1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

16 Januari 2010

Rahsia Muzium Chetti


PELAMIN masyarakat ceti turut menambat hati pelancong asing.

Melaka pada ketika ini semakin popular dengan kepelbagaian etnik kaum serta variasi produk pelancongannya yang diperkenalkan secara kreatif demi menarik lebih ramai pelawat berkunjung ke negeri ini. Salah satu keistimewaan di 'Negeri Hang Tuah' adalah kewujudan beberapa muzium yang menyimpan pelbagai warisan khazanah lama berdasarkan etnik yang terdapat di negeri ini.
Walaupun dibina tidak secara berpusat, namun kewujudan muzium seperti ini sentiasa mendapat tempat di kalangan pelancong pada setiap masa.
Namun di sebalik itu, masih tidak ramai di kalangan mereka yang menyedari tentang kewujudan Muzium Chetti.
Ini kerana, mungkin juga tidak ramai yang begitu mengenali masyarakat ceti yang bukan sahaja kaum minoriti kecil di Melaka tetapi juga merupakan satu-satunya penempatan kaum ceti di Malaysia.
Menyedari tentang pentingnya keunikan kaum ini diketengahkan kepada awam, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) telah membina sebuah muzium berhampiran dengan Kampung Chetti di jalan Gajah Berang sejak 5 Ogos 2003.
Mengambil sebuah rumah tradisional kaum ceti yang telah dibaik pulih oleh Perzim, ia kemudian dijadikan muzium yang memaparkan segala maklumat tentang masyarakat ini.
Menjejak kaki ke muzium ini, pemandangan pasti akan terpukau dengan pameran khazanah lama kaum itu yang disusun kemas.
Bermula di pintu masuk, pengunjung akan disambut dengan seorang pengawas Muzium Chetti yang bersedia membantu mendapatkan maklumat tentang segala khazanah yang terdapat di dalamnya.
Uniknya masyarakat minoriti ini bukan sahaja kerana budayanya tetapi ceti juga adalah tergolong sebagai kaum peranakan selain daripada Baba dan Nyonya.
Ini berlaku apabila masyarakat asal kaum itu yang tiba di negeri ini untuk berdagang sejak kurun ke-17 berkahwin dengan penduduk tempatan.
Mereka juga mengamalkan gabungan cara hidup masyarakat Melayu dan masyarakat India seperti dalam pertuturan yang menggunakan Bahasa Malaysia, Tamil dan memakai baju kebaya bagi kaum perempuan serta baju Melayu teluk belanga bagi lelaki.
Walaupun mempunyai gabungan budaya yang berbeza, kebanyakan masyarakat ceti menganut agama Hindu.
Antara perayaan yang disambut masyarakat ini adalah Menggamay yang disambut pada akhir bulan April atau awal bulan Mei, Maathu Ponggal iaitu perayaan untuk lembu peliharaan yang dianggap berjasa dalam bertani dan membekalkan susu serta Kanni Ponggal iaitu perayaan yang disambut untuk semua anak dara.
Pengawas Muzium Chetti, A. Valliammai, 62, berkata, muzium ini sudah ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu dan ini merupakan salah satu pendekatan Perzim dalam memperkenalkan budaya masyarakat ceti.
Menurutnya, hanya di Muzium Chetti ini sahaja, pengunjung dapat melihat keunikan khazanah-khazanah peninggalan nenek moyang kaum ceti serta mendekati budaya ini.
''Ramai yang tidak tahu, kaum ceti juga merupakan antara kaum peranakan yang terdapat di negeri ini selain daripada masyarakat Baba dan Nyonya.
''Dengan berkunjung ke sini, saya yakin pengunjung akan mengetahui lebih banyak maklumat mengenai masyarakat ini dan melihat khazanah lama yang tidak kurang pentingnya dengan budaya masyarakat lain," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut beliau, muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan harga tiket yang dikenakan adalah RM2 bagi dewasa dan 50 sen bagi kanak-kanak.
Valliammai berkata, pengunjung yang melawat muzium ini akan mengetahui sejarah awal mengenai masyarakat ceti dan tokoh-tokoh yang membawa kaum ini masuk ke negeri ini.
''Selain sejarah awal kaum ceti, pengunjung berpeluang masuk ke bilik pengantin yang dihias dengan pelbagai koleksi lama selain pelamin pengantin kaum ceti yang masih digunakan pada masa kini.
''Ini juga termasuk dengan peralatan yang digunakan semasa upacara keagamaan," katanya yang juga merupakan masyarakat ceti di kampung tersebut.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails