|
|
Wan Yusri berkata, penemuan bunga Pakma itu amat bersejarah kerana sehingga kini belum ada penduduk tempatan di kawasan tersebut menemuinya.
Usahawan itu memberitahu, beliau bersama Mi Hamidi telah berada di hutan itu sejak seminggu lalu sebelum menemui bunga tersebut ketika menyusuri Sungai Pengau.
''Dalam jarak beberapa meter dari sungai itu, kami menemui beberapa kuntum bunga yang mula berkembang dan dua kuntum bunga yang agak besar berukuran 40 sentimeter yang menampakkan warna merah kehitaman," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengau hari ini.
Wan Yusri berkata, walaupun bunga Rafflesia boleh ditemui di banyak hutan negara ini tetapi ia amat jarang ditemui di hutan Hulu Tembeling.
"Untuk melihatnya bukan sesuatu yang mudah kerana bunga ini berkembang tidak mengikut musim. Jika bernasib baik, kita akan dapat melihatnya," katanya.
Menurut beliau, bunga Pakma yang ditemui itu berukuran sederhana berbanding spesies di Sabah tetapi ia kelihatan lebih menarik.
Sementara itu, Mi Hamid berkata, keistimewaan bunga tersebut bukan hanya terletak pada saiz gergasinya tetapi ia amat sesuai untuk kegunaan perubatan tradisional.
Beliau memberitahu, Rafflesia mempunyai khasiat yang tinggi terutama untuk mengecutkan saluran peranakan wanita dan merawat penyakit kanser.
"Kami membawanya pulang untuk dikeringkan sebelum dijual kepada pengamal perubatan herba di Lembah Klang. Bunga ini mempunyai pasaran kerana keperluan dari segi perubatan tertentu," katanya.
Menurut Imam Masjid Kampung Pagi itu, Rafflesia merupakan spesies terancam disebabkan faktor pembangunan di sekitar kawasan hutan simpan itu.
Katanya, kepupusan menyebabkan generasi akan datang tidak mengenalinya dan hanya mengetahui melalui buku atau ensiklopedia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan