1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

23 April 2011

Wakaf Che Yeh 'tak pernah tidur'

KEMERIAHAN pasar Wakaf Che Yeh, Kota Bharu dapat dirasai oleh pengunjung sehingga 2 pagi. - UTUSAN/ROSNI MASRI



SETIAP malam terutama menjelang tengah malam, kebanyakan jalan di sekitar Kota Bharu, Kelantan lazimnya lengang daripada kenderaan yang lalu lalang.
Bagaimanapun, setiap kali melalui Kilometer 7 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai kesesakan masih berlaku. Malah kadang-kadang ia berlanjutan sehingga pukul 2 pagi.
Semuanya kerana daya tarikan pada pasar Wakaf Che Yeh yang menjadi simbol perniagaan dan budaya kehidupan penduduk, menjadikan ia tidak pernah lekang daripada pengunjung.
Malah, setiap kali musim cuti sekolah, pengunjung yang datang selepas pukul 8 malam mungkin hanya bernasib baik jika berjaya mendapat petak meletak kenderaan berhampiran dengan pasar tersebut.
Ada yang menggelar Wakaf Che Yeh sebagai 'pasar yang tak pernah tidur' kerana pada waktu pagi ia pasar basah manakala pada waktu malamnya pula, ia berubah wajah menjadi pusat beli-belah yang menjual pelbagai jenis barangan termasuk pakaian, aksesori badan dan pelbagai jenis makanan serta buah-buahan.
Kemeriahan yang wujud di pasar itu menjadikan ia tempat meluangkan masa bersama keluarga pada waktu malam buat penduduk di negeri ini.
Bagi masyarakat tempatan, mereka mungkin sekadar berjalan-jalan dan 'mencuci mata' melihat pelbagai jenis barang jualan yang dipamerkan untuk pilihan.
Tetapi kepada pengunjung yang jarang datang ke Kota Bharu, Wakaf Che Yeh adalah tempat yang 'wajib' dilawati. Jika mempunyai kecekapan dalam tawar-menawar, barang yang boleh dibeli mungkin banyak berbekalkan modal sedikit.
Seorang pengunjung tempatan yang ditemui, Munirah Rashid, 30, berkata, hampir setiap malam dia akan meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam mengunjungi pasar tersebut.
"Memang kalau boleh setiap malam saya bersama suami dan anak-anak akan datang ke sini. Selalunya beli barang tetapi kadang-kadang sekadar bersiar-siar.
"Bukan sekadar keluarga saya malah jiran-jiran juga macam itu. Memang seronok setiap kali melihat telatah para penjual serta pembeli yang datang dari seluruh pelosok Malaysia," katanya kepada S2 baru-baru ini.
Munirah yang berasal dari Kampung Tiong di sini berkata, selain membeli barang, Wakaf Che Yeh juga menjadi pilihan utama keluarganya menjamu selera memandangkan banyak kedai makan menjual pelbagai jenis hidangan di situ.
Seorang lagi pengunjung, Ghazali Awang, 56, ketika ditemui di pasar itu berkata, pasar tersebut memberi peluang kepadanya berjalan-jalan selepas penat urusan kerja seharian.
"Saya datang ke negeri ini sebab ada kerja. Jadi kebetulan ada peluang saya pun singgah di sini, mana tahu ada barang yang boleh dibeli," katanya.
Sementara itu, bagi seorang peniaga buah-buahan, Robiah Musthapa, 34, kemeriahan di Wakaf Che Yeh bermula sejak sekitar 2000 ketika ia dikenali sebagai pasar borong.
"Mula-mula pasar borong, kemudian ada penjual yang buka kedai sampai pukul 10 malam kerana ramai pengunjung masih datang untuk membeli barang.
"Akhirnya ada peniaga yang mula membuka gerai dan menjual pelbagai jenis barang selain bahan makanan sehinggalah hari ini ia menjadi tumpuan utama di daerah ini," katanya yang telah berniaga di situ sejak 10 tahun dulu.
Menurut Robiah, pasar itu akan menjadi terlalu sibuk setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri kerana ramai anak Kelantan yang balik kampung memilih berbelanja di situ.
"Kadang-kadang saya sendiri sesat di sini apabila keadaan sudah terlalu sesak," katanya.
Memang banyak pasar seperti ini di negeri lain, tetapi Wakaf Che Yeh sangat istimewa. Ia menjadi satu-satunya tempat berkunjung sehingga tengah malam di daerah ini.
Daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa datang mengunjungi pasar ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails