1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

30 Disember 2010

Istimewanya Banjaran Dulit


Banjaran Dulit yang terletak dalam bahagian Tinjar mampu menyaingi tapak warisan semula jadi dunia, Taman Negara Gunung Mulu yang juga terletak di bahagian Apoh Tutoh di Ulu Baram, Miri, Sarawak.

Banjaran Dulit yang terletak di Hulu Tinjar, Baram kira-kira enam jam perjalanan dari Miri masih begitu kaya dengan keindahan alam semula jadi yang belum pernah diterokai. Tersembunyi di hutan tebal Borneo, banjaran yang mempunyai ketinggian 1,219.2 meter dari paras laut itu mempunyai beberapa lubang gua, sungai kecil, air terjun serta ratusan spesies tanaman yang dipercayai boleh digunakan untuk tujuan perubatan.
Bagi yang tidak pernah mengetahui kewujudannya, Banjaran Dulit terletak dalam bahagian Tinjar bersebelahan bahagian Apoh Tutoh yang menempatkan tapak warisan dunia semula jadi iaitu Taman Negara Gunung Mulu di Ulu Baram.
Menurut penduduk tempatan yang pernah sampai di puncak Banjaran Dulit, mereka terkejut dengan penemuan sebuah kebun yang digelar Taman Eden di mana tumbuhan seperti tembakau dan pokok terung tumbuh subur di atas permukaan berbatu.
Merang Kaling, 53, dari Tinjar memberitahu, kali pertama dia menakluki puncak banjaran itu adalah pada 1992 untuk mencari sarang burung serta gaharu dan ketika itulah dia menemui kebun tersebut.
‘‘Agak menghairankan kerana di puncak banjaran tersebut, berbatu dengan permukaan tanah yang amat kurang selain kering.
‘‘Saya terkejut kerana tembakau dan terung tumbuh di merata kawasan berhampiran pintu gua,” katanya.
Kaling menambah, tembakau berkenaan ditanam dalam bentuk barisan dengan daunnya dianggarkan sebesar lima inci dan panjang kira-kira 0.3 meter manakala di tepian kebun itu pula ditumbuhi terung yang menghijau.
‘‘Saya dapati beberapa helai daun tembakau yang menghijau itu seolah-olah telah dipetik oleh seseorang, namun peliknya tiada bekas kaki ditemui,” katanya yang kembali ke puncak banjaran itu tahun lalu setelah 17 tahun menemui kebun tersebut.
Menurut Kaling, kebun seluas 3.6 meter tersebut masih wujud hingga ke hari ini namun untuk sampai ke sana, pelawat terpaksa meredah hutan kerana ketiadaan laluan pejalan kaki yang khusus.
Katanya, kawasan banjaran itu dahulu merupakan tempat tinggal utama kaum Berawan; Sebop; Kenyah dan bagi kaum Penan yang memetik tembakau liar malah mereka percaya tumbuhan itu ditanam oleh makhluk halus.
Sementara itu, Ketua masyarakat Kenyah, Penghulu Joseph Belulok, 66, dari Long Aton di Tinjar pula memberitahu, Banjaran Dulit sebenarnya berpotensi besar untuk menjadi salah satu tarikan pelancongan di kawasan Baram.
‘‘Kawasan ini masih kaya dengan sumber alam seperti damar, rotan, engkabang, gaharu dan puluhan spesies tumbuhan dan akar kayu yang digunakan untuk tujuan perubatan,” katanya yang turut mengusahakan perkhidmatan inap desa di Long Aton sejak beberapa tahun lalu.
Selain itu, banjaran ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti lasak berkonsepkan gunung ganang seperti jalan atau treking dalam hutan, rock climbing selain menjelajah gua-gua yang terdapat di puncak banjaran berkenaan.
Ujar Belulok, konsep ekopelancongan itu sudah pasti mampu menarik pelancong asing terutama dari negara Eropah yang menggemari aktiviti pelancongan berasaskan kebudayaan, pengembaraan dan alam semula jadi (CAN).
Namun katanya, usaha untuk mempromosikan Banjaran Dulit memerlukan jangka masa yang panjang kerana tempat itu amat jarang dikenali dan setakat ini belum ada langkah untuk mengetengahkan kawasan itu ke peta pelancongan.
‘‘Saya percaya, Banjaran Dulit mampu menyaingi Taman Negara Gunung Mulu jika usaha mempromosikannya terus giat dilaksanakan,” kata Belulok.
Dalam pada itu, Belulok mencadangkan agensi berkaitan supaya mengambil inisiatif untuk sama-sama melindungi dan memelihara keindahan alam semula jadi yang terdapat di Banjaran Dulit.
Menurutnya, kajian oleh penyelidik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk tesis doktor falsafah mengesahkan wujudnya spesies orang hutan atau wak-wak iaitu panggilan di kalangan masyarakat tempatan yang seringkali ditemui meminum air masin di sebuah tasik berhampiran Banjaran Dulit.
‘‘Difahamkan penyelidik berkenaan sudah mencadangkan kepada jabatan kerajaan berkaitan agar menjadikan tempat penemuan itu sebagai kawasan perlindungan semula jadi.
‘‘Kita menyokong cadangan itu dan akan memberi kerjasama untuk menyokong langkah perlindungan bagi memelihara kecantikan dan keunikan Banjaran Dulit dalam usaha memastikan sistem ekologi di situ tidak terancam dengan pembangunan,” ujarnya.
Tambahnya, sungai dan beberapa air terjun yang terdapat di kawasan banjaran itu juga berpotensi untuk pembinaan mini hidro bagi membekalkan tenaga elektrik kepada 17 rumah panjang kaum Kenyah, Berawan dan Penan di kawasan terbabit.
Pada masa sama, dia berharap komuniti tempatan menggunakan peluang ini untuk menceburkan diri dalam ekopelancongan memandangkan sebelum ini terdapat pelawat dan pelancong dari Eropah seperti United Kingdom dan Belanda datang ke situ untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
Sementara itu, bagi pelancong yang bercadang untuk melakukan treking dalam hutan dan menaiki Banjaran Dulit, maka destinasi permulaan yang paling sesuai adalah Long Aton.
Long Aton boleh didatangi dari Miri yang mengambil masa perjalanan selama enam jam menggunakan pacuan empat roda yang melalui jalan balak.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails