1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

05 Mac 2011

Pulau Aur tiada tandingan


KEMUDAHAN bot laju disediakan untuk kemudahan pengunjung ke Pulau Aur di Mersing, Johor.


Bagi pencinta alam semula jadi, keindahan pantai dengan pasir yang halus memutih serta keunikan dan kecantikan batu karang di Pulau Aur dekat sini sudah cukup membuatkan hati terpaut.
Terletak kira-kira 76 kilometer dari bandar Mersing, Pulau Aur adalah pulau yang paling jauh dari tanah besar dan terhindar daripada pencemaran dengan perjalanan menaiki bot ke pulau itu mengambil masa kira-kira dua setengah jam.
Keindahan batu karang dan hidupan laut yang banyak terdapat di situ menjadikan kawasan dua batu nautika dari pantai pulau tersebut diwartakan sebagai Taman Laut Johor.
Bagi penggemar aktiviti snorkeling, pasti tidak jemu menyaksikan keindahan dasar laut itu yang dihuni pelbagai spesies ikan dan terumbu karang.
Kejernihan dan kedinginan air laut pasti membuatkan pengunjung berasa segar semasa mandi-manda ditambah pula dengan pemandangan pulau-pulau kecil berhampiran yang cukup indah sehingga terlupa seketika kesibukan kota.
Jika dilihat dari jauh, keunikan pulau itu terletak pada bentuk muka buminya yang berbukit-bukau serta pohon-pohon yang menghijau.
Bagi pengunjung yang bercuti di Pulau Aur mereka tidak perlu khuatir dengan kemudahan calet yang disediakan terutama di bahagian tumpuan pulau iaitu Kampung Teluk Berhala yang kini dikenali sebagai Kampung Teluk Sakinah.
KEDUDUKAN Pulau Aur yang jauh daripada kesibukan kota menjadikannya destinasi pilihan keluarga untuk bercuti.


Pengurus Blue Water Holiday Resort, Siti Salsiah Mohamad, 33, berkata, caletnya menyediakan 16 bilik berhawa dingin dan empat tanpa hawa dingin pada kadar yang berpatutan dan mampu disewa para pengunjung.
Harga yang ditawarkan bagi bilik standard berhawa dingin ialah RM180 semalam dan RM120 bagi bilik tidak berhawa dingin.
Selain itu, caletnya turut menawarkan kemudahan bilik seminar yang boleh menampung 100 orang untuk mengadakan kursus, seminar dan mesyuarat dengan kadar harga RM300.
Blue Water Holiday Resort yang beroperasi di pulau tersebut lebih 10 tahun turut menyediakan pakej untuk aktiviti snorkeling di pulau berhampiran iaitu Pulau Lang serta kembara hutan di Batu Cina.
Pemandu bot laju syarikat itu, Asfarizal Nasrul, 33, yang telah empat tahun bekerja menyifatkan Pulau Aur adalah pulau yang paling cantik di daerah ini.
"Walaupun terletak jauh dari bandar Mersing, keindahan dan kecantikan Pulau Aur tiada tandingannya," katanya.
Rakannya, Selty Rosemy Alias, 31, pula mengakui amat bertuah kerana dapat bekerja sebagai pemandu bot pelancong kerana dapat mengenali pulau-pulau yang terdapat di sekitar perairan Mersing dengan lebih dekat.
Seorang penduduk pulau itu, Zainab Awang Kechik, 68, memberitahu bahawa pembangunan di pulau itu semakin rancak dan kehadiran pelancong semakin bertambah berbanding 20 tahun lalu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails