1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

13 Ogos 2012

Terbaik dari dapur Riverstone

Ramadan muncul lagi. Seperti biasa pada tahun ini Riverstone Eco Resort di Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves menampilkan kelainan dari segi hidangan makanan yang disajikan kepada pengunjung.

Menu kali ini mengetengahkan masakan paling istimewa dan terbaik dari dapur yang diilhamkan sendiri oleh Pengurus Besar Riverstone Eco Resort, Hamidah Asararuddin.

Di situ kelak, kita boleh menikmati masakan seperti kambing masak kencur, arnab rendang dan itik masak ketumbar sepanjang Ramadan. Masakan ini dihidangkan setiap hari di Restoran D'River untuk dinikmati pelanggan sepanjang bufet Ramadan di resort yang terletak dekat Hulu Yam, Selangor itu.

Hamidah berkata, masakan popular seperti patin masak tempoyak, ayam panggang Riverstone dan wedang serey tetap disajikan seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Wedang serey dan kandungan bahan-bahannya adalah minuman berkhasiat untuk menurunkan tahap kolestrol, melancarkan perjalanan darah serta membuang angin dalam badan.

"Masih mengekalkan konsep masakan Jawa, bufet ini juga akan menghidangkan tiwol, pisang godog, ubi godog dan pecel. Selain itu, urap kecipir dan tempe goreng bawang putih turut dihidangkan," katanya kepada S2.

Katanya, pelanggan yang ingin menikmati keindahan malam, hidangan ringan seperti soto, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, cendol dan kuih muih boleh singgah menjamu selera di resort berkenaan.

Tambahnya, pada tahun ini hanya 35 jenis menu sahaja disajikan berbanding tahun lalu, namun mutu sajian adalah yang terbaik pernah disajikan.

"Kambing masak kencur merupakan kombinasi terbaik yang pernah dihidangkan. Kencur bertindak sebagai ejen membuang angin, melegakan senak perut dan sakit sendi.

"Sementara itu, daging arnab pula rendah kolesterol dan lemak, mempunyai protein dan serat yang tinggi. Ia sesuai dimakan oleh penghidap tekanan darah tinggi dan gout.

"Manakala, daging itik pula mengandungi lemak tidak tepu yang rendah dan tinggi kandungan protein. Ketumbar pula boleh menurunkan tahap kolestrol dan gula dalam darah," katanya.

Beliau berkata, kemudahan surau juga disediakan sama ada untuk solat Maghrib ataupun solat tarawih.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails