Resort di sini menawarkan pelbagai pilihan pendakian yang sukar tetapi memuaskan hati.
Pastikan anda sampai di Gua Rusa menjelang jam 6 petang untuk menyaksikan pemandangan hebat berjuta-juta ekor kelawar yang terbang keluar dari gua untuk mencari makanan di dalam kegelapan malam. Tetapkan kamera anda pada tahap ASA 800 untuk mengambil gambar 'pertunjukan' ini dengan jelas kerana lampu kamera anda tidak dapat membantu dalam usaha menangkap gambar ini.
Bot ekspres:Anda juga boleh menaiki bot ekspres dari Kuala Baram (perjalanan selama tiga jam) ke Marudi. Dari Marudi, naik bot ekspres komersial ke Kuala Apoh atau Long Panai di Sungai Tutoh (sebatang anak sungai, Sungai Baram). Bot ekspres ini berlepas dari Marudi setiap hari pada waktu tengahari dan kembali ke Marudi awal pagi keesokan harinya. Perjalanan ini mengambil masa kira-kira tiga jam. PenerbanganSyarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengendalikan tiga penerbangan harian dari Miri ke Mulu (penerbangan selama 30 minit). Baru-baru ini, sebuah anak syarikat Air Asia iaitu FAX juga telah memulakan perkhidmatan penerbangan ke Mulu.
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: http://www.mulupark.com//
Penginapan
Selain dari resort utama di taman negara iaitu Royal Mulu Resort terdapat juga asrama-asrama, kabin-kabin malah sebuah rumah panjang berhawa dingin untuk pilihan anda.
Untuk menempah pakej percutian, klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan