1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

22 Jun 2012

Layanan istimewa di 'hotel haiwan'


BILIK-BILIK haiwan yang selesa disediakan untuk mereka yang ingin meninggalkan haiwan kesayangan di Pets Hotel, di Jalan Kedah, Pulau Pinang.
PULAU PINANG 21 Jun - Siapa kata hanya manusia memerlukan perkhidmatan dan layanan bertaraf lima bintang?
Haiwan juga tidak terkecuali, sekiranya diberi peluang untuk memperolehinya.
Memikirkan mengenai perlunya haiwan peliharaan mendapatkan pengurusan yang lebih eksklusif, sebuah hotel haiwan diwujudkan, khusus untuk pemiliknya menempatkan haiwan kesayangan mereka.
Mempunyai rekaan dalaman bertaraf lima bintang, CTY Pets Hotel yang terletak di Jalan Kedah di sini, menawarkan khidmat penjagaan haiwan peliharaan dengan pakej yang lengkap.
Dikendalikan lebih 20 pekerja yang juga pakar mengenai haiwan, hotel yang ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu nyata mendapat sambutan menggalakkan daripada pencinta haiwan.
Lebih mengujakan, haiwan yang ditempatkan di situ akan dilayan bak putera atau puteri raja, termasuk berpeluang menikmati mandian ala jakuzi berserta andaman.
Tinjauan Utusan Malaysia di situ, baru-baru ini mendapati lebih 20 haiwan seperti kucing, anjing, iguana, arnab dan hamster seolah-olah sudah mengenali kakitangan hotel terbabit.
Ini kerana, masing-masing dilihat begitu jinak walaupun dikurung dalam bilik berasingan mengikut saiz.
Pegawai Pemasaran CTY Pets Hotel, Ng Pei Ling berkata, permintaan untuk penginapan haiwan-haiwan peliharaan semakin meningkat terutamanya pada hujung tahun dan cuti sekolah.
Menurutnya, tujuan utama hotel tersebut diwujudkan adalah bagi membantu pemilik haiwan peliharaan terutamanya kucing dan anjing yang berdepan masalah menjaga haiwan kesayangan masing-masing apabila ingin bercuti panjang.
"Biasanya pelanggan membawa haiwan peliharaan mereka ke sini disebabkan perlu bercuti panjang dan sukar menguruskan haiwan mereka kerana berada di luar daerah.
"Kami mampu menjaga lebih 20 ekor kucing dalam satu-satu masa," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Jelas beliau, sesetengah pelanggannya meninggalkan haiwan peliharaan mereka kira-kira seminggu namun ada juga yang meninggalkan dalam tempoh lebih lama iaitu sehingga dua bulan.
Katanya, sepanjang berada di situ, haiwan-haiwan tersebut akan diberikan layanan yang dimahukan oleh pemilik termasuk makanan, diet istimewa, perubatan dan beriadah.
"Malah, lebih menarik kami juga menawarkan kamera web secara percuma bagi pelanggan yang ingin aksi haiwan peliharaan mereka dirakam serta memudahkan mereka melihat keadaan haiwan terbabit walaupun berada di luar negara," ujarnya.
Jelas Pei Ling, pemilik haiwan perlu membuat tempahan seminggu lebih awal untuk menempatkan haiwan masing-masing, manakala bayaran yang dikenakan bergantung kepada tempoh dan jenis haiwan.
"Contohnya, untuk jagaan siang bagi seekor kucing cuma RM15 dikenakan manakala jika ditinggalkan semalaman cajnya RM24.
"Namun begitu, kami turut memberi diskaun kepada pelanggan yang meninggalkan haiwan peliharaan untuk tempoh lama," katanya.
Tambah Pei Ling, hotel tersebut bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penginapan tetapi turut menyediakan perkhidmatan rawatan dan andaman.
Sementara itu, seorang kakitangan, Eric Chew berkata, banyak keistimewaan yang diperoleh melalui kerjaya tersebut terutama teknik-teknik mengendalikan pelbagai jenis haiwan.
Katanya, tugas tambahan penjaga haiwan termasuklah penyediaan makanan dan minuman serta membawa haiwan-haiwan itu bersiar-siar di padang bagi mengurangkan tekanan dan memudahkan anjing membuang najis.
"Kami juga akan sentiasa memenuhi permintaan para pelanggan daripada segi penjagaan dan kebajikan 'tetamu-tetamu' yang ingin menginap di sini," katanya.
Bagi pemilik haiwan yang sebelum ini dibelenggu dengan persoalan di mana haiwan kesayangan mereka ingin ditempatkan jika ingin keluar negara atau bercuti boleh menghubungi CTY Pets Hotel di talian 04-2268797.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails