Satu lagi produk pelancongan baru diwujudkan di bandar diraja ini iaitu Klang Heritage Walk bagi memperkenalkan daerah ini kepada pelancong di samping mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah.
Klang Heritage Walk merangkumi 18 lokasi, antaranya Stesen Keretapi Klang, Gedung Raja Abdullah, Kota Raja Mahadi, Jalan Tengku Kelana, Istana Alam Shah dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.
Majlis perasmiannya telah dilaksanakan hari ini di pekarangan Stesen Keretapi Klang, dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu.
Mislan berkata, matlamat utama Klang Heritage Walk adalah untuk menjaga bangunan bersejarah termasuk bangunan sebelum dan selepas perang untuk dipertontonkan kepada generasi akan datang.
Jelasnya, Klang Heritage Walk diilhamkan bagi mengembalikan sejarah bandar Klang yang sudah berusia 120 tahun.
"Klang mempunyai banyak bangunan lama dan bersejarah untuk dipelihara supaya ia boleh dijadikan bangunan warisan.
"Bangunan-bangunan ini mampu menarik ramai pelancong dalam dan luar negara untuk meninjau dan menerokai serta merasai keindahan bahan warisan yang ditinggalkan," katanya dalam ucapannya.
Katanya lagi, untuk tujuan itu MPK sedang membincangkan kemungkinan untuk memberi insentif kepada pemilik-pemilik premis lama bagi menjayakan program Klang Heritage Walk.
Beliau berkata, sebanyak 340 unit rumah kedai dua tingkat telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam Klang Heritage Walk.
Ujarnya, semua rumah kedai yang dipilih akan dicat dengan warna yang sama dan seragam di samping mahu menghidupkan perkhidmatan beca bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Klang.
Beliau berharap Klang Heritage Walk menjadi titik permulaan kegemilangan pelancongan di bandar diraja ini.
Satu lagi produk pelancongan baru diwujudkan di bandar diraja ini iaitu Klang Heritage Walk bagi memperkenalkan daerah ini kepada pelancong di samping mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah.
Klang Heritage Walk merangkumi 18 lokasi, antaranya Stesen Keretapi Klang, Gedung Raja Abdullah, Kota Raja Mahadi, Jalan Tengku Kelana, Istana Alam Shah dan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz.Majlis perasmiannya telah dilaksanakan hari ini di pekarangan Stesen Keretapi Klang, dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Mislan Tugiu.
Mislan berkata, matlamat utama Klang Heritage Walk adalah untuk menjaga bangunan bersejarah termasuk bangunan sebelum dan selepas perang untuk dipertontonkan kepada generasi akan datang.
Jelasnya, Klang Heritage Walk diilhamkan bagi mengembalikan sejarah bandar Klang yang sudah berusia 120 tahun.
"Klang mempunyai banyak bangunan lama dan bersejarah untuk dipelihara supaya ia boleh dijadikan bangunan warisan.
"Bangunan-bangunan ini mampu menarik ramai pelancong dalam dan luar negara untuk meninjau dan menerokai serta merasai keindahan bahan warisan yang ditinggalkan," katanya dalam ucapannya.
Katanya lagi, untuk tujuan itu MPK sedang membincangkan kemungkinan untuk memberi insentif kepada pemilik-pemilik premis lama bagi menjayakan program Klang Heritage Walk.
Beliau berkata, sebanyak 340 unit rumah kedai dua tingkat telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam Klang Heritage Walk.
Ujarnya, semua rumah kedai yang dipilih akan dicat dengan warna yang sama dan seragam di samping mahu menghidupkan perkhidmatan beca bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di Klang.
Beliau berharap Klang Heritage Walk menjadi titik permulaan kegemilangan pelancongan di bandar diraja ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan