Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Blog lain
Malaysia Secara Ringkas
Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.
Muat turun Risalah: Percutian Menarik
Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!
Selamat menyambut kemerdekaan ke 54
"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"
Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda
WOW!!
I love Malaysia!!!!!!!
03 Julai 2009
Damai, beri kepuasan
Lokasi yang ditemui sejak 15 tahun lalu ini semakin dikenali ramai kerana kawasan air terjunnya mendatar, batu-batu kerikil yang tersusun bagai disimen dan limpahan air bukit yang memukau mata memandang.
Kicauan burung dan unggas liar menemani perjalanan pengunjung sepanjang perjalanan empat kilometer (km) atau kira-kira 20 minit merentasi denai ke air terjun ini.Suasana damai di sini pasti memberikan kepuasan kepada pengunjung terutama mereka yang pertama kali berkunjung ke Bukit Fraser.
Jika anda dahaga kerana penat berjalan, basahkan tekak dengan air sungai kerana sumber airnya bebas daripada pencemaran.Pengunjung berpeluang melihat keunikan pelbagai spesies flora dan fauna di Bukit Fraser.Kerjasama antara Jabatan Perhutanan, Majlis Daerah Raub (MDR) dan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF) dalam menyediakan beberapa kemudahan juga menyuntik wajah baru menarik lebih ramai pengunjung.Laluan berturap memudahkan pengunjung.
Pelbagai pokok yang ditanam sepanjang denai memberikan pemandangan menyegarkan.Kawasan letak kereta yang luas disediakan di luar pintu masuk destinasi perkelahan ini, manakala di pertengahan jalan, surau turut dibina untuk kemudahan pengunjung.
Selain itu, tong sampah, bilik menyalin pakaian dan pondok rehat juga memudahkan pengunjung mengadakan aktiviti. Menariknya, kanak-kanak sesuai untuk mandi di kawasan air terjun ini berikutannya paras airnya yang cetek. Rimbunan pohon hutan yang rendang menjadikan suasana teduh di tepi sungai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan