1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

07 Mac 2010

Taman Orkid tempat penyelidikan flora

KUCHING 5 Mac - Taman Orkid yang terletak di Jalan Astana di sini bakal dijadikan tempat penyelidikan pelbagai jenis flora yang terdapat di negeri ini kepada pelajar dan mahasiswa.
Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Mohamad Atei Abang Medaan berkata, pembukaan Taman Orkid itu secara tidak langsung akan menggalakkan minat pelajar untuk mendalami bidang berkaitan dengan flora yang banyak di negeri ini.
Selain itu, katanya, taman ini akan menjadi tempat rujukan kepada penggemar-penggemar orkid dari negeri ini mengenai 65 jenis bunga yang terdapat di situ.
''Saya yakin taman yang dibina dengan kos RM8.97 juta dan keluasan 6.2 hektar itu sudah pasti akan menambah lagi unsur unik yang akan menjadi jenama kepada tarikan baru pelancong ke bandar raya ini," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Taman Orkid yang terletak di Jalan Astana di sini yang dirasmikan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di sini hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang dan isteri Senator Datuk Seri Empiang Jabu serta barisan Kabinet negeri.
Mohamad Atei memberitahu, Taman Orkid merupakan sebahagian daripada rangkaian tiga segi istimewa di tengah-tengah bandar raya selain daripada Bangunan Dewan Undangan Negeri dan Istana Negeri.
Malah katanya, pengunjung terutamanya penduduk kota dan pelajar akan merasai ketenangan jiwa dengan berkunjung ke taman berkenaan.
''DBKU sebagai pihak yang menguruskan taman ini merasakan ia merupakan satu penghormatan kepada kami dan kami akan melaksanakan tanggungjawab ini dengan sempurna sepanjang masa," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails