1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 Julai 2009

Bermesra dengan gajah

BERATNYA boleh menyamai bas sekolah. Jika bermain di kebun getah, boleh meranapkan lebih 300 pokok semalaman.

Justeru, apakah fungsi sebenar mamalia darat terbesar ini?“Ibarat orang membuat taman. Jika tidak dicantas selalu, tumbuhan tidak akan tumbuh cantik atau sempurna.“Itulah antara tugas gajah, mencantas tumbuhan renek sehingga dahan pohon yang lebih tinggi.“Dengan ini, ia membantu kitaran hidup tumbuhan dalam hutan,” kata Timbalan Ketua Unit, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Ahmad Kamsul Alias,Beliau berkata demikian ketika menyambut peserta Kembara Zoom Malaysia anjuran majalah pelancongan Gaya Travel Nusantara dan Tourism Malaysia, baru-baru ini.Beliau berkata, pusat itu menempatkan gajah yang dirawat selepas pulih dari kecederaan akibat jerangkap haiwan liar atau tersesat dalam kawasan kampung untuk mencari makanan selepas terpisah dari kumpulan.

“’Sanum’, 5, umpamanya ditemui calar-balar dengan kesan taring di leher pada 2007 dipercayai diserang harimau. Walaupun tidak mempunyai ekor, ia pulih sepenuhnya selepas setahun menjalani rawatan. “’Selendang’ pula cacat selepas kaki kiri depan terputus ketika melepaskan diri daripada jerat dawai yang dipasang pemburu haiwan. Haiwan itu kini bebas bergaul bersama rakannya yang lain.“’Siput’ ditemui selepas aduan orang kampung mengenai anak gajah mengamuk di ladang gajah di Sungai Siput.

Ia menumpahkan susu getah kerana amat laparkan susu. Anak gajah biasanya menyusu antara 18 bulan dan dua tahun,” katanya.Tiga gajah yang dinamakan sempena dengan tempat dijumpai ini antara sebahagian besar anak yatim yang menjadi penghuni pusat ini.Berbanding dengan rakan lain yang kembali ke habitat asal, anak gajah ini tidak dilepaskan semula kerana dikhuatiri tidak mampu berdikari.Justeru, usah berharap menyaksikan aksi gajah melukis, bermain bola atau menunggang dalam hutan seperti di Chiang Mai atau Phuket, Thailand.

Pusat ini lebih menerapkan usaha pendidikan dan memulihara hidupan liar ini.Namun, anda dijamin akan terhibur dengan aksi genit anak gajah ini seakan-akan berada di padang permainan. Keletahnya tak ubah anak kecil yang tidak betah diam dan gemar berendam dalam air Sungai Teris yang cetek.Seperti kanak-kanak kecil yang pantang dihulurkan gula-gula, anak gajah ini ternyata amat gemarkan kacang.

Pengunjung berpeluang memberi makan gajah lebih tua buah-buahan tempatan seperti tembikai atau betik.Lazimnya, selepas waktu makan tengah hari, pengunjung diberikan kesempatan untuk menunggang gajah dewasa termasuk Lokimala, 71, Pian, 35 dan Abot, 14. Tiada bakul penumpang disediakan, sebaliknya pelancong duduk di atas gajah bersama dengan pekerja pusat itu.

Lawatan ke pusat ini akan lebih bermakna apabila pengunjung berpeluang memandikan gajah, pengalaman unik yang tidak ditawarkan mana-mana kem gajah di Asia Tenggara. “Kadangkala, ‘Pian’ boleh membawa antara tiga dan lima orang. Sebaik memasuki air, akan menjatuhkan semua penumpang di belakangnya ke dalam sungai. Aktiviti ini kini menjadi tarikan utama pelancong asing.

“Apabila yang tua dibersihkan, anak gajah dibawa memasuki sungai. Geli hati melihat gajah ini bergolek-golek seakan meminta badannya dibersihkan,” katanya.Ada kalanya, anak gajah ini akan menyembur air antara satu sama lain kerana hidupan ini diketahui tidak tahan cuaca panas.Selendang, gajah betina yang kudung satu kaki juga tidak mahu ketinggalan berendam dalam air sungai cetek.Ahmad Kamsul berkata, aktiviti bermula selepas jam 12.30 tengah hari dan pelancong berpeluang melihat habitat hidupan liar ini secara dekat.“Gajah Asia hanya boleh didapati di Myanmar, Thailand, Laos dan Malaysia. Dianggarkan ada kira-kira 1,200 gajah di Semenanjung Malaysia iaitu di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor,” katanya.

>>TRIVIA GAJAH

- Mamalia darat terbesar ini boleh mencecah berat bas sekolah, 450 kilogram (kg). Berat ini menyebabkan ia tidur berdiri. Jangka hayatnya antara 80 hingga 100 tahun.

- Gajah tidak tahan panas dan amat suka berendam sama ada dalam air atau lumpur. Telinganya kelihatan seperti kipas berfungsi melancarkan pengaliran darah sekali gus menyejukkan badan.
- Gajah berkomunikasi dengan frekuensi rendah yang hampir tidak dapat dikesan oleh pendengaran manusia. Ini membolehkan ia kembali kepada kumpulannya walaupun dalam hutan tebal.
- Belalai gajah boleh menyedut sehingga 11.5 liter atau tiga gelen air untuk diminum atau disembur ke bahagian badan ketika mandi.
- Haiwan ini hanya tidur kira-kira empat jam sehari dan memerlukan kawasan yang luas untuk bermain dan sebagai sumber makanan. Oleh itu, ia menghasilkan 36kg najis sehari.

INFO

PKGK ditubuhkan lebih 20 tahun lalu oleh Perhilitan sebagai pangkalan Unit Tangkapan Gajah. Unit ini bertanggungjawab menangkap gajah tersesat dan tercedera sebelum dilepaskan kembali ke habitat semula jadi.

Bagi memastikan kunjungan anda berbaloi, pastikan tiba awal pagi. Bawa bersama baju ganti dan tuala untuk menyertai aktiviti memberi makan dan mandi bersama gajah yang bermula pada jam 12.30 tengah hari.

Pusat ini tidak mengenakan sebarang bayaran masuk. Bagaimanapun, anda dinasihatkan membuat tempahan di talian 09-2790391 kerana hanya 120 pengunjung pertama dibenarkan menyertai aktiviti menunggang dan mandi bersama gajah.

CARA KE SANA

Kuala Gandah satu setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Ambil susur keluar ke tol Lanchang. Ambil kiri dan ikut papan tanda ke pusat ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails