1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

30 Disember 2010

Selesa di Seri Malaysia


Kolam renang yang jadi tarikan pengunjung.

Sebut sahaja nama Hotel Seri Malaysia, pasti ramai yang teringatkan layanan mesra kakitangan dan keselesaan yang disediakan di semua rangkaiannya. Salah satu rangkaian hotel itu terletak di daerah ini yang mendapat jolokan Bandar Pelancongan.
Dibina pada 1 Disember 1995, Hotel Seri Malaysia Mersing terletak satu kilometer dari Jeti Mersing dan berhadapan dengan Hospital Mersing, tidak hairanlah ia menjadi pilihan ramai pengunjung tempatan dan pelancong luar.
Lokasinya yang menarik serta kemudahan di hotel itu menjadikannya daya tarikan kepada jabatan kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadikannya tempat mengadakan seminar dan hari keluarga.
Pengurus Operasi hotel terbabit, Mohd. Zamani Samuni, 30, berkata, hotel tiga tingkat itu mempunyai 100 bilik dengan pelbagai kategori seperti Standard, Family dan bilik VIP.
“Hotel ini juga dilengkapi kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak serta empat dewan serbaguna mengikut keperluan pengunjung,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Menurutnya, restoran di Hotel Seri Malaysia Mersing juga ada menyediakan pelbagai pilihan makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti asam pedas Melaka dan ayam masak lemak Negeri Sembilan.
Bagi pengunjung yang gemarkan makanan barat, restoran yang dikenali Cafe d‘Tanjung itu turut menyediakan ‘steak’ cili padi Seri Malaysia, ‘chicken chop’ dan ‘fish n chips’.

Kakitangan Hotel Seri Malaysia, Mersing ramah dan bersopan santun.


Bagi yang sudah lama tidak menikmati kuih-muih tradisional, restoran tersebut menyediakan pakej minum petang dengan harga RM11.11 seorang. Makanlah sepuas-puasnya lebih 20 jenis kuih-muih termasuk pelbagai bubur dan pengat.
Hotel itu juga menyediakan peluang kerja kepada 50 kakitangan dan kebanyakan mereka merupakan penduduk yang berasal dari daerah ini.
Landskap hotel yang diberikan wajah baru amat menyegarkan bagi menambahkan lagi ‘seri’ hotel tersebut.
Bagi yang ingin mengadakan seminar, penganjur boleh memilih empat buah dewan yang bersesuaian keperluan mereka dengan dewan terbesar mampu memuatkan antara 250 hingga 300 orang pada satu-satu masa.
Mohd. Zamani berkata, lebih menarik salah sebuah dewan tersebut diberikan nama Dewan Pak Malau yang mengambil nama sempena filem Sri Mersing.
Menurutnya, bilik-bilik yang ditawarkan berharga antara RM90 hingga RM190 satu malam dan ia amat berpatutan dengan suasana dan keselesaan pengunjung.
Sempena ketibaan tahun baru 2011, pihak hotel menawarkan pakej penginapan dengan harga hanya RM111 bagi satu malam termasuk sarapan pagi untuk dua orang.
Pengunjung yang ingin melayari Internet usah risau kerana hotel ini menyediakan kemudahan WiFi secara percuma
Bagi yang ingin berkunjung ke Mersing dan mencari tempat penginapan selesa, Hotel Seri Malaysia mungkin pilihan yang sesuai. Untuk tempahan, orang ramai boleh menghubungi 07-7991876.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails