1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

23 April 2010

Mengenali arkeologi Sg. Johor



Para pelajar teruja melihat bahan-bahan sejarah yang dipamerkan di Pusat Arkeologi dan Temuan Bahan di Kota Johor Lama, Kota Tinggi.


Program Mengenali Arkeologi Sungai Johor di sini yang berlangsung selama tiga hari baru-baru ini ternyata meninggalkan memori indah untuk dijadikan kenangan kepada para peserta. Seramai 50 pelajar dari 13 sekolah menengah di daerah Batu Pahat dibawa mengenali peninggalan sejarah silam dalam program untuk tahun ketiga ini.
Program anjuran kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) yang diadakan dua fasa setahun itu melibatkan pelajar dan guru daripada pelbagai kaum.
Antara objektif utamanya adalah untuk memberi maklumat mengenai peninggalan sejarah yang terdapat di pesisiran Sungai Johor.
Selain itu, ia juga bertujuan menimbulkan kesedaran dan kebanggaan masyarakat terhadap budaya bangsa sekali gus dapat menebalkan lagi kecintaan mereka terhadap bangsa dan negara.
rata-rata pelajar berasa gembira dan bertuah kerana terpilih untuk mengenali hasil peninggalan sejarah sambil menaiki bot menyusuri sungai.
Peserta, T. Manimala, 14, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth memberitahu, program tersebut amat berbaloi dan tidak sia-sia khususnya kepada mereka yang baru pertama kali menyertainya.
Ahli Persatuan Sejarah di sekolahnya itu berkata, program tersebut telah memberi lebih kefahaman kepada pelajar sekolah betapa pentingnya nilai sejarah terutama kepada rakyat Johor.
“Program ini begitu bermanfaat kerana selain dapat menikmati keindahan Sungai Johor, kami juga dapat mengetahui hasil peninggalan sejarah.
“Malah program ini juga mencabar ketahanan mental dan fizikal kerana perlu mendaki Bukit Seluyut selain kerap turun dan menaiki bot,” katanya ketika ditemui pada program itu di sini baru-baru ini.
Seorang lagi peserta, Phuan Choun Chuan, 16, pula berpendapat, program itu juga merupakan salah satu cara mengajar generasi muda untuk menghargai peninggalan sejarah.
Dia yang merupakan Pengerusi Kelab Sejarah, SMK Datuk Onn Jaafar memuji langkah kerajaan negeri memberi pendedahan awal kepada pelajar sekolah mengenai bidang arkeologi.
“Selepas mengikuti program ini, saya berasa amat bertuah kerana terpilih. Bukan mudah untuk melawat semua tempat sejarah itu secara bersendirian.
“Ini kerana pelaksanaan program ini begitu teratur dan berjalan dengan lancar malah kami dilayan dengan baik oleh pihak penganjur,” katanya yang mula meminati mata pelajaran Sejarah sejak di tingkatan tiga.
Sementara itu, Nadia Asyikin Madiah, 14, dari SMK Sri Gading pula berharap dapat mengikuti program sedemikian pada masa akan datang berikutan banyak pengalaman baru yang diperolehnya.
Katanya, sebelum ini dia sering berpendapat, aktiviti sebegitu lebih sesuai dinikmati oleh para pelancong luar namun sebenarnya ia wajar dimulakan di kalangan masyarakat tempatan.
“Jika dibandingkan cara pembelajaran di dalam kelas dan program ini, saya rasa lebih mudah menghafal fakta-fakta sejarah selepas melawat tempat-tempat berkenaan.
“Justeru, saya beranggapan program lawatan ini merupakan cara sesuai untuk menarik pelajar-pelajar mengetahui sejarah berbanding membaca dan menghafal menerusi bahan bacaan,” kata anak bongsu empat beradik itu.
Seorang lagi peserta, Soh Jin Tat, 16, pula mengakui dia menawarkan diri secara sukarela untuk mengikuti program itu dan berpendapat telah membuat keputusan bijak demi masa depan.
Dia yang mendapat keputusan A bagi mata pelajaran Sejarah pada Penilaian Menengah Rendah tahun lalu berkata, masyarakat terutama generasi muda perlu mengetahui dan memahami sejarah agar dapat menimbul perasaan sayang terhadap negara sendiri.
“Apa yang mengagumkan saya ialah apabila pelajar yang terdiri daripada pelbagai bangsa dapat bertemu dan berkongsi maklumat dalam usaha mengerat hubungan dan melahirkan rasa hormat antara satu sama lain,” kata pelajar SMK Tunku Putra itu.
Sementara itu, 13 sekolah yang terbabit dalam program itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Bentara Luar; SMK (Perempuan) Temenggung Ibrahim; SMK Dato’ Syed Esa; SMK Munshi Sulaiman; SMK Dato’ Onn; SMK Datin Onn Jaafar dan SMK Seri Gading.
Sekolah lain adalah SMK Dato’ Seth; SMK Tengku Mahmod Iskandar; SMK Dato’ Sulaiman; SMK Banang Jaya; SMK Semerah dan SMK Tunku Puta.
Selain menyusuri Sungai Johor dan melawat tapak-tapak sejarah di pesisiran sungai itu, aktiviti program itu turut membabitkan lawatan ke Muzium Kota Tinggi dan bengkel sejarah serta menginap di inap desa.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails