1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 Julai 2009

Warisan kolonial Kuala Lipis

SEBAGAI bekas ibu negeri Pahang dari 1890-an hingga 1955, Kuala Lipis sudah menikmati pembangunan hasil perlombongan khazanah buminya.Warisan penjajahan ini dapat dilihat menerusi bangunan lama dengan seni bina kolonial yang masih kukuh hingga kini.

Rumah Rehat Residen yang dibina pada 1867, Sekolah Menengah Clifford yang didirikan pada 1913 selain kompleks pejabat kerajaan dan Pahang Club menjadi tarikan pelancongan di bandar kecil ini.

Kampung halaman penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ini turut memegang satu lagi rekod dengan Batu Tanda Kosong atau Zero Miles Stone.

Terletak berdekatan pejabat pos di tengah bandar, ia menjadi ukuran jarak tempat standard di negara ini. Batu ini menandakan permulaan sukatan jarak bagi Pahang dan kiraan kosong bermula dari Kuala Lipis.

Kata-kata seperti 'ada kilometer kosong rupanya kat Lipis'' daripada mulut warga luar sering terdengar apabila batu yang mempunyai kedudukan istimewa ini.

Lipis dengan keluasan 527,861 hektar adalah daerah ketiga terbesar Pahang selepas Jerantut dan Rompin. Sebahagian kawasannya dilitupi alam semula jadi seperti hutan simpan, hidupan liar, air terjun, jeram, tasik, gua dan gunung.

Bagi peminat aktiviti lasak, anda boleh meneroka Gua Bama di mukim Telang dan Taman Rimba Kenong di Hutan Simpan Yong. Ia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna serta landskap semula jadi yang belum diterokai sepenuhnya.Ia turut menyimpan keindahan gua batu kapur di Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangga, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau dan Gua Hijau.

Ia menjadi tumpuan aktiviti jelajah gua, perkelahan, fotografi dan kayak.Aktiviti sama boleh dilakukan di Tasik Empang Jaleh berkeluasan 73.74 hektar di Lebuhraya Timur Barat dan Taman Rekreasi Sungai Yu di mukim Batu Yon kerana aliran air sungainya yang bersih dan jernih.

Selain itu, Hutan Lipur Ulu Jerangsang (Lata Serondong) di Hutan Simpan Bukit Taching dan Pusat Rekreasi Air Jeram Besu turut menawarkan percutian rekreasi cukup menarik jika anda gemarkan aktiviti lasak.

Hutan Simpan Bukit Taching yang dibangunkan sebagai produk pelancongan pada awal 90-an kini popular dengan penemuan bunga terbesar dunia, bunga pakma atau Rafflesia.

Anda boleh meneroka keindahan Taman Negara menerusi pintu masuk Merapoh. Dan, jangan lupa melawat santuari kelah bagi merasai pengalaman berenang bersama ratusan ikan air tawar.Jika bermalam di Taman Negara, pastikan anda menyertai acara merentas denai untuk melihat aktiviti hidupan liar. Kawasan Gua Gajah dan Gua Peningat menjadi tumpuan pelbagai spesies burung.

Kini, Lipis kian mendapat tumpuan peminat sukan motor lasak di litar Taman Tasik Burung Mandi. Dengan cerun curam dan litar berselut, ia memberikan halangan semula jadi kepada pelumba. Jika mahu merasai percutian dalam suasana desa, Homestay Kuala Medang di mukim Ulu Jelai memang popular di kalangan pelancong asing.

Kuala Medang adalah kampung tradisional di pedalaman, jauh dari kesibukan kehidupan kota. Inilah peluang melihat pemandangan indah, jeram dan pokok bakau.Mereka yang datang bersama ahli keluarga boleh membawa anak kecil ke Zoo Lipis di Bukit Bius, Kuala Lipis.

Ia memiliki tarikan musang jebat dan beruk Jepun.Banyak lagi yang menarik mengenai Lipis jika berpeluang merasai sendiri. Jadi, hantar borang cuti, sediakan bajet mencukupi untuk berseronok sepuas hati.

>>CARA KE SANA

ANDA boleh memandu sendiri atau menaiki pengangkutan awam, bas atau teksi. Bandar Lipis terletak 180 km dari Kuala Lumpur, 258 km dari Kuantan dan 300 km dari Kota Bharu. Jika anda dari Singapura, boleh menaiki kereta api yang bertolak jam 8 jam setiap hari.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails