Berita baik untuk orang Terengganu..perjalanan balik raya korang akan lebih cepat kali ni..Dengan pembukaan pakej 11 dan pakej 12 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2.Berikut petikan dari Laman Web JKR..Rujuk peta di bawah..
Sukacitanya dimaklumkan jajaran Pakej 11 dan Pakej 12 akan dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 22hb Ogos 2011. Untuk makluman, pakej 11 dan Pakej 12 telah diwartakan Jalan Persekutuan pada 15hb Mac 2011. Sehubungan itu, orang awam dibolehkan menggunakan jajaran lebuhraya dengan melalui Persimpangan Bukit Besi sehingga Persimpangan Ajill bagi Pakej 10. Seterusnya melalui Persimpangan Telemong ke Persimpangan KualaTerengganu bagi Pakej 11 dan Pakej 12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan