1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

16 April 2011

Mencari kedamaian di Pulai Springs

SUASANA eksklusif yang memberi keselesaan maksimum kepada pengunjung di Executive Deluxe dalam pakej penginapan The Anugraha di Pulai Springs Resort.


Sebaik memasuki pintu masuk Pulai Springs Resort yang terletak di Pulai, Johor sesiapa saja pasti merasakan diri mereka telah memandu ke dimensi berbeza.
Keindahan barisan pokok yang memagari lapangan golf, kesegaran pemandangan anak sungai dan air terjun sebelum tiba di rumah kelab memberi suasana berbeza berbanding keadaan di luar resort ini, sepadan dengan lokasinya yang berada di kaki Gunung Pulai.
Hanya setengah jam dari Johor Bahru, kunjungan ke sini memberi kelegaan daripada rutin berdepan kesesakan jalan raya di kota. Ia lokasi yang sangat sesuai bagi mereka yang mendambakan kedamaian tetapi tidak mahu terlalu jauh daripada kemodenan metropolis.
Kedudukannya juga strategik bagi pelancong asing yang memilih untuk menginap di pinggir bandar raya ini sebelum bersiar-siar ke Johor Bahru dan Singapura kerana hanya sejam diperlukan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai.
Memang diakui ia menjadi tumpuan kaki golf pada Sabtu dan hujung minggu. Namun itu tidak bermakna resort tersebut eksklusif kepada peminat sukan itu saja kerana ia tempat yang baik untuk berehat sama ada sendirian, bersama pasangan tercinta atau seisi keluarga.
Ini dapat dirasai setiba di rumah kelab yang seolah-olah memberi satu kesedaran budaya melalui reka bentuk istana lama Melayu dengan bumbung tinggi, struktur kayu dan kekuda unik serta lantai marmar corak batik dan hiasan bermotif tradisional yang diabadikan dalam ukiran penuh ketelitian.
Tidak lengkap bercerita tentang resort itu tanpa penerangan lanjut mengenai keselesaan penginapan daripada Pengurus Komunikasi Pemasarannya, Nik Adura Zuliana Nik Rashid.
Beliau turut menunjukkan hotel butik ala tropika, 'The Anugraha' yang mempunyai pemandangan memukau dari 22 bilik luas yang menghadap rumah kelab dan lubang terakhir dua lapangan golf 18 lubang bertaraf kejohanan.
Pilihan lain adalah 113 bilik di hotel apartmen Cinta Ayu All-Suites yang berkonsep kontemporari dengan hiasan Bali, landskap tropika dan kolam ikan koi yang terletak di Melana Course.
Harganya berpatutan malah pakej promosi yang selalu ditawarkan adalah antara tarikan kepada pengunjung warga tempatan ataupun luar negara
Seperti mana resort lain, Pulai Springs Resort turut memiliki fasiliti sukan dan rekreasi dengan pasukan pengajar dan penyelamat yang menguruskan program kecergasan serta aktiviti air kepada mereka yang suka berenang.
Selain tiga kolam renang, pengunjung juga boleh memanjakan diri di The Pulai Spa dengan keindahan gunung selepas bersenam di gimnasium, bermain tenis, ping-pong dan skuasy atau selepas berehat di jakuzi, sauna, bilik tayangan, atau membaca di perpustakaan.
Selepas menjalankan pelbagai aktiviti, perut mungkin mula berkeroncong. Terus sahaja menjamu selera di Qing Palace Chinese Restaurant. Dewan makan dihias perabot antik, lukisan dan ukiran serta tanglung sutera seolah-olah ruang santap diraja China.
Mereka yang beragama Islam tidak perlu risau kerana makanan di restoran tersebut adalah halal.
Bagi mereka yang lebih suka kepada makanan tempatan dan Barat, hidangan seperti kari dan kepak ayam pedas mungkin pilihan terbaik di The Gleneagles Terrace yang boleh dinikmati sambil dibuai irama live band.
The Waterfalls Café di kawasan kolam renang juga memberi peluang kepada mereka yang letih berenang untuk menyegarkan badan.
"Pulai Springs Resort juga menawarkan kemudahan untuk konvensyen, seminar, bankuet dan mesyuarat melalui Kayangan Suites yang bertemakan produk agrikultur utama Johor suatu ketika dulu atau Dewan Inderaputera yang berkonsepkan seni bina Melayu.
"Dewan Kencanapuri pula adalah dewan bankuet berhawa dingin yang mampu menempatkan 700 orang untuk makan malam atau 1,200 orang bagi susunan kerusi ala teater," ujar Nik Adura kepada S2 baru-baru ini.
Secara keseluruhannya, Pulai Springs Resort bukan sekadar tempat bermain golf tetapi juga satu lokasi santai yang jauh daripada kehidupan kota di mana sesiapa saja akan dapat merasakan dirinya bersatu dengan alam.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails