1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

03 Julai 2009

Pemuliharaan penyu ilham istana

Pulau Tioman juga adalah syurga pelancong terutama mereka yang menggemari aktiviti selam skuba kerana keindahan khazanah dasar lautnya dengan terumbu karang dan hidupan marin. Bagaimanapun, tiada siapa tahu ada lima pantai utama menjadi pusat pendaratan penyu iaitu di Pasir Munjur, Pasir Mentawak, Teluk Saing, Teluk Penut dan Teluk Sri Intan.

Setiap tahun, antara April dan Oktober, dua spesies penyu iaitu agar atau nama saintifiknya chelonia mydas dan spesies karah (eretmochelys imbricata) mendarat untuk bertelur di pantai ini.Justeru, Jabatan Perikanan Malaysia membelanjakan kira-kira RM25,000 membina Santuari Penyu Tengku Arif Temenggung (TAT) di Teluk Sri Intan dalam usaha memulihara hidupan itu.

Pelancarannya disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Pusat Selam di Berjaya Tioman Beach Golf & Spa Resort, baru-baru ini. Walaupun masih baru beroperasi, hampir 2,000 telur penyu ditanam dan 100 anak hidupan terancam ini sudah dilepaskan ke laut.

Santuari perlindungan itu menjadi lokasi ketiga selepas Teluk Baruk dan Pasir Mentawak di Kampung Juara, Pulau Tioman yang dipilih sebagai pusat pemuliharaan penyu.

Pemilihannya berikutan kehadiran penyu untuk menetas dikesan di pantai berkenaan. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Junaidi Ayub, berkata penubuhan pusat itu adalah ilham Istana Pahang selaras dengan usaha melindungi penyu di perairan Pulau Tioman.

Hidupan ini memiliki pelbagai ciri unik termasuk akan kembali bertelur ke pantai sama tempat ia ditetaskan selepas tempoh matang pada usia kira-kira 50 tahun.Bagaimanapun, katanya pencemaran akibat aktiviti manusia turut menyumbang kepada kepupusan haiwan dilindungi ini. “Spesies penyu di Pulau Tioman akan dapat dilindungi manakala jumlah penyu di pulau itu akan terus kekal dan dipertingkatkan.

“Jabatan juga sedia memberi bantuan teknikal bagi menjayakan program pemuliharaan penyu yang akan dilaksanakan di lokasi berkenaan,” katanya.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tioman, Kapten (B) Mohd Johari Hussin.

Selain itu, 40 pelajar Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan Telanok, Cameron Highlands turut mengambil kesempatan menyaksikan program pelepasan anak penyu berkenaanBagi menarik penyertaan awam terhadap usaha pemuliharaan penyu, ia turut menawarkan program pelancongan sukarelawan terbuka kepada penyertaan orang awam.

Peserta terpilih dalam program yang turut diperkenalkan di beberapa pusat pendaratan penyu lain ini akan membuat pemantauan ketika musim hidupan itu bertelur antara Mei dan Ogos.Kewujudan santuari penyu itu membolehkan penduduk terutama generasi muda mengenali spesies haiwan yang dilindungi itu dengan lebih dekat. Penyu adalah haiwan yang sangat sensitif dengan persekitarannya dan kerjasama semua pihak menjaga alam sekitar dapat memulihara serta membiakkan lagi haiwan ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails