1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 Julai 2009

Istimewanya Dabong

SELAIN menyediakan pelbagai makanan enak, negeri Cik Siti Wan Kembang mempunyai banyak lokasi tarikan pelancongan untuk diteroka.Terkenal dengan Pantai Seri Tujuh di Tumpat, zon bebas cukai di Rantau Panjang, Pantai Irama di Bachok, pusat peranginan dan perikanan Tok Bali di Pasir Puteh, Tasik Pergau di Jeli manakala pelbagai jenis gua di Dabong dan Gua Musang.

Jika berkunjung ke Kelantan, pastikan anda melawat Dabong, kira-kira 160 kilometer ke barat Kota Bharu.

Biarpun dikatakan agak terpinggir daripada arus kemodenan, pekan kecil yang dikelilingi hutan tropika itu amat sesuai untuk mereka yang menggemari aktiviti rekreasi mencabar seperti mendaki gunung, menjelajah gua dan berakit menerjah arus deras serta jeram.

Dabong bukanlah sesuatu yang asing untuk masyarakat di negara ini kerana ia popular dengan air terjun Jelawang yang mengalir deras ke bongkahan batu Gunung Stong yang dipercayai tertinggi di Asia Tenggara.

Tidak jauh dari gunung berkenaan, terletaknya empat gua menarik yang giat dipromosikan sebagai lokasi tarikan pelancong jika mengunjungi Dabong.Gua Ikan, Gua Gelap (atau juga dikenali sebagai Gua Batu Tersusun), Gua Keris dan Gua Pagar, mungkin asing bagi sesetengah orang, tetapi bagi golongan pencinta alam, ia amat popular.

Empat gua itu menyimpan pelbagai sejarah serta mitos tersendiri dan ramai mengakui sukar menaklukinya.Menurut peneroka gua, Fauzi Hussin, nama Gua Ikan diperoleh ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan di gua itu.

Ada mitos mengatakan dulu terdapat sejumlah ikan menghuni di gua itu dan ia dijadikan lokasi masyarakat Melayu kuno mengadakan majlis perkahwinan.Namun, berbanding empat gua berkenaan, Gua Gelap paling mencabar dan sukar dimasuki kerana laluannya yang sempit dan gelap.Pengunjung yang mahu ke Gua Keris dan Gua Pagar perlu melalui Gua Gelap dengan mengiring sebelum merebahkan badan dan mengensot secara melentang untuk melepasi laluan rendah serta sempit di pintu gua.

Bagi masyarakat tempatan, gua itu umpama perjalanan bayi yang gelap di dalam rahim ibunya sebelum bertarung nyawa ketika dilahirkan ke dunia.Sesuai dengan namanya, Gua Gelap itu memang gelap dan pengunjung perlu menggunakan lampu suluh atau berpandukan cahaya yang melepasi lubang depannya.

Di sepanjang laluannya, pengunjung boleh melihat stalaktit serta stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air sejak ribuan tahun dulu, bersinar terang apabila disuluh cahaya.Menurutnya, kebanyakan susunan batu di gua berkenaan diusik dan dipindahkan golongan yang mencari batuan zamrud yang kononnya dikatakan banyak terdapat di gua itu.

Tidak jauh bezanya dengan Gua Keris yang mempunyai trek pendakian yang agak mencabar dengan pengunjung perlu memanjat batu licin.

Namun, kepenatan mendaki sejauh kira-kira 100 meter dari Gua Gelap pasti terubat sebaik saja tiba di dalamnya.

Menyambut kunjungan pengunjung ialah ukiran batu semula jadi seumpama sebilah keris yang terpacak di bumi, hasil cantuman stalaktit dan stalagmit.Berbeza dengan gua lain, Gua Keris mempunyai permukaan yang mendatar dan luas seumpama sebuah padang bola sepak.Gua itu dipercayai pernah didiami manusia dulu kala serta dijadikan sebagai lokasi untuk berlatih silat.Menjelajah ke seluruh pelosok gua ini memang memberi kenangan indah kepada sesiapa saja terutama si pencinta alam.Keindahan stalaktit dan stalagmit yang berkilauan apabila terkena cahaya memang melekakan pandangan sesiapa juga.

Terdapat pelbagai jenis flora dan fauna di gua ini antaranya sejenis flora istimewa yang sukar ditemui di tempat lain yang dikenali sebagai 'Vaughan's Balsam'. Selain di gua berkenaan, ia dikatakan hanya terdapat di Perlis dan Selatan Thailand.Dalam pada itu, keempat-empat gua berkenaan boleh diterokai dalam tempoh separuh hari jika pengunjung mempunyai masa yang terhad dan menghabiskan bakinya dengan bermandi-manda di tempat perkelahan air terjun yang berdekatan.

Biarpun berpotensi dijadikan sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong di Kelantan tetapi ia seakan dipinggirkan pihak berkuasa tempatan (PBT ) yang dikatakan tidak menyedia dan menyelenggara kemudahan asas dengan baik.Keadaan kemudahan tempat berehat, laluan perjalanan, papan tanda serta tandas yang disediakan memang cukup mendukacitakan.

Biarpun dikenakan bayaran masuk, tandas yang disediakan tidak mempunyai lampu dan bekalan air yang begitu perlahan selain kebersihan yang tidak dijaga.Selain itu, PBT juga wajar meletakkan papan tanda yang sesuai dan bukan hanya berharap papan tanda daripada kertas fotostat kemudian ditampal di sekitar gua berkenaan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails