1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 November 2009

Keasyikan Kg. Pulau Suri




Menaiki bot menyusuri Sungai Kelantan untuk ke Homestay Kampung Pulau Suri, Tumpat, Kelantan. – UTUSAN/Hafiz Johari




TUMPAT 2 Nov. – Mohd. Ikmal Faiz Ramli, 11 tahun, dilahir dan dibesarkan di Kampung Pulau Suri, nama sempena seorang bidan kampung, salah seorang anggota masyarakat peneroka perkampungan itu yang wujud sejak 1920-an. Kampung Pulau Suri yang dihubungi dengan bot penambang merupakan antara 13 buah pulau kecil yang berpenghuni, terletak di muara sungai Kelantan dan paling hampir dengan Laut China Selatan.
Terdapat 70 buah rumah di kampung agak sunyi itu yang dihuni 435 orang, kebanyakannya nelayan, juga menjalankan kerja kampung yang lain termasuk bertukang dengan pendapatan kecil, sekadar menampung keperluan harian.
Bagi Ikmal, sungai yang mengalir lesu itu merupakan medan permainannya dan bagi ayahnya pula di situlah tempat mengapungkan rezeki buat keluarga dengan menebar jala dan memukat.
Tiada apa yang istimewa bagi keluarganya mengenai tempat mereka meneruskan kehidupan, selain sungai, pohon-pohon tumbuh meliar merimbuni tebing, bunyi unggas dan haiwan seperti biawak yang sekali sekala kelihatan di permukaan air.
Berbeza dengan Mizuno yang sebaya tetapi berasal dari Osaka, Jepun ketika dijemput di jeti Tok Majid, Tumpat menaiki bot menyusuri sungai tidak berhenti-henti bertanya ibunya mengenai hampir semua yang ada di sekeliling.
Apalah sangat dengan deburan air yang diredah bot, lalu terpercik ke muka, namun disahut dengan ketawa Mizuno yang kadang-kala kejab memeluk jaket keselamatannya.
Pandangan Mizuno asyik terarah kepada jajaran pohon kelapa di Teluk Renjuna itu sesekali melambai kumpulan kanak-kanak tidak berbaju dan terjun dari tebing Kampung Beluru.
Dia tercengang melihat wanita menyiang ikan di jeti kemudian memusingkan kepala setiap kali bertembung bot memuatkan hasil kampung, memerhatikan gelagat beruk memetik kelapa serta wau yang menerbitkan bunyi.
Mizuno juga asyik melihat anak kampung melibas bola takraw dan keriangan meneguk air kelapa muda. Segalanya terlalu asing tetapi begitu menarik perhatian.
Dua hingga tiga kali dalam sebulan rumah keluarga Ikmal dikunjungi tetamu dalam dan luar negara dan baru-baru ini Mizuno dan keluarganya turut bertandang.
Ibu Ikmal, Siti Fatimah Seman, 47, memberitahu, kampung mereka terpilih mengikuti projek inap desa (homestay) yang membuka peluang kepada tetamu luar merasai pengalaman hidup di kampung nelayan tradisional.
Siti Fatimah yang merupakan Pengerusi Kumpulan Wanita Nelayan (Kunita) itu disedarkan bahawa lokasi persekitaran dan corak kehidupan tradisional mereka sebenarnya mempunyai daya tarikan dan boleh mendatangkan pulangan jika dimanfaatkan.
Menyahut seruan kerajaan agar memanfaatkan kelebihan kampung itu termasuk semangat kekitaan di kalangan mereka dalam gerak kerja kemasyarakatan dan sebilangannya turut serta dalam program inap desa, suatu yang begitu asing selama ini.
Sejak akhir tahun 2000 telah wujud inap desa di kampung itu yang diselia oleh Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat dan disertai oleh 20 penduduk tempatan.
Mereka mendaftar sebagai peserta inap desa dengan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan Malaysia.
Selaku ibu yang menghabiskan masa di rumah, Siti Fatimah bersama suri rumah lain perlu berperanan besar yang menyediakan suasana yang lebih selesa kepada tetamu, termasuk penginapan dan keidahan persekitaran.
Selain hasil sewaan bilik, dengan kedatangan tetamu, banyak sumber rezeki lain bercambah untuk dijadikan pendapatan tambahan termasuk membuih kuih muih tradisional dan barangan cenderamata.



Pengunjung dapat melihat aktiviti beruk memetik kelapa di Homestay Kampung Pulau Suri, Tumpat.





Ikan kering dan serunding juga laris manakala tumbuhan mengkuang di belakang rumah dijadikan pelbagai produk kraf seperti beg wanita, tudung saji dan bekas pensil.
Sejak lima tahun ini kemasukan pelancong juga bertambah. Walaupun penduduk kampung hanya mengenal sepatah dua bahasa Inggeris namun ia tidak menjejaskan perhubungan dengan pelancong.
Walaupun sapaan hanya senyuman dan anggukan namun bukan penghalang anak-anak seperti Ikmal mengajak sahabat barunya itu bermain sepak takraw atau berbasikal mengelilingi kampung.
Aktiviti harian penduduk seperti beruk Pak Ismail menurunkan kelapa atau menjaring ikan di sungai, meraut lidi kelapa dijadikan penyapu, menjemur daun mengkuang untuk kraf dan nipah bagi dijadikan rokok, dan menjahit pukat sudah cukup menjadi tarikan buat pelancong.
Atau membawa mereka bersama meredah sungai dalam kepekatan malam untuk menyirat pukat dan mengutip hasil tangkapan.
Penduduknya masih mengamalkan ciri-ciri kehidupan masyarakat desa dalam serba sederhana dan masih mengenalkan warisan tradisi.
Ikmal menjadi tok juara atau penyanyi bagi kumpulan Tunas Harapan Pulau Suri mengadakan persembahan menyambut ketibaan pelancong, selain silat dan tomoi. Kampung itu juga sering dikunjungi produksi dan krew stesen televisyen.
Baru-baru ini, penduduk menyambut ketibaan kumpulan panel dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) setelah kampung itu dinilai bagi Anugerah Pertandingan Desa Wawasan Nelayan dan Kunita Jaya peringkat kebangsaan setelah muncul juara di peringkat negeri.
Panel penilai meninjau seluruh kampung, meneliti persiapan penduduknya di samping bersoal jawab dengan penduduknya untuk menentukan tempat di peringkat kebangsaan.
Pada 2005, Kampung Pulau Suri mendapat tempat ketiga Anugerah Desa Cemerlang peringkat jajahan Tumpat anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilyah. Diikuti tempat kedua dalam Pertandingan Keceriaan Kampung sempena Ulang Tahun Kemerdekaan tahun 2006.
Hadiah dalam bentuk projek serta peruntukan dari agensi kerajaan yang terlibat digunakan untuk membangunkan kemudahan di kampung tersebut, antaranya membina jeti baru, dewan orang ramai, membesarkan bengkel Kunita, membaik pulih bengkel bot serta membina tangki air yang baru

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails