertimbangan. Wavell memberikan amaran kepada Churchill bahawa beliau sangsi sama ada Singapura boleh bertahan lama sekiranya Johor jatuh ke tangan Jepun.Churchill bertanyakan Wavell apa pertahanan yang disediakan untuk menghadapi kemaraan askar Jepun di Singapura. Wavell menyatakan tiada pertahanan disediakan di sebelah utara pulau yang dikatakan “kubu yang tidak dapat ditawan” itu. Churchill terkejut dan mengarahkan Wavell menyediakan perkubuan dan parit pertahanan. Pihak berkuasa British mengarahkan buruh tempatan untuk menyiapkan kubu dan parit pertahanan tetapi timbul perbalahan mengenai kadar bayaran lebih masa yang patut diberikan kepada buruh-buruh tempatan itu … ini melibatkan kerja tergendala selama 5 hari. [1]Churchill mengarahkan A. E. Percival untuk berjuang sehingga titisan darah terakhir dan untuk tidak menyerah kalah.
20 Januari 1942
Rencana utama: Pertempuran Muar

kereta Kebal Jepun terbakar terkena tembakan
Muar
Pada awal pagi, Lt. Kol. Charles Anderson bergerak keluar dari Bakri dengan tujuan membuat pertahanan baru di Parit Sulong sebelum gelap malam. Tetapi percubaannya dibantutkan oleh pasukan-pasukan Jepun yang menghalang pengundurannya di sepanjang jalan. Pertempuran sengit berlaku, seringkali melibatkan pertempuran jarak dekat tanpa menggunakan senjata. Apabila sampai ke Parit Sulong Lt. Kol. Charles Anderson kecewa bila mendapati jambatan Parit Sulong kini dikuasai oleh kedudukan mesingan Jepun yang dibuatkan perkubuan yang kukuh.
Segamat
Mej. Jen. Bennett memindahkan lagi markasnya ke Yong Peng dan mengarahkan pengunduran besar-besaran ke arah selatan.
Kuala Lumpur
Lt. Jen. Yamashita memanggil panglima-panglimanya bermesyuarat di markas barunya di Kuala Lumpur untuk membincangkan strategi perang.
Singapura
Wavell mengarahkan Percival menguasai Johor Selatan seberapa lama yang boleh. Ini untuk membolehkan Singapura diberikan masa untuk membina perkubuan dan parit pertahanan yang diperlukan untuk pertahanan pulau itu. Apabila Wavell sampai ke Singapura, beliau mendapati bahawa arahannya tempoh hari untuk membina perkubuan dan parit pertahanan tidak dilaksanakan. Wavell mengarahkan Percival mempercepatkan pembinaan perkubuan pertahanan.Churchill memberitahu Wavell “saya mahu terangkan dengan jelas bahawa saya mahukan setiap inci tanah Singapura dipertahankan, setiap cebis bahan pertahanan yang ditinggal dimusnahkan supaya tidak dapat digunakan oleh pihak Jepun, dan tiada pertimbangan menyerah kalah diberikan sehingga pertempuran berlangsungan di dalam kemusnahan Singapura.
21 Januari 1942
Rencana utama: Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong

Charles Groves Wright Anderson, V.C.
Parit Sulong
Lt. Kol. Charles Anderson dan askar-askarnya cuba mengusir pasukan Jepun yang menguasai Jambatan Parit Sulong tetapi diserang balas oleh rempuhan askar infantri dengan bantuan serangan oleh pesawat pengebom, kereta kebal dan bedilan meriam.Bennett mengeluarkan arahan kepada Batalion ke-2 Rejimen Loyal (2 Loyals) dari Tentera British untuk membantu membawa keluar askar-askar Australia di Parit Sulong kembali ke barisan pertahanan yang dikuasai tentera Australia, tetapi usaha itu tidak berhasil. Kegagalan ini menimbulkan kontroversi yang tidak pernah dijelaskan secara memuaskan, bagaimana serangan oleh pasukan British (2 Loyals) ditangguhkan pada jam 5.30 petang, kemudiannya ditangguhkan pada waktu Subuh hari berikutnya untuk ditangguh sekali lagi hingga jam 9.30 pagi sebelum dibatalkan sepenuhnya selepas itu.Kerana pasukan bantuan yang dijanjikan tidak tiba, Lt. Kol. Charles Anderson mengarahkan pasukannya berpecah menjadi pasukan-pasukan kecil dan menyusup keluar daripada kepungan askar Jepun untuk kembali ke kawasan yang dikuasai oleh askar-askar British dengan menggunakan jalan-jalan kampung dan jalan paya.Lt. Kol. Charles Anderson terpaksa membuat keputusan untuk meninggalkan di belakang kira-kira 200 orang askar yang tercedera yang diletakkan di bawah jagaan sekumpulan sukarelawan untuk ditahan dan seterusnya diberikan rawatan oleh Tentera Jepun. (mereka ini dikira sebagai hors de combat dan diberikan perlindungan khas oleh Konvensyen Geneva). Kumpulan askar yang cedera ini berbaring di sekeliling pokok sambil menghisap rokok, dan tidak menunjukkan rasa gentar. Apabila pasukan Jepun tiba, mereka dibunuh beramai-ramai oleh Tentera Jepun. Hanya seorang askar terselamat.
Ruang Udara Tanah Melayu
Pesawat pejuang Hawker Hurricane yang baru sampai di Tanah Melayu bertempur pertama kalinya dengan pesawat Mitsubishi Zero. Semasa menjalankan pintasan kumpulan pesawat pengebom, kumpulan pesawat Hurricane British berjaya menembak jatuh 8 buah pesawat pengebom. Kumpulan Hurricane ini kemudian diserang oleh pesawat Mitsubishi Zero. Pertempuran ini berkesudahan dengan 5 buah [Hawker HurricanHurricane]] ditembak jatuh. Pesawat Hurricane ternyata tidak setanding dengan pesawat Mitsubishi Zero kecuali pada ketinggian melebihi 20,000 kaki tetapi pesawat Mitsubishi Zero tidak terbang setinggi itu semasa operasi.
22 Januari 1942

Askar British Terkejut Dengan Ketangkasan Askar-Askar Jepun
Yong Peng
Mej. Jen. Bennett berbalah dengan panglima-panglima British dari 53 Briged mengenai kegagalan pasukan itu pergi membantu membawa keluar askar-askar Australia yang terperangkap di Parit Sulong.
23 Januari 1942
Parit Sulong
Pertempuran oleh askar Australia di Bakri dan Parit Sulong membolehkan Westforce dan pasukan barisan belakang (rearguard) 53 briged untuk menyeberangi jambatan Yong Peng pada tengah malam. Jambatan itu kemudiannya dimusnahkan. : Lt. Kol. Anderson membawa askar-askar batalion 2/19 Australia bersama-sama askar-askar yang masih terselamat dari 45 Briged keluar daripada kawasan terkepung di Parit Sulong. Anderson memecahkan askar-askar menjadi kumpulan-kumpulan kecil dan berjaya membawa keluar 500 orang askar Australia dan 400 orang askar India. Kerana keberanian dan kepimpinan yang ditunjukkan, Anderson diberikan kurnia pingat Victoria Cross.
Kuala Lumpur
Di markas Ketumbukan Tentera Ke-25, Yamashita menerima laporan mengenai Pembunuhan Beramai-Ramai di Parit Sulong melibatkan askar-askar Australia, British dan India yang telah mendapat cedera dan ditinggalkan oleh rakan-rakan mereka untuk membolehkan mereka dirawat oleh pasukan Jepun. Yamashita mengkritik hebat keangkuhan Jeneral Nishimura dan pasukan elit Divisyen Pengawal Imperial Jepun pimpinannya.Yamashita mendapat tahu bahawa Panglima Rejimen Ketiga Pengawal Imperial mendapat cedera parah semasa pertempuran di Muar. Yamashita sendiri pernah menjadi panglima rejimen itu. Tanpa membuat apa-apa rujukan kepada Nishimura, Yamashita melantik seorang pegawai yang kebetulan adalah rakan karibnya sebagai Panglima Rejimen Ketiga Pengawal Imperial. Ini menimbulkan kemarahan Nishimura, kerana merasakan perlantikan seperti itu adalah di atas budi bicaranya sebagai Panglima Divisyen Pengawal Imperial Jepun.
Simpang Renggam
Bennett memindahkan markasnya sekali lagi, kali ini Renggam. Di sana Bennett mengadakan perjumpaan dengan Percival dan bersetuju untuk mengadakan garisan pertahanan baru yang diterangkan dengan garisan khayalan yang merentasi Jemaluang—Kluang—Ayer Hitam—Batu Pahat. Bennett juga berjanji untuk tidak membenarkan mana-mana unit untuk berundur tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran Percival secara peribadi. Percival pula berjanji akan menempatkan Divisyen Ke-18 British di selatan Johor untuk menguatkan pertahanan di sana sebaik sahaja divisyen itu sampai ke Singapura.
24 Januari 1942
Singapura
Batalion Mesingan 2/4 Tentera Australia bersama-sama 2,000 orang askar tambahan tiba di Singapura.
Johor Selatan
Barisan hadapan British di Johor mencerut terlampau menyepit sehinggakan pasukan-pasukan yang bertahan tidak mempunyai ruang langsung untuk bergerak. Penerobosan di mana-mana bahagian barisan hadapan yang diisytiharkan oleh Bennett akan memerlukan pengunduran semua pasukan ke Singapura. Tetapi Bennett sendiri mengundurkan markasnya sekali lagi ke satu kedudukan hanya 35 km dari Johor Bahru.

Askar Jepun Dapat Menyesuaikan Diri Dengan Keadaan Bentuk Bumi Dan Iklim Di Tanah Melayu Berbanding Askar-Askar British
25 Januari 1942
Batu 22 Jalan Johor Bahru
Di Batu 22 Jalan Johor Bahru, Percival, Heath dan Bennett mengadakan perjumpaan di sebuah ladang getah yang menjadi markas baru Bennett. Mej, Jen. Billie Key, Panglima 53 Briged memberikan laporan bagaimana askar-askarnya berusaha memberikan bantuan kepada askar-askar yang mempertahankan Batu Pahat yang kini sedang diserang hebat oleh Pengawal Imperial Jepun.Selepas perbincangan, kesemua yang hadir bersetuju bahawa pasukan yang membuat pertahanan di Batu Pahat perlu berundur sejauh 20 km lagi ke Senggarang. Panglima-panglima yang hadir juga menyedari bahawa pengunduran ke Singapura sudah termaktub dan perlu disegerakan.Perancangan akhir pengunduran disiapkan dan arahan dikeluarkan kepada semua panglima Westforce di medan tempur untuk berundur dari Kluang dan Ayer Hitam dan diselaraskan dengan pengunduran oleh 22 Briged dari kawasan pantai timur Johor.
26 Januari 1942
Singapura
Lt. Jen. Percival memberikan kepercayaan kepada Lt. Jen. Heath untuk dipertanggungjawabkan tugas menyelia pengunduran pasukan tentera British ke Singapura.Tetapi Lt. Jen. Percival mahukan pengunduran diselesaikan pada 31 Januari 1942 supaya pembinaan perkubuan dan parit pertahanan dapat dijalankan di Singapura. Lt. Jen. Percival mengarahkan Heath untuk menggunakan 4 laluan ke Johor Bahru iaitu jalan raya daripada pantai timur, jalan raya dari pantai barat, jalan raya utama (kini Laluan 1 Persekutuan dan jalan kereta api.Percival menghantar kawat kepada Wavell memberitahu “anggapkan keadaan kami kini getir .. dengan kekuatan kami yang kian kurang, sukar bagi kami untuk menahan tekanan dari pasukan darat Jepun yang digabungkan dengan serangan udara yang berterusan tanpa tentangan. Kami memberikan tentangan di setiap langkah tetapi pasti perlu berundur ke Singapura dalam masa satu minggu”
Johor Bahru
22 Briged Australia berjaya mengakibatkan korban perang yang tinggi ke atas Rejimen Ke-40 Infantri Jepun.Arahan dikeluarkan untuk pengunduran ke unit-unit Westforce ke Johor Bahru. Batalion ke-2 Rejimen Gordon Highlanders (2 Gordon) dilepaskan daripada tugas-tugas garison di Singapura untuk menjalankan tugasan pasukan belakang (rearguard) untuk melengahkan kemaraan pasukan Jepun. 2 Gordon menggantikan 2 Loyals di jalan raya utama menuju ke Johor Bahru.
Endau
Di pantai timur Johor, satu kumpulan kapal tentera laut Imperial Jepun terdiri dari dua buah kapal pengangkut tentera dengan diiringi oleh dua buah kruiser dan 6 buah kapal pembinasa mendaratkan askar-askar dari Divisyen Ke-18 Jepun di muara Sungai Endau. Pendaratan ini membolehkan Yamashita menubuhkan satu lagi medan tempur untuk menambahkan tekanan kepada pihak Tentera British.
27 Januari 1942

Pihak Jepun Menggunakan kereta kebal mereka dengan cara paling berkesan. Tentera British tidak langsung mempunyai kereta kebal
Singapura
Lt. Jen. Percival membuat keputusan untuk mengundurkan tentera British ke Singapura supaya dapat diaturkan semula di Singapura untuk bertahan menghadapi serangan Jepun. Wavell diberitahu bahawa pihak British hanya mempunyai 9 buah pesawat pejuang sahaja, yang lainnya sudah musnah. Keputusan ini diberikan kebenaran oleh Wavell tetapi dengan arahan Singapura perlu dipertahankan.
Johor Selatan
Divisyen ke-9 India (9 Divisyen India) yang cuba berundur menggunakan jalan kereta merasa hampa apabila jambatan kereta api di Layang-Layang diletupkan oleh 8 Briged India (walaupun tidak menerima kebenaran dari panglima medan) sebelum berundur ke Sedenak. 9 Divisyen India terpaksa menggunakan laluan lain ke Johor Bahru. Ini menyebabkan kesesakan pertambahan kepada 3 laluan yang lain (laluan juga dikerumuni oleh orang pelarian yang menyukarkan pergerakan unit-unit tentera).Disebabkan oleh kemusnahan jambatan kereta api di Layang-layang, 22 Briged India terputus hubungan di sebelah utara bandar itu. Perbuatan memusnahkan jambatan itu menyebabkan ada ruang di antara kedudukan 2 buah Briged yang sedang berundur itu. Ruang ini dieksploitasi oleh 5 Divisyen Jepun dan menyusupkan askar-askar masuk ke belakang barisan pertahanan British. Panglima 9 Divisyen India, Mej. Jen. A. E. Barstow, terbunuh semasa berulang alik di antara kedua-dua briged di bawah pemerintahannya yang terpisah dan terasing.27 Briged Australia yang berundur menggunakan jalan utama ke selatan yang selari dan di sebelah kiri jalan kereta api tidak menyedari kerumitan dan pengasingan 22 Briged India. Apabila mendapat arahan, 27 Briged Australia yang sebelumnya mengalami bilangan korban yang tinggi semasa menjalankan tugasan pertahanan barisan belakang, mempercepatkan pengunduran mereka. Mereka melarikan diri memasuki hutan untuk menyusup keluar daripada medan pertempuran. (Kurang daripada 100 orang pegawai dan lain-lain pangkat berjaya ke Singapura)
Kluang
Yamashita memindahkan markasnya ke Kluang untuk memudahkannya memerintah fasa penghabisan penaklukan Semenanjung Tanah Melayu. Dia mengadakan mesyuarat pegawai-pegawai turusnya dan menggariskan rancangan penaklukan Singapura dengan kemaraan Divisyen Pengawal Imperial dari sebelah barat untuk memintas laluan pengunduran melalui Tambak Johor
28 Januari 1942
Johor Bahru
Heath memberikan Bennett jadual pengunduran hingga ke perincian jam demi jam (hour by hour) untuk pasukan-pasukan Tentera British menyeberangi Tambak Johor. Heath merancangkan penubuhan dua buah kubu jambat (bridgehead) - kubu jambat dalam dan kubu jambat luar – dengan menggunakan hujung sebelah Johor Tambak Johor sebagai tumpuan pertahanan kubu jambat. Kubu jambat luar akan dipertahankan oleh anggota-anggota 22 Briged Australia dan 2 Gordon. Pertahanan kubu jambat dalam diletakkan di bawah tanggungjawab Batalion Kedua Rejimen Argyll and Sutherland Highlanders (2 Argyll).
Singapura
Pesawat ringan daripada Kelab penerbangan Singapura digunakan dalam usaha untuk mencari 22 Briged India yang terasing. Usaha ini gagal menjumpai unit berkenaan. Dalam masa itu, pertempuran oleh pasukan belakang untuk melengahkan kemaraan askar Jepun berterusan untuk membolehkan unit-unit tentera berundur ke Singapura.Percival memanggil panglima-panglimanya untuk perbincangan dan mendapati bahawa Markas Gerakan Tanah Melayu kini langsung tidak mempunyai pasukan simpanan (reserves).
Istana Bukit Serene
Bennett menghadiri makan tengah hari bersama-sama Sultan Johor Sir Ibrahim di Istana Bukit Serene. Sultan Sir Ibrahim kecewa kerana pihak British meninggalkan Tanah Melayu untuk ditawan Jepun. Baginda menyatakan ketua-ketua jabatan dalam Kerajaan Negeri Johor telah meninggalkan Johor tanpa terlebih dahulu mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Baginda terperanjat mendapati doktor-doktor British yang bertugas di Hospital Johor telah melarikan diri meninggalkan tanggungjawab mereka.
29 Januari 1942
Johor Bharu
Pertempuran sengit di antara 27 briged Australia dan 21 briged Infantry Jepun (Briged Sugiura) berterusan sepanjang hari di sepanjang jalan utama ke Johor Bahru. Tetapi, di tiga laluan yang lain, tindakan melengahkan kemaraan askar Jepun oleh pasukan-pasukan belakang memberikan kesan baik dan membolehkan banyak pasukan menyelesaikan pengunduran. Di Johor Bahru, Bennett memindahkan lagi markasnya ke sebuah banglo di Bukit Straits View.
Singapura
Divisyen ke-18 Infantri British (18 Divisyen British) tiba di pelabuhan Singapura lewat malam. Percival bergantung harap kepada 18 Divisyen untuk mengubah keadaan perang di Tanah Melayu. Tetapi ketibaan mereka agak terlambat kerana keputusan sudah dibuat untuk meninggalkan tanah Melayu dan menumpukan kekuatan di Singapura.
30 Januari 1942
Singapura
Di Singapura, persiapan pertahanan dibuat secara bergegas. Surat-surat khabar dikenakan tapisan, panggung wayang dijadikan stor simpanan makanan. Dewan tarian ditutup dan pencuri seta penjarah (looters) dikenakan hukum tembak serta merta.Menjelang malam, askar-askar British berundur menyeberangi Tambak Johor ke Singapura. Percival membuat rancangan dengan Tentera Laut Diraja untuk cuba menyelamatkan anggota-anggota 22 Briged yang masih terselamat dengan membawa mereka menyeberangi Selat Johor menggunakan bot-bot kecil. Di Singapura, kapal “Duchess of Bedford” tiba membawa askar-askar India.
31 Januari 1942
Tambak Johor
Markas pasukan III Kor India pimpinan Lt. Jen. Heath yang [pada asalnya diberikan tanggungjawab untuk pertahanan wilayah utara Semenanjung Tanah Melayu meninggalkan Johor untuk ke Singapura. Pada Jam 5 pagi, Mej. Jen. Bennett melihat unit terakhir daripada pasukan Westforce menyeberangi Tambak Johor untuk ke [[Singapura]]Pada jam 7 pagi, pasukan 22 Briged Australia bersama-sama 2 Bn Gordon yang mengawal pertahanan luar kubu jambat di Johor Bahru menyeberangi Tambak Johor masuk ke Singapura. Mereka diiringi oleh dua orang pemain bagpipe dari 2 Bn Argyll. Tidak lama kemudian, pasukan 2 Bn Argyll sendiri berundur ke Singapura dan meninggalkan kawasan pertahanan luar kubu jambat di Johor Bahru. Pegawai terakhir menyeberangi Tambak Johor adalah Lt. Kol Ian Stewart, pegawai pemerintah 2 Bn Argyll.Pada jam 8.15 pagi, askar jurutera India meletupkan Tambak Johor dan menyebabkan lubang sepanjang 70 kaki di Tambak Johor. Tindakan ini memutuskan hubungan fizikal di antara Singapura dengan Semenanjung Tanah Melayu.Kini tentera Jepun boleh melihat Singapura dari Johor Bahru di seberang Selat Johor. Yamashita meraikan panglima-panglimanya dengan sake. Yamashita memberitahu mereka beliau memerlukan 4 hari untuk membuat tinjauan kedudukan pertahanan British di Singapura. Yamashita juga menyatakan firasatnya bahawa Perdana Menteri Hideko Tojo akan menyingkirnya (membunuhnya).
Singapura
Percival kini mengambil alih pemerintah semua unit Tentera British di Singapura. Percival kini mempunyai 85,000 orang askar terdiri daripada 13 batalion askar British, 17 batalion askar India, 6 batalion askar Australia dan dua batalion dari Rejimen Askar Melayu sedangkan kekuatan askar Jepun dianggarkan seramai 40,000 orang.Masalahnya, Divisyen Ke- 18 Infantri British baru sampai dan tidak terlatih untuk peperangan di kawasan tropika. Divisyen ini juga tidak mempunyai kelengkapan mencukupi kerana kapal yang membawa senjata berat mereka ditenggelamkan dalam perjalanan ke Singapura.

1 Februari 1942
Rencana utama: Pertempuran Singapura
Singapura
Lt. Jen. Percival pergi ke studio Radio Singapura di Bukit Caldecott dan memberitahu pendengar bahawa penguasaan Jepun setakat itu didominasi dengan penguasaan udara yang muktamad dan juga kebebasan pergerakan di laut. Lt. Jen. Percival menyatakan Singapura perlu bertahan di kubu kota sehingga bantuan yang pasti sampai.Percival memindahkan markasnya daripada Fort Canning ke kem tentera di Jalan Sime kerana tempat itu lebih hampir dengan medan pertempuran. Di situ, Lt. Jen. Percival mendakan perjumpaan dengan Bennett yang dilantik menjadi Panglima Sektor Barat Singapura dan Mej. Jen. Simmons yang menjadi Panglima Sektor Selatan Singapura. Turut hadir adalah Mej. Jen. Billy Key selaku panglima 11 Divisyen dan Mej. Jen. Smith selaku Panglima Divisyen ke-18 Infantri British.Mesyuarat membincangkan kelemahan pertahanan Singapura khususnya di bahagian utara Singapura dan juga perancangan Percival untuk pertahanan Singapura. Bennett dan Simmons hanya diberitahu perancangan pertahanan itu oleh Percival hanya 4 hari sebelumnya, walaupun mereka berdua adalah Panglima Sektor di Singapura.Bennett terkejut diberitahu bahawa Pangkalan Tentera Laut Singapura kini hampir ditinggalkan keseluruhannya. Kerja-kerja memusnahkan sedang dijalankan. Bennett menerima berita ini sebagai tanda pihak British sudah menerima kekalahan.Askar Australia, India dan British bergerak ke tempat pertahanan yang ditetapkan dan terkejut melihatkan ketiadaan perkubuan pertahanan disediakan. Walaupun kesuntukan masa dan bahan binaan, mereka cuba membina pertahanan setakat yang terdaya.
Kluang
Yamashita memindahkan markasnya ke sebuah banglo estet yang ditinggalkan di Kluang di mana beliau mengadakan perjumpaan penuh emosi dengan pegawai-pegawai kanannya. Mereka yang hadir merasakan seperti ada kehadiran roh 1,793 askar Jepun yang maut sepanjang kempen penaklukan Tanah Melayu. Yamashita menggariskan rancangan penaklukan Pulau Singapura.
Serangan permulaan akan dibuat di bahagian Barat Laut Singapura dan akan ditugaskan kepada Divisyen Ke-5 Infantri Jepun dan Divisyen Ke-8 Infantri Jepun.
Divisyen Pengawal Imperial Jepun akan membuat serangan di sebelah timur Singapura untuk mengalihkan perhatian Markas Gerakan Tanah Melayu supaya menjangkakan serangan penaklukan dibuat di arah Changi.
Pasukan artileri Jepun akan membuat bedilan sengit di sepanjang sektor utara Singapura sebagai satu lagi helah untuk mengelirukan Percival mengenai kawasan sebenar yang dipilih sebagai kawasan pendaratan. Sejurus sebelum pelancaran pasukan serangan menyeberangi Selat Johor, bedilan meriam di sebelah barat Tambak Johor akan dibuat untuk melemahkan kedudukan tentera British di kawasan-kawasan pendaratan askar Jepun.
Objektif pertama pasukan penyerang adakan untuk menawan Pangkalan Udara Tengah dan kemudiannya untuk mara ke arah Kampung Bukit Panjang. Dalam fasa kedua penaklukan, Divisyen Pengawal Imperial Jepun akan menawan kampung Mandai dan kemudian membelok ke kiri menuju ke Nee Soon dan mengasingkan mana-mana unit Tentera British di sekitar Pangkalan Sembawang.
Tentera Jepun kemudiannya akan menawan kawasan tanah tinggi di Bukit Timah dan seterusnya menawan empangan-empangan Selatar, Pierce dan MacRitchie. Yamashita tahu Singapura tidak akan dapat bertahan lama dan akan menyerah kalah sekiranya bekalan air terputus.
Sekiranya Tentera British masih enggan menyerah kalah, tentera Jepun kemudiannya akan menyerah kawasan pusat bandar Singapura.
Nishimura, Panglima Divisyen Pengawal Imperial Jepun naik berang kerana menyangka Yamashita sengaja menghina dirinya dan divisyen elitnya dengan memberikan tugasan tidak penting. Selepas mesyuarat, Yamashita menghidang sake untuk pegawai-pegawai kanannya, tetapi Nishimura dan pegawai-pegawai dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun tidak turut serta.
2 Februari 1942

meriam 6 inci yang sepatutnya mempertahankan Singapura dipasangkan untuk pertahanan serangan dari arah laut dan tdiak boleh dipusingkan untuk membantu pertahanan serangan dari arah utara
Singapura
Rancangan pertahanan Percival bergantung kepada kebolehan pasukan bertahan melumpuhkan pendaratan askar Jepun di pantai dan menyekat kebolehan askar Jepun menubuhkan kubu jambat di Singapura. Percival tahu dia tidak mempunyai kekuatan tentera dan ketiadaan pertahanan mendalam untuk melancarkan serangan balas sekiranya tentera Jepun dapat bertapak di Singapura.Panglima Tentera Australia Bennett membuat pemeriksaan kedudukan pertahanan askar Australia di bahagian Barat Laut. Walaupun sudah dua hari mengarahkan pembinaan pertahanan dan perkubuan, Bennett mendapati pembinaan perkubuan pertahanan tidak seperti yang diharapkan. Bennett mendapati barisan pertahanan terlalu panjang sedangkan bilangan askar tidak mencukupi. Hutan bakau dan paya yang banyak di bahagian Barat Laut Singapura tidak membolehkan pembinaan kubu pertahanan dan mengurangkan medan tembakan (fields of fire). Kedudukan askar terletak terlampau jauh di antara satu sama lain dan memudahkan penyusupan askar musuh. Batalion 2/20 berjumlah 750 orang anggota bertanggungjawab mempertahankan barisan sepanjang 7.2 km dari Sungai Kranji ke Sungai Sarimbun.
Pesawat pengebom Jepun membuat lapan serangan pengeboman ke atas tangki simpanan minyak Tentera Laut Diraja yang menyebabkan kebakaran besar. Lain-lain pesawat pengebom Jepun menyerang Stesen kereta api Tanjong Pagar yang juga memusnahkan kawasan dermaga dan kepentingan awam di sekitarnya.
3 Februari 1942

gambar semasa menunjukkan tempat pendaratan Jepun di Sarimbun
Singapura
Bennett mengadakan perjumpaan dengan pemerintah-pemerintah Australia di markasnya di Hillview berhampiran Balai Polis Bukit Timah untuk meneliti persiapan pertahanan. Kesemua pemerintah yang hadir mengakui tidak mempunyai keanggotaan mencukupi untuk mempertahankan sektor yang ditugaskan kepada mereka.Gabenor Sir Shenton Thomas dan Lt. Jen. Percival meninjau kerosakan berikutan serangan udara Jepun. Mereka dimaklumkan kesukaran pihak berkuasa pelabuhan mengadakan tenaga buruh untuk memunggah dan memuatkan kapal di pelabuhan kerana ramai buruh telah lari menyelamatkan diri.
Johor Bahru
Sebagai persiapan melancarkan serangan, pihak tentera Jepun menyuruh orang-orang awam dalam kawasan kurang dari 12 batu daripada pantai untuk meninggalkan tempat tersebut sebagai langkah keselamatan. Pasukan artileri Jepun membuat kedudukan meriam berganda untuk menempatkan meriam mereka. Unit pengangkutan Jepun menyediakan 3,000 buah kenderaan untuk kegunaan pasukan penyerang sementara bot pendarat disiapkan dan dipastikan dalam keadaan baik.Pasukan perisikan Jepun menghantar dua pasukan perisikan ke Singapura untuk membuat tinjauan kedudukan dan kekuatan askar yang bertahan di sana. Kumpulan ini mengintip selama 3 hari dan membuat peta-peta dengan maklumat yang amat tepat sebelum kembali ke kawasan kawalan Jepun untuk membuat laporan.
Kluang
Di markas Yamashita's pegawai turus melihat ancaman bahaya daripada tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut Di Singapura. Mereka menganggarkan simpanan minyak di situ boleh membekalkan minyak kepada keseluruhan Tentera Laut Diraja untuk operasi selama 6 bulan. Laporan risikan dimajukan kepada Yamashita membayangkan kemungkinan minyak itu dilimpahkan ke dalam Selat Johor dan dijadikan satu lautan api semasa askar Jepun menyerang. Yamashita mengarahkan pasukan artilerinya memusnahkan tangki-tangki minyak itu.

peta laluan penaklukan Jepun
4 Februari 1942
Singapura
Pasukan artileri Jepun mensasarkan pangkalan udara di bahagian utara Singapura di Pangkalan udara Tengah Tengah, Seletar dan Sembawang. Pasukan artileri juga mensasarkan tangki simpanan minyak Tentera Laut Diraja menyebabkan kebakaran besar yang tidak dapat dipadamkan.
Johor Bahru
Pos pemerhati Jepun ditempatkan di bangunan-bangunan tinggi di Johor Bahru membolehkan mereka melihat persiapan yang diambil oleh Tentera British. Salah satu tempat memerhati ditempatkan di menara di Istana Bukit Serene. Belon udara panas juga digunakan untuk tugas-tugas tinjauan. Maklumat ini membolehkan pasukan udara Jepun membuat serangan-serangan yang tepat ke atas kedudukan British. Askar-askar Australia khasnya hanya dapat bergerak di waktu malam untuk membuat persiapan perkubuan mereka.
Markas Gerakan Tanah Melayu
Percival, Heath, Simmons dan Bennett mengadakan perjumpaan tengah hari, bila mana Gabenor Sir Shenton Thomas dikecam hebat, terutamanya daripada Bennett. Bennett menyatakan kumpulan penduduk majmuk terdiri daripada orang-orang Melayu, Cina, India, Serani dan Eropah membawa bersamanya masalah-masalah yang unik kepada Singapura dan memerlukan perhatian yang istimewa. Bennett mencadangkan perlantikan penasihat tentera kepada Gabenor, tetapi cadangan ini tidak diambil tindakan.
5 Februari 1942
Johor Bahru
Meriam-meriam Jepun dari Johor Bahru membedil kedudukan askar Australia di bahagian utara Singapura
Singapura
Di Sembawang, Tentera Udara Diraja Australia tidak lagi dapat beroperasi kerana bedilan hebat artileri Jepun. Semua pesawat yang masih boleh digunakan diundurkan ke Palembang di Sumatra. Pesawat-pesawat udara yang tinggal dari pangkalan Tengah dan Selatar juga diterbangkan ke pangkalan udara di Palembang, Hindia Belanda, sementara pangkalan Tentera Laut (yang sebelumnya menjadi kemegahan British) ditinggalkan.
Pelabuhan Keppel
Di dermaga Keppel, kapal-kapal yang membawa sebahagian lagi askar dari Divisyen Ke-18 Infantri British tiba di Singapura. Sebaik sahaja berlabuh, kawasan pelabuhan dibedil dengan meriam Jepun. Askar-askar Divisyen Ke-18 Infantri British tidak mempunyai tahap kecergasan yang baik, dalam keadaan keliru dan belum menyesuaikan diri dengan iklim tropika, kerana mereka sudah berada di laut selama 11 minggu. Sebuah kapal lagi, Empress of Asia ketinggalan di belakang dan diserang pesawat bom junam Jepun di selat Singapura dan tenggelam berhampiran Rumah Api Raffles. Walaupun banyak nyawa dapat diselamatkan, kelengkapan senjata dan peluru yang dibawa oleh kapal tersebut tenggelam bersama.
Kelang
Jen. Takuma Nishimura menghantar nota kepada Yamashita menuntut supaya Divisyen Pengawal Imperial Jepun ditugaskan untuk mengetuai serangan ke atas Singapura dengan alasan dia dan askar-askarnya perlu diberikan peluang untuk membuktikan keberanian mereka. Tuntutan ini tidak diambil endah oleh Yamashita.
6 Februari 1942
Singapura
Pasukan artileri Jepun meningkatkan bedilan sepanjang barisan Barat Laut sebagai persiapan untuk serangan amfibi. Pihak British mula memusnahkan pangkalan Tentera Laut Singapura untuk menafikan kegunaannya kepada pihak Jepun apabila Singapura ditawan. Beberapa kawasan menempatkan jabatan-jabatan kerajaan Singapura juga dibedil. Percival memberitahu Bennett bahawa barisan pertahanan dipertahankan oleh bilangan askar yang tidak mencukupi dan mereka mempunyai kesukaran mempertahankannya.Ketua Askar Jurutera Brig. Jen. Ivan Simson memberitahu Percival bahawa kemungkinan besar serangan Jepun akan dilancarkan di bahagian Barat Laut Singapura. Tetapi Percival tidak mempercayai kata Ketua Askar Jurutera itu dan sebaliknya mengarahkan Simson untuk menumpukan perhatian dan sumber di bahagian timur laut Singapura.
Kluang
Yamashita memberikan arahan serangan kepada panglima-panglima tentera Jepun. Pada jam 10 pagi, 8 Februari, Divisyen Pengawal Imperial Jepun akan membuat serangan ke atas Pulau Ubin untuk mengalihkan perhatian pihak British. Keesokan harinya, Divisyen ke-5 Infantri Jepun dan Divisyen ke-8 Infantri Jepun akan melancarkan serangan ke sebelah bahagian barat daya Singapura. Rancangan perang ini menyerupai rancangan perang yang digunakan oleh Fil Marsyal Edmund Allenby semasa kempen di Palestin dalam tahun 1918. (Yamashita yakin tentera British akan menumpukan perhatian ke bahagian timur di mana Divisyen Pengawal Imperial Jepun ditempatkan kerana akan menyangkakan pasukan elit ini akan menjadi teras serangan).Takuma Nishimura dan pegawai-pegawai kanan Divisyen Pengawal Imperial Jepun tidak berpuas hati dengan rancangan perang Yamashita. Yamashita bimbangkan reaksi buruk dari Nishimuradan menghantar Jeneral Sosaku Suzuki, seorang rakan Nishimura dan Jeneral Imaye untuk membaiki keadaan tetapi gagal.
Johor Bahru
Petang itu, Yamashita memindahkan markasnya ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Daripada istana tersebut, Yamashita dapat melihat kedudukan askar Australia kira-kira satu batu dari situ. Walaupun diberikan nasihat oleh pegawai-pegawainya bahawa Istana Bukit Serene sasaran mudah untuk diserang, Yamashita sendiri yakin pihak British tidak akan menyerang Istana Bukit Serene yang menjadi pusaka Sultan Johor. Tekaan Yamashita rtepat sekali; pihak British tidak menyerang Istana Bukit Serene.
Singapura
Pasukan artileri Jepun membedil kawasan sebelah timur laut untuk menguatkan lagi tekaan British bahawa paksi ancaman serangan akan datang daripada arah tersebut dan akan dibuat oleh Divisyen Pengawal Imperial Jepun. Tumpuan diberikan kepada kawasan Changi.Pasukan Australia menghantar dua pasukan peninjau setiap satu terdiri dari 5 orang anggota menyeberangi Selat Johor dalam kegelapan malam dengan menggunakan perahu getah kecil untuk membuat laporan mengenai kekuatan tentera Jepun. Satu pasukan diambil dari Batalion 2/19 dan satu lagi daripada Batalion 2/20. pasukan-pasukan itu sepatutnya kembali pada keesokan malamnya.
7 Februari 1942
Pulau Ubin
Sebaik sahaja gela, pihak Jepun menggerakkan 20 buah bot getah melalui kawasan paya dan hutan hingga sampai ke tepian air. Mereka menghidupkan enjin sangkut mereka membuat penyeberangan ke Pulau Ubin. Ini adalah langkah pertama rancangan penaklukan Yamahita untuk mengelirukan Markas Gerakan Tanah MelayuSebelum tengah malam, 400 orang askar dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun membuat serangan sebaik sahaja gelap ke atas Pulau Ubin. Pasukan Jepun kini berada tidak jauh daripada Changi dan membawa bersama mereka dua pucuk meriam ringan. Mereka tidak diberikan tentangan keras oleh pasukan yang bertahan.
Singapura
Lt. Jen. Percival mengumumkan bahawa Singapura akan dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir. Dalam masa itu, kontinjen Australia mendapat maklumat bahawa serangan akan dibuat dari arah Barat Daya. Mereka meminta Percival menghantar satu pesawat peninjau untuk membuat tentukuran jatuhan peluru meriam supaya boleh digunakan dengan berkesan sekiranya Jepun mendarat nanti. Percival menafikan permintaan ini dengan alasan tidak mempunyai pesawat untuk membuat tugasan tersebut.Bennett pula risaukan kemudahan hospital untuk askar-askarnya dalam membuat lawatan ke Hospital Besar 2/10 Australia yang terletak di Manor House. Bennett meminta untuk gunakan rumah-rumah di sekitar kemudahan itu sebagai persediaan menerima korban cedera apabila pertempuran bermula. Tetapi pemilik bangunan-bangunan itu membuat bantahan kepada Setiausaha Kolonial.Petang hari itu, 15 butir peluru meriam Jepun jatuh di Hospital Besar Australia itu, mengakibatkan satu kematian dan banyak kecederaan. Ketika itu Bennett sedang melawat Hospital besar 2/13 Australia di Siglap.Unit-unit Australia di barisan hadapan diarahkan untuk menunggu kepulangan pasukan peninjau yang dihantar menyeberangi Selat Johor pada malam sebelumnya. Tetapi pasukan peninjau itu tidak muncul. Pada jam 10 malam, arahan diberikan supaya satu pasukan yang lain dihantar untuk membuat tinjauan yang sama. Semasa askar-askar sedang membuat undian siapa yang akan dihantar membuat tinjauan, kumpulan peninjau kembali. Mereka memberikan maklumat mengenai persediaan askar Jepun, dan juga kedudukan meriam yang dipasangkan penyamaran yang baik. Mereka juga menceritakan dapur medan yang bersedia menyediakan masakan panas bagi askar-askar yang akan membuat serangan. Panglima-panglima Australia melihat ini sebagai persiapan terakhir sebelum pelancaran serangan oleh pihak Jepun. Tetapi Markas Gerakan Tanah Melayu masih berkeyakinan yang serangan utama akan datang dari arah Pulau Ubin

kesan pengeboman udara Jepun
8 Februari 1942
Singapura
Pada jam 10.00 pagi, 440 pucuk meriam pasukan artileri dan pesawat udara Jepun mula membedil dan mengebom dengan hebat bahagian barat Singapura. Bedilan artileri Jepun berterusan sepanjang hari dan ditumpukan kepada kawasan yang dikawal oleh Batalion 2/20, Batalion 2/19 dan Batalion 2/18. Bedilan artileri ditumpukan di bahagian pantai di Barat Laut Singapura sehingga jam 7.00 malam. Bedilan ini menyebabkan markas dan pasukan hadapan terputus hubungan secara menyeluruh. Perhubungan antara unit-unit Tentera British sudah tidak wujud lagi.Askar-askar dari 5 Div Jepun dan 8 Div Jepun berkumpul untuk operasi penaklukan Singapura. Apabila menerima isyarat, mereka membawa bot gempur mereka ke tepi air Selat Johor. Setiap divisyen disediakan 15 buah motor bot dan 100 bot gempur. Pada jam 7.00 malam, kumpulan pertama menghidupkan enjin bot mereka dan keluar daripada tempat persembunyian mereka di muara Sungai Danga, Sungai Skudai dan Sungai Melayu.Pada jam 8.00 malam, bot gempur Jepun menghampiri pantai Singapura. Pendaratan ini diikuti dengan pertempuran sengit dengan askar-askar 22 Briged Australia dan 44 Briged India yang membuat pertahanan di pantai Singapura. Askar-askar Australia dari 22 Briged ini kurang pengalaman dan belum cukup terlatih. Ada askar-askar yang ketakutan dan lari meninggalkan kubu mereka.Pada malam itu, dilindungi oleh bedilan meriam berterusan, 13,000 orang askar dalam kumpulan pertama telah mendarat di Singapura. Mereka mendarat di kawasan yang dipertahankan oleh 22 Briged Australia dan 44 Briged India. Walaupun mengalami jumlah korban yang tinggi, askar-askar Jepun meneruskan serangan. Menjelang subuh, pasukan kedua seramai 10,000 orang lagi telah selesai membuat pendaratan.Pesawat pengebom Jepun menyerang Markas pemerintahan Bennett. Serangan udara diikuti dengan bedilan artileri selama 1 jam. Bennett membuat keputusan untuk lagi sekali memindahkan markasnya. Bennett melawat markas 22 Briged Australia dan berbincang dengan Brig. Jen. Taylor, Panglima apabila markas itu dibedil. Bennett diberikan taklimat perisikan yang diperolehi daripada pasukan pengintip mengenai penempatan askar Jepun. Bennett mengarahkan bedilan artileri di tempat askar Jepun dari 5 Div Jepun berkumpul di Sungai Skudai dan Sungai Melayu.
Johor Bahru
Di Istana Bukit Serene, Yamashita dan pegawai-pegawai kanannya yang berada di menara pemerhati menunggu dengan debaran melihatkan penaklukan yang berada di hadapan mereka. Yamashita tidak mempunyai perhubungan dengan pasukan penyerang dan kegelapan malam menyukarkan mereka memahami keadaan perang. Pada tengah malam, mereka melihat satu das peluru suar (star shell) daripada kedudukan yang diserang oleh 5 Div Jepun. Itu adalah isyarat yang telah dipersetujui untuk mengesahkan bahawa 5 Div Jepun telah berjaya bertapak di Singapura. Tidak berapa lama kemudian, satu lagi peluru suar kelihatan dari kawasan yang diserang oleh 18 Div Jepun. mereka juga telah berjaya bertapak dan kini mara ke pedalaman. Yamashita dan pegawai-pegawai lain merasa terharu dan melimpahkan air mata kegembiraan.
9 Februari 1942
Markas Gerakan Tanah Melayu
Lt. Jen. Percival kini yakin serangan yang dilancarkan di bahagian Barat Laut Singapura adalah serangan sebenar dan bukan serangan olok-olok. Dia mengarahkan 12 Briged India untuk mengukuhkan pertahanan Bukit Panjang di Jalan Keat Hong. Briged ini terdiri dari 400 orang askar Argyll and Sutherland Highlanders dan dibantu oleh 150 askar Marin Diraja dan 440 orang askar infantri dari Batalion 4/19th Hyderabad yang baru tiba di Singapura dan masih belum cukup terlatih. Kedudukan ini adalah di sebelah kanan garisan Kranji-Jurong, satu garisan rabung dari arah utara ke selatan yang menjadi hulu Sungai Kranji dan Sungai Jurong. Kedudukan ini adalah rintangan semula jadi terakhir di kawasan Barat Laut Singapura.10 buah pesawat pejuang Hawker Hurricane Tentera Udara Diraja British (RAF) berlepas dari Kallang untuk memintas 84 buah pesawat Jepun dan berjaya menembak jatuh 8 buah pesawat pengebom Jepun tanpa mengalami apa-apa kerugian di pihak sendiri. Selepas dua misi penerbangan lain, pesawat-pesawat Hurricane yang masih tinggal diarahkan berundur ke Sumatra.
Pasukan Australia
Pesawat udara Jepun mengebom kedudukan askar-askar Australia. Bennett mengarahkan Batalion 2/29 Australia memperkukuhkan sektor Barat Laut. Panglima 22 Briged Australia Brig. Jen. Taylor mengarahkan pengunduran ke barisan Jurong dengan alasan dia diserang pasukan yang kuat.Percival, melawat markas Bennett dan setelah berbincang membuat beberapa keputusan penting. 27 Briged Australia akan terus mengekalkan kedudukan mereka sementara 22 Briged Australia yang kini diperkuatkan akan cuba mengukuhkan garisan pertahanan Kranji-Jurong. 44 Briged India yang diancam pengasingan daripada pasukan utama akan berundur ke bahagian kiri garisan Kranji-Jurong ini. 6/15 Briged India akan bergerak ke Padang Lumba Kuda Bukit Timah dan mempertahankan simpanan makanan dan minyak yang tersimpan di situ. Selepas perjumpaan itu, Bennett memindahkan lagi markasnya, kali ini ke Jalan Holland.
Rejimen Askar Melayu
Kompeni B, Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu (2 Melayu) di bawah pimpinan Kapten R. A. Monks diserang oleh pesawat-pesawat udara Jepun yang terbang rendah. Kesemua meriam 6-inci dimusnahkan oleh pesawat Jepun, dan ramai askar terkorban. Kompeni B, Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu berundur menyusuri Jalan Jurong sambil dibedil tembakan meriam dan mortar dan tiba di pangkalan mereka di Kem Normanton pada jam 2.00 pagi
10 Februari 1942.
Pasukan Jepun
Pasukan Jepun sampai ke perkampungan Ama Keng. Walaupun ditentang hebat, mereka berjaya menawan Tengah. Petang itu, 4,000 orang askar Jepun membuat pendaratan di Tanjong Buloh dan Tanjong Murai di sebelah Barat Laut Singapura. Pada waktu senja, Yamashita menyeberangi Selat Johor dan menyaksikan sendiri askar-askar British dan India yang menjadi tawanan perang.Di Pangkalan Udara Tengah, pertempuran sengit berlaku dengan serangan hebat oleh 5 Divisyen Jepun. Tembakan meriam dan serangan pesawat udara ditujukan ke atas kedudukan pertahanan Batalion 2/18, Batalion 2/20 dan Batalion 2/29 Australia serta batalion dari Rejimen Jind. Pada jam 1.00 tengah hari, Brig. Jen. Taylor mengarahkan kesemua pasukannya berundur ke garisan Kranji-Jurong.
Kranji
Nishimura mencabar wibawa Yamashita dan melengahkan serangan oleh pasukan Pengawal Imperial Jepun menyeberangi Selat Johor untuk menyerang kedudukan di antara Tambak Johor dan Sungai Kranji yang dikawal oleh 27 Briged Australia.Selepas tengah malam, bot penggempur dibawa ke tebing Selat Johor. Air surut menyebabkan banyak bot penggempur Pengawal Imperial terkandas. Askar yang terjatuh ke dalam air tersangkut di dalam selut dan mati kelemasan lemas apabila air pasang semula. Dalam masa yang sama, askar Australia menembak menggunakan mesingan dan mortar.Pada jam 4 pagi, Nishimura naik panik dan menghubungi Yamashita meminta kebenaran untuk membatalkan serangan. Tetapi Yamashita bertekad meneruskan rancangan perangnya, kerana sekiranya 27 Briged Australia dapat bertahan di garisan Kranji-Tambak Johor, seluruh rancangan perang yang dibuat akan tergugat. Dengan marah Yamashita meminta Nishimura menjalankan tuags yang diberikan.Nasib menyebelahi tentera Jepun. Setengah jam kemudian, 27 Briged Australia berundur ke garisan pertahanan baru (disebabkan oleh salah tafsir arahan yang diberikan). Divisyen Pengawal Imperial Jepun merasa lega.
Markas Gerakan Tanah Melayu
Percival kini melihat kemungkinan pasukan Jepun lolos barisan pertahanannya dan mara menggunakan Jalan Bukit Timah. Pada tengah malam, Percival mengeluarkan arahan rahsia kepada Bennett, Simmons danHeath. Percival, memilih untuk menubuhkan perimeter pertahanan sekeliling pusat bandar Singapura meliputi pangkalan udara Kallang, empangan-empangan MacRitchie dan Pierce dan juga depoh simpanan Bukit Timah.
Sektor Australia
Di Kranji, penembak mesingan 27 Briged Australia hampir berjaya menyekat kemaraan Pengawal Imperial Jepun tetapi bilangan mereka terlalu ramai. Menjelang siang, pasukan Tentera Jepun selesai membuat pendaratan. Askar-askar Australia berundur daripada Kranji. Menjelang tengah hari, barisan pertahanan Kranji-Jurong dapat dibolos.Wavell terbang ke Singapura dan mendapati keadaan moral tentera begitu rendah sekali. Walaupun demikian, Wavell mengarahkan askar-askar untuk tidak menyerah kalah dan berjuang sehingga akhir.Tentera Jepun berjaya mendaratkan kereta kebal di Singapura dan digunakan untuk menyerang kedudukan askar India yang bertempiaran lari di Bukit Timah. Di Bukit Timah, pasukan Jepun disekat oleh 2 Bn Argyll and Sutherland Highlanders yang dipimpin Ian MacAlister Stewart.
Jurong
Di Jurong, Tentera Jepun bertembung dengan Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 Melayu). Barisan pertahanan yang dikawal oleh Kompeni “C” 2 Melayu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kedudukan. Tetapi apabila 44 Briged India yang bertahan disebelah kanan kedudukan 2 Melayu berundur, rusuk sebelah kanan 2 Melayu terdedah dan Kompeni “C” 2 Melayu terpaksa berundur ke kedudukan baru.
Markas 8 Div Australia
Bennett memindahkan lagi markasnya, kali ini ke Jalan Holland. Pada awal pagi, Wavell melawat markas Bennett. Semasa memberikan penerangan, markas itu diserang pesawat udara Jepun yag mengenai tepat bilik operasi. Wavell, Percival dan Bennett todak cedera. Serangan itu mengukuhkan lagi keyakinan Wavell mengenai kekuatan sebenar perisikan Tentera Jepun.Brig. Jen. Taylor tersalah tafsir arahan Percival yang diubah dan dimajukan melalui markas Bennett. Brig. Jen. Taylor berfikiran Bennett mengarahkan pasukannya bergerak menduduki pertahanan baru. Kesilapan ini menyebabkan keruntuhan barisan pertahanan di keseluruhan garisan Kranji-Jurong. Pada tengah hari, 44 Briged India bertembung dengan pasukan Jepun. Askar-askar 44 Briged India lari lintang pukang. Pegawai-pegawai tidak dapat mengawal askar-askar India. Panglima 44 Briged India, Brig. Jen. G. C. Ballentine dapat menguasai semula 44 Briged India di Ulu Pandan, 6 km daripada kedudukan sepatutnya.Kereta kebal Jepun menyerang kedudukan yang dipertahankan oleh Bn 4/19 Rejimen Hyderabad kira-kira 2 km dari Kampung Bukit Panjang. Serangan seumpamanya berjaya memaksa Bn 2/29 Australia dan 2 Argyll and Sutherland Highlanders berundur ke Bukit Panjang.
11 Februari 1942
Pangkalan TengahHari “Kigensetsu" (Kebangsaan) Jepun, satu hari yang amat bermakna bagi rakyat Jepun. Yamashita menempatkan markasnya di Tengah. Yamashita mensasarkan kejatuhan Singapura tarikh ini, tetapi kini gusar dengan keadaan di medan perang. Bekalan peluru sudah berkurangan. Yamashita menulis surat kepada Percival meminta pihak British menyerah kalah.Divisyen ke-5 Infantri Jepun telah mara ke timur melalui Jalan Jurong dan ke selatan melalui Bukit Timah. Briged 6/15 India meninggalkan kedudukan pertahanan mereka di Bukit Timah setelah pertempuran jarak dekat menggunakan bayonet . Askar-askar dari 22 Briged Australia juga dipaksa berundur setelah mengalami bilangan korban perang yang tinggi.
Markas Gerakan Tanah MelayuKepaduan Unit kini menjadi masalah. Askar-askar keletihan, dan ketakutan. Beribu-ribu askar British, Australia, dan India meninggalkan barisan hadapan untuk mencari perlindungan daripada serangan udara yang tidak putus-putus. Pada jam 8 malam, kedudukan Askar Melayu dibedil hebat. Kedudukan Askar Melayu di simpang Jalan Reformatory juga bertempur dengan askar Jepun.Pesawat pengebom Jepun menggugurkan bom api ke atas hospital Tentera British India di Tyersall. Api yang marak merebak cepat mengakibatkan kematian lebih 700 orang askar India yang sedang dirawat.
12 Februari 1942
Markas Gerakan Tanah MelayuPercival mengundurkan perimeter pertahanannya untuk mengelilingi pangkalan udara Kallang, Kampung Thomas, Empangan MacRitchie dan Jalan-jalan Adam, Farrer, Holland dan Buena Vista. Tentera Jepun berjaya menawan Kampung Racecourse dan Empangan MacRitchie, sementara askar-askar Gurkha terpaksa berundur dari Kampung Nee Soon. Percubaan merempuh Jalan Bukit Timah menggunakan Kereta kebal dapat dipatahkan oleh meriam anti-Kereta kebal British. Di kawasan Ulu Pandan, 22 briged Australia berulang kali mematahkan serangan oleh askar Jepun. Kampung bukit panjang jatuh ke tangan Jepun.Melihatkan keadaan semakin meruncing, Sir Shenton Thomas memerintahkan peralatan mesin berat dan lain-lain peralatan serta bekalan penting dimusnahkan. Arahan ini jelas menunjukkan kesediaan Thomas menyerahkan kalah.
Medan TempurPada awal pagi, Tentera Jepun mula menghampiri pinggir bandar raya Singapura dan kereta kebal Jepun berjaya disekat oleh meriam anti-kereta kebal British berhampiran padang lumba kuda di Bukit Timah. 22 Briged Australia diserang dengan pesawat udara dan bedilan artileri tanpa henti. Di Nee Soon, British dan India berhadapan dengan Pengawal Pengawal Imperial.Di Pasir Panjang, anggota Batalion Pertama Askar Melayu dan 44 Briged India diserang oleh askar-askar 18 Div Jepun. Pertama Askar Melayu bersungguh-sungguh mahu mempertahankan kedudukan mereka kerana mempertahankan kompleks tentera di Alexandra (termasuk hospital). Askar Melayu berjaya mengakibatkan bilangan korban yang tinggi ke atas Tentera Jepun.
Fort CanningPercival merumuskan bahawa pertahanan akhir adalah perimeter sepanjang 28 batu merentasi pangkalan udara Kallang, perkampungan Thomson, the Empangan MacRitchie, dan Jalan-jalan Adam, Farrer, Holland dan Buena Vista. Percival menyediakan arahan untuk memusnahkan stesen radio BBC Singapura di Caldecott Hill.
Markas 22 BrigedBennett bergaduh dengan Brig. Jen. Taylor, Panglima 22 Briged Australia. Permusuhan di antara mereka memuncak apabila Taylor (yang sudah tidak tidur selama 3 hari), meminta Lt. Kol. A. L. Varley mengambil alih sementara 22 Briged Australia untuk membolehkan Taylor berehat sebentar. Taylor terus pengsan dan dibawa ke hospital. Bennett menaikkan pangkat Varley kepada Brigedier Jeneral (sementara) dan mengarahkan beliau mengambil alih jawatan panglima 22 Briged Australia. Dalam kemelut sedemikian, Bennett cuba menghantar pulang Taylor ke Australia (untuk memalukan Taylor).
Askar MelayuAskar Melayu dengan 44 Briged India di sebelah kanan dan Bn 2 Rejimen Loyals terus bertahan. Apabila 44 Briged India berundur, Askar Melayu dan Briged Infantri Pertama Malaya terpaksa ikut berundur.
13 Februari 1942
Markas Yamashita di Bukit TimahYamashita memindahkan markasnya ke kilang kereta Ford di Bukit Timah. Pegawai risik melaporkan askar-askar British sedang membuat kubu menggunakan perimeter pertahanan yang dicerutkan. Kerisauan Yamashita memuncak. Yamashita tahu jika Percival akan mengarahkan pertempuran jalan demi jalan yang berpanjangan untuk membolehkan pasukan-pasukan bantuan dari luar sampai ke Singapura. Yamashita juga sedar anggota-anggota tenteranya sudah keletihan dan kedudukan bekalan peluru juga makin meruncing. Yamashita mengarahkan Tentera Laut Imperial Jepun dan Tentera Udara Jepun mengawal perairan masuk ke Singapura untuk menyekat ketibaan mana-mana konvoi yang membawa pasukan bantuan.Yamashita merancangkan serangan dua penjuru ke rah bandar raya Singapura sebelum pasukan pertahanan mengukuhkan kedudukan mereka. Serangan pertama diterajui oleh Divisyen ke-18 Jepun dibuat di arahkan selatan untuk menawan Alexandra Barracks. (Pasukan Askar Melayu dan Briged Infantri Pertama Malaya menduduki sebahagian daripada pertama di situ.Serangan kedua diterajui oleh Divisyen Pengawal Imperial Jepun akan mengepung empangan MacRitchie dan menyerang dari arah utara. Lagi sekali, Nishimura sangsi dengan perancangan Yamashita dan enggan menurut arahan untuk menyerang. Yamashita terpaksa memberikan arahan secara bertulis kepada Nishimura untuk menyerang, barulah Nishimura menggerakkan divisyennya untuk menyerang.Pasukan Jepun menawan kesemua empangan simpanan bekalan air. Singapura kini mempunyai bekalan air untuk selama 7 hari sahaja. Ramai askar India dan Australia bolos lari meninggalkan pasukan mereka menyebabkan kekeliruan dan kesesakan jalan raya. Askar-askar yang masih bertahan pula sudah kepenatan dan sudah lama tidak mendapat tidur.
Markas Gerakan Tanah MelayuPercival menghantar kawat kepada Wavell memberitahu bahawa dia tidak boleh bertahan selama dua hari lagi, tetapi disuruh Wavell untuk bertahan. Percival memanggil mesyuarat pegawai-pegawai kanannya. Bennett mendesak Percival menyerah kalah (tetapi Bennett sendiri sudah merancang untuk melarikan diri dari Singapura).
Kapten Patrick HeenanDi dalam kemelut bom yang meletup di sekeliling dan bunyi tembakan yang berterusan, pegawai-pegawai British mengambil masa untuk menjalankan perbicaraan mahkamah tentera untuk Kapten Patrick Heenan dari Tentera British India atas tuduhan menderhaka kepada negara. Jenayah Heenan amat berat sekali – dia memberikan maklumat kepada pihak Jepun semasa Pertempuran Jitra dan sebagai seorang pegawai perhubungan udara, tetapi memberikan arahan yang mengelirukan sehingga membolehkan bekalan Tentera Udara Diraja di Pangkalan udara Alor Setar dapat ditawan oleh Tentera Jepun. Pihak British mendapati Heenan sudah bertahun-tahun memberikan maklumat kepada pihak Jepun sejak dia diangkat menjadi perisik Jepun semasa menjalankan satu tugasan di negeri Jepun. Keputusan mahkamah tersurat .. pada waktu senja, Heenan dijatuhkan hukuman mati oleh pasukan penembak.
Pasir PanjangPasukan Askar Melayu dan 2 Loyals mengalami bilangan korban yang tinggi akibat serangan berterusan. Markas 1 Melayu di gap House dan markas 2 Melayu di Durian Camp di serang dengan pesawat udara dan juga bedilan artileri. Markas kedua-dua batalion Askar Melayu itu musnah mengakibatkan kematian Kapten Roxburgh dan kebanyakan pegawai dan kakitangan markas yang lain. Bedilan terkena kedudukan komunikasi Askar Melayu merosakkan perhubungan telefon pasukan itu.Di Bukit Chandu, satu kawasan rabung semula jadi di belakang Kampung Pasir Panjang, Kompeni C Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu memulakan pertempuran epik selama 48 jam menentang kemaraan askar Jepun. Pasukan Askar Melayu tetap bertahan di kedudukan mereka walaupun kedudukan-kedudukan di sekeliling mereka tumpas kepada serangan Jepun.Rabung Pasir Panjang jatuh ke tangan tentera Jepun selepas pertempuran sengit dengan Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
14 Februari 1942
Markas YamashitaYamashita mengarahkan serangan dua penjuru, dengan Divisyen Ke-18 menumpukan kemaraan melalui Pasir Panjang dan Jalan Ayer Raja menuju Alexandra Barracks. Divisyen Pengawal Imperial Jepun yang disokong oleh Kereta kebal meluru keluar dari kawasan empangan MacRitchie dan bertempur dengan 53 Briged, 54 Briged dan 55 Briged dan berusaha menahan perimeter sepanjang Jalan Lornie dan Jalan Ferrer. Tentera Jepun menguasai 3 buah lapangan terbang tentera dan ketiga-tiga buah empangan yang membekalkan air minuman kepada Pulau Singapura. Tentera Jepun mengancam hendak menghentikan bekalan air.
Rencana utama: Pertempuran Bukit Chandu
Kompeni C Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu kini bertahan di Bukit Chandu. Mereka diserang dengan hebat oleh Tentera Jepun pada waktu tengah hari. Askar Melayu menentang menggunakan grenad dan senjata automatik. Rejimen Askar Melayu mengukir nama dalam sejarah apabila platun seramai 40 orang Askar Melayu di bawah pimpinan Lt. Muda Adnan bin Saidi menentang bermati-matian dan menyeru anggota-anggotanya supaya “”biar putih tulang jangan putih mata”. Dalam pertempuran yang kini dipanggil Pertempuran Bukit Chandu, hampir kesemua anggota Askar Melayu terbunuh termasuk Lt. Muda Adnan bin Saidi. Di kawasan Kilang batu bata Alexandra, Kompeni “D” Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu berjaya menyebabkan kematian 100 orang askar Jepun yang mara menyusuri Jalan pasir Panjang.
Rencana utama: Pembunuhan Di Hospital Alexandra
Tentera Jepun dari Divisyen Pengawal Imperial Jepun sampai ke Hospital Alexandra Barracks pada jam 2.00 petang. Hospital itu penuh dengan askar yang cedera. Kerana marahkan penentangan yang diberikan oleh pasukan Askar Melayu di Bukit Chandu, askar-askar Jepun meluru masuk ke dalam hospital dan menikam pesakit serta doktor dan kakitangan hospital dengan bayonet (sebagai dendam kerana kedegilan Askar Melayu). Hanya tiga orang sahaja yang terselamat. Seramai 200 orang lain yang cedera parah dikurung dalam kuarters pekerja dengan setiap bilik diisikan dengan 70 orang pesakit. Pada waktu malam, mereka dibawa keluar dalam kumpulan-kumpulan kecil dan ditikam mati dengan bayonet .
Markas Tentera Australia di Tanglin
Wavell menghantar kawat kepada Churchill menyatakan keadaan getir dan tiada harapan untuk terus bertahan. Churchill memberikan kebenaran untuk menyerah diri.Di Markas Tentera Australia, seorang pegawai Australia yang boleh berbahasa Jepun menerangkan isi kandungan perancangan dan peta yang menggariskan rancangan serangan terakhir [[Tomoyuki YamashitaYamashita]] ke atas kedudukan British. Maklumat itu diperolehi daripada dua orang penghantar cepat yang berjaya ditembak mati oleh askar-askar Australia. Menurut pegawai yang menterjemahkan dokumen dan peta itu, Bennett]] dan lain-lain pegawai kanan tidak lagi berminat dan hanya setakat mendengar dengan pemerhatian akademik sahaja.
Dewan BandarayaSemasa membuat tinjauan pada awal pagi, Percival diberitahu oleh Ketua Jurutera Majlis Perbandaran bahawa kegagalan sistem bekalan air sudah hampir terjadi. Percival kemudian memberitahu Gabenor Shenton Thomas bahawa selama mana bekalan air dapat diadakan, tentangan masih boleh diteruskan. Thomas menceritakan kerisauannya mengenai wabak penyakit yang mungkin merebak. Thomas menghantar kawat ke Pejabat Kolonial di London menerangkan “tiga juta orang kini berada dalam kawasan seluas 3 batu. Banyak mayat korban bergelimpangan di jalan-jalan raya dan pengkebumian tidak dapat dibuat. Bekalan air pula akan terputus dalam masa 24 jam lagi. Ketiadaan air akan menyebabkan wabak penyakit (pestilence)”Percival menghantar kawat kepada Wavell menerangkan krisis air yang dihadapi. Wavell mengarahkan Percival untuk meneruskan tentangan. “Tentangan kamu amat bermakna dan mesti diteruskan setakat mana yang terdaya”


Pasukan Mortar Askar Melayu
15 Februari 1942

A. E. Percival didahului pegawai Jepun berjalan menuju kilang Ford Motor untuk rundingan dengan Yamashita untuk menyerah kalah

Yamashita menuntut Percival menyerah kalah tanpa syarat
Pada awal pagi, Jen. A. E. Percival menghadiri Perjamuan Suci (communion) di Fort Canning. Selepas itu A. E. Percival menerima kawat terakhir dari Wavell mengarahkan Percival untuk terus menentang “selagi mana kamu di dalam kedudukan boleh menyebabkan kemalangan dan kerosakan di pihak musuh dan anggota tentera kamu masih berdaya memberikan tentangan Masa yang boleh diperolehi dan kerosakan yang diberikan kepada mush amat penting ketika ini. Apabila kamu berpuas hati bahawa tentangan tidak lagi boleh diberikan, saya memberikan kamu budi bicara untuk menghentikan tentangan. Beritahu saya hasrat kamu. Walau apapun, saya ucapkan terima kasih kepada kamu dan anggota-anggota kamu untuk usaha kamu beberapa hari yang silam”.Percival berjumpa dengan pegawai kanannya dan memberitahu mereka kebenaran yang diberikan Wavell. Dia dimaklumkan air hampir kehabisan, makan hanya mencukupi untuk beberapa hari dan minyak yang tinggal hanyalah minyak yang ada dalam tangki kenderaan. Percival dan pegawai-pegawai kanan tersebut mengambil keputusan untuk menyerah diri.Percival menghantar dua orang utusan ke garisan hadapan Jepun di Bukit Timah dengan bendera Union Jack dan bendera putih meminta gencatan senjata pada jam 4.00 petang. Ketika itu Jepun membuat pengeboman dan bedilan meriam dengan hebat. Walaupun tidak di ketahui Percival, pengeboman ini hanya helah, kerana sebenarnya Yamashita sudah hampir kehabisan peluru dan bom. Dia sebenarnya mengharapkan bedilan itu dapat memutuskan pihak British untuk menyerah kalah.Jawapan Yamashita amat ringkas – tiada syarat, tiada perbincangan mengenai syarat, tiada gencatan senjata sehinggalah Percival meletakkan tanda tangan di garis titik. Walaupun keletihan, Percival dan kumpulannya berjalan melalui Jalan Bukit Timah ke Kilang ford Motor bertemu Yamashita.Pada jam 1715, Percival dan anggota-anggota turusnya tiba di kilang Ford Motor Company untuk menyerah diri tanpa syarat kepada Tentera Jepun. Dokumen serah diri ditandatangani.Semasa berdepan, Yamashita menuntut Percival menyerah kalah. Percival meminta tempoh. Yamashita naik berang dan bertanya “Ya atau Tidak?” Percival tiada pilihan. Pada jam 6.10 petang dia menandatangani surat cara penyerahan kalah. Pada jam 8.30 malam bedilan dihentikan.Percival mengarahkan pegawai-pegawainya untuk bersama-sama dengan anggota-anggota tentera mereka menjadi tawanan perang. Mej. Jen. Gordon Bennett memberikan arahan sama kepada pegawai-pegawai Australia, tetapi dia sendiri lari ke pelabuhan menaiki kapal ke Sumatra. (Tindakan ini dikecam pihak berkuasa Australia dan Bennett tidak lagi diberikan pemerintahan di medan)Kejatuhan Singapura dianggap malu paling besar dalam sejarah perang British. “Gibraltar Timur” tewas dalam masa kurang 100 hari kepada pasukan tentera Asia yang jauh lebih kecil. Bencana ini mengakibatkan Hindia Belanda dan Australia terdedah kepada serangan terbuka dan menjatuhkan moral rakyat British. Ia juga menjatuhkan kredibiliti British sebagai kuasa penjajah dan kegagahan orang putih.Pihak British mengalami 8,708 korban perang yang mati ataupun cedera; sementara pihak Jepun mengalami 9,824 orang korban perang. Lebih daripada 130,000 askar British (32,000 India, 16,000 British and 14,000 Australia) menjadi tawanan perang. 20,000 orang askar India yang menyerah diri kemudian memilih untuk menyertai Tentera Nasional India pimpinan Mohan Singh.Kira-kira 600 orang anggota Rejimen Askar Melayu dikumpulkan semula di padang Gold Keppel Link. Di sana, anggota-anggota lain-lain pangkat dipisahkan daripada pegawai-pegawai mereka dan dihantar ke pusat tahanan di Farrer Park yang menempatkan askar-askar India. Pegawai-pegawai Rejimen Askar Melayu dihantar ke pusat tahanan tawanan perang yang disediakan untuk orang-orang British dan Australia.


Kubur Prebet Muhammad Nasir bin Muhamamd Lomah, Rejimen Askar Melayu di Peringatan Perang Kranji
Jepun
Penaklukan Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura mengakibatkan jumlah korban di pihak Jepun sebanyak 2, 876 terbunuh dan 6,948 lain yang cedera. Jumlah ini dipertikaikan oleh Alan Warren yang memberikan bilangan sejumlah 9,824 korban perang, terdiri dari 3,507 terbunuh dengan 1,715 terbunuh semasa penaklukan Singapura dan sejumlah 6,150 kecederaan termasuk 3,378 kecederaan yang dialami semasa penaklukan Singapura]
Alan Warren membutirkan jumlah korban mengikut unit besar terlibat seperti berikut :
Divisyen ke-5 Infantri Jepun
Semenanjung Tanah Melayu -- 695 terbunuh dan 1,292 tercedera
Singapura -- 541 terbunuh dan 1,166 orang tercedera
Jumlah=1236 terbunuh,2458 tercedera
Divisyen ke-18 Infantri Jepun
Semenanjung Tanah Melayu --400 terbunuh dan 600 tercedera (anggaran)
Singapura island--938 terbunuh dan 1,708 tercedera
Jumlah = 1,338 terbunuh, 2308 tercedera
Divisyen Pengawal Imperial Jepun
Semenanjung Tanah Melayu --300 terbunuh,600 tercedera (anggaran)
Singapura island--211 terbunuh,468 tercedera
Jumlah = 511 terbunuh,1068 tercedera
Lain-Lain Unit Ketumbukan Tentera Ke-25 Jepun
Semenanjung Tanah Melayu -- 30 terbunuh,70 tercedera (anggaran)
Singapura island--23 terbunuh,36 tercedera
Jumlah=53 terbunuh,106 tercedera
Tentera British/India/Komanwel
Jumlah Korban British/India/Komanwel dianggarkan sejumlah ...7,500 terbunuh dan 10,000 tercedera.
Divisyen ke-8 Infantri Australia mengalami jumlah korban perang terdiri dari :
Semenanjung Tanah Melayu -- 462 terbunuh termasuk mati akibat kecederaan
Singapura -- 883 terbunuh, termasuk mati akibat kecederaan
Jumlah korban perang Australia = 1789 terbunuh, mati akibat kecederaan ataupun hilang dan 1,306 tercedera.
Rejimen Askar Melayu
Sepanjang kempen mempertahankan Semenanjung Tanah Melayu dan khususnya semasa mempertahankan Singapura pada 12 Februari hingga 14 Februari 1942, Rejimen Askar Melayu mengalami 159 orang pegawai dan anggota yang terbunuh (6 orang pegawai British, 7 orang pegawai Melayu dan 146 orang lain-lain pangkat). Ramai lagi yang cedera. Bilangan askar Jepun yang terbunuh dalam pertempuran dengan askar Melayu tidak diketahui, tetapi bilangannya tentu ramai.

Kawat Kematian Sandakan adalah kejadian paling buruk diketahui dalam siri kejadian yang mengakibatkan kematian sehingga 6,000 orang awam hamba kerahan Indonesia dan tahanan perang pihak Berikat, yang ditahan oleh Empayar Jepun semasa Perang Pasifik semasa Perang Dunia II, di kem penjara di Borneo Utara. Dari keseluruhan tahanan yang ditawan di kem tersebut semasa perbarisan, hanya 6 yang diketahui terselamat selepas perperangan.
Pada 1942, orang awam Indonesia, diimport dari pulau Jawa, bersama tahanan perang Australia dan British, yang telah ditahan semasa kejatuhan Singapura, dihantar melalui kapal ke Borneo Utara, untuk membina padang terbang di Sandakan. Seperti pada landasan kereta api Burma, tahanan dipaksa bekerja keras dengan diacukan senapang kepada mereka, sering dipukul dan tidak menerima makanan serta ubatan yang cukup. Mereka terus ditahan walaupun kerja pembinaan telah siap. Ramai yang mati. Pada awal 1945, apabila Pihak Berikat makin hampir, komandan kem Kapten Susumi Hoshijima memutuskan untuk memindahkan baki tahanan ke pedalaman di Ranau, kira-kira 250 kilometer (160 batu).
Tahanan Australia dan Indonesia ini telah dikerah oleh tentera Jepun untuk berjalan dari Sandakan di pantai timur ke Kota Kinabalu di pantai barat. Dalam perjalanan tersebut, lebih 1000 orang telah maut akibat keletihan, kebuluran dan penyakit. Sebagai memperingati peristiwa ini, kerajaan Australia telah mendirikan Tugu Peringatan perang bertempat di Kundasang Ranau.

Malayan Union yang ditubuhkan pada 1 April 1946 selepas Perang Dunia II merupakan sebuah gabungan Negeri-Negeri Melayu dengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British Malaya.

Rasional untuk pembentukan Malayan Union
Seawal 1942, kerajaan British telah menubuhkan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II tamat. Unit perancangan tersebut dinamakan sebagai Malayan Planning Unit (MPU) dan Diketuai oleh Mejar-General Ralph Hone.Hone diberi tugas untuk merangka satu bentuk pentadbiran baru untuk Tanah Melayu selepas perang tamat.Akhirnya selepas semua perbincangan berlaku maka cadangan untuk mencadangkan penggabungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu, Pulau Pinang, dan Melaka menjadi Malayan Uniondiusulkan , sedangkan Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan yang berasingan.
Rancangan Malayan Union mengekalkan Singapura sebagai suatu tanah jajahan yang berasingan disebabkan ketakutan bahawa penentangan orang Melayu terhadap penyertaan Singapura akan menjejaskan penerimaan rancangan tersebut. Terdapat kesangsian tradisional di kalangan peniaga-peniaga Tanah Melayu bahawa sektor perniagaan Singapura akan menjejaskan kepentingan mereka. Selain itu, pihak British juga takut bahawa pemasukan dasar kewarganegaraan yang liberal akan mengakibatkan ketakutan pemimpin-pemimpin Melayu disebabkan bilangan orang Cina Singapura yang besar. Bagaimanapun, kerajaan British juga hendak menjadikan Singapura sebagai sebuah pangkalan tentera laut untuk operasi strateginya di Timur Jauh.Namun begitu tujuan utama British mengecualikan penyertaan singapura kedalam Malayan Union adalah disebabkan oleh kepentingan ekonominya di Singapura, kedududkan strategik Singapura sebagai pelabuhan dan Pelbagai lagi faktor yang berteraskan kepada kegiatan ekonomi mendorong pihak British untuk mengekalkan singapura sebagai kononnya Tanah jajahan London.
Kebanyakan buku-buku Inggeris menyatakan salah satu daripada sebab utama untuk pembentukan 'Malayan Union' ialah hasrat kerajaan British untuk menyediakan Tanah Melayu terhadap kemerdekaan. Ia dilihat sebagai satu kewajaran kerana pihak British telah pun menandatangani Piagam Atlantik pada 14 Ogos 1941 yang mengisytiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara sendiri dalam erti kata lain 'Merdeka', Maka, pihak Britain terikat untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Bagaimanapun, banyak pihak di Tanah Melayu ketika itu mempercayai bahawa rancangan itu hanya menukarkan taraf negeri-negeri Melayu daripada sebuah negeri naungan menjadi sebuah tanah jajahan British. Di mana ia dilihat sebagai satu usaha untuk memanjangkan lagi tempoh penjajahan British di Tanah Melayu dengan cara berpura-pura berusaha untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu, sedangkan kuasa pemerintah Tanah Melayu ketika itu, iaitu sultan-sultan telah pun dilucutkan melalui pembentukan Malayan Union.

Butiran utama Malayan Union
Rancangan Malayan Union yang akan melibatkan Negeri-Negeri Selat, tetapi tidak termasuk Singapura, akan terdiri daripada Majlis Perundangan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang diketuai oleh seorang Gabenor British. Sultan-sultan Melayu masih akan mengekalkan kedudukan masing-masing tetapi dalam bidang kuasa yang sangat terhad, iaitu berkaitan tentang agama Islam dan adat Istiadat orang Melayu sahaja. Sebaliknya pihak British akan terus memerintah melalui sebuah majlis penasihat yang diluluskan oleh gabenor Malayan Union. Kerajaan Malayan Union akan mengambil alih semua aset negeri-negeri Melayu, kecuali aset yang berkaitan dengan agama Islam dan harta peribadi sultan-sultan. Di Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai sultan, Pesuruhjaya Residen akan menjadi ketua pentadbiran. Beliau diberi banyak kuasa dan hanya bertanggungjawab kepada Gabenor. Ini sekaligus menunjukan kedaulatan British di Tanah Melayu. Di mana pihak British bertindak mengawal semua perkara mengenai Tanah Melayu. Dan mereka lebih berkuasa berbanding sebelum pendudukan Jepun.
Skim Malayan Union juga mencadangkan undang-undang baru yang memberikan kewarganegaraan kepada semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura, serta pendatang yang tinggal di sana selama sekurang-kurang 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15 Februari 1942. Semua warganegara Malayan Union yang baru itu akan mempunyai hak-hak yang sama, termasuk penerimaan masuk untuk perkhidmatan awam. Akhir sekali, kewarganegaran Tanah Melayu diberikan kepada semua tanpa diskriminasi kaum dan kepercayaan atau pun turut dikenali sebagai 'jus soli'.

[sunting] Peringkat memperkenalkan Malayan Union
Cadangan untuk rancangan Malayan Union diumumkan oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, buat pertama kali di Parlimen United Kingdom pada Januari 1944. Wilayah-wilayah Borneo juga dimasukkan dalam rancangan yang asal tetapi kemasukan itu kemudian dikeluarkan daripada cadangan yang terakhir kerana ketidaksediaan pihak kerajaan Borneo yang pada masa itu dan masih lagi berada dalam keadaan yang kurang stabil. Pada musim bunga 1944, Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael, untuk pergi ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan daripda raja-raja Melayu. Sir Harold Macmicheal bukanlah seorang yang arif tentang Tanah Melayu, beliau tidak pernah berkhidmat di Tanah Melayu. Tetapi kerajaan British yang kerap menerima maklumat salah mengenai Tanah Melayu dan orang Melayu percaya bahawa Sir MacMicheal pernah berkenalan baik dengan beberapa putera-putera dari Tanah Melayu.Pemerintahan Tentera British (BMA) merupakan masa yang paling sesuai bagi MacMichael untuk mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu kerana keadaan ketenteraan amat sesuai dijadikan asas ugutan untuk mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu.Beliau hanya mengambil masa selama 22 hari untuk mendapatkan tandatangan daripada kesemua pemerintah Tanah Melayu hasil daripada ugutan yang amat bersesuaian dengan keadaan pada masa itu. Pada 3 September 1945 , ketika pihak British sedang menjalani pendudukan semula di Tanah Melayu, Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
Memperoleh tandatangan daripada sultan-sultan tidak sebegitu susah seperti yang dijangka. Mac Michael telah bertindak memaksakan sultan-sultan Melayu untuk menerima cadangan-cadangan pihak British dan tidak memberikan masa untuk baginda-baginda berunding dengan majlis masing-masing, malah Sultan yang enggan menandatangani perjanjian tersebut diugut akan digantikan dengan sultan yang lain di atas tuduhan bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia II. Pada 21 Disember, setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian yang baru dengan Sir Harold MacMicheal. Bagaimanapun, sebilangan daripada sultan-sultan itu menyatakan keraguan terhadap syarat-syarat perjanjian itu, tetapi disebabkan oleh ugutan yang mendakwa pe baginda-baginda sultan memainkan peranan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memaksa sultan-sultan itu untuk merelakan Malayan Union untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada pihak British dan mereka juga bimbang akan kehilangan tahta. Tanpa disedari oleh sultan-sultan ini ialah semua perjanjian terdahulu yang mengakui hak kedaulatan sultan-sultan Melayu dimansuhkan. Dengan itu, kepura-puraan pihak British bahawa mereka ingin membantu sultan-sultan Melayu untuk memerintah dihapuskan.
Setelah menerima perjanjian-perjanjian itu, pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union dalam suatu Kertas Putih pada akhir bulan Januari 1946.berserta Kertas Putih satu lagi usul telah dikeluarkan iaitu pembatalan undang-undang NNS & NNMB yang wujud sebelum ini dan digantikan dengan kesatuan Malaya yang Baru iaitu Malayan Union.

[sunting] Gerak balas daripada kaum Melayu
Bertentangan dengan jangkaan British, penduduk Melayu, yang biasanya bersikap lemah lembut dan sering boleh di arah untuk melakukan itu dan ini telah bangun bersama-sama untuk membantah skim yang baru itu. Komuniti Cina dan India juga tidak ghairah dan telah mengkritik sesetengah peruntukan yang terdapat di dalam kertas putih Malayan Union. Pemimpin-pemimpin Melayu dan pesara-pesara British daripada Perkhidmatan Awam di Tanah Melayu telah mengetuai bidasan terhadap rancangan Malayan Union, dan membidas MacMichael kerana menggunakan 'ugutan' untuk memperolehi persetujuan daripada sultan-sultan Melayu. Pegawai-pegawai ini bertindak meLobi Tanah Melayu di Parlimen antara bekas pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang mengambil bahagian adalah Frank Swettenham, George Maxwell, R. O. W. Winstedt, Cecil Clementi dan Laurence Guillemard. Mereka turut menulis surat-surat kepada akhbar nasional dan untuk merayu kepada Perdana Menteri United Kingdom agar menghentikan usaha menukar status Tanah Melayu daripada negeri naungan kepada tanah jajahan. Kegiatan seumpama ini mewujudkan tanggapan bahawa terdapat tentangan yang hebat terhadap Malayan Unionbukan sahaja daripada penduduk Tanah Melayu malahan daripada pegawai dalaman British sendiri.
Sultan-sultan Tanah Melayu juga telah terpengaruh oleh perasaan anti Malayan Union yang dianjurkan oleh pegawai-pegawai Melayu dan rakyat Melayu. ini mengheret baginda sultan untuk membantah secara terbuka terhadap cara yang digunakan oleh MacMichael untuk memperoleh tandatangan baginda-baginda untuk perjanjian baru itu. Sultan-sultan tersebut menolak rancangan Malayan Union dan cadangan untuk menghantar sutu perwakilan ke London untuk memansuhkan rancangan itu telah disuarakan. Bagaimanapun, sudut pandangan orang Melayu disampaikan dengan lebih berkesan selepas penubuhan UMNO atau PEKEMBAR yang telah muncul untuk menyuarakan bantahan Melayu terhadap Malayan Union.
Pihak British sangat terperanjat dengan perubahan sikap masyarakat Melayu. Selepas pendudukan Jepun orang-orang Melayu telah sedar bahawa pihak British tidaklah sekuat yang di sangka, ditambah pula oleh semangat untuk merdeka yang bertiup kencang dari tanah seberang (Indonesia). Di atas kesedaran inilah Orang-orang Melayu telah bangun bersama-sama untuk menentang cadangan pihak British. Tindakan yang kemas telah dilancarkan melalui UMNO. Negeri-negeri Melayu yang selama ini terpisah dan tidak bersatu telah bangun bersama-sama, malahan sultan-sultan negeri-negeri Melayu juga turut bersama-sama bergabung dengan rakyat Melayu untuk menentang Malayan Union. Satu perkara yang tidak pernah terjadi di Tanah Melayu sebelumnya.
Perjuangan orang-orang Melayu tidak terhenti setakat itu sahaja, orang Melayu turut mengadakan ceramah-ceramah umum di seluruh semenanjung untuk menyedarkan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Selepas menerima tekanan yang begitu kuat, pihak British yang masih ingin meneruskan Malayan Union mencadangkan satu jawatankuasa dihantar untuk melihat reaksi masyarakat Melayu. Ahli jawatankuasa tersebut telah terkejut melihat reaksi yang amat kuat dari orang melayu untuk menghentikan Malayan Union. di mana sahaja mereka pergi pasti disambut dengan ribuan umat melayu dengan slogan-slogan anti Malayan Union. Malahan mereka dan Gabenor Malayan Union ketika itu turut bersimpati dengan orang-orang Melayu. Pada akhir lawatan tersebut, ahli jawatankuasa terbabit telah mengambarkan sesuatu yang positif di dalam ucapan mereka. Ramai orang melayu dan UMNO sendiri yakin bahawa Malayan Union akan berkubur.

[sunting] Penubuhan UMNO
Pada 1 Mac 1946, sebuah Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress) diadakan di di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur. Disertai oleh kira-kira 200 orang wakil Melayu daripada 41 buah persatuan, kongres itu membincangkan pembentukan gerakan nasional Melayu, serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union. Sebuah jawatankuasa dilantik untuk mendraf perlembagaan untuk penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Pada 1 Mei 1946, Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Dalam kongres itu, pembentukan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres itu juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.

[sunting] Pelaksanaan Malayan Union
Meskipun penentangan orang-orang Melayu begitu hebat, kerajaan British enggan menarik balik pelakasanaan rancangan Malayan Union. Sebaliknya, kerajaan British mendesak bahawa Malayan Union dilaksanakan dengan segera supaya Pentadbiran Tentera British yang memerintah Tanah Melayu sejak akhir Pendudukan Jepun dapat dibatalkan.
Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 dengan Edward Gent merupakan Gabernor yang pertama. Bagaimanapun, penentangan terhadap Malayan Union adalah sangat kuat sehingga rancangan itu tidak dapat dikuatkuasakan dengan sepenuhnya. Malah pada majlis perlantikan Edward Gent sebagai Gabernor yang pertama majlis tersebut telah dipulau oleh sultan-sultan Melayu. Ia adalah kesan daripada tindakan orang-orang Melayu yang telah berhimpun di luar rumah tumpangan yang didiami oleh sultan-sultan Melayu yang ingin menghadiri ucapara perlantikan tersebut. Ketika itu Orang-orang melayu telah bertindak berkabung dengan cara melilit kain putih pada songkok. Orang-orang Melayu yang berkumpul itu telah menghantar wakil mereka iaitu Dato' Onn Jaafar untuk berunding dengan sultan-sultan agar turut memulaukan upacara tersebut. Melihatkan sokongan rakyat yang begitu kuat mempertahankan tahta mereka, telah menyedarkan sekelian baginda sultan untuk turut berjuang bersama-sama rakyat jelata untuk menggagalkan Malayan Union. Akhirnya,Malayan Union dibatalkan pada 1 Februari 1948 selepas itu untuk mengantikan Malayan Union yang telah gagal itu pihak British terpaksa menurut kehendak masyarakat Melayu yang bertindak melalui UMNO untuk mengwujudkan Persekutuan Tanah Melayu . Penggantian konsep Persekutuan Tanah Melayu yang baru itu dengan skim Malayan Union yang tidak popular dicapai, melalui perundingan antara pihak British, sultan-sultan Melayu dan UMNO.
Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu merupakan suatu kemenangan untuk orang-orang Melayu tetapi disambut dengan kecewa oleh beberapa golongan-golongan di dalam etnik yang lain. Bagaimanapun, mereka yang menentang cadangan Persekutuan tidak mempunyai sokongan di Tanah Melayu sendiri. Serta lobi Parlimen dan penyokong-penyokong di London yang telah membantu dalam pembatalan skim Malayan Union. Orang-orang Cina yang berada di Tanah Melayu berasa dikhianati kerana mereka tahu jumalah orang Cina yang terkorban lebih besar berbanding orang Melayu, sepanjang peperangan dengan Jepun. Sesetengah daripada orang Cina yang tidak puas hati kini melihat Parti Komunis Malaya sebagai harapan yang tunggal untuk mencapai sebuah kemerdekaan. Ini didasari oleh pendapat pihak British telah meminggirkan masyarakat cina Tanah Melayu.

[sunting] Garis masa
14 Ogos 1941: Britain memeterai "Piagam Atlantik" yang mengisytiharkan hak negara-negara untuk penentuan diri.
penghujung 1942: Pembentukan "Unit Perancangan Tanah Melayu" di United Kingdom untuk menyediakan pembinaan semula Tanah Melayu selepas Perang Dunia II.
Januari 1944: Cadangan untuk Malayan Union dikemukakan buat pertama kali oleh Edward Gent, Penolong Setiausaha Rendah Tetap bagi Tanah Jajahan British, di Parlimen United Kingdom.
Musim bunga: Pejabat Kolonial menjemput Sir Harold MacMichael untuk mengetuai perwakilan ke Tanah Melayu selepas peperangan untuk memperoleh perjanjian yang baru daripada sultan-sultan untuk bersetuju dengan Malayan Union.
3 September 1945: Kabinet British memberikan kebenaran untuk dasar Tanah Melayu yang baru dan bersetuju dengan misi MacMichael.
21 Disember 1945: Setiap Sultan atau Pemangku Raja telah memeterai perjanjian baru untuk membentukkan Malayan Union.
Januari 1946: Pihak British mendedahkan rancangan Malayan Union melalui sebuah Kertas Putih.
1 Mac 1946: Kira-kira 200 orang Melayu yang mewakili 41 buah persatuan berhimpun di Kuala Lumpur untuk Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu (Pan-Malayan Malay Congress). Kongres itu membincangkan penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) serta kempen terselaras untuk menentang Malayan Union.
1 April 1946: Malayan Union diisytiharkan oleh kerajaan jajahan British.
1 Mei 1946: Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-2 diadakan di Johor Bahru. Penubuhan UMNO diisytiharkan dan Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Johor, dipilih sebagai Presiden pertama. Kongres ini juga mengisytiharkan bahawa perjanjian-perjanjian MacMichael tidak sah dan mendesak bahawa Malayan Union dimansuhkan.
1 Februari 1948: Malayan Union dibatalkan secara keseluruhannya dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu seperti yang telah dipersetujui dengan UMNO dan Raja-raja Melayu.

Darurat Tanah Melayu merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari tahun 1948 hingga tahun 1960. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil, pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik haluan kiri, terutamanya Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang sedang berlaku antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahkalahan Jepun pada tahun 1945 sehingga penandatanganan perjanjian damai antara komunis dengan kerajaan Malaysia pada Disember 1989.

Punca darurat
Bolehlah dikatakan bahawa segala bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. PKM dan MPAJA (Malayan People Anti Japanese Army). Nasionalisme orang Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh orang Jepun semasa pendudukannya telah mendorong kepada mereka supaya ingin bekerajaan sendiri.
Pembunuhan seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.
Yang paling teruknya, boleh dikatakan dengan pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti politik yang radikal. Pengharaman ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh British semasa dalam penentangan Jepun.
Dengan itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Namun, pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka dirasa patut.
Hubungan PKM dan British yang semakin teruk dan setelah Chin Peng sebagai ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat, dengan pembunuhan 3 ketua Kuo Min Dang (KMT), dan 3 orang pengurus ladang getah yang berbangsa Eropah, termasuk 1 penolong, pada 12-6-1948 dan 15-6-1948. Darurat Negeri diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.

[sunting] Langkah mengatasi darurat
Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:
Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
Pada masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang, seperti meriam, kapal terbang, dan kapal laut.
Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.
Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang telah mempunyai pengaruh komunis.
Kawasan Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.
Sekatan jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas barang yang mereka ada.
Kad Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun sahaja.
Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) untuk membanteras komunis. Rancangannya adalah termasuk:
Penempatan semula orang Cina. Ini adalah kerana sebahagian besar daripada ahli PKM adalah orang Cina, dan banyak orang Cina telah tinggal di kawasan setinggan semasa pendudukan Jepun (Rujuk pendudukan Jepun). Dengan kawalan dari orang Cina, jadi masalah untuk membanteras komunis adalah lebih senang.
"Kampung baru" telah diperkenalkan. Kampung telah dibina di bahagian kawasan baru yang dipilih adalah dibuat untuk menempatkan orang Cina.
Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan setinggan orang Cina dianggap sebagai sarang untuk PKM dan tempat PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan. Dengan setiap Kampung Baru yang dikawal oleh Home Guards, jadi peluang untuk PKM and Min Yuen (pengintip PKM) untuk memberi malumat dan barang keperluan kepada PKM yang melancarkan serangan gerila.
Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka menjalankan tindakan secara gerila.
Terdapat juga kumpulan yang membantu dan memberi sokongan kepada Parti Komunis Malaya iaitu Min Yuen.
Undang-undang darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk 2500 orang awam.
Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa dasar:-
Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.
Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai kampung baru.
Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur pengganas. Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap kali pengganas menyerang, mereka akan diburu habis-habisan bagi melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage).
Memperkenalkan ISA.
Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.
Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.
Bagaimanapun kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani anasir-anasir musuh.

[sunting] Langkah bukan bentuk ketenteraan
Langkah berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk:
1.Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam PKM, tetapi sebagai pengintip, (samaada secara sukarela atau melalui paksaan) Dengan makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli tentera PKM yang berada di dalam hutan.
Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu mendapatkan ganjaran untuk pendedahan setiap ahli PKM, dan dengan ganjaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. 2.Dianggarkan bahawa ganjaran sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta RM25,000 untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.
Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang diidamkan. Ini kerana penentangan mereka bukan lagi kepada pihak koloni, tetapi terhadap kerajaan anak watan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan Baling dengan wakil UMNO.
Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini kurang berkesan dengan berlakunya Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963.

Peristiwa Balai Polis Bukit Kepong adalah kesan kekejaman pengganas komunis semasa keadaan darurat selepas Perang Dunia II. Dalam kejadian tersebut balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, para anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.

Dalam mempertahankan balai polis Bukit Kepong, 17 orang anggota telah terkorban.

Permulaan
Kejadian Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak ditebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.
Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat. Ini disebabkan beberapa faktor yang menyebelahi mereka:
1.Kelebihan senjata dan jumlah keanggotaan
2.Keadaan balai polis yang terpencil
Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.
Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabal polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ malah, pengangkutan utama ke Bukit Kepong adalah dengan menaiki bot menyusuri Sungai Muar.

[sunting] Serangan Komunis
Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran. [1]
Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan beserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.
Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.
Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan balai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek kelamin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.
Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka kemudian berundur kedalam hutan, meninggalkan kesan kemusnahan dan kematian. Pihak komunis turut melontar mereka yang tercedera dan mayat mereka yang terkorban ke dalam api. Antaranya termasuk Hassan bin Abu Bakar anak kepada Konstebal Abu Bakar yang dicampak hidup-hidup kedalam api.
14 anggota polis termasuk Sarjan Jamil, 4 pengawal kampung, 3 polis bantuan, isteri Abu Bakar Daud (adalah seorang polis yang terselamat) dan tiga anak mereka terbunuh dalam kejadian tersebut. Jumlah kematian adalah 25 orang. Mereka yang terselamat pertempuran maut itu adalah 4 anggota polis dan 9 ahli keluarga termasuk isteri dan anak mereka.

[sunting] Bantuan dari perkampungan berdekatan
Semasa serangan tersebut, bantuan dihantar dari Kampung Tui semasa pertempuran bergema kebeberapa kampung berdekatan. Sekumpulan penduduk yang diketuai oleh Penghulu Kampung Ali Mustafa dari Kampung Tui diiringi oleh 13 AP/HG (Polis Bantuan - Auxiliary Police/Pengawal Kampung - Home Guard). Mereka diserang hendap oleh komunis dalam perjalanan sekitar setengah kilometer dari stesen pokis Bukit Kepung. Mereka kekurangan senjata berbanding komunis yang menggunakan senjata automatik berbanding raifal dan senapang patah yang dibekalkan kepada penduduk kampung. Beberapa pengawal kampung tercedera dan terbunuh. Walaupun tersekat, kehadiran mereka mengurangkan tekanan kepada pasukan bertahan di Bukit Kepung dan memaksa pengunduran umum komunis.
Disebabkan keadaan tidak seimbangan, Ali Mustafa mengarah pengawalnya berundur sementara yang lain diarah mempertahankan kawasan sekeliling bandar Bukit Kepong. Pihak komunis akhirnya berundur selepas membakar pejabat kampung dan merompak beberapa kedai.
Pada masa yang sama, sekumpulan pegawal kampung lain dari Kampung Durian Chondong menggunakan sampan berkayuh kearah Bukit Kepong bagi memberi bantuan. Dalam perjalanan, mereka turut diserang hendap oleh komunis. Hanya separuh daripada 7 penduduk dalam kumpulan tersebut terselamat untuk terus ke Lenga. Mereka sampai kesana pada 10am dan ketika itu berita mengenai serangan keatas balai polis Bukit Kepong disampaikan.
[sunting] Selanjutnya
Apabila pengawal kampung memasuki kampung Bukit Kepung, mereka dapat melihat kemusnahan akibat serangan kejam tersebut. Ketua kampung mengambil alih pentakbiran pos luar tersebut sehingga diganti oleh pasukan polis dari Muar. Pertempuran Bukit Kepong dianggap sebagai kekalahan tragik yang bagaimanapu mengukuhkan lagi semangat kerajaan dan penduduk untuk memerangi pengganas komunis. Sepasukan kecil berjuang menentang pasukan yang jauh lebih besar meningkatkan semangat dan moral dalam perjuangan menentang komunis. Terdapat pendapat yang menyamai peristiwa Bukit Kepong dengan Alamo, di mana anggota polis Bukit Kepong sama seperti penduduk (Texans) berhadapan dengan cabaran yang hebat dan berjuang sehingga ketitisan darah terakhir.

[sunting] Mereka yang terselamat
Anggota Polis
Konstabel Othman Yusoff (meninggal);
Konstabel Marin Abu Bakar Daud (meninggal);
Konstabel Tambahan Ahmad Khalid (meninggal);
Sarjan Haji Yusoff Rono (78 tahun pada tahun 2000, meninggal dunia pada tahun 2005)
Ahli keluarga anggota
Mariam Ibrahim - balu Konstabal Muhamad Jaafar
Zainun Muhamad - anak perempuan Konstabel Muhamad Jaafar
Abu Samah Muhammad - anak lelaki Konstabel Muhamad Jaafar
Zaleha - anak perempuan Konstable Muhamad Jaafar
Jamilah - anak perempuan Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hussain - anak lelaki Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Fatimah Abdul Manan @ Timah Lawa - isteri Konstabel Hassan Osman
Pon Khalid - isteri Konstabel Marin Awang Ali
Fatimah Tuani - isteri Konstabel Hamzah Ahmad

[sunting] Mereka yang terbunuh dalam pertempuran
Anggota Polis
Sarjan Jamil Mohd Shah (KPB Bukit Kepong)
Koperal Mohd Yassin Haji Wahab (T/KPB Bukit Kepong)
Lans Koperal Jidin Omar
Konstabel Hassan Osman
Konstabel Hamzah Ahmad
Konstabel Jaafar Hassan
Konstabel Muhamad Jaafar
Konstabel Marin Ibrahim Adam
Konstabel Abu Mohd Ali
Konstabel Abu Kadir Jusoh
Konstabel Marin Awang Ali
Konstabel Marin Basiron Adam
Konstabel Tambahan Mohd Top Lazim
Konstabel Tambahan Jaafar Arshad
Polis Bantuan
AP Samad Yatim
AP Mahmood Saat
AP Ali Akop
AP Othman Yahya
Keluarga Anggota
Allahyarhammah Fatimah Yaaba - isteri kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Hassan Abu Bakar - anak lelaki kepada Konstabel Marin Abu Bakar Daud
Allahyarhammah Saadiah - isteri kepada Konstabel Abu Mohd Ali
Allahyarhammah Simah Abu - anak kepada Konstabal Abu Mohd Ali
Anggota Polis Bantuan (AP) dan Pengawal Kampung yang terkorban dalam pertempuran diluar balai polis
AP Redzuan Alias
Embong Lazim
Mendiang Koh Ah Cheng

Rundingan Damai Baling merupakan perundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Rundingan ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Baling, Kedah Darul Aman, Malaysia pada 28 dan 29 Disember 1955.
Rombongan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, David Marshall dan Hamid Jumat sementara rombongan PKM terdiri daripada Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin.

[sunting] Sebelum perundingan

Rundingan Baling 1955
Pada bulan Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin Peng.
Tawaran Chin Peng tidak dihiraukan oleh Kerajaan kerana PKM sudah lemah. Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis di dalam hutan. Rundingan dengan komunis yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar.
Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu pada bulan Julai 1955. Pada bulan September 1955, kerajaan menabur 40 juta surat tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang. Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan Februari 1956.
Setiausaha Antarabangsa DAP dan Ketua Bureau NGO, Ronnie Liu Tian Khiew dalam laman web DAP pada 5 Ogos 2005, mendakwa bahawa Chin Peng adalah salah satu faktor memaksa pihak British memberikan kemerdekaan kepada Malaysia. Tetapi ada pihak yang berpendapat bahawa cadangan Liu itu adalah kurang tepat kerana Parti Komunis Malaya sudahpun lemah dan terpaksa memohon perundingan dilakukan pada 1955. Malah, pihak kerajaan yang mengetahui kelemahan Parti Komunis Malaya menolak permintaan langsung Parti Komunis Malaya agar dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik.
Selain itu, sekiranya Parti Komunis Malaya memberi tekanan kepada pihak British, sudah pasti pihak British tidak akan melepaskan Tanah Melayu untuk merdeka kerana sekiranya Tanah Melayu jatuh ketangan komunis, ini akan menjejaskan bekalan bahan mentah yang amat diperlukan British bagi membangunkan semula industri mereka selepas Perang Dunia II.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun. Pada 31 Ogos, 2007, Malaysia telah menyambut ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-50.
Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.
Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti am di Malaysia.

[sunting] Tema
Berikut merupakan tema-tema Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini.
Tahun
Tema
1970
Muhibah dan Perpaduan
1971
Masyarakat Progresif
1972
Masyarakat Adil
1973
Masyarakat Kebudayaan Malaysia
1974
Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975
Masyarakat Berdikari
1976
Ketahanan Rakyat
1977
20 Tahun Bersatu Maju
1978
Kebudayaan Seni Perpaduan
1979
Bersatu Berdisiplin
1980
Berdisiplin Berbakti
1981
Berdisiplin Berharmoni
1982
Berdisiplin Giat Maju
1983
Bersama ke Arah Kemajuan
1984
Amanah Asas Kejayaan
1985
Nasionalisme Teras Perpaduan
1986
Bangsa Tegas Negara Teguh
1987
Setia Bersatu Berusaha Maju
1988-1989
Bersatu
1990
Berjaya
1991
Wawasan 2020
1992
Wawasan Asas Kejayaan
1993
Bersatu Menuju Wawasan
1994
Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995
Jatidiri Penggerak Wawasan
1996
Budaya Penentu Kecapaian
1997
Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
1998
Negara Kita Tanggungjawab Kita
1999
Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006
Keranamu Malaysia
2007
Malaysiaku Gemilang
2008
Perpaduan Teras Kejayaan

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails