1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

26 Jun 2010

Pantai Tunjuk Laut ada segalanya



Melihat matahari terbit di Pantai Tunjuk Laut Resort, Mersing, merupakan nikmat terindah yang tidak mungkin dapat dilupakan.


“KALAU nak tengok panorama indah semasa matahari terbit pergilah ke Pantai Tunjuk Laut Resort,” demikian kata seorang pengunjung.
Bagi mencari kebenarannya jurufoto Utusan Malaysia, Raja Jaafar Ali berkunjung ke tempat yang dimaksudkan yang terletak di daerah Mersing.
Tepat pukul 6 pagi, siap dengan lensa 500 mm dan 200 mm, saya sudah terpacak di tepi pantai untuk merakamkan detik-detik matahari muncul di ufuk timur.
Mengagumkan dan sungguh indah - itulah ungkapan yang mampu dilafazkan tatkala menyaksikan kemunculan sang suria di sebalik pemandangan laut yang membiru.
Detik merakamkan matahari terbit dengan warna kemerah-merahan jelas menampakkan kebesaran Tuhan Yang Maha Esa.
Terdetik di dalam hati, rugi kalau pengunjung yang datang menginap di sini tidak menyaksikan saat matahari terbit yang sememangnya bukan mudah kalau berada di bandar-bandar besar.
Itulah kelebihannya Pantai Tunjuk Laut Resort yang terletak di Tanjung Leman berhadapan dengan Laut China Selatan.
Selain menyaksikan keindahan matahari terbit, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti riadah yang bersifat kekeluargaan.
Di sini, pengunjung boleh merasai aktiviti lasak dengan mendaki bukit setinggi kira-kira 100 meter bersama keluarga yang dijamin selamat.
Dengan menggunakan tali yang disediakan untuk mendaki, kanak-kanak seawal usia tiga tahun pun boleh merasai keseronokannya sambil menguji stamina dengan dibantu oleh ibu bapa.
Apa yang menariknya semasa mendaki, pengunjung dapat melihat pelbagai spesies tumbuhan hutan antaranya, Tongkat Ali dan periuk kera.
Setiba di puncak sambil menghirup udara pagi yang nyaman, para pengunjung dapat melihat keindahan dan panorama indah dari atas termasuk beberapa buah pulau berhampiran.
Antara pulau-pulau yang jelas kelihatan ialah Pulau Sibu, Sibu Tengah, Sibu Kukus dan Pulau Tinggi.
Orang ramai yang ingin menginap di sini boleh memilih beberapa calet yang disediakan iaitu enam bilik standard, 14 deluxe dan satu bilik eksekutif berdasarkan kemampuan masing-masing.
Kawasan perkhemahan turut disediakan oleh pihak pengurusan sebagai memenuhi keperluan bagi mereka yang gemarkan aktiviti perkhemahan dan santai.
Kaki pancing pula boleh melepaskan ‘gian’ sepuas-puasnya sama ada dengan menyewa bot atau mencuba nasib di jeti yang terletak tidak jauh dari tempat penginapan.
Bagi mereka yang gemar bersukan, padang permainan seperti bola tampar pantai dan bola sepak disediakan di tepi pantai berkenaan.
Jadi, jika anda mencari lokasi sesuai untuk berehat, Tunjuk Laut Resort mungkin salah satu destinasi yang sesuai untuk dikunjungi.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails