1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

28 Mei 2011

Keasyikan bercuti di Hotel Permai

AZMAN ALI (depan) bersama kakitangan hotel yang sentiasa mengalu-alukan kedatangan pengunjung.


JIKA 'permai' membawa makna suatu yang indah, cantik atau elok dipandang dan dirasai, mungkin tidak keterlaluan dan agak setimpal apabila ia diabadikan bagi sebuah hotel ternama di Kuala Terengganu.
Alami pengalaman di Hotel Permai Kuala Terengganu, kira-kira satu kilometer dari pantai yang masih menampan bayu segar Laut Cina Selatan yang turut mencorakkan wajah pusat bandar raya Kuala Terengganu.
Dua penggal berturut-turut memenangi anugerah kecemerlangan dalam perkhidmatan hotel di bawah kategori 3-Bintang 1996/1997 dan 1998/1999, boleh memberi sedikit bayangan awal mengenai hotel ini.
Anugerah kelolaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia sebagai satu pengiktirafan kepadanya yang memberi perkhidmatan yang cemerlang dari segi layanan dan kualiti servis kepada tetamu.
Ia diterajui oleh pucuk pimpinan baru, Azman Ali selaku pengurus besarnya yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam industri perhotelan dan pernah berkhidmat di hotel-hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.
Senyuman mesra, kecekapan khidmat dan layanan kakitangan serta pegawai, memberi kelebihan kepada hotel ini, di samping keselesaan dan kemudahan persis hotel empat bintang, sekali gus menampilkan hotel ini agak berbeza dengan hotel setaraf dengannya.
Dalam usaha membantu industri pelancongan di negeri ini, Hotel Permai berusaha menjanjikan kepuasan kepada pengunjung dengan kelibat Azman mudah kelihatan bertanya khabar dan masalah yang mungkin dihadapi pelanggan.
Mempunyai ciri-ciri kedudukan yang strategik, ia terletak di jalan raya utama dan hanya beberapa minit berjalan kaki ke pantai Batu Burok yang terkenal dengan keindahan pantainya.
Berhampirannya juga terletak lokasi tarikan pelancong seperti pusat kraftangan, pusat pembuatan keris, Pasar Payang, pusat pembuatan batik, pembuatan bot dan pusat memproses keropok yang boleh mengikat anda untuk bermalam lebih lama.
Hotel ini mempunyai 220 buah bilik yang terdiri daripada bilik standard, bilik Superior/Executive, bilik Family, bilik Executive Deluxe, bilik Executive Suite, dan bilik Premier Suite. Kesemua bilik dilengkapi TV LCD dan siaran Astro, selain perabut bermutu tinggi.
Ia juga mempunyai dua restoran yang dinamakan Cahaya dan Permai Cafe. Kemudahan lain adalah kolam renang dewasa dan kanak-kanak, gimnasium, kemudahan layanan bilik, pusat perniagaan (business centre), dobi/cucian kering, surau serta bilik mesyuarat.
Harga bilik yang ditawarkan adalah berpatutan dengan segala kemudahan iaitu daripada RM160 ke atas.
Bagi mereka yang mahu menikmati hiburan live band, kumpulan Fast & Diana menanti kunjungan anda. Sambil itu, nikmatilah makan malam bersulamkan kopi panas di Restoran Cahaya atau sekadar bersantai di ruang terbuka berhampiran kolam renang.
Hotel ini juga terkenal dengan menu popularnya iaitu Mee Mamak dan Teh Herdawati atau Teh Tarik King dengan resipi istimewa yang tidak boleh dinikmati di mana-mana.
Sebanyak 11 bilik persidangan yang boleh menampung maksimum sehingga 900 orang bagi peserta seminar, mesyuarat, pameran atau persembahan pentas turut disediakan.
Setiap bilik persidangan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden seperti audio dan sistem visual. Bilik yang disediakan itu mengikut beberapa gaya susunan bergantung kepada kehendak pelanggan.
Harga-harga pakej seminar yang menarik dan berpatutan ditawarkan kepada jabatan kerajaan dan juga syarikat korporat sesuai dengan kemampuan setiap jabatan.
Selain itu, pakej lain yang turut ditawarkan adalah mencandat sotong dan memancing di laut.
Hotel Permai juga sesuai dijadikan transit bagi pelancong ke pulau atau selepas mendarat dari pulau sebelum ke destinasi lain. Pakej untuk majlis perkahwinan juga disediakan dengan harga serendah RM55 seorang termasuk 'bridal suite'.
Yang pasti, hotel ini menjanjikan keasyikan kepada mereka yang ingin melawat Terengganu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails