1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

20 Mac 2013

perkembangan terbaru

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
Ketika ini, saya baru sahaja menghabiskan ujian Kalkulus dalam semester bulan Mac. Tunggu keputusan sahaja selepas cuti sekolah. Insya-Allah, saya akan terlibat dalam koir untuk latihan sehingga lusa bagi majlis graduasi senior kami (kami akan merasakan juga) pada hari Sabtu. Sebenarnya, RM 12 000 untuk laman web database itu tidak dipersetujui oleh proffesor kami (pengarah). Oleh kerana ada beberapa masalah yang tidak dapat diceritakan secara panjang seperti prof mentor kami bimbang jika kami tidak dapat ikut beliau untuk membuat kajian mengenai spesis reptila. Oleh kerana itu, kami bergabung dengan mentor lagi seorang (dalam bidang serangga anai-anai). Insya-Allah, kami akan berbincang pelajar PhD dan Master mengenai apa yang perlu dibuat, teknik dan serangga apa ingin dikaji pad hari Ahad.

Kalau tiada aral melintang, saya akan balik rumah untuk cuti ini hari Isnin dan setiap hari Ahad, kami akan mengkaji sehingga bulan Jun ini. Kebetulan semalam keputusan STPM berlangsung, saya ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada yang mendapat keputusan cemerlang. Esok pula keputusan SPM. Insya-Allah ramai pelajar akan dapat 'straight A' dan mendapat apa yang diimpikan tetapi jangan lupa kejayaan amat bermakna kepada negara kita dan dunia Islam itu sendiri.

Isnin minggu lepas, Putera Mahkota Abu Dhabi telah datang ke PERMATApintar bersama Datin Rosmah. Semasa sesi bergambar, muka saya berada di tengah-tengah rambut dua orang pelajar India. Oleh itu, semua mungkin tidak perasan dengan muka saya dalam TV. Semua mungkin sudah menontonnya jadi tidak perlulah saya bercerita panjang lebar.

Teruskan perjuangan wahai anggota keselamatan Malaysia dalam memburu pengganas Sulu yang ingin merampas Sabah. Jangan ambil sangat mengenai politik yang berlaku sekarang ini. Semua perkara ingin dipolitikkan. Itulah hakikat demokrasi, sistem penjajah yang berjaya memecahbelahkan umat Islam di Malaysia.

Lihatlah video bawah ini.

07 Mac 2013

tiada ruang Sulu tuntut Sabah


KESULTANAN Sulu merupakan antara kerajaan lama yang wujud seiringan dengan kerajaan Brunei, Melaka dan banyak lagi kerajaan yang pernah wujud dalam sejarah Asia Tenggara.

Seperti kebanyakan kerajaan lama, Kesultanan Sulu mula hilang pengaruh dan kuasanya dengan kedatangan penjajah dari Barat dan akhirnya tiada lagi pemerintahan berdaulat di dalam sempadan negara Filipina moden.

Kesultanan Sulu juga kini dilihat berpecah di bawah beberapa orang waris yang menuntut takhta sedangkan kerajaan Filipina sendiri sudah tidak mengiktiraf kewujudannya.

Namun, masih ada dalam kalangan kerabat Sulu yang mahu menuntut Sabah daripada Malaysia atas alasan ia jajahan warisan mereka.

Pembahagian kuasa di antara koloni British dan Belanda serta pilihan majoriti rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia seperti dilaporkan Suruhanjaya Cobbold pada 1962 menghakis pengaruh Kesultanan Sulu.

Tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah juga menimbulkan persoalan mengapa tuntutan serupa tidak dibuat ke atas jajahan nenek moyang mereka yang kini berada di bawah sempadan Filipina dan Indonesia.

Selepas hampir 50 tahun, sejauh mana kekuatan fakta yang mampu dikemukakan Kesultanan Sulu ke peringkat antarabangsa dalam tuntutan mereka ke atas Sabah yang dahulu dikenali Borneo Utara?

Bagi penganalisis politik antarabangsa (Asia Tenggara) Universiti Utara Malaysia, Ahmad Zaki Hassan, bukan sahaja Filipina telah menarik tuntutan ke atas Sabah malahan dokumen perjanjian lama menunjukkan Sabah hak Malaysia walaupun ada bayaran yang ditetapkan.

"Jika tuntutan ini dibawa ke mahkamah antarabangsa sekalipun tidak akan memihak kepada Kesultanan Sulu, ini amat jelas.

"Mereka mempunyai banyak dokumen sejarah tetapi mahkamah mahukan dokumen semasa dan melihat aspek siapa yang banyak mentadbir Sabah kini," katanya.

Jelasnya, Malaysia telah lama mengurus dan membangunkan Sabah tanpa sebarang kaitan dengan Kesultanan Sulu dan fakta ini penting di peringkat antarabangsa.

Beliau berpendapat pihak Kesultanan Sulu juga mengetahui fakta ini tetapi disebabkan Malaysia menghampiri pilihan raya umum (PRU) maka digunakan kesempatan ini untuk berunding kembali perjanjian lama itu.

"Mereka sudah tidak dapat melakukan apa-apa lagi (tuntut Sabah) melalui kerajaan Filipina. Oleh itu, mereka cuba berunding secara terus dengan Malaysia pula.

"Masalahnya, pemerintahan Kesultanan Sulu sudah tamat dan sekarang tinggal waris-waris yang menuntut takhta sahaja. Bagaimana mahu ditentukan pihak yang sah memerintah," soal beliau.

Tambahnya, taktik yang digunakan di Sabah kini juga seperti apa yang berlaku dalam Perang Vietnam di mana Amerika Syarikat (AS) dipaksa berundur oleh rakyatnya sendiri.

"Perang Vietnam contoh hampir tepat. Apa yang Kesultanan Sulu perjuangkan kini tidak mengharapkan kemenangan fizikal tetapi kemenangan politik dengan membuatkan rakyat Malaysia sendiri menentang dan menekan kerajaan.

"Bagaimanapun, saya jangka Malaysia tiada masalah dalam aspek perhubungan antarabangsa termasuk dengan Filipina atas persefahaman ASEAN dan tidak akan ada campur tangan dalam urusan negara kita," ujarnya.

Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam juga menegaskan Kesultanan Sulu sudah tiada hak ke atas Sabah atas beberapa faktor terutama sekali kerana kerajaan Sulu sudah tidak wujud sejak 1917.

"Kerajaan Sulu bermula pada tahun 1457 dan tamat pemerintahannya selepas 460 tahun akibat kalah dalam peperangan dengan Sepanyol. Tiada kerajaan, tiadalah tuntutan.

"Tambahan pula, sejarah menunjukkan sultan-sultannya yang terdahulu telah pecahkan sendiri jajahan mereka dan kini jajahan itu terletak dalam sempadan Malaysia, Filipina dan Indonesia," jelas pakar sejarah itu.

Menurut beliau, Sabah sebelum ini di bawah Kesultanan Melayu lama Brunei yang kemudiannya hanya memberi bahagian timur Sabah kepada kerajaan Sulu atas bantuan mereka menentang pemberontak.

Tambahnya, Brunei menyerahkan Sabah kepada British ketika zaman penjajahan dan ketika British mahu merdekakan Borneo Utara dan Sarawak, majoriti rakyat ketika itu telah memilih menyertai Malaysia pada 1963.

"Semuanya telah berlaku dan tercatat dalam sejarah tetapi bukan justifikasi untuk mencabar kerajaan moden sekarang dan mereka perlu hormati Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.

"Bila penaklukan berlaku ke atas mereka, kalah dan tidak dapat dihidupkan kembali, mereka tidak boleh menuntut hanya berdasarkan sejarah. Jika tidak, semua kawasan pun boleh dituntut jajahannya mengikut sejarah," tegasnya.

Beliau menegaskan tuntutan ke atas Sabah tidak sama seperti isu Palestin-Israel walaupun dari segi sejarahnya kerajaan Rom yang menjatuhkan dan memecah orang Yahudi di sana.

"Dunia kini tidak boleh gunakan cara seperti Yahudi kembali ke tanah sejarah mereka dengan bantuan British dan AS. Mengikut sejarah di Filipina sendiri, mereka (Kesultanan Sulu) suka serah jajahan sendiri dan akhirnya bertukar-tukar tangan.

"Isunya kini, Kesultanan Sulu sudah tiada, Sabah bukan lagi Borneo Utara dan kini merdeka di bawah sebuah negara berdaulat. Jika ikut logik, mereka kena juga tuntut jajahan di bawah Filipina dan Indonesia," ujarnya.

Dalam pada itu, Ramlah turut mengaitkan perkembangan tuntutan di Sabah dengan tambahan pampasan ekoran kemakmuran yang dinikmati rakyat negeri itu di samping apa yang berlaku di sebalik tabir dengan penyertaan anasir atau elemen dalaman.

Beliau memetik detik sejarah penubuhan Malaysia dahulu yang ditentang Filipina dan Indonesia di sebelah luar sementara Pas, Parti Rakyat Malaya dan Parti Komunis Malaya menentang dari dalam negara.

"Ketika itu, kumpulan ini mendapat kerjasama dan bantuan kewangan dari Indonesia untuk burukkan keadaan," dakwanya.

Tambahnya, pihak tertentu menggunakan isu terbabit untuk pengaruhi rakyat apabila negara huru-hara adalah strategi biasa kerana seperti dalam sejarah, mesti ada sokongan orang dalam.

Beliau juga berpendapat mungkin wujud anasir subversif di Sabah mahupun dalam Malaysia yang melibatkan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

"Apa pun, sekarang kita bercakap tentang keselamatan dan kedaulatan negara. Orang politik tuduh orang politik, itu perkara lain tetapi dalam kalangan rakyat perlu ada kemahuan untuk negara terus kekal aman," tegas Ramlah.

05 Mac 2013

cerita dan perkembangan saya


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia
Saya minta maaf kerana sudah lama tidak menulis artikel ini selama sebulan. Baiklah, saya dapat masuk pertandingan koir dan berlatih sebelum bulan April. Selain itu, saya juga dapat buat persembahan bersama pelajar PERMATA Seni yang bertemakan konsert Palestin baru-baru ini seperti pengunjung blog menontonya tetapi tidak jadi kerana prof kami tidak membenarkan tingkatan 5 masuk supaya fokus pelajaran tidak terganggu sedangkan logiknya saya ada berlatih hari Sabtu dan Ahad petang dan konsertnya pada Isnin dan Selasa malam.

Pada 23/2 lepas, kami ada merentas desa dan mendapat nombor 30 tetapi pingat hanya diberikan kepada top 20 sahaja. Keesokannya, kami menonton talentime (persembahan junior kami) sehingga tengah hari.
Seminggu lalu, kelas kami ada membuat aktiviti BBQ ayam percik dengan macam-macam jenis makanan dan minuman yang sedap. Allhamdulillah!!!! Pada 2/3 lalu, kami melawat rumah Anak Yatim Darul Hikmah di Kajang, Selangor sambil mengajar mereka Matematik (peringkat tinggi sedikit). Penat kami melayan kerenah mereka. Maklum sahajalah. Akhirnya, saya telah berjaya temui 2 orang (tahun 6 dan sebaya dengan saya) untuk diambil sebagai anak angkat (hati sedang berangan). 3 petang, kami balik ke PERMATApintar semula.

Seminggu lepas, saya pergi ke pemilihan badminton untuk wakil MSSD tetapi tidak dapat semasa peringkat kedua. Doakan semoga kelab kami (Children Society) untuk ke Hospital UKM, Cheras dalam minggu ini tercapai. Rabu depan, kami ada ujian akhir 1. Doakan saya semoga dapat jawab dengan cemerlang dan sedang ulang kaji untuk minggu depan sehingga 20/3.

Allhamdulillah!!!!!!! 7/2 lalu, ada perjumpaan mentor penyelidikan dan kami telah bertemu dengan Prof Dr Hayati, pakar biodiversiti haiwan. Kami telah usulkan untuk laman database untuk maklumat haiwan yang kami cari dengan RM 12,000 serta pakar dan penolongnya dari Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Bahru. Selain itu, kami mengikut mereka di makmal mereka dan membuat kajian di Kuala Lompat, Hutan Simpan Krau, Pahang. Doakan semoga penyelidikan kami berjaya dalam masa singkat sebelum Future Scientist Conference. Jika ada perubahan, saya akan maklumkan.

09 Februari 2013

ucapan saya tahun baru cina dan Rumah Demang 'Raja Kecil'

Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia.
Saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Cina yang dikatakan jatuh pada tahun ular. Raikanlah dengan semangat 1Malaysia.



TERLETAK kira-kira 22 kilometer dari Bandar Melaka, pekan Merlimau merupakan antara lokasi yang menjadi tumpuan pelancong terutama dari luar negara yang biasanya lebih berminat untuk melihat peninggalan masyarakat terdahulu berbanding warga tempatan.

Antara lokasi tumpuan adalah makam Tun Teja, perigi Tun Teja, perigi Portugis serta beberapa medan ikan bakar berdekatan yang kebanyakannya menjadikan nasi lemak sebagai hidangan utama untuk 'dipadankan' dengan ikan bakar segar.

Namun, jika anda berkunjung ke sana, jangan lupa bertanya kepada penduduk tempatan di mana letaknya Rumah Demang Abdul Ghani yang sering juga disebut sebagai 'Istana Merlimau'.

Jika sudah tahu lokasinya, berkunjunglah. Di situ anda berpeluang meneliti keunikan seni bina rumah tersebut yang masih mengekalkan identiti rumah Melayu Melaka. Namun dalam masa sama turut menyelitkan unsur-unsur seni luar dalam pembinaannya.

05 Februari 2013

Keriangan Water World @ i-City waktu malam


Justeru, taman tema air akan menjadi tumpuan pada hujung minggu. Kebiasaannya taman tema air dibuka pada waktu siang, namun menyedari sambutan yang baik terhadap tarikan taman tema air, maka syarikat i-Berhad yang membangunkan taman tema digital, i-City di Shah Alam memperkenalkan taman tema air WaterWorld@i-City yang dibuka pada waktu malam, sekali gus muncul yang pertama seumpamanya di negara ini.

Pembukaan WaterWorld@i-City pada waktu malam memberikan pilihan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman yang sama dalam persekitaran berbeza.

Dengan suasana lebih santai dan nyaman, para pengunjung WaterWorld@i-City boleh membawa ahli keluarga beriadah di sini setelah penat bekerja pada waktu siang.

Dengan ruang masa yang lebih banyak, pengunjung akan merasai sendiri pengalaman menyeronokkan termasuk menguji tahap keberanian menaiki gelongsor air, Tornado Ride.

Pengunjung pasti teruja mengalami saat mendebarkan selama 28 saat dengan kelajuan 48 kilometer sejam ketika menggelongsor di papan gelongsor air tertinggi di Asia itu.

Keseronokan diteruskan pula dengan bermain ombak kecil dan besar di Wave Pool, menyusuri sungai buatan di River Adventure, berendam dan merehatkan minda di Giant Jacuzzi.

Bagi anak-anak pula, terdapat permainan menyeronokkan di iChildren Adventure yang menjanjikan keriangan sepanjang malam.

Semua itu boleh dinikmati pada kadar harga berpatutan iaitu RM50 untuk seorang dewasa.

Bagi pengunjung yang membawa anak-anak kecil, mereka tidak perlu risau kerana pihak pengurusan menempatkan pengawal kolam untuk memantau keselamatan pengunjung di kawasan kolam.

Setelah penat mandi-manda, pengunjung boleh membeli makanan di kiosk-kiosk yang disediakan di kawasan berdekatan kolam.

Bersempena dengan pembukaan taman tema air waktu malam itu, pelbagai promosi menarik ditawarkan antaranya pemberian sepasang baju renang percuma kepada 1,000 pengunjung malam terawal di WaterWorld@i-City, harga tiket beli satu percuma satu bagi pasangan kekasih atau berkahwin pada Hari Valentine.

Tiket masuk percuma juga diberikan kepada individu yang lahir pada bulan Februari pada Tahun Ular bersempena sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Pengarah i-Berhad, Monica Ong berkata, sebelum ini golongan muda gemar mengunjungi spa, gimnasium, menonton wayang atau makan selepas pulang dari tempat kerja.

''Kini, mereka boleh menghilangkan tekanan dengan berkunjung ke taman tema air WaterWorld @ i-City. Taman tema air ini mempromosi gaya hidup sihat melalui aktiviti renang dan pelbagai aktiviti air," katanya kepada S2 baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Nor Aqila Farhana Mohd. Arif, 22, berasa teruja untuk menikmati keseronokan di WaterWorld@i-City pada waktu malam.

Katanya, kesibukan kerja sebagai eksekutif pelancongan membataskan masanya untuk berhibur ke taman tema air pada waktu siang.

''Sebelum ini, telah banyak kali saya membuat perancangan untuk datang ke sini, namun terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Seorang pekerja swasta, Norashikin Ismail, 23, pula berkata, pembukaan taman tema air waktu malam itu memberikan peluang kepada mereka yang datang dari jauh untuk merasai keriangan melawat i-City.

''Selalunya, pengunjung yang datang dari jauh terpaksa menunggu keesokan hari untuk mandi-manda di WaterWorld@i-City. Kini, mereka tidak perlu lagi menunggu. Sampai sahaja di situ, mereka boleh terus mandi-manda," katanya.

Pengurus sebuah syarikat swasta, Siti Azlinda Hamzah, 35, pula berkata, mandi-manda pada waktu malam lebih seronok berbanding waktu siang.

''Waktu malam lebih sejuk dan menenangkan berbanding waktu siang yang panas dan membuatkan kita berasa cepat letih. Waktu malam juga adalah saat yang lebih sesuai untuk ahli keluarga berkumpul dan beriadah pada malam hujung minggu," katanya.

28 Januari 2013

Cerita saya dan ucapan



Assalamulaikum wbt dan salam sejahtera.
Di sini, saya mengucapkan salam Maulidur Rasul 1434 H kepada seluruh umat Islam di dunia. Perbanyakkan selawat, cintai dan mengamalkan sunnah serta mengikuti apa yang Rasullulah SAW lakukan.

Isnin dan Selasa lepas, saya terlalu sibuk dalam berlatih koir kerana sudah ada kumpulan koir baru di PERMATApintar dan pengajarnya dari Pusat Kebudayaan UKM. Allhamduillah!! Setelah kami berlatih akhirnya kami berjaya membuat persembahan koir (lagu Anak Permata, Varsiti Kita dan Negaraku) semasa program penutupan orientasi tingkatan 3 & 4 (pelajar tingkatan 3 yang skornya tinggi daripada pelajar junior semasa UKM3, dapat masuk ke sini) pada hari Rabu. Kiranya ini merupakan lompat tanpa perlu ambil PMR dan boleh habiskan belajar di universiti dalam usia muda serta singkat. Ada 20 orang pelajar daripada Tingkatan 3 dan selebihnya daripada Tingkatan 4. Mereka ada off level test untuk pemilihan bagi mengikuti program fast track (TOEFL dan SAT itu). Kemudian, saya diberi memimpin untuk senamrobik petang (iaitu warming up) serta kawan sekelas saya lain (kelas kami -5K7). Allhamduillah!!!!

Pada hari Khamis, AJK Kerohanian Kolej dan MPP mengadakan sambutan maulidur rasul. Ia dimulakan dengan perarakan (seronok) melalui kawasan perumahan kakitangan UKM, kemudian diikuti dengan pembentangan kain rentang daripada setiap kelas. Akhirnya, kelas kami dapat nombor tiga dan dapat bingkai Al-Quran. 4 hari kami menyiapkan kain rentang tersebut. Tema kebangsaan tahun ini ialah 'Wasattiyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Akhir sekali, kami dihidangkan dengan ceramah.

Petang itu, kami ada raptai untuk malam ini. Selama 2 malam, saya dan 10 orang kawan lain yang menyertai kumpulan marhaban berlatih untuk memimpin selawat marhaban selepas solat Maghrib. Setiap kali ada peristiwa, kumpulan koir dan marhaban (kumpulan saya) insya-Allah akan mempersembahkan persembahan kami. Malam itu, ada persembahan nasyid dan sajak (oleh saya sendiri dan kawan sekelas saya -Alya). Akhir sekali, kami ada tayangan video mengenai Rasululah. 10.40 malam, berakhirlah sambutan ini.

Saya berasa sedih kerana cikgu tidak memilih saya untuk pegang jawatan Majlis Perwakilan Pelajar yang dalamnya ada exco-exco (macam di universiti) bahkan juga ketua kolej asrama tidak memilih saya untuk pegang jawatan dalam AJK kolej asrama walhal ada sesetengahnya saya berbakat dalam sesetengah jawatan itu. Selain itu, saya juga tidak terpilih untuk ikuti Program Nobel Laurate selama 4 hari (semalam hingga Khamis ini). Di dalamnya, ada kerja dan 'lecture' dari 8 pagi hingga 7 malam (tidak termasuk 'lunch' dan solat) bersama beberapa orang pengajar dari US. Khamis atau Rabu ini ada majlis penutup yang dirasmikan oleh Datin Rosmah. Program ini secara tidak langsung membolehkan pelajar berfikiran tinggi dalam mencipta sesuatu yang baru.

Akhir kata, saya mengucapka selamat Thaipusam kepada seluruh yang beragama Hindu.

11 Januari 2013

Cerita saya di PERMATApintar


Assalamualikum wbt dan salam sejahtera.
Saya ingin menceritakan dalam dua minggu ini di PERMATApintar. Pada minggu pertama, kami tidak belajar kerana ada pelbagai taklimat yang ingin diberikan. Kami bergotong-royong dalam minggu ini membersihkan asrama, dewan makan dan surau serta tidak terkecuali kelas dan makmal. Cantik jugalah asrama dan surau kerana asrama ada tirai berwarna-warni dan meja belajar mempunyai banyak ruangan untuk disimpan dengan katil yang empuk. Saya sebilik dengan rakan karib saya, Shah Hakimi. Normalnya, kami bermain bola sepak di belakang blok bilik instruktor baru macam 1 bilik 2 orang guru kami manakala main bola tampar di depan blok pentadbiran. Seterusnya, di dewan pula kami bermain badminton sampai pukul 6 petang.

Allhamduillah!! Saya mendapat 5 atau 6A pada semester akhir 2 lepas. Oleh kerana 70% pelajar pointer bawah 3, jadual kami terlalu padat.

1. Pagi Isnin - Jumaat - belajar.
2. Petang itu, ada kelas PQS dan PSI (saya tidak mengambil pun dan selebihnya prep). Ada juga kelas LMS (Learning Management Self) di mana instruktor memuat turun sesetengah 'assignment' dalam laman web tersebut.
3. Malam itu, ada prep setiap hari termasuk hari Khamis, kelas kalkulus kelas kami. Manakala kelas bahasa Jepun pula 2.30-4.30 petang.
4. Petang Jumaat, ada sesi kaunseling. Untuk aktiviti kokurikulum,
Kelab - Robotik.
Unit beruniform - Bulan Sabit Merah Malaysia.
Permainan - Badminton.

Perjumpaan dibuat bermula bulan depan. Manakala aktiviti kesenian dimasukkan hari Sabtu (9-11.30 pagi). Saya memilih untuk menyertai koir sekolah di mana setiap kali peristiwa atau petandingan, kami akan buat kerana saya pernah berpengalaman dalam koir setahun.

5. Dalam hujung bulan ini, kami bermula membuat kajian research dengan mentor kami dari UKM. Saya tidak menyangka (hari jadi saya 4 Januari) disambut meriah oleh instruktor, akwan-kawan dan prof kami dalam sejarah hidup saya. Allhamduillah!!!!!! Hadiahnya tidak terdaya saya untuk habiskannya dengan kek lagi. Kalau pointer bawah 2, kena buang. Kemudian, kalau pointer di atas 3, dapat menyertai pertandingan. Saya menyeru kepada semua supaya doakan kejayaan saya di sana termasuk terpilih menyertai kejohanan sukan Hulu Langat bulan April ini dan genius olimpiad.

6. 18 & 19 Januari ini, kami ada 'open day' untuk perjumpaan ibu bapa dengan instruktor mengenai prestasi keputusan ujian lepas. Setelah itu, ada hari anugerah, tidak dapat pun dan juga mesyuarat PIBG. Insya-Allah, keluarga saya akan datang ke sini. Untuk pendaftaran pelajar baru tingkatan 4, ia akan berlangsung pada 21 Januari ini. Itu sahaja.

01 Januari 2013

Ucapan tahun baru

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Saya mengucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua orang di dunia ini dan laksanakan azam anda semua. Allhamuduillah!! Akhirnya saya berjaya menyiapkan proposal research bersama dua orang kawan saya untuk tahun ini. Topiknya bulan September ini insya-Allah. Esok bermulalah alam baru dan alam persekolahan. Semoga impian saya untuk tahun ini menjadi kenyataan, insya-Allah.

26 Disember 2012

Nikmati keindahan Putrajaya


MUNGKIN ramai tidak menyedari bahawa Putrajaya merupakan sebuah tempat yang menyeronokkan untuk bercuti, selain destinasi pantai, tanah tinggi mahupun pulau-pulau di sekitar Malaysia.

Baru-baru ini, penulis berpeluang menikmati keindahan Putrajaya dengan melawat beberapa tempat menarik di sekitar pusat pentadbiran negara itu.

Bagi pengunjung dari Kuala Lumpur, kamu boleh memilih sama ada menaiki perkhidmatan tren (ERL), bas, kereta mahupun teksi.

Adakah kamu tahu bahawa Putrajaya juga terkenal sebagai bandar dalam taman? Ini kerana lebih 40 peratus kawasan Putrajaya adalah taman-taman awam yang dibina khas sebagai kawasan rekreasi dan riadah untuk masyarakat.

Bagi mereka yang pertama kali datang ke Putrajaya pasti terpegun melihat kecantikan dan kehebatan bangunan-bangunan kerajaan serta masjid.

Masjid Putra contohnya yang terletak di tepi tasik memiliki reka bentuk Islam dari Timur Tengah dan sistem pengudaraan yang moden.

Bukan itu sahaja, selesai menikmati keindahan bangunan, penulis berpeluang melawat salah sebuah taman daripada 10 buah taman yang terdapat di Putrajaya.

Taman Botani mempunyai keluasan 92 hektar dan lebih 700 spesies flora dari sekitar Asia terdapat di sini yang boleh dinikmati oleh para pengunjung.

Bagi yang mempunyai basikal, mereka boleh mengayuh basikal di dalam taman ini tanpa sebarang bayaran, manakala harga bagi menyewa basikal adalah serendah RM4.

Jika kamu berasa malas untuk mengayuh, Taman Botani juga menyediakan tram untuk pengunjung menikmati keindahan di taman itu.

Di taman ini juga terletak sebuah bangunan yang dinamakan Morocco Pavilion. Bangunan itu mempunyai ciri-ciri seni bina Maghribi yang begitu indah dan unik yang boleh dilawati pengunjung.

Setelah puas menghayati keindahan alam, penulis bergerak ke tempat makan yang terletak berhampiran Cruise Tasik Putrajaya.

Alang-alang sudah berada di sana, penulis tidak melepaskan peluang untuk menaiki cruise bagi menikmati suasana yang mendamaikan di sana.

Mereka yang menaiki cruise pada sebelah petang berpeluang menikmati keindahan senja dari dalam cruise yang sangat memukau.

Keindahan tersebut sememangnya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Jadi, bagi mereka yang belum pernah ke sini sememangnya Putrajaya menawarkan lebih daripada sekadar tempat berurusan dengan kakitangan kerajaan.

Perjalanan dengan cruise yang memakan masa 45 minit nyata memberi kepuasan kepada penulis sebelum penulis menamatkan lawatan sehari di Putrajaya.

Bagi yang ingin bermalam, banyak pilihan hotel ditawarkan daripada hotel murah sehinggalah hotel bertaraf lima bintang.

Rancang perjalanan kamu dengan baik kerana Putrajaya menawarkan pelbagai keunikan yang tidak ada di tempat lain.

14 Disember 2012

nasihat saya dalam peristiwa AFF Suzuki yang lalu


Assalamualaikum wbt dan salam 1Malaysia. 

Marilah kita imbas kembali peristiwa AFF Suzuki 2012 yang lalu. Artikel saya kali ini mungkin menyinggung perasaan dan sebagainya. Oleh itu, bacalah jika sudah bersedia.

1.Kita telah kalah di tangan Singapura 3-0 akibat pertahanan Harimau Malaya dan kesalahan penjaga gol, Khairul 
Fahmi juga walhal penyerang negara sudah menjalankan tanggungjawab dengan baik sekali terutama Wan Zack 
Haikal, Mahali Jasuli dan juga Shakir. Walau apapun, bukanlah salah 100% Khairul Fahmi itu. Akibat itu, Rajagopal
(jurulatih negara) tidak membenarkan Fahmi bermain lagi dalam AFF tahun ini. 

2. Farizal Marlias telah mengambil alih peranan Fahmi dan berjaya melakukannya dengan cukup cemerlang. Saya 
lihat juga yang pertahanan dan keseluruhan padang kita banyak monopoli oleh kita sendiri dan kebanyakkan pemain 
prestasi meningkat terutamanya wan zack, safee, shakir, kunalan dan beberapa orang lagi. Aidil waktu itu belum 
menjadi defence yang terbaik tetapi telah melakukannya dengan bagus terutama lawan dengan Thailand. Hasil 
kebangkitan dan peningkatan kemahiran terbaik Harimau Malaya, akhirnya kita berjaya membenam Laos 4-1.

3. Semasa lawan dengan Indonesia pula, semua pemain waktu itu bermain dengan bertambah cemerlang terutama 
Farizal. Asakan Indonesia mampu kita tangkis dan akhirnya membelasah garuda itu 2-0.

4. Apabila lawan dengan Thailand, nampak semakin lama semakin turun prestasi termasuk Rajagopal melainkan 
Farizal sahaja. Semasa perlawanan kumpulan dengan Indonesia, kita berjaya menduduki tempat teratas kumpulan
tetapi sayangnya Singapura lawan dengan Laos waktu itu menang 4-3 ke atas Laos. Jadi, akibat perbezaan 1 mata
itu, Singapura menduduki teratas sedangkan kita no 2. Kalau boleh kita nak lawan dengan Filipina tetapi sebab
gol yang banyak, kita terpaksa lawan dengan Thailand yang penuh kontroversi dan menyakitkan mata pada 
separuh akhir.

5. Kita lihat semasa lawan dengan Thailand dalam separuh akhir di Bukit Jalil, Mat Yo (Shahrul) berjaya golkan
pada minit ke 46. Secara keseluruhannya, formasi 4-5-1 berjaya membentuk gol untuk kita tetapi sayangnya
akibat kekekalan Rajagopal tidak tukar formasi, pertahanan agak goyah, tengok kita berjaya memberikan gol untuk
Thailand, Teresa Dangda pada minit ke 79. Jadilah seri 1-1.

6. Semasa lawan dengan Thailand pada separuh akhir kedua di Bangkok, inilah menyedihkan hati kerana pasukan 
kita mendapat padang awam yang tidak selesa untuk menjalani latihan. Nasib baik kita dapat berlatih di stadium kecil pada
ambang perlawanan. Ini ke layanan yang diberikan kepada kita sedangkan kita telah memberi kepada mana-mana pasukan
lawan 4 bintang termasuk boleh mencuba stadium bukit jalil?? Jika sebegitu lebih baik kita buat perkara sama sahaja kepada
mereka. Memang sebelum lawan, Thailand provokasi pemain kita dan berjaya akhirnya melalui tekanan psikologi. Lagipun
mereka tahu pemain kita mudah terganggu emosinya dengan pula pengadil dari Korea itu POYO!!!!

7. Semasa perlawanan, saya melihat ramai pemain terutama Amar dan Gary tidak sesuai dimasukkan dalam skuad melawan 
gajah tersebut. Lain kali, sesiapa jurulatih selepas ini tolong pilih pemain bergantung kepada kelebihannya dan juga
negara mana kita berlawan. Kalau saya melihat line-up semalam, memang kalahlah. Kalau semasa lawan dengan Laos, tidak
mengapalah juga. Kita tahu ramai tunggak kemenangan kita tercedera dan tidak dapat bertanding semasa menentang gajah
itu. Mengapakah Datuk Rajagopal tidak mengambil pemain lain lebih menyerlah dan belum bermain di peringkat antarabangsa untuk menutup kelemahan kita dan mengapa beliau tidak mengubah taktikal dan formasi?? 

8. Akibatnya, Thailand mengetahui kelebihan setiap pemain dengan mengawal bola. Saya berasa sangat terkilan kerana
Thailand control 100% bola sepanjang 90 minit itu. Sudahlah Mat Yo terpaksa berseorangan membuat serangan. Mahali
pun tidak dapat membantu kerana wan zack cedera, dengan shakir lagi jadi Mahali lebih banyak bertahan. Akibat pemilihan
pemain yang tidak sesuai untuk membelasah gajah, kita banyak bertahan dan kalaulah pemain kita banyak bertahan, tidak dapatlah kita buat gol tetapi kalau banyak buat serangan, pertahanan pula kosong. Ditambah lagi dengan pengadil suka 
hati melayangkan kad kuning kedua dan merah kepada Fadhli (pemain pertahanan) yang bagus akibat provokasi dengan
seorang pemain Thailand no 7 itu. Sepatutnya pemain Thailand itu yang mulakan jika melihat rakaman video penuh tetapi
Fadhli pula yang terkena. Akibat provokasi yang dicetuskan oleh pihak lawan, Fadhli terkeluar. Inikah pengadil yang kita
inginkan?? AFF tolong siasat, jangan diam sahaja. Memang POYO pengadil itu.

9. Akibatnya, Amar berada di pertahanan tengah semasa separuh masa kedua dan terpaksa main 10 orang sebelum Safee Sali dan Khyril dimasukkan tetapi kurang berfungsi kerana sudah terlambat. Sepatutnya jurulatih itu masukkan mereka lebih
awal. Akibat kesilapan pertahanan yang semakin goyah dan longlai terutama Amar, kita terus memberi kepada mereka 2 gol 
dalam 6 minit sahaja. Lama-kelamaan saya meilhat pemain kita semakin longlai sehingga berakhir perlawanan.

10. Apa yang saya lihat, formasi 4-5-1 boleh dibuat setelah kita berjaya jaringkan gol dan lain kali kita semua yang bermain
bola sepak termasuk pemain kebangsaan perlu passing bola secara dekat, bukan jauh atau tendangan tinggi seperti 
sebelum ini. Satu lagi setiap kali perlawanan, jurulatih perlu menukar taktikal supaya pihak lawan terkejut nanti.

11. Walau apapun, saya mengucapkan SYABAS kepada FARIZAL kerana beliau bermain dengan paling CEMERLANG 
kerana berjaya selamatkan percubaan berbahaya oleh Teresar daripada kita dibelasah 6-0. Apa yang paling buat saya bangga ialah semasa Thailand hampir berada di gol untuk dijaringkan, Farizal menangkap dengan kemas walaupun
terpaksa menjatuhkan badan di tiang gol di hadapan pemain itu sendiri. Jika tidak, 3-0 lah jawabnya macam kita kalah
dengan Singa semasa perlawanan pertama kumpulan.  Saya rasa kasihan kepada Farizal kerana terpaksa berseorangan
menangkis jaringan berterusan akibat pengadil, pemilihan pemain dan posisi tidak sesuai, tidak ubah cara permainan,
termasuk serangan provokasi daripada gajah, harimau akhirnya terluka berdarah mengerang kesakitan.

12. Akhir kata, marilah kita menonton siapa yang menjulang piala AFF 2012 sama ada Singa atau Gajah dalam final minggu
depan? Saya berharap semoga jurulatih ditukarkan atau pengurusan FAM letak jawatan atau sebagainya tidak kisah asalkan saya ingin melihat bola sepak kita setaraf dengan pasukan liga Inggeris seperti negara Eropah. Biarlah pemain baru yang lebih menyerlah atau standard dengan wan zack atau Safee dan jurulatih baru yang lebih kreatif. Bukanlah saya katakan kalian termasuk Datuk Rajagopal tidak boleh atau tidak menyerlah tetapi muka baru lazimnya lebih cergas. Ingatlah
corak permainan perlu diubah kepada taktikal tiki-taka atau seperti Liverpool dan sebagainya. Satu lagi kita yang pandai
bermain bola sepak dan tangkas tolong tukar kepada cara permainan lebih kreatif seperti passing dekat dan agresif termasuk diri saya juga. Wahai FAM, Kementerian Belia dan Sukan daripada NGO, tolong berbuat sesuatu. 

14. Saya berharap semoga kita dapat mengulangi dan sekali lagi menjulang piala AFF Suzuki 2014 seperti kita kalahkan Indonesia dua tahun lepas dalam final dan perlawanan bola sepak selepas ini khususnya piala Asia 2013.

Saya katakan ini kerana saya berpengalaman bermain bola sepak dan rajin menonton atau membaca surat khabar walaupun saya berada di asrama tetapi saya rajin melihat perkembangan sukan meskipun saya kesibukan untuk memberi sumbangan kepada negara Malaysia. Syabas kepada Rajagopal, pemain kita dan Farizal kerana berjuang habis-habisan untuk peminat bola sepak terutamanya penyokong Harimau.........

Saya minta maaf kerana mungkin kritikan saya ini menyinggung sesiapa yang membacanya tetapi percayalah kata-kata saya ini adalah daripada peminatmu yang ingin melihat Malaysia hebat dalam bidang sukan setaraf negara Eropah. Ayuhlah!!!!!!! 

Saya meminta maaf kerana artikel saya menyimpang jauh daripada tema blog saya tetapi ingatlah blog ini bukan sekadar tema itu sahaja malahan dicampurkan dengan tema lain seperti cerita, komen, gambar dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya tidak akan menyimpang jauh daripada tema blog ini. Insya-Allah. Berdoalah semoga negara kita di bawah naungan Allah swt dalam semua bidang terutama bidang sukan dan tidak lupa menegakkan hukum-Mu di Malaysia.
Saya berharap semoga jangan ada kritik saya yang saya ini menulis artikel yang jauh tema sepatutnya sehingga pengunjung blog pelbagai negara dan kaum seluruh dunia malas membaca artikel-artikel blog saya tetapi ingatlah yang blog ini bukan sahaja padat dengan informasi bahkan juga cerita dan komen saya termasuk berita sekali. Janganlah berkata kepada saya yang "Cubalah jadi jurulatih atau pemain, pasti tak boleh". Pada saya, saya menerima kritikan dengan hati terbuka tetapi jangan sampai hati saya terguris pula. Sebenarnya pemain kita sudah bagus tetapi tingkatkan lagi dan asah taring harimau kita, INSYA-ALLAH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails