1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

12 Jun 2010

Banyak fakta petroleum diperoleh-Pelawat



Bahagian hadapan bangunan Muzium Sains Petroleum di Bukit Kanada, Miri.



Terletak di atas Bukit Kanada, Muzium Sains Petroleum Miri merupakan salah satu tarikan utama pengunjung di bandar raya ini.
Dari muzium ini, para pengunjung boleh menikmati pemandangan indah bandar raya Miri dan Laut China Selatan yang seakan-akan seperti bandar Monte Carlo di Perancis.
Sebaik menjejakkan kaki ke muzium, pelawat seolah-olah dibawa kembali ke era bermulanya industri petroleum di Miri.
Muzium ini begitu unik kerana adanya patung manusia yang sedang menggerudi minyak selain menara yang tinggi menjulang langit.
Seorang pengunjung Bolden Samuel, 34, dari Kota Marudu, Sabah, berkata, Muzium Sains Petroleum Miri wajar dikunjungi kerana ia menyediakan maklumat yang lengkap mengenai industri petroleum di negara ini, khususnya Sarawak.
''Banyak pengetahuan ditimba contohnya saya berpeluang melihat bagaimana pekerja-pekerja minyak bertugas di pelantar di atas laut.
''Selain itu, maklumat yang disampaikan melalui paparan video dan galeri cukup informatif," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.
Dia yang baru tiba di Miri bersama 50 lagi peserta dari Sabah mendapat tahu mengenai Muzium Sains Petroleum Miri melalui seorang kenalan yang kebetulan tinggal di Miri.
''Selain lengkap dengan sejarah perkembangan petroleum, saya begitu tertarik dengan reka bentuk bangunan muzium yang begitu unik," katanya yang menyimpan hasrat untuk berkunjung lagi ke muzium tersebut.
Seorang lagi peserta rombongan Adelinah Nasri, 31, memberitahu, muzium ini terletak di atas Bukit Kanada yang mempunyai pemandangan yang cukup indah.
''Banyak fakta menarik mengenai petroleum dapat dipelajari semasa lawatan ke sini.
''Rupa-rupanya petrol bukan sahaja digunakan untuk menghidupkan enjin kereta, malah bahan berasaskan petroleum digunakan dalam semua aspek kehidupan seperti barangan keperluan harian," ujarnya.
Dia yang pertama kali berkunjung ke Muzium Sains Petroleum Miri menambah, ruangan interaktif yang terdapat di muzium itu begitu menarik malah mampu menarik minat generasi muda untuk menceburi industri minyak dan gas.
''Berada di sini seolah-olah saya di atas pelantar minyak sendiri.
''Saya akan cadangkan kepada rakan-rakan di Sabah untuk berkunjung ke sini," katanya.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails