Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Blog lain
Malaysia Secara Ringkas
Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.
Muat turun Risalah: Percutian Menarik
Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!
Selamat menyambut kemerdekaan ke 54
"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"
Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda
WOW!!
I love Malaysia!!!!!!!
03 Julai 2009
Banglo mewah ala kolonial
Menyingkap sejarah silamnya, Smoke House asalnya sebuah banglo sumbangan Persatuan Palang Merah Jerusalem yang berpangkalan di England yang dibina pada 1924 . “Ia lebih kepada tempat beriadah pesara dan bekas tentera Inggeris ketika penjajahan British di Tanah Melayu waktu itu,” kata Pengurusnya, S Hafiz.
Bangunan milik D & H Country Homes Sdn Bhd ini kemudian dikenali sebagai Smoke House pada 1937 dan sejak itu mula mendapat perhatian pelancong luar negara.Reka bentuk kolonial bangunan asal masih terpelihara lengkap dengan ruang bacaan, restoran dan bar mini seakan-akan rumah di pedalaman desa Inggeris.
Lima suite mewah termasuk dua suite bulan madu di tingkat atas dengan hiasan dalaman berbeza bagi setiap bilik yang melambangkan cita rasa Inggeris sebenar. Manakala di bahagian bawah ditempatkan enam bilik iaitu tiga standard room, dua cottage dan satu family suite dengan pendiang yang masih berfungsi. Menurutnya, harga bilik yang ditawarkan tetap sepanjang tahun antara RM308 dan RM495.Pilihan hidangan harian mengikut cita rasa tradisional Inggeris seperti Devonshire Tea, Yorkshire Pudding, Deep Wellington dan teh herba dan pai epal dengan krim.
Tidak perlu terbang jauh, aturkan percutian ke Bukit Fraser atau Little England Malaysia ini untuk merasai suasana percutian di desa Eropah.
>Info
> Bukit Fraser (1,524 meter) menjanjikan pemandangan indah bangunan kolonial dalam cuaca sejuk pergunungan sesuai untuk mereka yang bercuti bersama keluarga.
> Bagi penggemar sukan golf, mereka boleh melakukan aktiviti itu di Kelab Golf Bukit Fraser (FHGC) yang menjadi padang golf tanah tinggi pertama di negara ini yang dibina pada 1925.
> The Paddock yang bakal dinaik taraf menyediakan pengalaman menunggang kuda dan memanah.
> Tasik Allan atau Allan Water pula sesuai untuk aktiviti santai menaiki bot, manakala tarikan lain termasuk taman ros dan Air Terjun Jeriau.> Pengunjung boleh memilih sama ada untuk mengikuti aktiviti rentas denai sambil mempelajari manfaat pelbagai spesies tumbuhan hutan termasuk orkid liar.
> Bukit Fraser dengan suhu purata antara 21 hingga 23 darjah celsius sepanjang tahun juga menjadi tumpuan peminat burung setiap tahun kerana memiliki kira-kira 250 spesies burung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan