1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

04 Ogos 2009

Kapal Karam Labuan

Labuan ialah sebuah pulau yang terletak di Laut China Selatan, berhampiran persisiran pantai Sabah, di Malaysia Timur. Oleh sebab lokasinya yang strategik, Labuan telah dijadikan pelabuhan dagangan dan pengkalan tentera oleh beberapa kuasa besar asing dan tempatan sejak kurun ke-19.

Terdapat empat buah tapak selaman kapal karam yang paling kerap dikunjungi penyelam di sini. Ia merupakan kapal pedagang yang karam sekitar tahun 1980.

Dua di antaranya karam ketika Perang Dunia 'American Wreck' dan 'Australian Wreck', kedua-duanya ditenggelamkan oleh tentera Jepun di penghujung Perang Dunia Kedua. Kedua-duanya kapal karam ini dalam keadaan yang agak baik dan terletak di tahap selaman yang selamat pada kedalaman 33 m. Tapak ketiga pula dinamakan 'Cement Wreck' yang karam 20 tahun yang lalu dan merupakan tapak selaman kapal karam yang terbaru di kawasan perairan ini .

Tapak ini juga adalah yang paling cetek dan paling mudah untuk diselami, lebih-lebih lagi bagi penyelam yang kurang berpengalaman. Tetapi, tapak yang paling popular di Labuah ialah 'Blue Water Wreck' yang terletak di bahagian timur-laut Labuan. Tapak ini dinamakan sempena air laut yang sangat biru di mana ianya dijumpai.

Jarak penglihatan di tapak selaman ini adalah yang paling jauh antara tapak-tapak selaman di sini. Kapal yang karam di tapak ini bernama 'Mabini Padre' merupakan sebuah kapal menunda ikan yang besar dari Filipina yang terbakar dan karam pada tahun 1981.

Ianya adalah kapal karam yang sangat menarik bagi para penyelam kerana keseluruhan badan kapal ini masih sempurna. Ia juga memberi perlindungan bagi pelbagai jenis hidupan laut seperti karang lembut, ikan kerapu dan ikan telinga gajah. Ada juga beberapa tapak selaman kapal karam lain yang menarik di kawasan ini.

Tetapi, anda perlu berhati-hati kerana ada di antara tapak selaman ini yang hanya disarankan untuk penyelam yang banyak pengalaman. Pusat Menyelam di sini boleh membantu anda memilih tapak selaman yang sesuai dengan tahap pengalaman anda.

Tips
Bersiap-sedia menghadapi arus yang deras dan selaman yang mengagumkan sambil menjenguk ke zaman silam.

Pengangkutan
Bot feri laju untuk penumpang yang menghubungkan Labuan dan ibunegeri Sabah iaitu Kota Kinabalu banyak terdapat di sini. Perjalanan feri ini mengambil masa satu setengah jam. PenerbanganKedua-dua syarikat penerbangan, MAS dan Air Asia menyediakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Labuan dua kali sehari. MAS menghubungkan Labuan dengan Kota Kinabalu sebanyak enam kali sehari.

Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pusat Maklumat Pelancongan Labuan di talian: 6087-423-445/446

Penginapan
Labuan telah lama menjadi pulau persinggahan yang popular bagi pengembara. Oleh itu terdapat pelbagai jenis tempat penginapan di sini, dari asrama pengembara yang ringkas, hingga hotel mewah 5-bintang.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails