1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

04 Jun 2010

Taman Rimba Tasik Chatin tumpuan ramai



ORANG ramai berjogging di pinggir Taman Rimba Tasik Chatin, Mentakab, Pahang.


Taman Rimba Tasik Chatin memang tidak asing bagi penduduk bandar Temerloh dan Mentakab dekat sini untuk rekreasi serta bersantai pada setiap petang dan hujung minggu.
Taman tasik berkeluasan 10 hektar itu merupakan kawasan rehat yang amat sesuai untuk dijadikan kawasan rehat seisi keluarga.
Malah ia juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk aktiviti senaman, taman permainan kanak-kanak, gerai makanan dan tandas awam.
Selain itu, tarikan utama pengunjung ke taman rekreasi ini adalah menyaksikan pelbagai jenis ikan seperti kaloi, kelah, kap, patin, lampan, sebarau, jelawat dan belida di tasik tersebut.
Pengunjung boleh mencampakkan makanan seperti roti dan daun untuk menarik perhatian ikan tersebut supaya timbul di permukaan air dan melihatnya dengan lebih dekat.
Gelagat ikan yang bersaiz besar berlumba-lumba berebut makanan pastinya mengasyikkan dan memberi ketenangan serta pengalaman menarik terutama kepada kanak-kanak.
Bagi mereka yang ingin berjoging, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) membina trek di sekeliling tasik sejauh tiga kilometer dengan persekitaran yang nyaman kerana ia dikelilingi pokok-pokok menghijau.
Bagi mempopularkan lagi tasik itu, MPT merancang menaiktaraf kawasan rekreasi sebagai lokasi sukan jet ski tidak lama lagi.
Menurut Yang Dipertua MPT, Datuk Zulkifli Yaacob, ia bertujuan mempopularkan lagi kawasan itu kepada penduduk daerah ini dan pelancong.
Beliau berharap dengan mempelbagaikan lagi aktiviti sukan, ia mampu menarik orang ramai mengunjungi dan menghidupkan aktiviti riadah taman tersebut.
Zulkifli memberitahu, pembangunan yang bakal dilaksanakan itu nanti bagaimanapun tetap mengekalkan keadaan semula jadi hutan di sekelilingnya.
Beliau berkata, hutan semula jadi yang ada di sekitar tasik berkenaan menjadikan taman itu terlindung daripada pancaran matahari yang terik.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails