1 Malaysia

1 Malaysia
Peliharalah keamanan negara

MERDEKA! MERDEKA!

Doakan saya

Assalamualaikum wbt.


Semasa saya di Sekolah Permata Pintar, saya menyeru semua pengunjung blog ini doakan saya semoga:


1. Berjaya dengan keputusan cemerlang dalam setiap ujian semester SPM terutama yang diadakan bulan Mac dengan A.


2. Diberi kefahaman tinggi dalam memahami pelajaran SPM terutama elektif sains & universiti.


3. Lepasi skor ujian TOFEL(ujian bahasa inggeris), supaya dapat ambil ujian SAT & akhirnya ke universiti di Amerika Syarikat atau London dalam kerjaya saintis.


4. Lindungilah saya supaya sentiasa di bawah penjagaan Allah swt.


5. Diberi kejayaan mewakili apa-apa pertandingan seperti genius olimpiad atau sebagainya di peringkat antarabangsa atau kebangsaan serta sukan sekali.


6. Diberi ketaqwaan yang tinggi.


7. Kalau tidak dapat sekalipun ke AS, doakan saya supaya result SPM saya serta O & A level excellent supaya dapat kerjaya tinggi lumayan & belajar di overseas.


8. Doakan saya juga semoga tidak lalai mengingati Allah swt apabila saya berjaya nanti & dapat menggunakan kebijaksanaan serta kejayaan gemilang itu ke arah jalan Allah swt & Rasul demi meninggikan syariat islam & menyumbang kemajuan di Malaysia setaraf negara barat. Hal ini kerana saya merupakan aset harapan negara. Insya-Allah. Kalau ingin islam & Malaysia maju, doakan saya.


9.Kepada sesiapa yang doakan saya & dimakbulkan Allah swt, Dia akan balas kalian semua dengan balasan ganjaran dunia akhirat.


Untuk pengetahuan semua, saya akan belajar syllabus SPM aliran sains tulen & universiti seperti algebra, calculatus, bahasa jepun & perancis.

Amin..........

Blog lain

Malaysia Secara Ringkas

Sejarah menarik; sejak abad ke-15 ketika Melaka merupakan sebuah pelabuhan dagangan penting, telah membentuk Malaysia menjadi sebuah negara beraneka budaya yang berbeza. Percutian ke Malaysia membuahkan pengalaman manis dengan penduduknya yang amat mesra, sementara kemudahan moden yang tersedia memastikan percutian anda mudah dan selesa. Mengenali Malaysia, bererti mencintai Malaysia - negara yang tersohor dengan pilihan makanan, kepelbagaian hutan hujan berusia jutaan tahun, bangunan pencakar langit yang canggih dan pesta pelbagai warna yang gemilang.

Muat turun Risalah: Percutian Menarik

Wahai rakyat Malaysia, peliharalah kemerdekaan dengan sebaik-baiknya supaya Malaysia kekal makmur & selamat dilawati oleh pelancong luar. MERDEKA!!!!!

Selamat menyambut kemerdekaan ke 54

"Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera"

Carian pintas artikel pelancongan pilihan anda

WOW!!

The wonders of places and the best Asia destination

I love Malaysia!!!!!!!

25 Jun 2011

'Syurga' Shangri-La Rasa Ria Tuaran


PEMANDANGAN dari udara Shangri-La Rasa Ria Tuaran yang cantik dan mempesonakan.


TANPA perlu diuar-uarkan lagi, Sabah memang terkenal dengan keunikan dan keistimewaan alam semula jadinya termasuk hutan yang berusia ratusan juta tahun, pantai yang memutih, gugusan pulau yang tidak tercemar serta hidupan liar yang hampir pupus seperti Orang Utan yang boleh ditemui di Borneo dan Sumatera sahaja.
Keunikan itulah yang terus menobatkan Sabah sebagai antara destinasi utama pelancongan tersohor dunia. Agak terlalu jarang mana-mana resort di sesebuah negeri mampu menawarkan semua keistimewaan yang terdapat itu dalam satu pakej yang unggul.
Namun di Shangri-La Rasa Ria Tuaran (Rasa Ria), ada segalanya. Kedudukannya amat strategik dan ia secara sempurna mampu menawarkan segala kelebihan yang menjadi tarikan di Sabah yang juga dikenali sebagai Negeri di Bawah Bayu. Segala tarikan itu ada di bawah satu bumbung.
Rasa Ria berada di tanjung yang menghadap Laut China Selatan, dipagari hutan simpan seluas kira-kira 25 hektar dan dilatari pula dengan ikon Sabah, Gunung Kinabalu yang begitu jelas kelihatan puncaknya semasa langit cerah.
Aman dan tenang apabila berada di sini. Sambil mendengar bunyi hempasan ombak memukul pantai, halwa telinga kita akan dihiburkan juga oleh suara sang burung yang berkicau riang, seolah-olah mengalukan kedatangan tetamu, sama ada individu, berkeluarga mahupun pasangan mempelai untuk menikmati saat-saat indah berbulan madu.
Godaan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti iaitu dengan sekadar berehat di dalam bilik atau tepi kolam renang ternyata gagal kerana terlalu banyak aktiviti 'memberahikan' ditawarkan di hotel ini.
Sebut sahaja, semuanya ada. Bermula daripada aktiviti menunggang kuda di tepi pantai, memukul bola golf di Dalit Bay Golf & Country Club, belayar meredah lautan ke pulau-pulau indah berhampiran, merasai pemanduan off-road dengan menunggang ATV, menikmati pengalaman terbang bebas seperti burung dengan meluncur angin atau menyertai pakej merentas hutan di hutan simpan.
Jika sudah sampai di sini, jangan lepaskan peluang untuk melihat keletah dan gelagat 'ala-ala manja' Orang Utan di pusat pemuliharaan haiwan tersebut di hutan simpan bersebelahan Rasa Ria.
Flora dan fauna unik seperti rusa, pelbagai spesies monyet, landak, burung, tenggiling, ular sawa, tupai, spesies-spesies orkid Borneo turut berteduh di hutan simpan itu.
Selain memberikan kepuasan bercuti kepada pelanggan dewasa, Rasa Ria sama sekali tidak mengabaikan kegembiraan si cilik dengan turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang pasti akan menjadi kenangan terindah yang akan dikenang sampai bila-bila.
Dengan diawasi oleh kakitangan khusus Rasa Ria, kanak-kanak pasti gembira dengan aktiviti mencari dan mengumpul kerang serta siput di tepi pantai, mengenali tanaman dan hidupan liar atau berehat di rumah kelab, Pongo Kids'a Club.
Tidak melupakan pasangan yang dilamun cinta, Rasa Ria juga boleh meraikan hari bahagia mereka dengan melangsungkan perkahwinan di gazebo tepi pantai sambil menikmati pemandangan indah matahari terbenam.
Rasa Ria mempunyai 420 bilik dengan 90 unit daripadanya berstatus premium, dengan kadar harga bermula daripada RM400 termasuk sarapan untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.
Kualiti perkhidmatan terbaiknya tidak perlu disangsikan kerana ia telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari dalam dan luar negara seperti ISO 14001, Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) untuk sistem keselamatan makanan.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails