1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kedah. Papar semua catatan

06 Ogos 2011

Bawal goreng panas Alor Setar

JAGA KUALITI... Pekerja di Restoran 'Bawal Goreng Panas-Panas' di Jalan Putra, Alor Setar, Kedah ini sentiasa memastikan ikan yang ditempah oleh pelanggan, dibakar dan dicampur rencah secukupnya bagi menjamin kualiti serta rasanya.



JIKA anda mencari juadah istimewa ketika berada di Alor Setar, Kedah, maka hidangan nasi berlauk ikan bawal goreng panas yang cicah air asam pastinya boleh menjadi menu pilihan anda.
Salah satu restoran yang menyajikan hidangan ringkas itu sebagai menu utama ialah di Restoran Bawal Goreng Panas-Panas di Jalan Putra yang diusahakan seorang peniaga,Amna Abu Bakar, 29.
Restorannya dibuka pada pukul 10 pagi hingga 3 petang. Dari pukul 7 malam hingga 1 pagi pula restoran ini bertukar nama menjadi 'Ikan Bakar Perahu Besar' yang mana hidangan ikan bakar bersama masakan Thai disediakan.
Menurut Amna, hidangan utama yang sering dicari pelanggan ialah ikan bawal goreng panas dan ikan keli goreng panas yang dicicah dengan air asam istimewa.
"Selain itu, kari ikan nyok-nyok yang merupakan resipi warisan keluarga kami juga menjadi kegemaran pelanggan di sini dan memang apabila mereka kali pertama mencubanya mereka akan datang semula ke restoran ini," katanya kepada S2 di restorannya di sini baru-baru ini.
Kata Amna, hidangan lain ialah seperti ikan bakar, ayam bakar, ulam-ulaman, sambal belacan dan pelbagai lagi lauk-pauk yang dimasak sendiri olehnya.
"Harga di sini berpatutan. Hanya dengan RM7 pelanggan boleh menikmati nasi, ikan bawal serta air asam," jelasnya.
Amna memberitahu, di restorannya, segelas air teh O ais dan air teh O panas dijual hanya 50 sen sahaja.
"Saya sengaja jual 50 sen segelas supaya pelanggan ingat restoran saya," katanya.
Amna mengambil tempahan katering dan jamuan berbuka puasa sempena Ramadan. Bagi yang ingin menempah anda boleh menghubungi Amna di talian 012-5960054.

21 Mei 2011

Mandi-manda sampai pagi!

KEBIASAANNYA, kita mengelak untuk berendam di dalam air untuk sebarang aktiviti mandi-manda. Namun berbeza dengan pengunjung di kolam ini. Mereka gemar berendam sampai ke pagi! Begitulah keunikan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong dekat Baling, Kedah.
Ia menjadi tarikan penduduk di utara Semenanjung sebagai destinasi mandi-manda dalam kolam-kolam air panas yang terdapat di situ.
Disebabkan keistimewaan itu, lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung waktu malam yang akan terus bersantai di situ sehingga ke pagi. Ini kerana hanya pada waktu itulah, pengunjung dapat merasai kesegaran berendam di dalam air panas.
Pusat rekreasi ini diselia oleh Majlis Daerah Baling (MDB) yang menyediakan kemudahan dan prasarana serba lengkap sebagai sebuah destinasi pelancongan utama di daerah itu.
Mengikut rekod MDB, kehadiran pengunjung mencecah antara 2,000 hingga 3,500 orang pada malam minggu dan cuti perayaan.
Pusat rekreasi ini mula 'dikerumuni' pengunjung seawal pukul 9 malam dengan waktu kemuncak menjelang detik 12 tengah malam.
Tinjauan S2 mendapati suasana kolam-kolam air panas sepanjang waktu itu adalah meriah apabila pengunjung sama ada kecil atau besar mula 'melabuhkan' badan untuk berendam dalam tempoh tertentu demi menikmati kehangatan asli air panas yang mengandungi bahan sulfur.
Teknik dan prosedur yang perlu dipatuhi pengunjung ialah perlahan-lahan memasukkan kaki terlebih dahulu ke dalam kolam agar sesuai dengan suhu badan.
Jika tersalah teknik atau terburu-buru terjun ke dalam kolam air panas, tidak mustahil pengunjung boleh menghadapi masalah kejutan badan.
Lebih menarik, pengunjung boleh memilih kolam mana mengikut kesesuaian kerana setiap kolam mempunyai tahap suhu yang berbeza.
Selain itu, terdapat juga pengunjung yang sekadar bersantai duduk di tepi kolam untuk menghirup bayu malam sambil 'ditemani' kepulan asap nipis yang muncul dari permukaan air panas.
Menurut pengurus pusat rekreasi tersebut, Afif Shaari, kawasan berkeluasan 2.8 hektar itu turut memiliki calet, dometri, kedai serta gerai makanan.
"Kami juga menawarkan kemudahan penginapan untuk pengunjung yang mahu mandi sampai ke pagi," katanya.
Seorang pengunjung, Everilda Stanilus, 19, dari Keningau, Sabah, teruja dengan pusat air panas ini yang memiliki keistimewaan tersendiri.
Katanya, tempat mandi khusus untuk wanita, kanak-kanak dan dewasa membolehkan pengunjung mandi sepuas hati di situ.
Rakannya, R. Nisya, 19, mengakui seronok bersantai di pusat rekreasi tersebut kerana kolam-kolamnya mempunyai suhu air yang sesuai dengan penerimaan tubuh.
"Selain mandi-manda, kami juga boleh menginap di calet yang disediakan," katanya yang pertama kali mengunjungi pusat rekreasi tersebut.

30 April 2011

Kereta kabel malam Langkawi

TARIAN kebudayaan bagi menyambut kedatangan pengguna kereta kabel langkawi di puncak Gunung mat chincang.


BAGAIKAN tidak lengkap kunjungan seseorang ke Pulau Langkawi jika tidak menaiki kereta kabel Langkawi yang terletak di Oriental Village, Gunung Mat Chincang yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan kenderaan dari Pekan Kuah.
Tarikan tersendiri yang ada pada kereta kabel Langkawi terutama keindahan alam semula jadi yang boleh dinikmati sepanjang perjalanan kira-kira 919.5 meter dengan gondola itu, sekali gus meletakkan ia sebagai salah sebuah lokasi pelancongan utama pulau bebas cukai itu.
Sumbangan kereta kabel Langkawi dalam pembangunan industri pelancongan turut dibuktikan apabila kereta kabel Langkawi yang kini dikendalikan Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB), telah menerima beberapa pengiktirafan.
Ini termasuklah Anugerah Produk Pelancongan Cemerlang Terbaik menerusi Anugerah Industri Pelancongan Langkawi 2010/2011 oleh Kementerian Pelancongan, baru-baru ini.
Malah idea PLSB, yang juga subsidiari kepada Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB), memperkenalkan perkhidmatan kereta kabel pada waktu malam sejak 28 Januari lalu dilihat sebagai salah satu usaha untuk terus menarik lebih ramai pelancong ke pulau bebas cukai itu.
Berbanding sebelum ini waktu operasi sehingga 6 petang dari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat hingga Ahad sehingga 7 malam. Kini waktu operasi dilanjutkan sehingga 10 malam sepanjang hujung minggu iaitu bermula Jumaat, Sabtu dan Ahad serta cuti umun serta cuti persekolahan.
Ketua Pegawai Operasi PLSB, Ebi Azly Abdullah berkata, ada banyak sebab kenapa pengunjung tidak harus melepaskan peluang menaiki kereta kabel pada sebelah malam kerana pengalaman yang dirasai cukup berbeza.
Menurutnya, pengunjung bukan sahaja menikmati panorama dan menyedut udara segar di sebelah malam, tetapi lebih daripada itu.
‘‘Selain merasai perbezaan suhu, kelajuan angin, titisan hujan, kabus dari setiap ketinggian, pengunjung juga disajikan dengan pelbagai persembahan hiburan yang menggambarkan keunikan dan kehebatan budaya masyarakat Malaysia,” ujarnya.
Menurut Ebi Azly, dengan pengenalan perkhidmatan ini, jumlah pengunjung disasarkan akan bertambah kira-kira 800,000 orang.
Tahun lalu sahaja katanya, sejumlah 689,867 pengunjung menggunakan kereta kabel termasuk pelancong asing kira-kira 291,196 orang. Ini merupakan peningkatan yang agak membanggakan berbanding 642,943 orang pada 2009.
‘‘Selepas hampir tiga bulan diperkenalkan, sambutan cukup menggalakkan diterima terutama pada hujung minggu. Kami secara agresif akan terus mempromosikan kereta kabel Langkawi kepada para pengunjung,’’ ujarnya.
Bagi yang merancang ke Langkawi pada waktu terdekat ini, jangan lepaskan peluang menaiki kereta kabel ini terutama pada waktu malam. Pengunjung juga boleh mengikuti perkembangan terkini kereta kabel Langkawi dengan melayari Twitter@LGKCableCar; Facebook (LGKcablecar), atau laman web www.langkawicablecar.com.my.

23 April 2011

Pendang Lake Resort mendamaikan

DARI jendela bilik, para pengunjung boleh menikmati pemandangan tasik yang indah, bendang padi saujana mata memandang dan tiupan bayu penenang jiwa di Pendang Lake Resort.


MENJEJAKKAN kaki di Pendang Lake Resort (PLR), Kedah pasti membuatkan setiap pengunjung terpesona keindahan dan ketenangan persekitarannya yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Berbeza dengan kebanyakan resort biasa yang mempunyai elemen tipikal, PLR menawarkan kelainan iaitu suasana damai kampung nan permai. Udara nyaman di lokasi tasik seluas 12 hektar dikelilingi sawah padi itu juga mengujakan pengunjung.
Suasana itu menggamit ketenangan jiwa, khususnya bagi pengunjung yang mahu berehat dan lari daripada suasana hiruk-pikuk serta kesibukan kota.
Dari jendela bilik resort itu, para pengunjung boleh menikmati pemandangan tasik yang indah selain suasana bendang padi serta merasai tiupan angin yang menderu di daerah Pendang.
Selain dilengkapi pelbagai kemudahan dan penginapan selesa dengan kadar berpatutan, PLR menjanjikan panorama indah dengan landskap menghijau, tasik yang tenang dan keindahan alam sekitarnya.
Tidak hairanlah, ia menjadi pilihan ramai orang sama ada secara individu, keluarga atau berkumpulan untuk pelbagai aktiviti sama ada menginap sebagai pelancong, berseminar, kursus atau kem motivasi.
Ia bukan saja menjadi lokasi percutian malah rekreasi, aktiviti sukan air, kembara, perkhemahan, hari keluarga, majlis perkahwinan, memancing dan sukan ekstrem.
Tasik tersebut dikenali sebagai Tasik Pendang atau Kolam Mada bagi penduduk tempatan manakala lokasi PLR asalnya adalah bekas kawasan paya dan sawah padi terletak di Mukim Air Puteh.
Penolong Pengurus PLR, Mohd. Shukri Man berkata, pembangunan asal di tempat itu dilakukan Majlis Daerah Pendang (MDP) dan kemudian dipajak syarikat Zulha Sdn. Bhd. pada 2004 dan seterusnya PLR yang dimiliki penuh oleh syarikat bumiputera memulakan operasi pada 1 Januari 2006.
“Kini Pendang Lake Resort menjadi pilihan pengunjung kerana lokasinya strategik, hanya 25 kilometer dari Alor Setar serta cuma 20 minit untuk sampai. Dari Plaza Tol Pendang pula hanya tiga kilometer,” jelasnya kepada S2, baru-baru ini.
PLR menjadi lokasi tarikan khususnya untuk aktiviti berkayak di tasik berkeluasan 12 hektar, panjangnya 300 meter manakala lebarnya 205 meter dan kedalaman lima meter.
PLR boleh menempatkan kira-kira 700 pengunjung pada satu-satu masa dengan menyediakan 51 bilik iaitu standard (24), deluxe (7), superior (14), junior (2) dan suite deluxe (4) manakala 10 ruang tidur besar (dormitori) dalam bentuk bilik dan blok dengan kapasiti 500 orang.
Antara kemudahan yang disediakan adalah dewan terbuka, dewan tertutup dinamakan Diamond, Sapphire, Pearle, Ruby Zamrud dan Anjung.
Orang ramai boleh menggunakan peralatan berkayak, khemah, kanopi dan kemudahan elektronik selain kawasan yang dilengkapi flying fox, trek rempuh halangan, trek joging, trek jalan kaki, surau dan sebagainya.
Dengan suasana menarik, kemudahan selesa, keunikan tersendiri dan harga berpatutan, PLR ternyata mampu meninggalkan kenangan indah dan kepuasan kepada para pengunjungnya.

02 April 2011

Terokai dunia antartik di Langkawi


Pelbagai jenis batu karang turut dipamerkan di bahagian Sub Antartik.



Melihat gelagat spesies burung hitam putih yang tidak boleh terbang itu, sudah tentu menghiburkan lebih-lebih lagi kerana haiwan akuatik tersebut mustahil untuk dilihat berkeliaran di Malaysia.
Namun kini, berdasarkan teknologi masa kini, penguin dewasa mampu hidup di Pulau Langkawi, Kedah.
Bagi mereka yang mahu melihat dengan lebih dekat gelagat nakal hidupan marin itu silalah berkunjung ke Underwater World Langkawi yang terletak di lokasi kegemaran ramai, Pantai Cenang.
Di Underwater World Langkawi, pengunjung didedahkan kepada pengalaman kehidupan pelbagai spesies hidupan liar yang hidup pada tiga ekosistem berbeza iaitu bersuhu tropika, sederhana dan sejuk.
Di bahagian Sub Antartik misalnya, kedatangan pengunjung akan disambut oleh aksi akrobatik dari anjing laut berbulu yang diberi nama sebagai Karen dan Nano.
Bahagian ini merupakan bahagian terbesar di Underwater World Langkawi dan ia meliputi kawasan seluas 60,000 kaki persegi.
Malah di bahagian itu juga, pengunjung berpeluang untuk melihat dua spesies penguin iaitu penguin berkaki hitam dan rock hopper.
Walaupun habitat asal haiwan tersebut agak berbeza dengan habitat asal, spesies penguin daripada Afrika Selatan itu semakin membiak tanpa bantuan inkubator.
Pada mulanya, Underwater World hanya membawa masuk 22 spesies penguin berkaki hitam dan lima ekor penguin rock hopper untuk dipamerkan kepada pengunjung.
Bagaimanapun, sehingga kini terdapat lebih 70 ekor penguin yang ditempatkan di sebuah kolam gergasi yang direka khas buat spesis hidupan marin itu.
Kolam tersebut bersuhu 15 hingga 17 darjah celsius dan suhu tersebut direka berdasarkan suhu habitat asalnya.
Pengunjung juga berpeluang untuk menerokai hidupan ikan air tawar di River Eco-System.
Di sini terdapat 10 tangki akuarium menempatkan beberapa hidupan reptilia yang ada di antaranya agak sukar ditemui di negara ini.
Antara hidupan yang terdapat di bahagian tersebut ialah iguana hijau, cicak Afrika, Chinese water dragon, cicak biru dari Indonesia dan sebagainya.
Manakala di bahagian kedua pula, pengunjung akan di bawa menjelajahi kawasan hutan hujan Tropika buatan manusia yang menempatkan lebih 4,000 spesies ikan air tawar dan 500 spesies hidupan liar yang lain.
Underwater World dibuka kepada pengunjung bermula pada pukul 10 pagi hingga 6 petang (Isnin hingga selasa) manakala pada musim cuti pula ia dibuka pada pukul 9.30 pagi hingga 6.30 petang.
Setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM 38 (dewasa) dan RM 28 (kanak-kanak).
Untuk maklumat lanjut mengenai Underwater World Langkawi, sila layari laman webwww.underwaterworldlangkawi. com.my.

23 Januari 2011

Menara setinggi 135 meter bakal jadi mercu tanda baru di Langkawi

GAMBAR model menara setinggi 135 meter yang akan dibina di Langkawi sebagai tarikan baru pelancongan. – bernama

LANGKAWI 22 Jan. – Sebuah menara setinggi 135 meter dengan dua ciri istimewa iaitu menara peninjau dan sebuah restoran, yang dianggar menelan kos lebih RM10 juta akan dibina sebagai mercu tanda baru pulau peranginan ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau yakin pembinaan menara yang dirancang sejak lebih 20 tahun itu bakal menjadi tarikan baru pelancongan.
“Saya diberi penghormatan menamakan menara itu, tapi belum dapat nama yang sesuai sehingga kini,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pecah tanah di tapak pembinaan menara itu di Pantai Kuah hari ini.
Beliau berkata menara itu akan membolehkan lebih 50 pengunjung berada di tingkat atas pada satu-satu masa dan pelancong dapat melihat pemandangan indah di sekelilingnya, termasuk ketika matahari terbenam.
Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan di sebuah restoran yang akan ditempatkan di menara tersebut.
Sementara itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata kerajaan negeri menyokong pembinaan menara tersebut.
“Kita memberi kemudahan kepada syarikat yang hendak membangunkan menara itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pecah tanah itu.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Blackrock, Datuk Abu Hassan Mohamed sebagai pemaju projek itu berkata, tanah seluas 11.33 hektar di pesisir pantai berhampiran Kuah akan ditebus guna pada bulan depan.
Beliau berkata projek pembinaan menara itu akan bermula Mac ini dan dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.
Katanya, sebuah pusat sehenti pelancongan dan gerai makanan yang menghidangkan juadah tempatan akan turut dibina di kawasan menara sebagai tarikan.
Selain itu, kawasan nelayan di situ akan dibangunkan untuk manfaat bersama.

22 Disember 2010

Kedamaian di Regency, Gunung Jerai


Pemandangan indah waktu senja bakal memukau setiap pengunjung.

DAHULU Pulau Serai (nama asal Gunung Jerai) terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah. Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu produk pelancongan di negeri jelapang padi itu. Keagungan sejarah Gunung Jerai dikaitkan dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan membuka penempatan di kaki gunung dan legenda batu kapal kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa.
Gunung yang memiliki ketinggian 1,217 meter (3,993 kaki) dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan itu sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
Gunung tertinggi di Kedah itu juga menyediakan kemudahan penginapan iaitu Resort Regency yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni.
Buat mereka yang ingin berkunjung ke resort tersebut hanya perlu melalui perjalanan sejauh 14 kilometer (km) dari kaki gunung ke puncak. Pengunjung tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak itu boleh dilalui menggunakan kenderaan.
Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau.
Pemandangan indah di sekeliling lokasi resort berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah.
Antara keistimewaan yang terdapat di resort tersebut ialah pelbagai aktiviti merentasi hutan bagi pencinta alam.
Kawasan ini juga memang tersedia dengan aset pelancongan sejarah termasuklah Muzium Arkeologi Lembah Bujang, pusat peranginan Batu Pahat, Sungai Titi Hayun, Sungai Merbok yang kaya dengan hutan pokok bakau dan yang terbaru adalah penemuan batu-batu karang yang cantik di Pulau Songsong.
Malah di sekitar kawasan itu juga terdapat kesan-kesan sejarah pra-Islam iaitu Nabagraha (Gunung Jerai Tapak 9) seperti gelang granit yang dipercayai digunakan sebagai pengikat tiang bendera rumah api yang berfungsi sebagai mercu tanda buat pelayar.
Resort Regency juga menawarkan hidangan masakan pelbagai juadah yang enak termasuk masakan tradisional masyarakat setempat yang memikat hati.
Lokasi biliknya yang selesa bertemankan bunyi unggas sebagai halwa telinga sungguh mengasyikkan dan yang paling menariknya ialah apabila pengunjung datang ke sana, anda boleh merasakan kedamaian yang dipenuhi dengan suasana menyenangkan.
Pengurus resort, Jasni Mohd. Supandi berkata, resort ini mula beroperasi sejak September 2009 dengan keluasan lebih lima ekar.
“Di Regency Gunung Jerai, kami menyediakan 77 buah bilik biasa, 12 bilik duluxe dan satu bilik suite buat pengunjung dari harga serendah RM130 hingga RM500.
“Selain bilik tidur, resort ini juga menyediakan kemudahan rekreasi seperti gelanggang futsal, bola keranjang, badminton, pelbagai permainan indoor, bilik mesyuarat, surau dan ladang orkid mini. Antara aktiviti yang sesuai di jalankan di resort ini seperti aktiviti merentasi hutan dan kem bina semangat,” jelasnya.

07 Mei 2010

Pasar sehari yang unik


ORANG ramai mengunjungi pasar sehari yang menawarkan pelbagai jenis barangan lama yang sukar diperoleh di tempat lain di Kampung Berjaya, Alor Setar, baru-baru ini.

Pasar sehari bukanlah sesuatu yang asing bagi masyarakat berbilang kaum di negeri ini khususnya di luar bandar yang menjadikannya sebagai tempat membeli pelbagai jenis barangan. Istimewanya pasar sehari ialah barangan yang sukar diperoleh di kedai, pasar atau pasar malam sebaliknya mudah didapati di situ, daripada hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan sehinggalah akar-akar kayu termasuk herba, rempah ratus dan pelbagai produk tradisional termasuk kuih-muih kampung turut dijual.
Namun, dalam kebanyakan pasar sehari di negeri Kedah, terdapat sebuah yang dianggap unik iaitu di Kampung Berjaya di sini.
Ia beroperasi pada setiap hari Jumaat bermula dari pagi sehingga tengah hari.
Kenapa unik? Ini kerana Pasar Sehari Kampung Berjaya merupakan satu-satunya tempat peniaga menjual barangan lama, antik atau klasik yang tidak terdapat dijual di lain-lain pasar sehari dalam negeri Kedah.
Tinjauan Utusan Malaysia ke pasar itu baru-baru ini mendapati ia cukup dikenali di kalangan peminat barangan antik yang bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar bandar raya Alor Setar, malah ramai juga yang datang dari negeri berhampiran iaitu Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Biar pun ia dikenali dengan pelbagai nama selain Pasar Sehari Kampung Berjaya seperti Pasar Jumaat kerana beroperasi hanya pada hari tersebut dan Pasar Unik, tumpuan orang ramai tidak berubah, malah semakin ramai mengunjunginya.
Antara barangan lama yang dijual di pasar berkenaan ialah barangan rumah antik seperti lampu zaman 1950-an dan 60-an, peralatan basikal atau gerek tua, kamera, alat muzik dan aksesori termasuk jam tangan klasik dan sebagainya.
Walaupun lama, barangan tersebut ternyata masih menjadi tumpuan ramai, malah ada yang dijual sehingga mencecah harga ribuan ringgit kerana kesukaran untuk mendapatkannya dan keunikan serta keaslian barangan tersebut.
Seorang pengunjung, Shamsudin Abdul Halim berkata, pasar tersebut banyak memberi manfaat kepada penggemar barangan lama khususnya yang masih mengumpulkan pelbagai koleksi barangan.
"Sebagaimana saya, seorang ahli Getuas (Persatuan Gerek Tua Kota Setar), saya dan ahli-ahli persatuan sering mengadakan aktiviti di sini kerana tempat ini memang sesuai untuk berkumpul.
"Ini kerana selain berkumpul membincangkan aktiviti, ahli-ahli persatuan dapat mencari barangan atau alat ganti basikal atau gerek milik kami yang tidak dijual di kedai-kedai pada masa kini," tambah beliau.
Seorang lagi pengunjung, Mansor Shaari, memberitahu, pasar tersebut kini mendapat sambutan memberangsangkan disebabkan produk yang dijual menepati kehendak pelanggan.
"Di sini, segala barangan lama yang sukar untuk dicari boleh ditemui, malah ia kini bernilai dan menjadi rebutan ramai," tambah beliau.
Kata beliau, sewajarnya pihak berkenaan memberi tumpuan untuk mempromosikan pasar tersebut kerana ia boleh menjadi tarikan kepada orang luar untuk mengunjungi bandar raya Alor Setar.

07 Mac 2010

tempat pelancongan di Kedah


Pada 6-7 Mac 2010,kami bersama dengan 20 orang saudaraku pergi ke Kedah kerana ada kenduri kahwin abang saudaraku di Kuala Ketil. Sambil itu, kami ada pergi beberapa pelancongan di Kedah & balik ikut Lebuhraya Butterworth-Kulim.Antaranya:

1.Sungai Merbok     

MERBOK, nama sejenis burung, amat sinonim di Kedah. Pengaruh burung bersuara emas itu cukup kuat kerana selain Sungai Merbok dan pekan Merbok, sebuah kilang memproses kayu getah di pekan itu juga diberi nama Merbok.

Apakah istimewanya burung ini? Mungkin rakyat negeri berkenaan saja mempunyai jawapannya.

Apapun, Sungai Merbok yang airnya mengalir lesu hingga ke muara bertemu Tanjung Dawai pernah melakar sejarah tersendiri yang kini semakin dilupakan.

Jika rajin menyingkap sejarah, beberapa lokasi di sepanjang tebing sungai itu pernah menjadi tempat bersemayam Sultan Kedah pada abad ke-19 yang membina bandar serta istana. Antaranya Lubuk Pusing di Kampung Bukit Kecil dan Pulau Tiga dekat kawasan perumahan elit Laguna Merbok di Sungai Petani.

Di Lubuk Pusing (kini dikenali Teluk Bayu), Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pernah bersemayam di situ dengan membina istana dan pelabuhan, manakala Pulau Tiga pula tempat persem-bunyian Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah ke-2 dari buruan tentera Siam.

Menyedari kesinambungan sungai terbabit harus dipulihara, Kerajaan Kedah dengan kerjasama Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan Rasha Utara Enterprise (RUE) memilih Sungai Merbuk sebagai antara lokasi dalam program promosi pelancongan dikenali ‘Jom Pedeghaih Pusin Kedah’ (Jom Pederas Pusing Kedah).

Menerusi program berkenaan, baru-baru ini seramai 30 pegawai dan kakitangan LPPM menyertai pakej lawatan menyusuri sungai itu yang bermula di Jeti Jambatan Semeling kira-kira enam kilometer dari Sungai Petani.

Kami yang turut sama menyertai pakej promosi pelancongan itu dengan menaiki bot persiaran Princess Amira milik RUE meninggalkan jeti terbabit pada jam 4.30 petang menuju ke Kampung Sungai Jagung untuk meninjau projek ikan dalam sangkar di kawasan berhampiran.

Hanya mengambil masa kira-kira setengah jam perjalanan mengharungi sungai berkenaan, kami sampai ke destinasi pada jam 5 petang. Di situ, kami diberi penerangan mengenai cara mengusahakan projek terbabit yang kebanyakan ikan dipelihara ialah siakap dan kerapu.

Tidak jauh dari situ, ada satu lagi projek ternakan ikan dalam sangkar. Di sini kelihatan peraih sedang berurusan dengan pengusahanya. Bagaimanapun, kami tidak pasti jenis ikan yang diternak di kawasan itu kerana bot terus meluncur meninggalkan lokasi terbabit.


Pengurus RUE, Shahanum Mohd Yusoff, 32, berkata Sungai Merbok sesuai dijadikan destinasi berkonsepkan pelancongan eko kerana mempunyai unsur sejarah selain kaya dengan khazanah alam semula jadi.

“Jika menyusuri sungai pada awal pagi, pelancong berpeluang melihat burung bangau terbang secara berkumpulan dan burung helang meninjau mencari ikan untuk dijadikan mangsa.

Beliau berkata, pihaknya menyediakan empat jenis pakej berkumpulan 25 orang bagi pelancong yang ingin menikmati percutian menyusuri sungai berkenaan iaitu lawatan ke Tanjung Dawai dengan bayaran RM500, projek ikan dalam sangkar dan chalet terapung Teluk Bayu RM250, Pulau Tiga RM150 dan projek ikan dalam sangkar Kampung Sungai Jagung RM150.

Sebelum dibawa melawat, pegawai Jabatan Perhutanan akan memberi taklimat kepada pelancong mengenai hutan bakau serta hidupan lain di sepanjang sungai berkenaan.

Taklimat itu diberikan di Pusat Informasi Hutan Bakau Jabatan Perhutanan yang menyediakan pelbagai maklumat selain gambar mengenai hidupan di sepanjang sungai terbabit.

Sepanjang lawatan juga, pelancong diberi penerangan mengenai aktiviti yang dilakukan nelayan sungai seperti projek ikan dalam sangkar, mencari ketam dan siput serta tempat yang mempunyai unsur sejarah dan mitos di Pulau Tiga.

Perjalanan ke Teluk Bayu mengambil masa 45 minit, ke Tanjung Dawai kira-kira satu setengah jam, manakala ke Pulau Tiga yang sesuai untuk meman-cing cuma setengah jam.

Malah, selepas puas menikmati keindahan panorama di sepanjang Sungai Merbok, pengunjung boleh menikmati pelbagai masakan enak di restoran D’ Jetty di Jeti Semeling.

Kami terus meninggalkan Sungai Merbok pada pukul 7 malam & bertolak pulang pada pukul 7.40 malam serta tiba di Ipoh pada pukul 10.40 malam.


Bagaimana ke sana?

- Dari Sungai Petani: Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit perlu melalui jalan lapangan terbang dan terus ke Kampung Sungai Layar Hujung.
Dari kampung itu cuma satu kilometer untuk sampai ke jeti berkenaan.

- Dari Alor Star: (Ikut jalan lama) perlu melalui pekan Bedong. Dari pekan terbabit teruskan pemanduan ke pekan Semeling. Dari situ perlu ambil simpang di sebelah kiri terus ke Jambatan Semeling yang menjadi peng-hubung pekan itu dengan Kampung Sungai Layar Hujung.

- Keterangan lanjut hubungi Rasha Utara Enterprise (RUE) di talian 017-5745032 atau 012-5904585.


Fakta: Jeti Sungai Merbok

- Dibina pada 2004 untuk dijadikan terminal feri ke Pulau Langkawi, tetapi dibatalkan kerana sebab tertentu.

- Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) akan membangunkan kawasan sepanjang Sungai Merbok termasuk menaik taraf Jeti Semeling dalam usaha menjadikan sungai terbabit sebagai destinasi berkonsepkan eko pelancongan.

- Kerajaan negeri merancang mengintergrasikan Sungai Merbok, Sungai Petani dan Lembah Bujang sebagai satu pakej pelancongan moden, artifak sejarah dan pelancongan eko.

- Sungai Merbok pernah digunakan pedagang dari India, China dan Arab untuk berdagang dengan Kedah.

- Sungai Merbok menjadi antara pusat pemuliharaan hutan bakau terpenting di negara ini yang dikendalikan Jabatan Perhutanan.


 
2.The Carnivall

The Carnivall merupakan sebuah taman tema air di Sungai Petani. Taman tema ini dibuka pada 25 Disember 2006 dan terletak kira-kira 5 km dari pusat bandar. Sekiranya anda datang dari Lebuhraya Utara Selatan, sila keluar ikut Exit 170-Sungai Petani Utara. Sila ambil jalan ke pusat bandar dan terdapat kemudahan papan tasik. Ia menyediakan pelbagai permainan yang menyeronokkan terutama ” tanda jalan untuk ke taman tema ini.
                                                                       
The Carnivall dibina lebih kurang 12 m dan 50 ekar yang berasal dari Thunderbolt Slide” yang dikatakan gelongsor tertinggi di Asia untuk seisi keluarga.
                                                                                          
Waktu beroperasi:
Isnin-Jumaat:12 tengah hari-6 petang
Hari minggu & cuti sekolah serta cuti umum:9pagi- 6 petang.

Tiket Masuk:
Dewasa:RM 20
Kanak-kanak bawah 12 tahun:RM 14
Warga emas 65 tahun ke atas & kanak-kanak bawah 6 tahun:PERCUMA
Pakej berkumpulan: SILA TEMPAH.
Antara permainan-permainan yang disediakan ialah
1.Surf Shark
*Sejenis permainan kanak-kanak bawah 11 tahun kerana gelongsornya rendah.
*Ia berkonsepkan gelongsor tropika yang dicipta membawa keseronokan kepada mereka.
*Ia diberi nama”Surf Shark” kerana bentuk gelongsornya yang berbentuk ikan jerung.

2.Tarzan In Town
*Ia dibina berkonsepkan permainan jenis’Tarzan’ seperti di TV.
*Aktiviti di dalam air di mana anda boleh melompat dari tiub ke tiub yang lain berbentuk Tarzan.

3.Water Factory
*Ia diberi nama tersebut kerana airnya dicipta seperti yang ada di kilang pembuatan air.
*Mesin ini membolehkan anda untuk menembak air ke bawah kolam dengan tangan anda tidak kira di setiap penjuru.
*Hanya perlu tekan dengan butang-butang yang disediakan.

4.Clown A Round.
*Berseronoklah dengan kemenarikan gelongsor yang berkonsepkan badut  raksasa yang melucukan.
*Badut raksasa sentiasa menunggu anda untuk menikmati keseronokan yang tidak terhingga.


5. Pink Slide
*Gelongsor yang pelbagai yang sentiasa menunggu mereka untuk membasahkan badan di bawahnya.

6.Shock Wave
*Kolam berkonsepkan ombak melambung 1.5 meter untuk menguji kekuatan fizikal dan mental.
*Kolam yang menyediakan keseronokan tanpa henti.  BEST!!!!

7.Ripple Bay          
*Menyambungkan pada ’shockwave’,ruangan terbuka untuk aktiviti berenang pusingan & disusuli dengan ombak seakan-akan kejutan elektrik tetapi jangan takut ia tidak sakit & seperti kejutan elektrik sebenar.

8.Bubble pool
*Berseronoklah dengan sungai yang panjang seperti Jacuzzi dengan buih yang mana boleh membantu seisi keluarga untuk hilangkan tekanan stres & penderitaan macam saya.

9.Super Tube
*Dibina berkonsepkan gelongsor tropika.
*Berketinggian 40 kaki & boleh dikatakan seperti di Lost World Of Tambun.
*Gelongsor yang berpusing kembar.

10.Windbolt Slide
*Gelongsor tertinggi di Asia.
*Alami keseronokan & kepuasan yang gayat.


Pusat tamadun, monumen tertua di Asia Tenggara ditemui di Sungai Batu

SUNGAI PETANI 6 Mac - Sekumpulan ahli arkeologi Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menemui sebuah pusat tamadun yang dilengkapi monumen dan batu bersurat berusia lebih 1,900 tahun di Sungai Batu, Merbok dekat sini baru-baru ini.
Misi penyelidikan yang diketuai oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM, Prof. Madya Dr. Mokhtar Saidin itu membuktikan adanya kehidupan sebuah komuniti manusia prasejarah yang serba lengkap dengan konsep sosioekonomi dan perdagangan.
Penyelidikan di kawasan seluas 3 kilometer persegi di sebuah ladang sawit di tepi Jalan Lencongan Merbok itu turut meletakkan ia sebagai pusat tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara mengatasi Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur, Indonesia.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, hasil penemuan itu amat menakjubkan kerana ia berjaya mengubah perspektif sejarah negara dan meletakkan Malaysia sebagai pusat wujudnya tamadun manusia tertua di Asia Tenggara setakat ini.
"Penemuan di kawasan Sungai Batu ini berbeza dengan artifak terdahulu.
"Sebelum ini pakar-pakar arkeologi hanya temui bangunan berciri-ciri candi purba.
''Namun, daripada kajian terbaru ia telah mendedahkan kepada kita bahawa terdapat kawasan tapak dengan batu-bata dan monumen yang berfungsi sebagai pusat penempatan, kilang besi dan dewan keramaian. Tarikh yang disahkan wujudnya kawasan ini ialah pada tahun 110 Masehi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada lawatan kerja ke Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu dekat sini hari ini.
Hadir bersama ialah Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Profesor Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid; Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain dan Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din.
Menurut Rais, selain monumen, pakar arkeologi turut menemui satu tulisan berbahasa Sanskrit Palawa pada satu batu bersurat yang berkisar tentang puisi, mantera serta kehidupan masyarakat purba.
"Penemuan monumen dan kawasan purba ini dianggap lengkap dengan adanya tulisan yang memaparkan kisah serta kepercayaan masyarakat lampau," jelasnya.
Katanya, ekoran penemuan terbaru itu, beliau akan membentangkan laporan lengkap kepada Kabinet dalam tempoh terdekat untuk mewartakan kawasan terbabit sebagai Taman Sejarah Negara.

04 Mac 2010

Keistimewaan pasar 'bisik-bisik'



SEORANG pembeli (kanan) berbisik dengan salah seorang nelayan untuk menetapkan harga ikan di Pasar Bisik di Kuala Muda, Kepala Batas, Pulau Pinang. - UTUSAN/Sazali Che Din
Seorang akauntan syarikat swasta, Roniy Foo tidak pernah bosan setiap kali menemani isterinya membeli pelbagai jenis hasil laut yang terdapat di Pasar Bisik    Kuala Muda di sini.
''Pertama, ia menjanjikan pengalaman baru setiap kali datang melihat suasana perkampungan nelayan ini, macam-macam ragam boleh dilihat.
"Kedua, kerana harganya (hasil laut) yang sangat berpatutan," katanya.
Roniy yang berasal dari Kuala Lumpur menambah, keistimewaan Pasar Bisik adalah cara urusniaga itu dilakukan iaitu dengan bisik membisik antara para pembeli dan nelayan.
''Mula-mula kekok juga, tapi lama kelamaan ia memberi keseronokan.
"Saya tertanya-tanya sama ada pengalaman begini boleh didapati di tempat lain kerana bagi saya ia cukup istimewa," tambahnya yang sudah empat tahun bertugas di Pulau Pinang.
Prinsip jualan bisik cukup mudah.
Pembeli atau pemborong ikan akan berbisik kepada nelayan untuk membeli pelbagai jenis tangkapan laut seperti ikan, sotong, udang dan ketam.
Melalui kaedah unik itu, pembeli atau pemborong akan menawarkan harga yang diingini dan nelayan akan menjual hasil tangkapan berdasarkan 'harga bisik' yang paling tinggi ditawarkan.
Itulah istimewanya Pasar Bisik Kuala Muda.
Terletak di pinggir laut dan dikelilingi penempatan tradisi nelayan, pasar tersebut sebenarnya mampu menjadi produk pelancongan baru di Pulau Pinang.
Hakikat itu diakui sendiri oleh para nelayan dan penduduk yang berpendapat Pasar Bisik itu wajar dimajukan menjadi salah satu lokasi popular di negeri ini.
Pengerusi Pusat Bisik Kuala Muda, Mohd. Noor Ibrahim berkata, pasar itu sebenarnya sudah lenyap lebih 18 tahun lalu selepas Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperkenalkan sistem baru yang membolehkan nelayan menjual hasil tangkapan kepada agensi berkenaan.
Bagaimanapun, kejadian tsunami pada tahun 2004 telah memberi rahmat besar sehingga membawa kepada usaha menghidupkan semula sistem tersebut dengan pembinaan Pasar Bisik Kuala Muda.
''Nilai-nilai sejarah inilah sepatutnya ditonjolkan kerana kewujudan pasar begini di tempat lain boleh dikatakan sudah pupus.


ORANG ramai memenuhi ruang Pasar Bisik untuk membeli ikan secara berbisik untuk menentukan harga setiap hasil laut di Kuala Muda, Kepala Batas, Pulau Pinang, semalam.



"Ini sudah menunjukkan betapa istimewanya tempat ini," katanya.
Seorang nelayan, Bakar Ahmad, 71, pula berkata, keunikan urusan jual beli yang menggunakan konsep bisik antara nelayan dan pelanggan ada daya tarikan tersendiri dan menjadi identiti perkampungan nelayan itu.
''Pelancong asing mudah tertarik dengan konsep begini kerana saya percaya jual beli berbisik tidak diamalkan di negara mereka.
"Sepatutnya perkara ini yang patut ditonjolkan," jelasnya.
Malah katanya, kawasan tersebut boleh dianggap bersejarah kerana turut dilanda tsunami dahsyat ekoran gempa bumi di Aceh pada tahun 2004 yang turut mengorbankan nyawa seorang nelayan di situ.
Penduduk Kuala Muda, Mohd. Salleh Man, 69, bagaimanapun berkata, matlamat untuk menjadikan Pasar Bisik Kuala Muda sebagai lokasi pelancongan perlu dimulakan dengan penyediaan kemudahan dan prasarana yang lebih baik.
''Usaha menjadikan kawasan ini sebagai lokasi pelancongan akan memberi manfaat secara langsung kepada penduduk sama ada dari aspek pembangunan ekonomi dan sosial," katanya.

01 Februari 2010

Keindahan Gua Kerbau memukau



KEINDAHAN alam semula jadi dalam Gua Kerbau ini amat sesuai dijadikan tempat riadah bagi seisi keluarga. – UTUSAN/Halim Khalid


Melihat dari jauh khususnya ketika melewati jalan ke Kodiang di Jitra, panorama beberapa bukit batu kapur yang kukuh dikelilingi sawah padi yang menjadikan landskap Kodiang kelihatan begitu unik dan menarik. Di sebalik bukit batu yang tersergam indah itulah, tersembunyi sebuah gua yang dikenali sebagai Gua Kerbau.
Terletak kira-kira 50 kilometer dari bandar raya Alor Setar, Gua Kerbau yang mendapat nama melalui sebuah batu besar yang menyerupai kerbau itu turut kaya dengan pelbagai informasi sejarah.
Mengikut kisah-kisah terdahulu, ada yang mengatakan bahawa gua itu terjadi disebabkan sumpahan ‘Sang Kalembai’ namun kesahihan kisah tersebut masih belum terbukti.
Memasuki Gua Kerbau juga bakal memberikan pengalaman baru kepada para pengunjung yang gemarkan cabaran.
Ini kerana pengunjung perlu mendaki beberapa anak tangga dan sebaik sahaja memasuki gua tersebut, suasananya yang gelap dan dingin akan mula dirasai.


PEMANDAGAN menghijau di luar menambahkan keindahan Gua Kerbau, Jitra.



Biarpun terhidu bau yang kurang menyenangkan disebabkan tahi kelawar, keindahan struktur stalagtait dan stalagmait yang ada di dalam gua tersebut pasti membuatkan pengunjung terpaku.
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Zainol Husin berkata, geologi am di kawasan itu terdiri daripada bukit batu kapur yang membentuk ‘topografi mogot’ di kawasan yang dikelilingi oleh enapan alluvium.
“Batuan di kawasan ini berwarna cerah hingga kelabu dan sebahagian dari bahagian utara kawasan ini mempunyai topografi tebing yang lebih landai.
“Terdapat juga banyak kikisan lereng, alur pelarutan di bahagian selatan kawasan gua ini dan di sini terdapat banyak struktur stalagtait dan stalagmait yang menarik,” katanya di sini baru-baru ini.
Jelasnya, Gua Kerbau yang terbentuk sejak 200 hingga 300 juta tahun itu juga dikatakan pernah menjadi tempat kediaman masyarakat purba berdasarkan kepada penyelidikan. Tambahnya, antara artifak yang ditemui di Gua Kerbau antaranya seperti alat-alat batu zaman neolitik.
“Tembikar berkaki tiga yang mempunyai persamaan dengan penemuan di Bukit Tungku Lembu, Perlis dan di Bankao, Thailand juga ditemui.
“Di Gua Batu Putih yang terletak kira-kira 200 meter arah laut Gua Kerbau, terdapat lukisan-lukisan yang berbentuk manusia dan binatang,” katanya.
Katanya, banyak pihak percaya bahawa lukisan-lukisan itu dilukis oleh masyarakat Orang Asli yang pernah tinggal di situ.
Menurutnya, Gua Kerbau juga berpotensi untuk dijadikan sebagai tapak geowarisan negara kerana mempunyai struktur semula jadi yang indah.
“Pihak kami telah menjalankan kajian selama dua tahun di kawasan ini dan Gua Kerbau mempunyai potensi besar untuk disenaraikan sebagai tapak geowarisan negara.
“Tempat ini juga kaya dengan keindahan alam semula jadi dan sesuai dijadikan tempat riadah bagi seisi keluarga,” jelasnya.
   

31 Januari 2010

Pulau Songsong produk pelancongan terbaru Kedah

Kerajaan Kedah memperuntukkan RM20 juta bagi membangunkan kawasan pelancongan di Merbuk dekat sini termasuk memajukan Pulau Songsong di perairan Yan yang dilihat berpotensi dibangunkan sebagai produk pelancongan terbaru.
Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat serta Sumber Tenaga Manusia, M. Manikumar berkata, perancangan yang dibuat untuk memajukan Pulau Songsong itu masih pada peringkat perbincangan dengan Unit Perancangan Ekonomi Negeri Kedah (Upen).
"Jika ada komen negatif daripada pihak Upen, kita akan membuat analisis dan perbetulkan supaya ia dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya kepada di sini.
Manikumar berkata, projek itu dijangka dapat disiapkan dalam masa lima tahun untuk jangka pendek dan 20 tahun untuk jangka panjang.
"Projek ini masih di peringkat perancangan dan setakat ini sudah lima syarikat swasta berminat untuk membangunkan pulau itu dan sudah menghantar kertas kerja mereka," katanya.
Manikumar berkata, pihaknya akan meneliti secara terperinci kertas kerja itu sebelum membuat pemilihan kontraktor secara konsortium bagi memudahkan projek dijalankan.
Katanya, sebuah jeti akan dibina bagi memudahkan pelancong pergi ke pulau berkenaan dan ada juga perancangan untuk membina jambatan bagi menghubungkan pulau itu dengan tanah besar.
"Kita masih lagi berbincang dan mengkaji jenis pembangunan yang bakal dibangunkan di pulau itu supaya ia bersesuaian dengan aktiviti yang boleh dijalankan di pulau tersebut," katanya.
Katanya, jika pulau itu siap dibangunkan, ia dijangka dapat menarik lebih ramai pelancong bukan sahaja dari negeri-negeri di utara tanah air, malah berkembang kepada pelancong-pelancong lain di seluruh negara serta luar negara.

22 November 2009

Bersantai di Pulau Langkawi


Pulau Langkawi 14_12_2005 024 by tk_yeoh.


 SEBELUM 1980-an, ada orang mengatakan bahawa di Pulau Langkawi, kerbau lebih banyak daripada manusia, tetapi kini pulau yang dikaitkan dengan legenda Mahsuri itu menjadi salah satu destinasi pelancongan yang bukan sahaja terkenal dalam negara malah menjadi tumpuan pelancong asing.
Setiap tahun ribuan pelancong asing mengunjungi pulau itu yang cukup terkenal dengan kisah sumpahan Mahsuri yang menyatakan bahawa Pulau Langkawi tidak akan tenteram dan aman serta menjadi ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.
Namun segalanya berubah pada tahun 1987, apabila Tun Dr.Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai. Sejak itu bermulalah era kemakmuran pulau tersebut, biar pun ada yang mengaitkan bahawa sumpah Mahsuri sudah berakhir.
Dari semasa ke semasa, Pulau Langkawi terus menjadi terkenal dan ia mengecapi pembangunan yang cukup menakjubkan. Oleh itu tidak hairanlah, apabila musim cuti sekolah pulau itu menjadi tumpuan. Hotel-hotel akan penuh sesak dan semua kawasan di situ menjadi tumpuan pelancong.
Perjalanan bagi menikmati ketenangan di Pulau Langkawi sudah pasti bermula bagi mereka yang menaiki feri dari Kuala Kedah kerana sepanjang perjalanan mereka boleh menikmati keindahan pulau-pulau dan ketekunan nelayan mencari rezeki di tengah lautan.
Keramahan dan senyuman yang menyambut para pelancong di jeti Pulau Langkawi pula memberi jaminan bahawa anda akan sentiasa ceria sepanjang berada di pulau legenda tersebut.
Pulau Langkawi mempunyai segala-galanya, daripada membeli barangan di kawasan bebas cukai hinggalah kepada keindahan alam semula jadi. Turut menanti para pelancong ialah aktiviti menyelam dan menguji ketahanan mental menaiki kereta kabel yang menghubungkan Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang sepanjang 2.2 kilometer.
Sudah pastilah sesuai dengan status pulaunya, Langkawi sememangnya mempunyai pantai yang bersih dan indah. Kawasan pantai yang paling popular ialah Pantai Cenang. Ia dianggap 'Bali kedua' berikutan suasananya yang menyerupai keadaan di Nusa, Bali.
Di Pantai Cenang, selain bersantai di persisiran pantai dan menikmati keindahan alam ketika matahari terbenam, ia juga menjadi lokasi untuk pelancong membeli cenderahati dan menikmati pelbagai jenis makanan.
Sebut apa sahaja yang mahu anda jamah, semua ada di Pantai Cenang, dari makanan tempatan hinggalah kepada hidangan barat, segala ada di situ. Nama-nama restoran dan kafe seperti Telaga Arab, Palace D' India, Melati Cafe dan beberapa nama lain sememangnya cukup popular di kalangan pelancong.
Pendek kata, di Pantai Cenang apa juga makanan yang anda idamkan pasti boleh diperolehi di situ. Begitu juga dengan hotel dan calet yang di kawasan tersebut. Ia sering menjadi 'rebutan' ramai kerana keindahan dan keselesaannya. Selain berkonsepkan calet seperti mana ditawarkan oleh Malibest Resort, terdapat juga hotel-hotel kecil yang mampu memberikan keselesaan dan ketenangan kepada pengunjung.
Bersejarah
Namun begitu, sesiapa juga yang mengunjungi Langkawi tidak harus melepaskan peluang untuk singgah atau melawat beberapa tempat bersejarahnya seperti makam Mahsuri, telaga tujuh, pantai pasir hitam dan beras terbakar.
Selain itu, nikmatilah juga pemandangan indah suasana kampung di Pulau Langkawi terutamanya sawah padi. Semua itu mampu memberikan percutian anda penuh dengan ketenangan.
Apa pun ketika melawat pulau itu baru- baru ini, biarpun bangga dengan keindahan dan kecantikannya namun penulis sedikit gelisah melihat 'wajah tersembunyi' Pulau Langkawi yang jika tidak diberi perhatian mampu menjejaskan imej pulau tersebut.
Ia termasuklah soal kebersihan dan penjagaan landskap yang dari semasa ke semasa seolah-olah semakin dilupakan. Lihat sahaja suasana menuju ke pekan Kuah, pinggir-pinggir jalan 'dihiasi' dengan landskap yang tidak terurus. Lebih menyakitkan mata memandang terdapat pula bangunan-bangunan terbengkalai.
Tidak kiralah apa pun yang menyebabkan keadaan itu berlaku tetapi ia seharusnya dipandang serius oleh pihak-pihak bertanggungjawab. Keindahan dan kemasyhuran Langkawi tidak harus dicacatkan dengan pemandangan seumpama itu.
Pihak yang bertanggungjawab harus memainkan peranan aktif bagi memastikan Langkawi terus bersih dan indah kerana ia menjadi tumpuan masyarakat dunia.

03 November 2009

Deruan air terjun Seri Perigi




Mohd. Sufian Arshad (kiri) bersama rakan-rakan tidak ketinggalan menikmati kesejukan air terjun Seri Perigi.




YAN 2 Nov. – Setiap kali melalui jalan Guar Chempedak menuju ke daerah Yan, pandangan mata akan terpaku melihat curahan air terjun yang memutih mengalir deras di celahan batu-batu. Dari jauh lagi, air terjun Seri Perigi seakan-akan memanggil para pengunjung untuk singgah ke situ menikmati deruan air terjunnya yang dikatakan antara yang tertinggi di negeri Kedah.
Mempunyai ketinggian 100 meter, air terjun Seri Perigi merupakan antara kawasan perkelahan popular di negeri ini.
Setiap hujung minggu, pasti kawasan ini menjadi pilihan bagi warga negeri ini untuk mencari ketenangan.
Air Terjun Seri Perigi yang terletak di dalam daerah Yan merupakan lokasi yang sesuai bagi mereka yang ingin lari dari hiruk pikuk kota yang menyesakkan fikiran.
Terletak dalam kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai, kawasan hutan lipur ini memberi kepuasan kepada mereka yang gemarkan alam semula jadi.
Dengan air terjun setinggi 100 meter yang memukau pandangan mata serta keindahan flora dan fauna yang masih belum terusik, kawasan ini juga merupakan kawasan yang ideal untuk seisi keluarga berkelah pada hujung minggu.
Terletak kira-kira 47 kilometer daripada bandar raya Alor Setar, para pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri ataupun menggunakan kenderaan awam seperti teksi untuk masuk ke kawasan air terjun tersebut.
Landskap yang menarik di kawasan ini yang dikelilingi sawah padi, serta berlatarbelakangkan keindahan Gunung Jerai juga sering menarik perhatian pelukis-pelukis untuk merakamkan keindahan ini di atas kanvas lukisan mereka.
Sepanjang perjalanan ke kawasan ini juga, pandangan mata pengunjung dijamu dengan keindahan sawah padi yang menghijau serta kawasan perkampungan tradisional Melayu.



Curahan air yang memutih mengalir di celah batu dapat dilihat dengan jelas dari Pekan Yan, Kedah.





Bagi seorang pengunjung kawasan tersebut, Mohd. Sufian Arshad, 17, kawasan ini menjadi pilihan untuk berehat serta menenangkan fikiran selepas menuntut ilmu di sekolah.
Dia yang belajar di Sekolah Agama Maahad Tahfiz, Pokok Tai, Pendang di sini berkata, kawasan perkelahan ini menjadi pilihan guru-guru mereka untuk membawa pelajar merehatkan minda.
“Macam hari ini, kami datang satu van untuk berkelah dan kawasan ini sering menjadi pilihan bagi pengunjung untuk merehatkan diri.
“Kemudahan awam seperti surau dan tandas juga tersedia dan ini memudahkan para pengunjung untuk menyalin pakaian dan menunaikan solat,” katanya.
Seorang lagi rakannya, Mohd. Hamizan Mohd. Razak, 17 berkata, tekanan sewaktu belajar dapat dihilangkan dengan bermandi-manda bersama rakan-rakan di kawasan air terjun itu.
“Sebagai pelajar banyak yang perlu kami hafal dan bagi menghilangkan tekanan, kami memilih untuk berendam di sini.
“Segar rasanya fikiran apabila badan dan otak yang lesu dikejutkan dengan kedinginan air terjun ini,” ujarnya.

03 Julai 2009

Cabar upaya diri




BELUT! Mendengarnya pun sudah geli, inikan pula memegangnya. Namun, bagi 54 peserta dari 16 kumpulan Cabaran Go Green Merbok (MGGC), itulah yang terpaksa mereka lakukan bagi memenangi hadiah wang tunai.
MGGC anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah (MTPN-Kedah) dan ANCM Creative Sdn Bhd itu adalah acara sukan lasak yang mencabar minda dan fizikal peserta.Ia diadakan sempena Bulan Pesta Air bagi memberi peluang peserta merasai sendiri keindahan alam semula jadi.MGGC mempertandingkan empat disiplin iaitu prolog, berkayak, berbasikal dan kuiz pelancongan.
Disiplin pertama yang peserta perlu tempuhi ialah cabaran prolog di taman tema The Carnival.Sebanyak 10 tugasan perlu diselesaikan, antaranya mendaki tembok tiruan, ujian daya ingatan, bermain dart, golf, lompat tali, menari dan mengalihkan belut.
Markah yang terkumpul sepanjang prolog itu dijadikan penentu giliran pelepasan bagi acara seterusnya iaitu berkayak sejauh tujuh kilometer (km) dari Kompleks Jeti Pelancongan Sungai Merbok atau lebih dikenali sebagai Jeti Semeling.Selepas dua km mendayung, peserta terpaksa singgah di tebing sungai bagi melengkapkan tugasan pertama iaitu mengikat empat ekor ketam batu.Ketam itu perlu dibawa sehingga ke garisan penamat.
Memang lucu melihat gelagat peserta kerana ada yang menjerit kesakitan dikepit ketam itu.Ketam yang diikat dan menjadi ‘pasport’ yang menjadi bukti persinggahan di setiap ‘checkpoint’, sudah di cop, dayungan diteruskan ke kunci air Sungai Keluang.
Lenguh tangan mendayung belum pun lagi hilang, cabaran berbasikal pula menanti sejauh 25 km sebelum menaiki bot penambang ke garisan penamat di Tanjung Dawai.Sepanjang berkayuh, peserta perlu melengkapkan beberapa soalan di beberapa ‘checkpoint’, antaranya Muzium Arkealogi Lembah Bujang.Selesai menjawab semua soalan di Muzium Arkealogi Lembah Bujang dan melihat tinggalan sejarah, mereka meneruskan kayuhan ke Tanjung Dawai.
Sebelum tiba di jeti, mereka perlu menyelesaikan tugasan terakhir iaitu mengopek ikan bilis seberat satu kilogram. Sesampai di jeti, setiap peserta terpaksa mengangkut basikal masing-masing ke bot penambang untuk menyeberangi muara sungai ke garisan penamat di Pantai Merdeka.Kumpulan Hardy sport muncul juara serta menerima hadiah wang tunai RM3,000 diikuti TRM Perlis di tempat kedua dan UFM ketiga yang masing-masing membawa pulang RM2,000 dan RM1,000.
Selain MGGC, acara sampingan seperti perahu tangkoi, kayak single, kayak double, kayak polo dan kayak slalom turut dibuka kepada masyarakat tempatan.
>InfoHUTAN PAYA LAUT SUNGAI MERBOK
Hutan Simpan Paya Laut Merbok terletak di pinggir Sungai Merbok dengan keluasan 4,114 hektar dan ia adalah satu kawasan hutan simpan paya laut yang terbesar di Semenanjung Malaysia serta diwartakan pada 29 September 1951.Ia juga adalah kawasan hutan simpan yang kaya dengan pelbagai spesies bakau terbanyak di dunia.
Pengkaji burung, Gregory Smith (1993) berjaya mengenal pasti 80 spesies burung antaranya ialah 15 spesies yang bergantung sepenuhnya kepada hutan paya.Selain itu, kawasan Hutan Simpan Paya Laut Merbok itu juga dihuni kelip-kelip.

Percutian kapal layar

JIKA dulu, pulau peranginan atau kota bersejarah menjadi aspek pertama diambil kira ketika merancang percutian, kini, cita rasa manusia berbeza.

Sesuai dengan peredaran zaman, pengalaman menaiki pengangkutan seperti belon udara, kereta api dan kapal layar menjadi pilihan untuk bersantai.

Percutian dengan kapal layar walaupun baru tetapi popular di kalangan pasangan yang masih berbulan madu dan kini mendapat permintaan tinggi terutama di pulau peranginan utama negara seperti Langkawi. Peluang bercuti di atas kapal mengelilingi pulau legenda itu ketika membuat liputan majlis perkahwinan pemenang pertandingan ‘Love Me Do’, bulan lalu memang menyeronokkan.Ketika menaiki kapal layar Crystal, di atas dek, pemiliknya, warga Kanada, Allan Scott bersama isteri, Ryoko menyambut penulis dan wakil media dengan senyuman mesra.

Hiasan ringkas dengan dominasi warna putih tanpa susun atur perabot yang berselerak menerbitkan mood santai.Ruang deknya sesuai dijadikan lokasi berkelah dan berjemur. Kapal belayar meredah ombak Laut Andaman sebelum berlabuh seketika berhampiran gugusan pulau kecil dekat Pulau Dayang Bunting. Tanpa menghiraukan sinaran matahari yang terpacak di atas kepala, kami menukar pakaian mandi untuk mencuba satu lagi pengalaman baru iaitu spa ombak laut.

Tiada bilik rawatan khusus disediakan, namun jaring besar boleh memuatkan hingga 10 orang pada satu masa. Sekali pandang, jaring berkenaan kelihatan tidak begitu meyakinkan terutama untuk mereka yang fobia air atau tidak mahir berenang. Namun, percayalah rasa khuatir tadi akan hilang sebaik anda bersandar dalam jaring spa ini.Duduk bersantai sambil membelai diri dalam jaring besar ini memberi pengalaman baru yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Alunan ombak lembut membuai badan membuatkan anda seolah-olah berada di awangan. Tiada peraturan tertentu perlu dipatuhi apabila berada dalam jaring ini. Sebaliknya, anda bebas bergerak dan menukar posisi sama ada duduk, melentang, mengiring atau meniarap.Bagi yang tidak gemarkan berendam di jaring, banyak aktiviti boleh dilakukan di atas dek kapal termasuk meneroka setiap sudut kapal ini.

Ada yang mengabadikan gambar kenangan seolah-olah sedang mengemudi haluan kapal, mendengar muzik atau membaca bahan bacaan. Pada masa sama, tetamu dapat menikmati pemandangan indah apabila kapal layar ini perlahan-lahan mengelilingi gugusan pulau kecil yang membentuk kepulauan Langkawi.Jika lapar, anda boleh menikmati hidangan bufet salad, sate, makanan laut dan buah-buahan sambil melihat pemandangan alam.Selain itu, menerusi syarikat Crystal Yacht Holidays, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan persiaran dan tempahan khas. “Kami menyediakan pakej menyaksikan matahari terbenam, persiaran cabaran eko, persiaran malam, persiaran peribadi untuk majlis perkahwinan, bulan madu, sambutan ulang tahun atau bina semangat,” katanya.

>Info
Selain Crystal, ada banyak syarikat di Langkawi yang menawarkan pengalaman menaiki kapal layar dengan tawaran pelbagai pakej daripada makan malam sambil menyaksikan matahari terbenam, pelayaran mengelilingi pulau sehingga yang melangkau sempadan untuk ke pulau peranginan Phuket.

Perkembangan marina baru di beberapa lokasi strategik termasuk Telaga Harbour, Rebak Marina Resort selain Awana Porto Malai juga merancakkan lagi percutian kapal layar ini. Saiz kapal untuk tujuan ini meliputi dari enjin bermotor atau 83 meter panjang. Kapal Lili Marleen milik Blue Water Star Sailing, umpamanya boleh menampung kapasiti sehingga 50 orang pada satu masa sesuai dijadikan lokasi penganjuran majlis keraian seperti resepsi perkahwinan sambil belayar mengelilingi pulau.

Jika mahu lebih privasi, anda boleh memilih kapal lebih mewah dengan kapasiti 10 orang yang mampu ditempah pada harga RM2,500 sejam termasuk hidangan makanan dan wain untuk mereka yang bukan beragama Islam. Pelayaran mewah menaiki kapal layar tradisional dengan enam penumpang memakan belanja sekitar RM5,000 untuk tempoh lapan jam. Jika tidak pun, anda mempunyai pilihan untuk menikmati pelayaran menyaksikan matahari terbenam selama empat jam dengan harga sekitar RM3,300.Kapal lebih kecil menawarkan kos lebih murah sekitar RM3,000 untuk empat orang bagi pelayaran sepanjang hari. Jika mereka yang mahu menikmati suasana bayu laut selepas senja boleh mencuba pelayaran malam pada harga sekitar RM4,700.

TIP BERCUTI ATAS KAPAL
> Bawa pakaian mandi yang sesuai berikutan kapal ada kalanya berlabuh di tengah laut atau berhampiran persisiran pantai. Cermin mata diperlukan terutama untuk yang tak tahan panas.
> Losyen tabir suria perlu dibawa jika anda tidak mahu digelapkan oleh pancaran matahari. Topi juga mungkin membantu melindungi anda daripada cuaca panas terik.

27 Jun 2009

Seri Malaysia Alor Setar,Kedah

Address:Lot 005127, Mukim Alor Malai, Dearah Kota Setar,Jln Stadium Alor Setar,Kedah.

Tel No:
04-7308737

Fax No:
04-7307594

Email:asetar@serimalaysia.com.m

Website:www.serimalaysia.com.my

Rooms:100

Room Rate :RM110-130

Four Seasons Langkawi,Kedah

Address:Jalan Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah

Tel No:
(6)04-950 8888

Fax No:
(6)04-950-8899

Email:
Please contact this resort through their website.

Website:http://www.fourseasons.com/langkawi/

Rooms:91

Room Rate :
RM1665-2220

Room Facilities :
100% cotton oversized bath towels, CD/DVD players, Cotton yukatas (robes), down pillows, hair dryer, in-room safe, iron and ironing board, non-allergenic pillows available, refrigerated private bar, satellite TV, tea/coffee maker, twice-daily housekeeping service.

Recreation Facilities:
Spa, Swimming Pool,Tennis Court, Yoga

Other Facilities :
Conference/Function Room Banquet Hall Business Centre Credit Card Facilities Foreign Exchange Service Car Rental/Limousine Service Laundry Mailing/Courier Services 24 Hour Room Services 24 Hour Security Parking Tourist Info Rack

Dining Facilities :
Restaurants, Coffee House, Bar, Cocktail/ Lounge

Bujang Valley,Kedah

Archeology Museum Bujang Valley (Museum Arkeologi Lembah Bujang) that sits on Batu Pahat Hill was officially opened by His Royal Highness, The Sultan of Kedah 23rd January 1980. This museum is the first archeology museum built in Malaysia, under the Museum and Antiquity Department.

Bujang Valley was the oldest centre of international and entrepot trade for Malaysia. The numerous artefacts uncovered in the Bujang Valley -celedon, porcelain, stoneware, clay, pottery, fragments of glass, beads and Persian ceramics - are some proofs that support the observation.

Key Tips
Bujang Valley is the oldest and richest historical site in Malaysia. It is situated between Gunung Jerai in the north and Sungai Muda in the south occupying an area of 400 sq. Among them are Candi Batu Pahat, Candi Pangkalan Bujang, Candi Pendiat and Candi Sungai Batu.

How to get there
By Road,use the PLUS - North South Highway. If you're driving from Kuala Lumpur, head north for Kedah, and if you are driving from Perlis or Alor Star, head south. Take the Sungai Petani exit. From the exit, follow directions towards Merbok. When you get to Merbok, look out for signs to the Lembah Bujang Archeology Museum. By train,trains stop at Sungai Petani and Alor Star. For rates and time, please click to http://www.ktmb.com.my/

Who to contact
For more information, please call Tourism Malaysia Kedah Office at Phone: +604-731 2322 / 730 1322 Fax: +604-734 0322 or Lembah Bujang National History Park Office at Phone: +604-457 2005

Accommodation Overview
If you prefer to make a day trip to Lembah Bujang from Alor Setar, it's only an hour away. There are also several 3-star hotels to stay at Sungai Petani.
To book travel packages, click here

--->

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails