Doakan saya
Assalamualaikum wbt.
Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:
1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.
2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.
3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.
4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.
5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.
6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.
7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.
8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.
9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.
Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.
Amin..........
Blog lain
Malaysia Secara Ringkas
Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.
Muat turun Risalah: Percutian Menarik
Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!
Selamat menyambut kemerdekaan ke 54
"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"
Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda
WOW!!
I love Malaysia!!!!!!!
04 November 2011
Keasyikan penginapan Singgahsana Lodge
SINGGAHSANA Lodge, nama ini mungkin janggal atau tidak diberi perhatian serius sebagai tempat penginapan pilihan oleh pelancong tempatan yang berkunjung ke Kuching, Sarawak, walaupun ia terletak di lokasi strategik.
Mungkin kerana pihak pengurusannya tidak pernah mengeluarkan belanja untuk tujuan promosi melalui pengiklanan sejak ia mula beroperasi tujuh tahun lalu.
Namun, di kalangan pelancong asing, Singgahsana Lodge merupakan satu nama yang agak terkenal dan mendapat ulasan yang baik di laman web panduan pengembaraan terkemuka seperti lonelyplanet.com, hostelworld.com dan tripadvisor.com.
Selain itu, testimoni mulut ke mulut yang disebarkan oleh tetamu yang pernah menginap di Singgahsana Lodge juga menyebabkan ia sentiasa meriah dengan kehadiran pelancong asing.
Benarlah kata pepatah, ‘hanya jauhari yang mengenal manikam’, ia kerana Singgahsana Lodge itu sendiri diasaskan oleh pasangan suami isteri, Donald dan Marina yang juga merupakan seorang pengembara tegar.
Sebagai pengembara, mereka berdua memahami kehendak para pelancong yang mahukan tempat penginapan yang tidak membebankan kewangan, namun masih berpeluang menyelami suasana tempatan yang tulen.
“Jika melancong dengan bajet yang terbatas, jarang sekali kita berpeluang menikmati intipati tempatan sebenar kecuali jika menginap di hotel warisan yang mewah.
“Sebagai peminat seni, kami cuba menerapkan elemen dan sentuhan Sarawak asli di sini supaya setiap tetamu dapat merasakan mereka berada di bumi eksotik ini setiap kali bangun tidur di dalam bilik yang dipenuhi dekor tempatan yang unik,” kata Marina kepada S2 baru-baru ini.
Itulah antara keunikan hiasan dalaman di Singgahsana Lodge, anda akan merasakan benar-benar berada di Sarawak dengan artifak-artifak unik etniknya dijadikan hiasan dalaman.
Penerapan elemen Sarawak dilakukan dengan teliti walaupun ia hanya membabitkan perkara yang kecil seperti papan tanda nama bilik menggunakan kulit kayu.
Turut menghiasi dinding ialah koleksi gambar-gambar yang dirakamkan oleh Donald serta Marina sewaktu mereka berdua melancong di seluruh dunia dan ia dibuka untuk jualan.
Selain aspek hiasan dalaman, Singgahsana Lodge turut mempunyai keistimewaan lain seperti polisi kebersihannya yang mewajibkan semua tetamu menanggalkan kasut dan alas kaki.
Merokok juga tidak dibenarkan kecuali di kawasan khas dan berdasarkan maklumat daripada laman webnya, www.singgahsana.com, tetamu yang didapati melanggar peraturan berkenaan akan dikenakan denda RM50 atau diusir tanpa sebarang bayaran balik.
Penulis sendiri pernah menginap di Singgahsana Lodge sewaktu pertama kali menjejakkan kaki di bumi Kenyalang penghujung Disember tahun lalu dan ternyata ia memberikan satu dimensi baru.
Tidak sekadar menikmati keasyikan hiasan dalaman ala Sarawak, penulis juga berpeluang bergaul dengan pelancong asing dari seluruh dunia yang tidak lokek berkongsi pengalaman asalkan kita tidak berat mulut.
Konsep tiada televisyen di dalam bilik berjaya mewujudkan kemesraan dengan tetamu lain yang sama-sama berkongsi televisyen di lobi utama mahupun layar besar di bar terbuka yang terletak di tingkat paling atas Singgahsana Lodge.
Bar yang hanya dibuka pada waktu malam itu merupakan tempat istirehat yang mendamaikan kerana ia menyajikan pemandangan indah Bandaraya Kuching pada waktu malam antaranya berlatarbelakangkan Kuching Waterfront dan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang serba moden.
Pangkin kayu dan buaian rajut juga disediakan untuk tetamu bersantai bersama rakan-rakan selepas seharian menjelajah destinasi pelancongan menarik di sekitar Bandaraya Kuching.
Untuk kelainan, jika tiada teman untuk berbicara bolehlah meluangkan masa membaca coretan tetamu lain dari seluruh dunia pada dinding bar terbuka berkenaan yang adakalanya boleh membuatkan anda tersenyum sendirian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan