1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

09 Disember 2009

Destinasi pelancongan unik


Sawah padi yang terbentang luas di Tanah Tinggi Bario mendamaikan setiap mata memandang.

Kembara ke Tanah Tinggi Bario, pastinya pengalaman yang mencabar dan sukar dilupakan. Dada pasti berdebar kencang tatkala pesawat Twin Otter merempuh kabus putih yang menyelimuti pergunungan Mulu dan Gunung Murut. Namun sebaik sahaja menjejak kaki di Lapangan Terbang Bario, sesiapa sahaja pasti tidak akan melupakan keistimewaan yang terdapat di sini.
Bario sebenarnya terletak di kawasan pergunungan seluas kira-kira 2,000 kilometer persegi dan dihuni oleh masyarakat Kelabit. Oleh itu Bario juga digelar sebagai Tanah Tinggi Bario atau Tanah Tinggi Kelabit.
Sehingga tahun 1963, ia dikenali Bario Asal sebelum kawasan yang menempatkan satu-satunya rumah panjang itu diperluaskan meliputi banjaran Tama Abu ke Sungai Debpur yang mewujudkan Bario pada hari ini.
Dengan suhu yang ada kalanya mencapai sehingga 11 darjah Celsius pada sebelah malam, Bario merupakan destinasi pelancongan yang harus dikunjungi memandangkan lokasinya menawarkan cuaca sejuk, udara segar dan bebas daripada hingar- bingar kota raya.
Panorama gunung-ganang di sekeliling Bario yang memutih diliputi kabus setiap hari sudah pastinya mendamaikan para pengunjung.
Jika dulu Bario hanya dapat dikunjungi menggunakan pesawat Twin Otter, namun sejak sebulan lalu tanah tinggi ini dapat dikunjungi menerusi Miri melalui jalan balak yang mengambil masa perjalanan 13 jam bergantung kepada keadaan cuaca.
Di sepanjang perjalanan, pengunjung akan melalui banyak perkampungan yang terdiri daripada masyarakat kaum Kayan, Kenyah, Saban, Penan dan Iban.
Berikutan keadaan geografinya yang begitu mencabar, Bario hanya dikenali dunia luar semasa Perang Dunia Kedua apabila sepasukan askar payung terjun pimpinan Tom Harrison (bekas Kurator Muzium Sarawak) mendarat di sini dalam Operasi Semut.
Kini Bario begitu terkenal di persada dunia dengan kaum lelaki di kalangan Kelabit berbadan gagah, putih dan tampan mengenakan topi koboi sepanjang masa, sama ada ketika menarik kerbau ataupun memandu kenderaan pacuan empat roda.
Manakala kaum wanitanya pula, begitu unik dengan cuping telinga yang panjang dan digantung dengan anting-anting tembaga. Telinga ini ditindik semasa kecil dan tembaga tersebut berfungsi untuk memanjangkan cuping telinga.
Bagi mereka, telinga panjang adalah kecantikan. Pun begitu, tradisi menindik telinga ini semakin dilupakan oleh generasi muda. Seperti wanita Orang Ulu yang lain, wanita Kelabit pandai membuat kraf tangan menggunakan manik.
Istimewa, mereka membuat manik sendiri menggunakan tanah liat.
Satu lagi keunikan kaum Kelabit, iaitu budaya mereka yang begitu mesra dan peramah melayan tetamu walaupun baru pertama kali menjejak kaki di sini.
Setiap tetamu yang datang dilayan seperti tetamu kehormat, tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.
Mereka juga terkenal dengan majlis Irau Mekaa Ngadan iaitu upacara memberi nama baru dan tarian panjang yang sering kali dipersembahkan setiap kali menyambut tetamu.
Di samping itu, Bario merupakan pintu masuk ke Taman Negara Pulong Tau yang begitu kaya dengan flora dan fauna selain batu-batu besar seperti Batu Narit di Pa Umor. Bario juga terkenal dengan hasil tani seperti beras Bario, yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai beras Gred 1 negara.
Malah baru-baru ini, beras Bario telah diluluskan Sijil Pendaftaran Petunjuk Geografi (GI) daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berkuat kuasa 10 Mac lalu hingga 9 Mac 2018.
Hasil berasnya bukan sahaja berkualiti dan organik, malah begitu enak kerana sawah padi di sini diairi oleh air pergunungan. Setiap tahun, Bario menghasilkan beribu-ribu tan metrik beras Bario yang dijual ke merata tempat di seluruh Sarawak dan Semenanjung.
Beras Bario juga menjadi buah tangan yang wajib dibeli jika berkunjung ke sini selain garam pergunungan dan buah nanas yang rasanya berbeza dengan tempat lain.
Bagaimanapun, mereka sukar untuk memasarkan produk berikutan kedudukan Bario yang jauh di pedalaman.
Kos pengangkutan ke bandar Miri begitu mahal kerana menggunakan pesawat dan di bandar besar seumpama Miri itu, ia dijual dengan harga RM10 sekilogram.
Dalam pada itu, kira-kira 14 kampung terdapat di Bario dan hanya Bario Asal dan Arur Dalan yang mempunyai bekalan elektrik 24 jam.
Elektrik tersebut dibekalkan oleh mini hidro yang dibuat oleh komuniti setempat dengan bantuan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Selain itu, e-Bario sebuah projek usahasama dengan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) turut dibangunkan bagi menghubungkan penduduk Bario dengan dunia luar. Walaupun Bario kini boleh dihubungi melalui jalan balak, namun keadaan di sini tidak banyak berubah.
Harga barangan masih disifatkan paling mahal di Malaysia dan contohnya ialah seunit silinder tong gas isian semula mencecah RM88 dan silinder baru pula RM120 namun harganya berbeza mengikut kampung. Di Pa Lungan misalnya, harga setong gas mampu mencecah RM240 dan sekampit simen 50 kilogram berharga RM240.
Sehubungan itu, penduduk di Bario lebih gemar menggunakan kayu api untuk memasak dengan dapur kayu pula dibina di tengah-tengah ruangan bilik.
Daripada segi pendidikan, Bario menerima pendidikan moden sejak kira-kira 40 tahun lalu. Desakan hidup menyebabkan mereka amat mementingkan pendidikan sebagai satu-satunya cara untuk menikmati hidup yang lebih baik.
Sehingga kini ratusan graduan universiti daripada kalangan kaum Kelabit manakala selebihnya masih melanjutkan pelajaran.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails