1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

12 Februari 2011

Jejantas KLCC berkualiti tinggi


LUAS, selesa, berkualiti tinggi dan reka bentuk moden menjadi ciri utama dalam projek pembinaan jejantas pejalan kaki antara Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC.


KUALA LUMPUR 11 Feb. – Kos membina jejantas pejalan kaki sejauh 152 meter dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) ke Hotel Impiana KLCC tidak harus dikira berdasarkan panjangnya sahaja.
Pengiraan berdasarkan panjang sahaja tanpa mengambil kira lebar, jenis dan kualiti bahan binaan serta kemudahan yang disediakan sudah tentu tidak profesional dan tidak mencerminkan kos sebenar.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, selain sejauh 152 meter, jejantas itu mempunyai kelebaran lima meter dan dibina dengan keselesaan pengguna menjadi keutamaan.
Ini, katanya, termasuk mempunyai ruang berjalan tertutup berkaca dan berhawa dingin, empat buah eskalator automatik di kedua-dua hujung jejantas dan lif untuk kegunaan warga tua dan orang kurang upaya (OKU).
Katanya, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi seperti kamera litar tertutup (CCTV) yang dihubungkan terus dengan pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, selain pemasangan jubin khusus untuk OKU.
Di samping itu, tambah beliau, jejantas itu juga dibina dengan struktur besi serta bahan-bahan binaan lain yang berkualiti tinggi.
“Oleh itu, janganlah membandingkan jejantas itu dengan sebuah jambatan gantung kerana jejantas itu jauh lebih berkualiti, berciri moden dan mempunyai reka bentuk menarik.
“Ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat, malah menjadi daya tarikan pelancong di KLCC yang sememangnya menjadi tempat tumpuan pelancong,” jelasnya.
Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bahawa kos pembinaan jejantas itu sebanyak RM10 juta sebagai terlalu tinggi.
Mengikut pengiraan Nurul Izzah, kos sebanyak itu bermakna sebanyak RM70,422 dibelanjakan bagi setiap meter jejantas terbabit.
Raja Nong Chik menjelaskan, jejantas itu juga dibina atas dasar tanggungjawab sosial korporat dan kos pembinaannya ditanggung sepenuhnya oleh KLCC (Holdings) Sdn. Bhd.
Pelantikan kontraktor, katanya, melalui proses tender yang ketat di peringkat KLCC (Holdings) Sdn. Bhd. dan pihak kerajaan tidak terbabit langsung dalam proses berkenaan.
“Proses pemilihan adalah 100 peratus dikendalikan oleh pihak KLCC dan saya serta Datuk Bandar tidak ada kaitan langsung dalam pemilihan tersebut,” tegasnya.
Oleh itu, kata Raja Nong Chik, tuduhan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu kononnya projek itu membazir dan menelan kos terlalu tinggi adalah tidak berasas sama sekali.
“Saya faham YB Nurul hendak menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau adalah wakil rakyat yang prihatin dan dalam keghairahan berbuat demikian, janganlah sampai hendak menidakkan projek yang sememangnya mengutamakan keselesaan rakyat,” katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails