1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

28 Disember 2010

Muzium, Zoo Negara jadi tumpuan ibu bapa


KUALA LUMPUR 27 Dis. - Minggu terakhir cuti persekolahan digunakan sebaik mungkin oleh kebanyakan ibu bapa untuk membawa keluarga mereka makan angin di tempat menarik sekitar ibu negara.
Masa ke Muzium Negara dan Zoo Negara hari ini mendapati, orang ramai daripada pelbagai kaum menggunakan kesempatan cuti sekolah yang berbaki seminggu untuk menghabiskan masa bersama keluarga.
Kakitangan kerajaan, Raja Nordin Raja Ismail, 42, memberitahu, Zoo Negara menjadi destinasi pilihan mereka kerana ia menempatkan pelbagai spesies haiwan termasuk yang hampir pupus.
"Kami sekeluarga datang dari Kota Bharu untuk melancong ke ibu negara dan Zoo Negara antara lokasi pilihan kerana di sini anak-anak saya berpeluang melihat gelagat haiwan pelbagai spesies termasuk singa," katanya di sini.
Sementara itu, jurutera komputer, Dickson Kho, 29, berkata, dia memilih untuk pergi ke Zoo Negara sempena cuti Krismas ini kerana ingin membawa anak saudaranya yang berusia lima tahun melihat pelbagai haiwan.
"Sempena cuti Krismas ini, saya membawa anak saudara untuk datang ke sini kerana dia sangat meminati haiwan terutamanya penguin," katanya.
Seorang pelajar tingkatan empat, Ahmad Shafiq Zulkifli, 16, berkata, kesempatan cuti sekolah ini diambil untuk melawat Zoo Negara di samping menambah ilmu pengetahuan tentang binatang.
"Melihat banyak jenis haiwan yang jarang ditemui secara langsung merupakan satu pengalaman baru dan saya akan sebarkan maklumat ini kepada kawan-kawan di Kota Bharu," ujarnya.
Sementara itu di Muzium Negara, seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd. Azhar Yahaya, 39, berkata, tempat bersejarah seperti ini menjadi pilihannya sekeluarga kerana mampu mendidik generasi muda menghayati dan mengenali sejarah negara.
"Di sini anak-anak saya dapat mengetahui dan menyaksikan sendiri secara jelas peninggalan sejarah negara.
"Namun dalam masa yang sama saya berharap pihak muzium perlu menjaga bahan-bahan sejarah itu dengan rapi supaya tidak kelihatan usang," katanya.
Bagi seorang pelancong Mexico, Isaac Aguilar, 24, memberitahu, pengalamannya melawat Muzium Negara sangat menakjubkan kerana setiap bahan sejarah dipamerkan dengan kemas dan teratur.
"Saya sangat kagum dengan persembahan serta maklumat yang disediakan berkaitan monumen bersejarah itu yang jelas menggambarkan budaya tempatan," ujarnya.
Sementara itu, seorang pelajar tingkatan satu, Nur Azizi Roslan, 13, tidak melepaskan peluang mengunjungi Muzium Negara kali ini kerana terdapat pameran setem yang sedang berlangsung.
"Pameran ini menjadi kesempatan terbaik untuk saya menambah koleksi setem dalam simpanan dan melihat setem negara lain," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails