Tanah Tinggi Bario yang sebelum ini terkenal dengan beras Bario akan dilabelkan sebagai Destinasi Pilihan Bulan Madu bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke sini. Penasihat Unit Pembangunan Usahawan Bumiputera, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Adzmy Abdullah berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan dan Warisan Sarawak dalam mempromosi pakej ini.
''Bario mempunyai banyak tarikan seperti cuaca sejuk, damai dan panorama pergunungan yang indah.
''Ciri-ciri ini memang sesuai untuk berbulan madu dan kita yakin ia mampu menarik pasangan dari negara Jepun, Korea, Brunei dan Eropah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurut Adzmy, cadangan ini jika berjaya dilaksanakan akan merancakkan sektor pelancongan dan menambah sumber pendapatan penduduk melalui perusahaan rumah penginapan dan jualan produk tempatan seperti beras Bario dan garam gunung.
Setakat ini, kira-kira 20 usahawan tempatan melibatkan diri dalam perkhidmatan rumah penginapan.
Beliau menambah, selain itu tanah tinggi ini berupaya menjadi hab herba yang mengeluarkan produk-produk herba berkualiti tinggi seperti mas cotek, jeranggau (halia) merah dan kayu manis paling berkualiti.
''Saya sudah melihat ketiga-tiga herba ini dan mendapati ia lebih berkualiti berbanding di tempat lain.
''Kayu manis misalnya, tumbuh secara liar di hutan Bario dan merupakan spesies yang paling baik di dunia," ujarnya.
Setakat ini katanya, Universiti Pertanian Malaysia (UPM) Bintulu sedang mengadakan kajian kandungan perubatan yang terkandung dalam jeranggau merah.
Sementara itu, pengusaha rumah penginapan Batu Ritung di Pa Lungan, Supang Galeh berkata, Bario memang tidak pernah sunyi daripada pelancong mahupun pelawat yang mahu menikmati keindahan dan cuaca sejuk di sini.
Sambil menyambut baik cadangan untuk melabelkan Bario sebagai destinasi pilihan berbulan madu, Galeh berkata sebelum ini beliau banyak menerima pasangan yang menghabiskan bulan madu di sini.
Beliau yang mengusahakan rumah penginapan sejak 10 tahun lalu berkata, label baru ini akan membantu melariskan nama Bario di mata dunia.
Bagi seorang penanam padi Bario, Jenette Ulun pula memberitahu, dia bangga kerana nama Bario lebih dikenali berbanding penduduk Kelabit sendiri.
''Sebelum ini Bario terkenal dan popular kerana berasnya.
''Saya yakin pemilihan sebagai destinasi berbulan madu amat tepat dalam mengembangkan potensi yang ada di sini," katanya.
Beliau menambah, perkembangan ini akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan seterusnya memperbaiki ekonomi penduduk tempatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan