Pada 6-7 Mac 2010,kami bersama dengan 20 orang saudaraku pergi ke Kedah kerana ada kenduri kahwin abang saudaraku di Kuala Ketil. Sambil itu, kami ada pergi beberapa pelancongan di Kedah & balik ikut Lebuhraya Butterworth-Kulim.Antaranya:
1.Sungai Merbok
Apakah istimewanya burung ini? Mungkin rakyat negeri berkenaan saja mempunyai jawapannya.
Apapun, Sungai Merbok yang airnya mengalir lesu hingga ke muara bertemu Tanjung Dawai pernah melakar sejarah tersendiri yang kini semakin dilupakan.
Jika rajin menyingkap sejarah, beberapa lokasi di sepanjang tebing sungai itu pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Kedah pada abad ke-19 yang membina bandar serta istana. Antaranya Lubuk Pusing di Kampung Bukit Kecil dan Pulau Tiga dekat kawasan perumahan elit Laguna Merbok di Sungai Petani.
Di Lubuk Pusing (kini dikenali Teluk Bayu), Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pernah bersemayam di situ dengan membina istana dan pelabuhan, manakala Pulau Tiga pula tempat persem-bunyian Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah ke-2 dari buruan tentera Siam.
Menyedari kesinambungan sungai terbabit harus dipulihara, Kerajaan Kedah dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Rasha Utara Enterprise (RUE) memilih Sungai Merbuk sebagai antara lokasi dalam program promosi pelancongan dikenali ‘Jom Pedeghaih Pusin Kedah’ (Jom Pederas Pusing Kedah).
Kami yang turut sama menyertai pakej promosi pelancongan itu dengan menaiki bot persiaran Princess Amira milik RUE meninggalkan jeti terbabit pada jam 4.30 petang menuju ke Kampung Sungai Jagung untuk meninjau projek ikan dalam sangkar di kawasan berhampiran.
Hanya mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan mengharungi sungai berkenaan, kami sampai ke destinasi pada jam 5 petang. Di situ, kami diberi penerangan mengenai cara mengusahakan projek terbabit yang kebanyakan ikan dipelihara ialah siakap dan kerapu.
Tidak jauh dari situ, ada satu lagi projek ternakan ikan dalam sangkar. Di sini kelihatan peraih sedang berurusan dengan pengusahanya. Bagaimanapun, kami tidak pasti jenis ikan yang diternak di kawasan itu kerana bot terus meluncur meninggalkan lokasi terbabit.
“Jika menyusuri sungai pada awal pagi, pelancong berpeluang melihat burung bangau terbang secara berkumpulan dan burung helang meninjau mencari ikan untuk dijadikan mangsa.
Sebelum dibawa melawat, pegawai Jabatan Perhutanan akan memberi taklimat kepada pelancong mengenai hutan bakau serta hidupan lain di sepanjang sungai berkenaan.
Taklimat itu diberikan di Pusat Informasi Hutan Bakau Jabatan Perhutanan yang menyediakan pelbagai maklumat selain gambar mengenai hidupan di sepanjang sungai terbabit.
Sepanjang lawatan juga, pelancong diberi penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan nelayan sungai seperti projek ikan dalam sangkar, mencari ketam dan siput serta tempat yang mempunyai unsur sejarah dan mitos di Pulau Tiga.
Perjalanan ke Teluk Bayu mengambil masa 45 minit, ke Tanjung Dawai kira-kira satu setengah jam, manakala ke Pulau Tiga yang sesuai untuk meman-cing cuma setengah jam.
Malah, selepas puas menikmati keindahan panorama di sepanjang Sungai Merbok, pengunjung boleh menikmati pelbagai masakan enak di restoran D’ Jetty di Jeti Semeling.
- Dari Sungai Petani: Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit perlu melalui jalan lapangan terbang dan terus ke Kampung Sungai Layar Hujung. Dari kampung itu cuma satu kilometer untuk sampai ke jeti berkenaan.
- Dari Alor Star: (Ikut jalan lama) perlu melalui pekan Bedong. Dari pekan terbabit teruskan pemanduan ke pekan Semeling. Dari situ perlu ambil simpang di sebelah kiri terus ke Jambatan Semeling yang menjadi peng-hubung pekan itu dengan Kampung Sungai Layar Hujung.
- Keterangan lanjut hubungi Rasha Utara Enterprise (RUE) di talian 017-5745032 atau 012-5904585.
Fakta: Jeti Sungai Merbok
- Dibina pada 2004 untuk dijadikan terminal feri ke Pulau Langkawi, tetapi dibatalkan kerana sebab tertentu.
- Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) akan membangunkan kawasan sepanjang Sungai Merbok termasuk menaik taraf Jeti Semeling dalam usaha menjadikan sungai terbabit sebagai destinasi berkonsepkan eko pelancongan.
- Kerajaan negeri merancang mengintergrasikan Sungai Merbok, Sungai Petani dan Lembah Bujang sebagai satu pakej pelancongan moden, artifak sejarah dan pelancongan eko.
- Sungai Merbok pernah digunakan pedagang dari India, China dan Arab untuk berdagang dengan Kedah.
- Sungai Merbok menjadi antara pusat pemuliharaan hutan bakau terpenting di negara ini yang dikendalikan Jabatan Perhutanan.
2 ulasan:
bang info dah cantik tp gambar salib and xder lagsung lambang yang kita bangga degan negara kita
Apa yg salib?
Catat Ulasan