Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Blog lain
Malaysia Secara Ringkas
Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.
Muat turun Risalah: Percutian Menarik
Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!
Selamat menyambut kemerdekaan ke 54
"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"
Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda
WOW!!
I love Malaysia!!!!!!!
03 November 2009
Jalan utama ke Muzium Perang runtuh
Dalam kejadian yang berlaku kira- kira pada pukul 10 malam tadi, tiada kecederaan dilaporkan, namun ekoran insiden itu, semua pengunjung terpaksa berjalan kaki sejauh hampir satu kilometer untuk sampai ke muzium tersebut.
Pemilik muzium, Johari Shafie yang kesal dengan keadaan itu memberitahu, kebimbangan mengenainya telah pun disuarakan dua bulan lalu kepada pihak bertanggungjawab, namun tiada maklum balas diterima hingga hari ini.
''Saya sudah lapor kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Tanah Daerah Barat Daya dan juga Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebab pemaju ini menceroboh tanah rizab serta potong pokok, dan ini yang jadi punca runtuh tapi semua pihak berkuasa senyap sahaja.
''Sudah jadi tanah runtuh malam tadi. Saya tak boleh diam sahaja kerana ia melibatkan keselamatan pengunjung ke muzium ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Muzium Perang yang merupakan salah satu destinasi pelancongan di negeri ini dibuka secara rasmi pada 2002 dan beroperasi setiap hari sebanyak dua sesi iaitu bermula 9 pagi hingga 6 petang dan 7 petang hingga 11 malam.
Beliau berkata, susulan daripada itu, satu laporan dibuat di Balai Polis Batu Maung pada pukul 11.30 malam tadi dan laporan 15 muka surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri pada pagi ini.
Menurutnya, laporan polis dan SPRM terpaksa dibuat kerana khuatir ada unsur-unsur sabotaj, jenayah, rasuah dan paling utama keselamatan pengunjung ke tempat tersebut.
''Saya sebenarnya melihat seolah- olah pihak pemaju ini ada imuniti kerana tidak ada sebarang tindakan diambil ke atasnya sedangkan apa yang berlaku ini adalah satu kesalahan.
''Malah, sejak projek pembinaan mula dijalankan penghujung tahun lepas, sebanyak tujuh laporan ragut kami terima yang dipercayai berlaku berikutan ramai pekerja asing di situ. Sebelum ini tak pernah ada kejadian seperti ini.
''Disebabkan perkara ini juga kami terpaksa menanggung kerugian apabila hasil jualan menurun kira-kira 40 peratus dan pengunjung pun sudah tak ramai sebab bas tak boleh nak naik ke atas," ujarnya.
Johari berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Abdul Malik Kassim untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan