1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

07 November 2009

Pantai Morib hilang seri




Tembok penghadang ombak di Pantai Morib mengalami keretakan dan hampir runtuh yang boleh membahayakan pengunjung kawasan peranginan itu. - UTUSAN/RASMI ABDULLAH




KUALA LANGAT 6 Nov. - Dahulu Pantai Morib menjadi satu aset kepada daerah ini kerana kemampuannya menarik kedatangan pelancong dalam mahu pun luar negara. Tetapi kini ia semakin hilang serinya. Keadaan pantainya yang semakin kotor dan tidak terurus membuatkan pantai peranginan itu semakin dilupakan para pengunjungnya yang mula beralih arah ke pantai-pantai berdekatan seperti Bagan Lalang, Sepang yang lebih bersih dan elok prasarananya untuk bersiar-siar dan beriadah bersama keluarga.
Lebih malang Pantai Morib seperti semakin terbiar tanpa pengawasan dan perhatian daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan seperti rumah tinggal yang tidak dipedulikan oleh pemiliknya.
Seorang pengunjung dan juga anak jati daerah ini, Jamilah Abbas, 29, berkata, beberapa bulan lalu dia mengunjungi pantai peranginan yang dahulunya menjadi tumpuan ramai itu dan terkejut apabila melihat kawasan di situ jelas sekali tidak terjaga.
Menurut Jamilah, terlalu banyak kerosakan di pantai tersebut yang merimaskan pandangan mata dan sebagai anak tempatan dia malu dengan keadaan itu.
"Masuk sahaja ke pantai ini pengunjung akan dihidangkan dengan gerai-gerai menjamu selera yang hampir runtuh seolah- olah baru dipukul ombak besar.
"Keadaan itu sangat menyedihkan dengan bangunannya sudah runtuh, atap yang hilang, tiang-tiang yang seperti mahu menyembah bumi.
"Lebih menyedihkan apabila melihat peralatan-peralatan permainan yang kelihatan sudah usang dan kebanyakannya sudah rosak," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Sebagai anak jati daerah ini, katanya, dia sangat malu melihat keadaan tersebut dan lahir perasaan ingin menghalang pengunjung luar untuk datang ke pantai peranginan berkenaan supaya cerita keburukan kawasan itu tidak tersebar.
Seorang lagi pengunjung, Mohd. Arifin Mohd. Jefri, 25, memberitahu pantai Morib kini sudah tidak sesuai dijadikan tempat kunjungan kerana keadaannya semakin daif.
Ujarnya, tembok penghadang ombak juga sudah retak di banyak tempat dan menunggu masa sahaja untuk runtuh dan paling membimbangkan kalau ia runtuh ketika ada pengunjung sama ada yang sedang berada di atasnya mahu pun di bawah.
Bukan itu saja katanya, pondok-pondok rehat juga sudah usang dan seperti pondok yang sengaja ditinggalkan.
"Kalau diperhatikan Pantai Morib juga seperti zoo mini yang dipenuhi dengan monyet-monyet liar yang sentiasa mencari mangsanya.
"Keadaan ini akan menakutkan pengunjung kerana keselamatan bukan sahaja terhadap diri mereka tetapi anak-anak kecil dan juga barangan," ujarnya.
Kata Mohd. Arifin, dia sendiri sudah tidak mahu mengunjungi pantai peranginan itu sekiranya keadaan itu berterusan dan tiada program membaik pulih dilakukan oleh pihak PBT.
Bagi Aliman Aziz, 27, dia berasa terkilan kerana PBT berkenaan seperti tidak ambil peduli dengan keadaan Pantai Morib sekarang dan mereka seolah-olah 'memejamkan mata sahaja dengan kecacatan pantai itu, yang pernah menjadi tapak perkelahan terkenal satu masa dulu.
Ujarnya, bukankah salah satu tanggungjawab pihak PBT mengindahkan dan menjaga aset-aset di setiap daerah agar ia terus terjaga dan terbela.
"Di mana tanggungjawab pihak PBT daerah ini. Mereka perlu tampil untuk menyelesaikan perkara tersebut bukan sahaja untuk menjaga nama baik daerah Kuala Langat tetapi untuk menarik pelancong bagi meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan," tambahnya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails