1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

25 April 2010

Kuching Bandaraya Warisan Dunia

Kementerian Pelancongan sedia membantu dan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sarawak dalam usaha menjadikan Kuching sebagai Bandaraya Warisan Dunia ketiga di Malaysia.
Timbalan Menteri Pelancongan, Datuk Dr. James Dawos Mamit bagaimanapun berkata, kerajaan negeri perlu menyediakan kertas kerja terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menurutnya, kementerian akan membantu mengemukakan permohonan tersebut setelah kertas kerja itu siap.
"Jika Kuching mendapat status berkenaan, Sarawak akan mendapat faedah yang banyak daripada pengisytiharan itu terutamanya daripada peningkatan jumlah pelancong ke negeri ini.
"Antara warisan yang dimiliki Sarawak adalah peninggalan sejarah hasil pemerintahan Rajah Brooke yang tidak dimiliki oleh negara lain di dunia ini," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri persidangan tahunan Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) 2010 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.
Ketika ini, UNESCO telah memberi pengiktirafan Bandaraya Warisan Dunia kepada Pulau Pinang dan Melaka.
Dalam pada itu, Dawos memberitahu, UNESCO akan mengambil masa selewat-lewatnya sehingga satu tahun untuk memberi kelulusan mengenai kelayakan Sarawak untuk mendapat status Bandaraya Warisan Dunia kerana badan dunia itu perlu membuat penilaian terlebih dahulu.
Ujarnya, beliau yakin Sarawak mempunyai kelebihan dan PATA dijangka membantu usaha kerajaan negeri bagi mencapai hasrat berkenaan.
"Kita (Kuching) tidak perlu risau dengan persaingan, sebab kita ada banyak tinggalan sejarah meraik yang boleh dipromosi, daripada zaman pemerintahan Rajah Brooke lagi, zaman kolonial dan British.
"Lihat kepada bangunan bersejarah kita dan muzium kita, ia adalah keunikan yang perlu kita promosikan dalam usaha kita menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails