1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

02 Oktober 2010

Buaian dari China ganti Eye On Malaysia



Mohd. Ali Rustam memotong riben sebagai gimik melancarkan Bas Coaster Panorama dan Sejuta Poskad Melaka Maju 2010 di Melaka Sentral, Melaka semalam.


Kemelut 10 bulan mengenai nasib roda gergasi Eye On Malaysia yang menjadi pertikaian antara kerajaan negeri dan pemilik asalnya Fitraco NV dari Belgium berakhir hari ini.
Buaian gergasi yang pernah menjadi mercu tarikan pelancong ke negeri ini tidak akan wujud lagi di tapaknya bersebelahan dengan Kota Laksamana berdekatan muara Sungai Melaka apabila kerja-kerja memindahkan produk itu giat dijalankan.
Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati kira-kira 20 pekerja mula menanggalkan kesemua gondola- gondola menggunakan sebuah kren pengangkut.
Gondola-gondola yang ditanggalkan itu kemudiannya dimuatkan di tiga buah lori kontena yang berada di situ untuk dibawa keluar dari tempat tersebut.
Menurut beberapa pekerja di tapak itu yang enggan nama mereka disiarkan memberitahu, mereka diarahkan untuk menanggalkan kesemua komponen buaian gergasi itu dalam tempoh tiga minggu.
''Kami sudah mula menanggalkan buaian gergasi ini sejak semalam dan kerja-kerja ini perlu diselesaikan dalam tempoh tiga minggu untuk mengangkut keluar dari sini," katanya.
Sementara itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, beliau melahirkan rasa lega buaian itu diangkut keluar dari negeri ini.
''Saya bersyukur segala kemelut sudah berakhir. Buaian ini tidak akan wujud lagi di tapak asalnya dan ini juga membolehkan kita membeli buaian yang hampir serupa dari China," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Bas Coaster Panorama dan Sejuta Poskad Melaka Maju 2010 di Melaka Sentral di sini hari ini.
Katanya, beliau telah dimaklumkan syarikat dari Belgium telah berjaya mendapatkan pembeli buaian gergasi itu.
''Saya tidak tahu syarikat mana yang membeli buaian ini tetapi bagi kerajaan negeri keputusan memindahkan produk ini cukup melegakan," katanya.
Beliau menambah, kerajaan negeri telah memutuskan untuk membeli produk yang sama dari China bagi menggantikan Eye On Malaysia yang mula beroperasi sejak September 2008.
Katanya, dua buaian gergasi dari China yang dicadang untuk dibeli bernilai RM7 juta dengan ketinggian 82 meter manakala satu lagi setinggi 125 meter dengan harga RM15 juta.
''Kita belum buat keputusan tetapi buaian gergasi baru yang akan dibina nanti tetapi ia akan dibangunkan di satu tapak lain berhampiran tempat permainan layang-layang bersebelahan tapak lama Eye On Malaysia," katanya.
Mengenai kadar sewa tapak yang ditetapkan oleh kerajaan negeri terhadap Fitraco NV sebanyak RM10,000 sehari sejak operasi buaian itu diarahkan berhenti 7 Januari lalu, beliau berkata, jika syarikat itu enggan menjelaskannya, perkara itu akan dibawa ke mahkamah untuk tindakan lanjut.
Pada 15 September 2009, Fitraco NV, sebagai pemilik asal buaian gergasi itu memfailkan saman terhadap Eye On Malaysia Sdn. Bhd (EOM) dan MST Ad Suria Sdn. Bhd. (MST) selepas syarikat terbabit gagal melunaskan tunggakan hutang bagi menyewa dan membawa buaian berkenaan ke Malaysia pada 2006.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails