1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 Julai 2009

Hati tenang di Tasik Pergau

NAMA Tasik Pergau di Jeli, Kelantan mungkin kurang dikenali berbanding Tasik Temenggor atau Pulau Banding di Perak.Namun, jika disusuri, tasik buatan manusia seluas 54 kilometer persegi itu, ia begitu indah dan menarik untuk diterokai.

Peluang menjejakkan kaki di kawasan hutan antara yang tertua itu sempena Pesta Makanan Kelantan 2009 anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia, baru-baru ini, nyata memberi pengalaman baru kepada penulis.Biarpun anak Kelantan, penulis tidak pernah ke kawasan itu, apatah lagi pengunjung perlu menempuh perjalanan sehingga ke Jeli dari Kota Bahru yang kemudian melalui Lebuh Raya Timur Barat.

Jika melalui Gerik, pengunjung perlu melalui jalan raya yang sama sebelum berhenti di Batu 16, yang mempunyai penunjuk arah tasik berkenaan.Tetapi, pengunjung tidak perlu risau kerana jeti tasik itu hanya terletak kira-kira 500 meter dari jalan raya.Untuk menginap, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang diberi hak membangunkan tasik itu menyediakan resort di salah sebuah pulau di tasik itu.

Dari jeti, pengunjung boleh menaiki bot penumpang yang berulang-alik membawa penumpang ke chalet di kawasan projek janakuasa hidroelektrik Pergau itu dengan bayaran RM10 untuk dua hala.Sepanjang menyusuri tasik itu, pengunjung mungkin terserempak pelbagai spesies haiwan liar seperti rusa dan kancil sedang minum di gigi air.

Harga chalet RM60 semalam tetapi hanya terhad enam buah saja dan ia berdasarkan siapa cepat dia dapat.Dikelilingi hutan tertua di dunia yang dikatakan lebih tua daripada Hutan Amazon, menjadi pengalaman istimewa bagi kami terutama peluang melelapkan mata di chalet terapung.Suhu waktu malam di tasik ini amat dingin serta berkabus dan dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands.

Ketua Unit Pembangunan Ekonomi dan Sumber Manusia Kesedar, Mohd Nasir Mustafa, berkata tasik itu menerima kehadiran kira-kira 30,000 pelancong sejak dibuka pada 1996.Justeru, pihaknya memerlukan peruntukan sejumlah RM500,000 bagi membina chalet baru untuk menampung pertambahan pengunjung.Sementara itu, tidak lengkap kunjungan ke tasik berkenaan tanpa melakukan aktiviti memancing atau sukan air.Menurut Mohd Nasir, suatu ketika dulu, tasik berkenaan memang terkenal sebagai salah satu lokasi memancing utama di negeri ini tetapi kerana kurang penguatkuasaan, ikan di kawasan berkenaan kini dikatakan semakin berkurangan.

"Jika nasib baik, kaki pancing berpeluang menangkap spesies keli, lampam, talapia, toman dan baung."Kelebihan ikan diternak di kawasan ini, ia tidak hanyir kerana air di tasik itu sentiasa mengalir," katanya.

Namun, bagi yang menggemari aktiviti lasak dan sukan air seperti berkayak atau merentas hutan, anda boleh berbuat demikian di sini.Lebih istimewa, pengunjung turut berpeluang melawat kawasan penternakan ikan dalam sangkar yang mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai lokasi pelancongan agro dan ekologi.

Suasana yang tenang jauh dari hiruk-pikuk kota menggamit kehadiran pelancong tempatan dan luar negara terutama dari Thailand, Singapura, Jepun dan Eropah. Keindahan panorama alam semula jadi yang belum dicemari nyata memberi keistimewaan tersendiri kepada tasik ini berbanding tasik buatan manusia lain di negara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tasik Pergau boleh didapati melalui laman web Kesedar di www.kesedar.gov.my atau hubungi pejabat Kesedar Wilayah Jeli di talian 09-9440281 atau faksimile 09-9441388.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails