1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

27 Mac 2010

Lukisan mural bangunan tarikan baru


Lukisan mural bermotifkan Kesultanan Melayu Melaka pada bangunan-bangunan lama sepanjang Sungai Melaka menjadi tarikan baru kepada pelancong di Bandar Hilir, Melaka, semalam.

Projek lukisan mural pada bangunan-bangunan lama di sepanjang Sungai Melaka akan menjadi tarikan baru di kawasan tersebut. Setiausaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Azmi Husin berkata, program hasil kreativiti pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Alor Gajah itu telah bermula sejak Oktober lalu dan dijangka siap sepenuhnya Julai ini.
Menurutnya, program yang mendapat peruntukan Kementerian Pelancongan berjumlah RM1.6 juta itu bertujuan mencantikkan kawasan sepanjang tebing sungai tersebut di samping mengindahkan bangunan-bangunan lama bagi dijadikan tarikan utama pelancong.
''Kerja-kerja lukisan mural di bahagian belakang bangunan lama itu sudah siap 60 peratus.
Ia melibatkan dua fasa struktur bangunan yang dipenuhi lukisan mural bermotifkan kepahlawanan dan kesultanan Melayu Melaka," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati hampir semua bangunan berkenaan dihiasi lukisan mural yang menggambarkan sejarah awal Melaka, kegemilangan kesultanan Melaka termasuk kepahlawanan Melaka seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Puteri Hang Li Po dan Laksamana Cheng Ho.
Selain itu, terdapat juga lukisan mural pada deretan bangunan lama yang dilukis dengan bangunan sejarah yang ada di Melaka seperti Kota A'Famosa dan Stadhuys.
Mengulas lanjut, Azmi turut berkata, penghasilan lukisan mural tersebut bukan sahaja menjadi tatapan pengunjung tetapi dapat mengukir satu memori indah buat pelajar berkenaan kerana berjaya mempamerkan hasil kreativiti bermutu tinggi.
Ujarnya, MBMB yakin dengan kelainan itu mampu memberi satu impak kepuasan kepada pengunjung yang menggunakan perkhidmatan bot Melaka River Cruise.
''Mereka bukan sahaja berpeluang melihat keindahan flora dan fauna pada lukisan mural itu tetapi juga berpeluang menghayati sejarah awal negeri ini," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails