Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Blog lain
Malaysia Secara Ringkas
Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.
Muat turun Risalah: Percutian Menarik
Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!
Selamat menyambut kemerdekaan ke 54
"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"
Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda
WOW!!
I love Malaysia!!!!!!!
03 Julai 2009
Dua hari mudik Sungai Nenggeri
Aktiviti berakit selama dua hari ini diadakan secara dua peringkat bermula dari Gua Cha dan bermalam di penempatan Orang Asli Pos Pulat.
Peringkat kedua dari Pos Pulat ke Kampung Star dengan jarak kira-kira 40 km. Ekspedisi akan membawa peserta melewati 10 jeram yang mencabar kecekalan minda.Mereka yang mahu mencuba aktiviti lasak ini boleh memulakan perjalanan dari Bandar Gua Musang ke Kampung Kuala Betis sebelum berakit di Gua Cha.
Tiba di Gua Cha berhampiran Kuala Betis, anda dapat melihat tapak arkeologi paling penting di Semenanjung Malaysia.Namanya mungkin kurang dikenali, tetapi di kalangan pengkaji sejarah, gua itu cukup penting kerana penemuan pelbagai barangan dan rangka manusia dipercayai berusia kira-kira 1,000 tahun.
Di Gua Cha, ada dua lagi gua dikenali sebagai Gua Batu Kukup dan Batu Lindungan serta mempunyai kesan lubang yang digali pengkaji selepas penemuan pelbagai jenis tembikar purba.Ada lebih 30 kesan peninggalan manusia zaman Hoabinhian dan Neolitik di gua berkenaan di samping penemuan tembikar purba pelbagai bentuk dan hiasan menarik. Kini, kesan lubang besar yang menjadi tempat penemuan rangka mayat manusia purba masih dapat disaksikan di kawasan sekitar gua.
Pengunjung dapat melihat pelbagai spesies tumbuhan herba liar yang digunakan meluas dalam perubatan.Ini termasuk orkid hutan, Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Jika bernasib baik, anda dapat melihat kesan tapak kaki dan laluan haiwan liar seperti gajah dan kesan harimau serta rusa.Ekspedisi seterusnya melewati Jeram Batang, Jeram Manik, Jeram Gading, Jeram Mehmud dan Jeram Segalong sehingga Kampung Star.
Sepanjang perjalanan, peserta didedahkan dengan landskap kehijauan alam semula jadi sambil ditemani kicauan unggas dan sesekali bunyi hidupan liar. Anda juga boleh singgah di perkampungan Orang Asli Pulat, untuk mengetahui cara hidup mereka. Masyarakat yang mendiami penempatan ini terdiri daripada suku kaum Temiar dengan populasi 180 orang. Ketika bermalam di Pos Pulat, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan Orang Asli daripada suku Sewang. Ia pasti kenangan yang sukar dilupakan.
>Info>
>TARIKAN MENARIK DI GUA MUSANG
Taman Etnobotani membolehkan pengunjung berkenalan dengan pelbagai spesies tumbuhan herba dan ratusan jenis rempah yang biasanya hanya boleh dilihat di kedai.
Daerah ini juga menjadi pintu masuk ke Taman Negara melalui Kuala Koh. Pengunjung boleh memilih untuk bermalam, melawat perkampungan Orang Asli dekat taman ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan