1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

29 Julai 2011

Pakej pengembaraan Helikopter 1Malaysia

Kementerian Pelancongan menggalakkan idea kreatif dan inovatif digunakan dalam usaha mempromosikan sektor pelancongan bagi menarik perhatian pelancong bercuti di Malaysia.Sehubungan itu, kementerian tersebut melancarkan pakej pengembaraan Helikopter 1Malaysia yang memberi peluang orang ramai merasai pengalaman menaiki helikopter.
Menterinya, Datuk Seri Ng Yen Yen berkata, pakej pelancongan mewah itu merupakan salah satu daripada usaha kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama pendapatan negara.
"Kehadiran negara jiran yang turut mempromosikan sektor pelancongan mereka menjadikan persaingan semakin sengit bagi menarik kemasukan pelancong asing. Justeru itu, kita perlu meningkatkan kreativiti dalam perkhidmatan dan produk pelancongan.
"Projek ini juga bagi mencapai sasaran kemasukan 36 juta pelancong dengan hasil pendapatan RM168 juta menjelang tahun 2020," katanya selepas merasmikan Pakej Pengembaraan Helikopter 1Malaysia di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) di sini hari ini.
Tambah beliau, kementerian telah mengenal pasti enam agensi pelancongan yang menawarkan pakej helikopter sesuai dengan kehendak pelancong pada harga yang kompetitif.
Agensi tersebut ialah Elite Luxury Vacation Sdn. Bhd., Discover Borneo, Langkawi Helicopte Xtours, Amazing Borneo Tours & Events, Shajasa Travel & Tours dan Global International Travel & Tours Sdn. Bhd.
Mereka yang mengambil pakej pelancongan helikopter itu berpeluang melihat destinasi popular seperti Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Langkawi pada ketinggian sehingga 1,500 kaki sambil mendengar taklimat daripada juruterbang yang juga akan bertindak sebagai pemandu pelancong.
Pakej pelancongan itu boleh dinikmati pada kadar RM1,250 hingga RM4,950 bergantung kepada tempoh penerbangan dan boleh dinaiki oleh tiga hingga enam penumpang.
Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui laman sesawang www.tourismmalaysia.gov.my.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails