1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 Julai 2009

Catatan tinggalan silam

JIKA ada yang belum mendengar nama Gangga Negara, berkunjung ke Muzium Beruas Perak untuk mendapat maklumat mengenai dua kerajaan yang pernah bertapak di utara tanah air sekitar abad ke-8.Mengikut catatan, Beruas, pekan kecil kira-kira 48 kilometer km) dari Lumut, Perak ini pernah menjadi pusat pemerintahan Kerajaan Melayu Beruas dan Gangga Negara.

Malah, kedua-dua kerajaan agung yang bertapak kira- kira 600 tahun lalu itu dipercayai wujud lebih awal daripada Kerajaan Melayu Melaka.Ini dapat dibuktikan menerusi kesan artifak ditemui di sepanjang tebing Sungai Beruas.Pelancong yang singgah ke muzium dibuka pada 1995 ini dapat menyaksikan tinggalan artifak termasuk seramik dari Dinasti Qing, bekas colok ketika perkembangan tamadun awal Hindu dan pinggan mangkuk abad ke-19 dari England.

Selain pinggan mangkuk berusia ratusan tahun, anda juga dapat menyaksikan jongkong timah yang digunakan sebagai mata wang masyarakat silam. Turut dipamerkan lesung diperbuat daripada campuran batu dan simen, berukuran 55 sentimeter tinggi.Muzium yang terletak 60 km dari Ipoh ini turut menyimpan pelbagai barangan daripada tembaga.

Ini termasuk kacip tembaga, batu lesung, batu pengisar tepung dan bekas pembakar kemenyan.Artifak lain yang mencuri tumpuan termasuk serpihan takar lama, sudu, mangkuk, senduk, tembaga, tembikar China berwarna biru putih dan ketulan besi, periuk tanah, batu giling dan manik.Kegiatan ekonomi masyarakat ketika itu boleh diketahui menerusi alat mendulang daripada kayu dan besi serta senjata seperti parang dan lembing yang berusia kira-kira 500 tahun.

Sebelum pulang, jangan lupa bergambar dengan meriam seberat 128 kilogram (kg) yang ditemui di Kampung Pulau Meranti oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Manjung ketika kerja pembersihan Sungai Beruas dijalankan pada 1986.Pengarah Muzium Perak, Nor Janati Ibrahim, berkata tapak asal muzium itu adalah bangunan menempatkan mahkamah dan pernah dijadikan pejabat, sebelum kerja ubah suai dijalankan pada 1994 yang dibiayai Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.Katanya, selepas selesai pada 23 Mei 1995, bangunan itu diserahkan kepada
Kerajaan Perak melalui Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Habib Mansor oleh Ketua Pengarah Muzium Negara, Mohd Zulkifli Abdul Aziz.

SEJARAH BERUAS
- Berdasarkan buku Sejarah Perak karangan Tun Seri Lanang, Beruas dibuka Raja Acheh, Malik Al Mansur pada kurun ke-15 selepas baginda diusir dari istana kerana melakukan perbuatan sumbang.
Selepas penat belayar, Malik dan rombongannya sampai dan berehat di bawah sepohon pokok yang dikenali pokok Beruas. Bermula dari sinilah Beruas mendapat namanya.

Terdapat juga bukti yang menunjukkan pusat pentadbiran Kerajaan Melayu Beruas bertapak di Kampung Kota, kira-kira tiga kilometer dari pekan Beruas.Kesan peninggalan seperti perkuburan raja lama serta tapak pintu gerbang Kerajaan Melayu Beruas masih jelas kelihatan.

INFO
Muzium itu dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.
Mereka yang ingin berkunjung atau mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan Muzium Beruas boleh menelefon 05-6740160.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails