1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 November 2009

AirAsia, AirAsia X syarikat penerbangan terbaik

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Pencapaian membanggakan, inovasi terbaik serta pertumbuhan positif berterusan menjadikan AirAsia dan AirAsia X sebagai pemenang bersama anugerah Syarikat Penerbangan Terbaik 2009 anjuran Pusat Penerbangan Asia Pasifik (CAPA).
Majlis penyampaian anugerah itu berlangsung di Beijing, China baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Seri Tony Fernandes yang telah mengubah industri penerbangan turut dipilih sebagai penerima Anugerah Legenda CAPA 2009.
Majlis anugerah itu diadakan sebagai sebahagian daripada Sidang Kemuncak Tinjauan Penerbangan Asia yang mempamerkan syarikat penerbangan dan ketua pegawai eksekutif lapangan terbang dari seluruh Asia Pasifik dan Timur Tengah.
Fernandes berkata, ia merupakan sambutan berganda syarikat penerbangan tambang murah itu dan beliau berbangga dianugerahkan penghormatan yang berprestij.
''Saya turut berbesar hati dengan anugerah legenda CAPA yang memberi penghormatan kepada kepimpinan strategik, inovasi dan pengaruh di dalam industri penerbangan.
''Tidak dinafikan, dedikasi kami dalam menyediakan perkhidmatan premium dengan tambang rendah, inovasi berterusan serta sinergi antara rangkaian laluan jarak dekat dan jarak jauh telah menyumbang kepada kejayaan ini,'' katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah Fernandes, daripada dua pesawat kepada 80 pesawat dan daripada 200,000 penumpang kepada 75 juta penumpang dalam tempoh tujuh tahun menunjukkan perkembangan positif kepada AirAsia terutama sebagai syarikat penerbangan tambang murah.
''Kami terharu untuk menerima anugerah ini dan ini akan meneruskan janji AirAsia untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan tambang murah,'' jelasnya.
Anugerah CAPA 2009 merupakan pengiktirafan yang diberikan kepada syarikat penerbangan terhadap pencapaian terbaik mereka.
AirAsia berjaya menjadi peneraju dalam pembangunan industri penerbangan dengan inovasi berterusan dan perkembangan pesat operasinya di rantau ini serta peringkat antarabangsa.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani berkata, kemenangan dua tahun berturut-turut merupakan pencapaian terbaik.
''Pengiktirafan ini akan meningkatkan keupayaan untuk menawarkan kualiti perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami,'' katanya

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails